:)

:)

Setiap air mataku mengalir
Ya Allah. aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah,jangan tinggalkan aku lagi


Ya Allah,jangan biarkan aku terus futur dalam perjalanan ini....




بسم الله الرحمن الرحيم


لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). {al-ahzab(33):21}

Rasulullah sebagai junjungan besar yang sungguh mulia pekertinya,sehinggakan Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa Rasulullah sebagai Qudwah hasanah iaitu contoh ikutan yang baik.Tiada tolok bandingnya keindahan perilaku,sifat rendah diri,cara baginda berpakaian,makan,minum,tidur,beribadah,duduk,berbicara,bergaul bersama keluarga dan para sahabat,bersikap kepada tetamu serta bagaimana Baginda memperlakukan kaum muslimin secara umum..MasyaAllah..Tabarakallah!

Maha Besar Allah sebagai Khaliq yang membentuk peribadi Rasulullah,memelihara keunggulan pekertinya semenjak diusia yang muda..Tarbiyah(didikan) secara langsung dan tidak langsung daripadaNya,menyucikan hati Baginda daripada segala bergelumang dengan segala kemaksiatan yang melanda kaum arab Jahiliah diwaktu kehidupan sebelum pengutusan baginda sebagai Khotimul Anbiya'..

Berbicara mengenai Kekasih hati,Rasulullah s.a.w menimbulkan seribu satu kecemburuan dalam hati..Alangkah bertuahnya Ummul Mu'minin yang bisa menjadi teman seperjuangan Rasulullah s.a.w dalam usaha penyebaran dakwah,bersama Baginda menelusuri pahit manis kehidupan sebagai khalifah di dunia ini...bergurau senda bersama Rasulullah dengan tutur katanya yang cukup berhikmah..Subhanallah..cemburunya kami para muslimat zaman ini yang hanya mampu mencintai Baginda tanpa tidak pernah bertemunya..

Al-Bara' ibn Azib r.a meriwayatkan;
maksudnya: 'postur tubuh Rasullullah s.a.w sedang(tidak tinggi dan tidak pendek).BAhagian badan di antara kedua pundaknya lebar.Rambut Baginda lebat,ujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah.BAginda memiliki baju berwarna merah.Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada BAginda'
{riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim,Abu Dawud,Ibnu Majah dan Ahmad}

;Aisyah radhiyallahu 'anha berkata
"Rasulullah tidaklah berbicara seperti yang biasa kamu lakukan (iaitu berbicara dengan nada cepat). Namun beliau berbicara dengan nada perlahan dan dengan perkataan yang jelas dan terang lagi mudah dihafal oleh orang yang mendengarnya." (HR. Abu Daud)
Baginda adalah seorang yang rendah hati lagi lemah lembut, sangat senang jika perkataannya dapat difahami. Di antara bentuk kepedulian baginda terhadap umat ialah dengan memperhatikan tingkatan-tingkatan intelektualiti dan pemahaman mereka di dalam berkomunikasi. Hal tersebut menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang sangat penyantun lagi sabar. Diriwayatkan dari 'Aiysahradhiyallahu 'berkata:

"Tutur kata Rasulullah
sangat teratur, untaian demi untaian kalimat tersusun dengan rapi, sehingga mudah di
fahami oleh orang yang mendengarkannya." (HR. Abu Daud)
Cubalah perhatikan kelemahlembutan dan keluasan hati Rasulullah , difahami... beliau sudi mengulangi perkataan agar dapat difahami...
Sungguh..Indahnya perilaku RAsulullah kalau kita dapat hayati dengan mata hati ini..Akhlak yang cukup terpeluhara,peribadi yang menggetarkan hati seorang ummat seorang muslimat..MasyaAllah..BAntulah kami untuk meneladani RAsulullah sebagai Qudwah Hasanah kami,YA Allah...Perihalah kami dari segala fitnah dunia jua jauhilah kami daripada menjadi fitnah bagi dunia ini..Janganlah kami menjadi hamba Syaitan laknatullah yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menodai kekuatan iman kami dalah mengesakanMu Ya Rabbul I'zzati..Hanya padamu kami berserah...


Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yg. pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yg. satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada nama
Dibaja gelar yang glamour
(ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbul delima
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu ada pada harta
Kalaulah bahagia itu ada pada nama
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa
Kenapa Charles & Diana berpisah?
(seorang putera & seorang puteri)
Kenapa Elvis & Priscilla berpecah?
(seorang seniman & seorang seniwati)
Kenapa Onasis & Jackie bertelagah?
(seorang jutawan seorang celebrity)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah

Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketengan
pada
hati"
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuliskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah

Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat
Indahnya oleh munajat
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami"
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'


salam ulangtahun perkahwinan yang ke 20 buat bonda dan ayahanda..
terbinanya usrah kita atas dasar iman..
biarlah berpisahnya jasad dan roh jua dalam kalimah syahadah..
semoga ikatan yang dibina berkekalan selamanya..

Ya Allah,bimbinglah ibu bapaku dalam menuju jalan yang Engkau redhai..
Redhailah ikatan pernikahan yang telah terbina..
Bimbinglah hati-hati mereka dengan kekuatan iman dalam mencintaiMu..

Ya Allah...
kau tautkanlah hati mereka keranaMu..
kau limpahkanlah kasih sayangMu kepada mereka..
Ya Allah..
kau kuatkanlah kati mereka dalam melayari bahtera pernikahan ini..
agar mereka mampu memimpin kami..
anak-anak mereka...
ke jalan yang Engkau redhai..

Ya Allah,
Kau jauhkanlah pelayaran bahtera mereka dari godaan
dan hasutan syaitan..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
bahawa hanya perpecahan itulah yang diidam-idamkan
oleh syaitan laknatullah...
Hanya padaMu tempat kami berserah diri...
Ya Rabbul Izzati...






Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.


Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

بسم الله الرحمن الرحيم.......

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..

Hijrah,,Muharam…hijrah merupan satu elemen penting sebagai titik tolak dalam perjalanan seorang dai’e.hijrah mengajar kita menilai kembali diri sendiri,menguji kemampuan ilmu yang dipinjamkan Allah,menginsafi keterbatasan diri dalam menghadapi dugaan dan cubaan dalam menelusuri perjalanan sebagai seorang khalifah,dai’e,dan hamba..kadang kala kita merasakan kita sudah mampu untuk menjadi seorang dai’e..berbekalkan sedikit ilmu yang dipinjamkan dan dikurniakan Allah disulami dengan semangat yang membara,semangat yang ingin melihat kembali keagungan Islam,semangat inginkan keindahan Islam mulai bertapak di hati setiap insan di muka bumi,.rindu akan saat di mana panji-panji Islam mampu berkibar megah di setiap penjuru muka bumi...Subhanallah..hebat sungguh keinginan dan permintaan hati kita...Masyaallah...namun,mampukah kita membimbing saudara-saudara kita seandainya kita masih tidak mampu untuk menjadi seorang dai’e kepada diri sendiri?setiap usaha itu bermula daripada diri sendiri..seandainya kita masih tidah mampu untuk menjadi dai’e kepada jiwa,rohani dan emosi kita..bagaimana kita mampu untuk menjadi dai’e kepada saudara-saudara yang memerlukan santapan rohani yang mereka cukup nanti-nantikan..santapan yang mampu menyuluh jalan mereka yang saban hari mulai dihujani dengan kegelapan malam...buat para dai’e,ingatlah bahawa untuk mengenali insan dikelilingmu,kenalilah dahulu siapa kamu..tanyalah kepada dirimu..SIAPA AKU?SIAPA AKU.?.SIAPA AKU..?..untuk menjalankan usaha dakwahmu,berdakwah lah kepada hatimu yang masih tercari-cari sinar keimanan...kuatkanlah hatimu dengan kalimah tauhid..berikanlah kebergantunganmu yang tinggi kepada Allah...Yakinlah seandainya kau mampu mentarbiyahkan dirimu,kau sudah membuka jalan yang cukup luas bagi jalanmu yang sebenar sebagai seorang DAI’E....kerana tanpa kekuatan ketaqwaan.andai kau dihujani tusukan demi tusukan sang iblis,syaitan,munafiqin dan al-kafirun..mudahlah bagi mereka menggoyahkan imanmu....

