:)

:)





Bismillahirrahmanirrahim..
"sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah kerana Allah"

Adakah Sukar untuk kita menikmati rasa kehambaan yang sebenar-benarnya...?Kehambaan yang disertai denga perasaan cinta dan takut akan kemurkaanNya...Kehambaan yang sentiasa mengiringi dalam setiap denyut nadi dan hela nafas seorang manusia bergelar hamba..

Sukar sangatkah untuk merasainya?

Pernahkah kita berasa seronok dan tenang ketika 'bertemu' Allah dalam ibadah solat?
Pernahkah kita solat dengan penuh tertib,penuh khusyuk,penuh penghayatan dalam setiap butir zikir-zikir yang diungkapkan..?
Pernahkah kita berasa sedih pada setiap saat kita melakukan dosa..?
Pernahkan kita berasa sedih disaat jiwa mulai cintakan dunia..?
Pernahkah kita tertunduk kecewa dikala hati mula berasa bongkak,angkuh dan riak dengan nikmat kurniaanNya..?
Pernahkah kita terfikir tentang semua ini..atau disaat kamu membaca coretan ini baru kamu menyedarinya..?

Astaghfirullahala'zim...





Sungguh banyak dosa kelalaian,dosa kemaksiatan yang kita lakukan...
Namun,seberapa kerap kita merintih,menyesal dengan segala kelalaian ini..?
Bilakah kali terakhir kita melakukan solat taubat..?
Tidakkah kita berasa malu,disaat inginkan sesuatu hajat,setiap malam kita melakukan solat hajat..
tanpa mendirikan solat taubat...pohon keampunan dariNya...
kita terlalu mengejar kenikmatan tanpa menginsafi kemaksiatan yag membelenggu hati...

Disaat sesuatu urusan itu terasa sukar,,kembalilah hitung dirimu..
hitung dimana silap diri..Mengapa ketenangan tidak menemani diri...
Lihatlah ibadahmu...adakah ia benar-benar ikhlas kerana Allah..
atau sekadar satu rutin harianmu...

Percayalah,walau sesukar manapun ujian yang menimpa diri...
kembalilah sujud kepadaNya....
Terbitkan jiwa kehambaanmu....
Tundukkan nafsumu..
Didiklah hatimu...



"Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..."
(Al-Fajr: 27-30)

Sentiasalah sinari harimu dengan jiwa kehambaan..Dengan jiwa ini,kamu tidak akan pernah terlintas untuk berasa bongkak terhadap nikmat Allah......Bertaubatlah,walau sekecil mana dosa yang kamu lakukan..Kerana ajal tidak pernah mengenal usia..mungkin sesaat selepas ini,ajal menjemputmu...



“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)
Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)



Wahai,saudara seaqidahku...
Allah sangat mencintaiMu...balaslah cintaNya dengan sebenar-benar cinta....
Hidup ini sangat bererti jika kita mendapat keredhaanNya...
Peliharalah agamamu,,peliharalah aqidahmu...
tanpa pegangan yang kukuh,dunia bisa menghancurkanmu...
Sentiasalah menjadikan Al-Quran dan As-sunnah pegangan dalam setiap tindak tandukmu....
Semoga Allah pertemukan kita dalam kenikmatan Syurga buat orang mukmin yang sentiasa mencari cinta dan redhaNya...
Insaflah..hari ini pelbagai bencana alam menimpa umat manusia..
Di negara kita,Allah sudah mulai meunjukkan kemurkaanNya..
puting beliung di Perlis,gempa bumi di Indonesia,Tsunami di Indonesia,
kerana apa..?
kerana maksiat semakin menyelubungi jiwa masyarakat..
masig-masing sudah lupa tujuan mereka diciptakan..

Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.� (QS adz-Dzaariyat : 56)

Salam taubat buat diri dan saudara Islamku yang dikasihi Allah...






JAUHI DOSA ------> INGAT ALLAH -----------> JAGA HATI

BERBISIK PADA ----------> HATI ------------> AKU CINTA ALLAH


Sepuluh Resepi Menggapai Cinta Allah Ta'ala
Cintailah Allah dan berusahalah untuk menggapai cintaNya. Inilah beberapa resepi yang menyebabkan seseorang mencintai Allah Ta?ala :
- Membaca Al-Qur'an dengan tadabbur dan memahaminya dengan baik.
- Mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala dengan shalat sunat setelah mendahulukan shalat wajib.
- Selalu dzikirullah (mengingat Allah) dalam segala kondisi dengan hati, lisan dan perbuatan.
- Mengutamakan kehendak Allah di saat berlawan dengan kehendak hawa nafsu.
- Menanamkan dalam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta'ala dan memahami maknanya.
- Memperhatikan karunia dan kebaikan Allah kepada kita.
- Menundukkan hati dan diri kepada Allah.
- Menyendiri untuk beribadah kepada Allah, bermunajat dan membaca kitab suciNya di waktu malam saat orang lelap tidur.
- Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang shaleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
- Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.


SELAMAT MENCARI CINTA ALLAH..(^^,)

Bismillahirrahmanirrahim..

KES KEDUA

Ke mana hilangnya autoriti sebuah universiti sebagai sebuah pusat keintektualan.?

Terkesan dengan penganjuran sebuah konsert buat Gaza yang diadakan di sebuah dewan utama universiti yang mana tempat yang sama selalu berlakunya istiadat konvokesyen yang diimpikan bagi setiap mahasiswa..

Ianya Melibatkan artis yang (secara kesimpulannya) tidak membawa erti sebenar tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembebasan Gaza dari kecaman Zionis...
Bukankah mahasiswa perlu dididik utuk berfikiran kritikal?Pemikiran yang boleh mencetuskan revolusi kebangkitan mahasiswa bagi kemaslahatan ummah...Pemikiran yang bukan di'copy paste' dari buku-buku rujukan atau lecture notes....Berfikir bersama Islam...
TOLONG.Jangan membantu menyempitkan ruang dan peluang mahasiswa untuk berfikir...

Di sini berlaku perbincangan ilmiah bersama sahabat..

aku:'apa fungsinya mengadakan konsert ini kepada mahasiswa?ianya beri kesedaran tentang keperitan penduduk Gaza?"
sahabat: "yela,kan dapat salurkan sumbangan kewangan buat Gaza.."
betul juga apa yang dikatakannya...salurkan sumbangan ringankan beban...
seperti rancangan BERSAMAMU..'hulurkan tangan ,ringankan beban"

Namun,sebelum persoalan muncul,aku terkesan dengan satu ayat dari penduduk Palastin..
"kami tidak mengharapkan kedatangan msyrkt lain yang hanya membawa kesukaran kepada kami dalam berjuang.Biarlah setiap hari,kami gugur syahid,,namun setiap hari jualah kami melahirkan syuhada'(pejuang jihad) ke dunia"



Persoalannya.sebenarnya apakah yang diperlukan masyarakat Islam yang ditindas disaat ini?
DUIT?MAKANAN?TEMPAT TINGGAL?.....ATAU IKATAN PERSAUDARAAN YANG KUKUH??

umat Islam sebenarnya cukup ramai,tetapi sehingga saat ini,mereka tidak mampu mengalahkan kebatilan,kerana mereka tidak BERSATU HATI.
itulah masalah Umat Islam masa kini..perbalahan demi perbalahan...
baik didalam negara atau di luar negara..
kaum musyrikin bertepuk tangan melihat gelagat kita..
sampai masa,rejim-rejim musyrikin memainkan strateginya..menambahkan lagi rasa permusuhan antara umat Islam..sepertimana yang pernah dialami oleh sahabat-sahabat Rasulullah...dengan satu tujuan..MELIHAT UMAT ISLAM SALING BERMUSUHAN.


Namun,disaat ini...
bilamana kita mula menyedari hakikat putaran roda sedang berlaku..
mulakan langkah pertama anda...
hulurkan salam persaudaraan..hentikan sentimen permusuhan..
INGAT,IKATAN PERSAUDARAAN ITU INDAH BILA IANYA BERMULA DENGAN IKATAN AQIDAH YANG PADU..




Bismillahirrahmanirrahim...


KES PERTAMA
kehadiran ke halaqah(islamic discussion di musolla- seperti usrah) hari ini benar-benar mengganggu neuron-neuron yang sedang giat memainkan fungsinya bagi menyalurkan segala maklumat lecture-lecture notes bagi final paper...

Dasarnya masih dengan topik post sebelum ini,tentang isu MALAYSIA..

kali ini,bukannya pening dengan isu Malaysia,tetapi pening dengan beberapa pendapat yang ada..

"biarlah Malaysia buat pub,menara 100 tingkat,IFF,kita fikir secara positif,bukankah dapat meningkatkan ekonomi negara?"
aku mengangguk,bukan tanda bersetuju..