Wahai ikhwan dan akhawat yang rindu akan manisnya JIHAD FISABILILLAH...


Dakwah ini lahirnya dari rasa cinta
Turun terus dari cinta Allah yang tak terhitung luasnya

Kemudian dari depaan cinta Rasul

Yang fikirnya tidak habis tentang keadaan ummahnya

Menitik air matanya, menitis darahnya

tidak pernah mintanya untuk dibendung


Maka kita selaku para daie

Pada ketika ini

Mewarisi cinta ini

Menerima pemberiaan ini

Mengalas tanggungjawab ini


Sebabnya cinta itu saling berkaitan

Bahagianya kita, tidak pernah rasa enak kalau hanya dinikmati sendiri

Maka datangnya para mad'u daripada insan-insan yang kita sayangi
Kerananya, kita sendiri inginkan mereka faham apa yang kita faham

Berfikir pun serupa, menangis dan ketawa pun sama sebabnya

Alangkah indahnya kalau dapat berlari dalam medan juang yang sama

Bukankah cinta dengan cinta itu saling menguatkan?


Kemudiannya, dari situ kita lihat fajar kekuatan

Pada para daie yang tak kenal erti penat lelah

Tidak pernah henti akalnya terus berfikir

Tidak pernah henti langkahnya terus melangkah


Tapi apa mereka fikir murabbi ini senyum sentiasa?

Pada cinta terselit cemburu

Maka disebalik gembiranya

Hatinya penuh rasa sakit

Jiwa penuh rasa derita


Terpaksa berkongsi kasih

Dipaksa berebut sayang

Dengan cinta dunia

Dengan kesibukan

Dengan main-main mad'unya


Lebih kecewa

Dai'e ini tidak punya utamanya

dia bukan kekasih mad'unya

dia bukan sahabat paling rapatnya

dia bukan kawan seronoknya


Bila tangan bertepuk tidak disambut

Maka di situlah hatinya menangis

Usahkan hendak bercakap

Bertemu pun umpama menunggu hujan sepanjang kemarau


Sungguh, terbit risau pada masa

dalam usaha mendidik menuntut masa

sedangkan masa itu tidak pernah baik dengan kita

perlu banyak masa lagi untuk mengenali

perlu banyak masa lagi untuk mempercayai


tiba-tiba sahaja kita telah terlambat

dan perlu banyak masa lagi untuk perbaiki semula


Kembali para daie pada Ilahi

pemilik cinta hakiki

Doa-doa yang tidak terhenti

Kerana hidayahi hanya Dia yang miliki

......بسم الله الرحمن الرحيم

....يا الله يا توهنكو
Tuhan sekalian alam...
Engkau menguasai masyrik wal maghrib...
Tuhan yang memegang hati-hati hambaNya..
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

....يا الله يا توهنكو
HambaMu tunduk patuh kepadaMu..
HambaMu menagih simpati dan rahmatMu...
HambaMu menongkah segala onak dan duri untuk menggapai redhaMu Ya Allah..
HambaMu merindui untuk bertemu denganMu Ya Rabbul Izzati...

....يا الله يا توهنكو
Dalam pengharapan hambaMu yang menggunung ini...
Terdetik perasaan gundah,bimbang,khuatir dan cemas Ya Allah..
Bisakah aku menerima pengampunanMu ..
Sedangkan dosaku umpama buih dilautan..

....يا الله يا توهنكو
Jiwaku bergetar tatkala ku hitung kembali dosa-dosaku..
Masihkan ada ruang untukku menerima keampunan dariMu...
Mampukah lagi untukku menikmati rahmatMu yang melangit luas...
Ampunilah dosaku Ya Allah...

....يا الله يا توهنكو
Kurenung kembali hidupku...
Kemanakah ku habiskan sisa-sisa hidupku..
Apakah aku telah melaksanakan amanah sebagai Khalifah di bumi ini..
Menitis air mataku Ya Allah...
Menitis air mataku Ya Rahman...
menitis air mataku Ya Rahim..