"kita sekarang ni pun dah tak boleh buat apa-apa.Jadi terima sahajalah.Bukan semua orang dapat hidayah macam kita.Apa yag kita boleh buat sekarang,adalah dengan mendidik anak-anak kita,jadi mu'min yag soleh"

anggukan kedua menyusul,ada yang aku terima,ada yang aku tolak pandangannya..

aku terfikir..."biarlah mereka buat apa mereka suka" bait-baik lirik dari lagu ahli fikir..
wajar ke aku aplikasikan dalam kes ni??

biar je mereka buat perkara yang boleh merosakkan lagi masyarakat? Buka mata, bak kata Maher Zain 'Open Your Eyes' lihat sahaja keadaan berterusan menjadi barah dalam umat Islam terutamanya di Malaysia...
itukah aku sebagai UMAT ISLAM?
itukah aku sebagai SEORANG DAI'E?
itukah aku sebagai MAHASISWA?
itukah aku sebagai KHALIFAH??

adakah iman aku selemah itu? sekadar untuk menjadi pemerhati terbaik?

look here..
aku sebenarnya terkesan dengan ungkapan 'kita didiklah anak kita nanti'..
ada benarnya kata-kata itu..
but,just think rationally...
now,i'm 19 years old..
getting married..dalam 4 atau 5 tahun lagi..
dalam tempoh 5 tahun lagi,kalau aku berpegang dengan phrase 'didik anak kita' sahaja..
apa akan terjadi kepada masyarakat terutamaya golongan remaja dalam jangka waktu tersebut?
dengan bertambahnya pusat-pusat hiburan,konsert-kosert artis yang menjadi candu terhebat ciptaan Zionis.
haruskah aku dengan pemikiran tersebut?
itu baru nak ready utuk kahwin..
belum memiliki zuriat untuk dididik...
untuk zuriat aku membesar menjadi insan yang soleh(insyaAllah)..
mengambil masa dalam 15 tahun..
what will happen to my ikhwan wa akhawat???

AKU TERDUDUK,TERKEDU..

benar..ada pendapat yang menyatakan..
'kita tidak boleh menolak sepenuhnya usaha sedemikian..kita cuba mengISLAMISASIKANNYA.."
ya..aku turut mengagguk..kali ini lebih bersetuju...
Namun,perlukan kebenaran masih bercampur dengan kebatilan?
sejauh mana kita mampu mengislamisasikan sesuatu perkara,kalau kita kebatilan itu mendahului kebatilan..
Pada zaman Rasulullah,sesusah mana pun dakwah dijalankan,Rasulullah tidak pernah mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan..
Persoalannya..kenapa kita tidak mencontohi ketokohan Baginda s.a.w?
adakah kerana telah luput ditelan zaman?
atau kita sendiri yang buta hati dalam menelusuri sirah perjuangan Baginda...?

Ada Al-Quran dan As-sunnah sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah,kita enggan..
pergi kepada hukum yang dibuat manusia...
AKIBATNYA?
masyarakat semakin hari semakin porak peranda,jenayah tidak pernah surut,Islam semakin dihina masyarakat dunia..
~inilah dunia akhir zaman~

itu kes pertama.FULLSTOP.





















Bismillahirrahmanirrahim..

tiba-tiba saya menerima satu berita.
-Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam-

antara petikan berita,
-Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion danmewujudkan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

BUKAN SEKADAR ITU,

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabangsa ke negara ini.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa.Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

cukuplah dengan berita Malaysia yang cukup menyesakkan nafas ni..

bukan tidak mahu mengambil pusing tentang isu negara..tetapi kepiluan terasa apabila di saat dai'e cuba melebarkan sayap mereka dalam perjuangan dakwah..mengembalikan masyarakat kepada norma-norma kehidupan yang sebenar,pelbagai mehnah terpaksa diterima...

MEMANG BENAR,ekonomi negara berada disaat genting beberapa tahun kebelakangan ini.Namun adakah dengan penubuhan pub mampu menstabilkan kembali taraf ekonomi negara..?
seandainya benar ia mampu menjadikan Malaysia sama taraf dengan negara jiran,Singapura..kemanakah pula hilangnya sensitiviti umat Islam terhadap sumber pendapatan mereka??
Adakah ia boleh dikategorikan sumber yang halal,syubhah atau haram?

KADANG-KALA BERASA PELIK DENGAN MANUSIA ZAMAN INI..
sedar perkara itu haram,tetapi masih melakukannya..
sedar bahawa terdapat kepincangan yang sedang berlaku dalam negara,tapi masih mendiamkan diri..
sedar bahawa masyarakat semakin jauh dari peribadi muslim,namun masih membiarkan masyarakat terkapai-kapai dalam keenakan duniawi..

bukalah mata dan minda,jangan bersikap..ITU BUKAN URUSAN SAYA.