....يا الله يا توهنكو
aku seolah-olah terleka dengan nikmat indahnya dunia...
Amanahmu ku ambil enteng...
Lantaran hatiku berdetik..'ah,masih ada waktu untukku'...
Sedangkan kematian bakal menjemputku tanpa mengenal waktu...

....يا الله يا توهنكو
Sepenuh jiwa dan ragaku aku bermohon..
Titipkanlah dalam hatiku perasaan cintaMu yang agung..
Tiupkanlah ke dalam rohku,rasa kehambaan yang tinggi..
agar aku mampu untuk mencintaiMu...
sehebat cinta para syuhada'Mu yang berkorban hanya untuk mendapat redhaMu..

....يا الله يا توهنكو
teringatku akan pesanan Baginda s.a.w...
Jalan ke syurga dikelilingi dengan kepayahan..
jalan ke neraka pula di kelilingi dengan nafsu dan syahwat..
Bantulah aku melawan nafsuku Ya Allah...
Kerana aku tidak sanggup menghadapi siksa nerakaMu itu...

....يا الله يا توهنكو
Aku amati dan renungi FirmanMu Ya Allah..
'Ketahuilah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..'
asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah..
Kuatkanlah imanku dalam menghadapi fitnah dunia dikala ini...
Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon dan berserah...




.

ukhti...
andai tersilap tingkah laku ku,
andai terkasar bahasa ku,
andai terleka ku dalam mendidikmu,
sedarlah,kasih dan sayangku hanyalah untukmu..

ukhti...
meskipun sayang itu tidak mampu diluahkan dengan kata-kata,
fahamilah kasih sayang yang sejati bukanlah dari petuturan,
tetapi kasih sayang yang lahir dari lubuk hatimu,
yang x mungkin dapat digambarkan walaupun dengan seribu bahasa...

ukhti...
simpanlah air matamu,
janganlah kau gugurkan ia kerana ku..
air matamu itu hanya layak untuk tuhanmu,Allahu Rabbi..
kerana aku hanyalah saudara yang di'pinjamkan" oleh Rabbi di dunia ini..
yang mungkin akan kembali kepadaNya walaupun pada detik dan saat ini..

ukhti...
sambutlah salam sayang dariku untukmu,
sayang yang tersemat jauh di lubuk hati,
sayang yang insyaAllah membawa kepada keredhaan Illahi
sayang yang tetap bertaut di syurga akhirat yg menanti..
InsyaAllah...



tidak dinafikan,kali pertama tawaran UPU tiba,ana agak kecewa kerana ana berharap agar dapat melangkahkan kaki ke UIA di bidang sains bersekutu..namun,sebagaimana kata ustaz ana,pada hari ke 102 ketika roh ditiupkan ke jasad kita,malaikat telah mancatatkan segala ketetapan Allah buat hambaNya..ana melangkahkan kaki ke bumi tarbiyah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri dengan berat hati..ana memang dah pasakkan niat,andaikata permohonan ke maktab ana berjaya,tanpa teragak-agak ana akan keluar dari Nilam Puri..Namun,Allah yang menentukan segalanya..minggu pertama berada di bumi nilam puri ini,ana terasa suatu nikmat yang agak sukar untuk ana perolehi di tempat lain..telinga ana sering diperdengarkan dengan kalimah CARILAH MUTIARA-MUTIARA ILMU DI BUMI TARBIYAH INI...ana cukup tertarik dengan pernyataan ini..bukan sekara ustaz mahupun ustazah,namun akhawat2 lain pun begitu jua..lantaran itu jugalah,ana menetapkan keputusan ana untuk menolak tawaran Maktab..seakan mengkufuri nikmat yang datang bukan?biarlah apa yang orang lain katakn..namun yang pasti ana tetap akan sedaya upaya merungkai maksud Mutiara Ilmu itu..alhamdulillah,ana dikelilingi sahabat2 yang begitu cintakan ilmu pengetahuan,terutamanya NURADIBAH FARHANAH..dia banyak berkongsi pelbagai jenis ilmu dengan ana,,ana alui mengenai tokoh-tokoh islam yang agung di zaman Rasulullah dan para sahabat ana tidak begitu mengetahuinya,namun sahabat ana itu tidak jemu menceritakan pengorbanan dan perjuangan mereka...sehingga satu ketika,kami menghabiskan hampir RM100 ketika mengunjungi kedai buku Jafar Rawas...harap-harap ianya pelaburan yang mendatangkan seribu satu hikmah yang tersirat...di bumi tarbiyah ini,ana mulai merasai nikmat indahnya Islam itu..kerana perkara pertama yang ditekankan kepada kami ialah UKHWAh..mungkin ramai yang mengambil enteng nilai ukhwah ini..ana juga pada mulanya agak pelik,kenapa mesti setiap kali program mesti ditekankan soal ukhwah...ternyata Allah itu Maha Mengetahui..Allah memberikan kepada ana erti kemanisan ukhwah itu...tika ana menghadapi masalah kesihatan,ana seorang sahabat ana yang uruskan segalanya untuk ana..mohon kebenaran pihak pengurusan,urusan pengangkutan dan menemani ana ke klinik meskipun pada petang itu kami ada kelas,namun sahabat ana SITI SYAFIQAh sanggup menemani sahabat yang baru dikenalinya ini...harapan ana agar ukhwah kami semua semakin utuh meskipun saat kami bersama di bumi tarbiyah ini singkat sahaja..Benarlah bahawa tida kemanisan di dunia ini yang lebih bermakna melainkan kenikmatan iman dan persaudaraan sesama islam....syukron ya sodiqoti....

Sesunggguhnya tidaklah manusia dan haiwan itu dibezakan melainkan disebabkan wujudnya AKAL...akal,nikmat Allah yang paling bermakna,tapi,kita manusia hina..seringkali mengkufuri nikmat yang sangat bermakna ini....mengapa perkara ini bisa terjadi?oksigen yang disedut melalui nikmat mata,warna-warna keindahan alam ini yang dilihat melalui mata,kenikmatan merasai pelbagai aneka rasa makanan,keupayaan untuk mendengar melodi-melodi indah...namun mengapa manusia masih alpa dan leka???seharusnya mata itu dimanfaaatkan dengan melihat kejadian Allah tentang alam semesta ini...kita perlu mencontohi sifat2 insan2 terdahulu yang memiliki semangat inkuiri yang sangat tinggi...sebagaimana Nabi Ibrahim mahu mencari penciptaNya dengan nikmat mata yang dianugerahkan..penafian terhadap bulan,bintang dan matahari bukanlah sang pencipta lantaran kekurangan yang jelas tergambar...kita sebenarnya perlu menjadi seorang pemikir..pemikir yang sentiasa mencari erti disebalik ciptaan AL-A'zim...orang mukmin yang bertaqwa ialah selain cakapnya,cakap berzikir,diamnya,diam berfikir....berkenaan kehebatan pemprosesan kejadian Allah,pernahkah kita terfikir,sudah menjadi fitrah,air yang mengalir pasti akan mengalir ke bawah...seperti air terjun,air yang keluar dari puncak gunung mengalir deras ke bahagian bawah...cuba kita perhatikan pokok..pengaliran air dalam sistem serapan air melalui akar pokok cukup berbeza...air yang diserap melalui akar-akar pokok itu dibawa ke daun-daun yang berada di bahagian atas,bahagian pucuk...ianya bertentangan dengan fitrah air yang biasa kita perhatikan bahawa air pasti akan mengalir ke kawasan yang lebih rendah..tidakkah ianya sesuatu yang cukup hebat?sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah...apabila kita perhatikan keadaan sekeliling,kesannya keimanan kita pasti bertambah..hebatnya kuasa illahi..janganlah sesekali kita alpa dengan nikmat pancaindera ini..kerana Allah ada mengibaratkan bahawa orang yang tidak menggunakan nikmat pancaindera seperti binatang yang ditinggalkan...sedarlah ikhwan wa ikhwanat..segala yang berlaku dalam diri dan hidup kita bukanlah satu kebetulan yang mendatangkan 1001 kebaikan,namun ianya adalah perancangan Allah untuk melihat sejauh mana ketakwaan dan nilai perhambaan hambaNya....fil akhir kalam,Allah pernah berfirman yang bermaksud,ingatlah padaku,nescaya aku ingat kepadamu.....