BANGKIT!!

itu URUSAN KAMU..!

bersediakah kamu untuk menjadikan darah daging datang dari sumber yang haram?
ahh..aku bukannya yang bekerja di pub tersebut..
ya..memang kamu tidak bekerja disana..
namun kamu tidak membantahnya..
seolah-olah kamu MEREDHAI penubuhannya..
disaat keuntungan tersebut dicampur -aduk dalam akaun pendapatan kamu..
kamu menggunakannya untuk keluargamu,menyalurkannya ke jalan dakwah..
wujudkahKEBERKATAN didalamnya??

sebab itulah,di saat ini, hati manusia semakin sukar utuk dijinakkan,semakin sukar untuk dibentuk...
Kembalilah,carilah dimana silapnya....
mungkin selama ini,segala harta benda dan pemakanan kita miliki datang dari sumber yang haram...Nauzubillah...
~fikir-fikirkan~

Banyak manusia berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tidak berfikir untuk mengubah dirinya.


Banyak manusia yang putus asa pada hidup,sedangkan Allah sentiasa disisinya.
Banyak manusia ingin berjaya,tetapi lupa pegangan hidup ini.
Banyak manusia yang inginkan perubahan,tetapi lupa kekuatan sebenarnya dari Allah.


Ini adalah sekadar petikan daripada ucapan dasar yang disampaikan oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), pada sidang muktamar kali ke-18 yang diadakan pada 25-26 Julai 2008.--- Era tahun 90-an menyaksikan zaman kejatuhan gerakan mahasiswa Islam sesudah ia mencapai zaman kegemilangannya pada tahun 80-an. Entah di mana silapnya, gerakan mahasiswa Islam hari ini seperti kehilangan arah. Tiada pemikiran terbuka, tidak kritikal, tahap keupayaan intelektual yang rendah, sangat dogmatik dan cenderung untuk menolak idea-idea lain yang dilihat bertentangan dengan pandangannya atau pandangan bapak-bapaknya yang terdahulu. Adakah kerana kemalasan untuk membaca dan menelaah bahan-bahan bacaan baru masakini, menyebabkan pengartikulasian hujah juga lemah dan tidak meyakinkan serta mudah pula dibidas. Ini menyebabkan isu-isu yang cuba dibawa oleh mahasiswa Islam tidak berupaya untuk mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa yang lain.



Kelemahan di dalam pengartikulasian isu adalah kesan dari kurang membaca dan kurang diskusi dan justeru itu analisa yang dihasilkan oleh mahasiswa Islam tentulah cetek dan tidak mendalam (sharp). Bahkan, kebanyakan mahasiswa Islam lebih cenderung mengangkat isu-isu moral dan isu-isu 'kulit' seperti isu konsert, isu percampuran lelaki perempuan, isu aurat, isu tubuh perempuan, isu tudung, isu muzik, isu gaya hidup dan yang lainnya sebagai isu utama. Sedangkan isu-isu 'isi' yang lebih mustahak seperti isu keadilan, isu kebajikan mahasiswa, isu rakyat, isu demokrasi, isu pendidikan, isu hak asasi dan isu-isu yang melibatkan semua mahasiswa dari pelbagai kaum, agama dan budaya sering gagal diartikulasikan dengan baik oleh mahasiswa Islam.

Teman-teman seperjuanganku dunia akhirat,

Realitinya, gerakan mahasiswa Islam hari ini gagal untuk pergi lebih jauh dari perjuangan 'politik simbol' dan yang bersifat 'kulit' ini berbanding falsafah atau isi Islam itu sendiri di dalam kerangka perjuangannya. Kerana itu perjuangan persatuan-persatuan mahasiswa Islam (PMI) cenderung menjadi 'eksklusif' dan hanya merangkumi mahasiswa Melayu-Islam sahaja sedangkan realiti di dalam kampus universiti (dan juga negara Malaysia) terdapat pelbagai kelompok lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan, Serani, Orang Asli dan sebagainya yang juga merupakan kelompok yang harus dirangkumkan di dalam gagasan perjuangan PMI yang lebih bersifat 'inklusif'.

Kita harus ingat selalu, orang Islam di negara ini hanya 54% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia! Kegagalan untuk aktivis mahasiswa Islam mengemukakan pemikiran dan gagasan-gagasan perjuangan yang sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia yang plural, kelemahan mengartikulasi isu-isu isi dengan baik dan kecenderungan untuk membawa isu-isu moral dan kulit serta obsesi berlebih-lebihan terhadap ritual dan simbol agama adalah antara faktor-faktor kenapa kelompok mahasiswa gerakan Islam ini semakin terpinggir dan menjauh dari masyarakat mahasiswa yang lain. Kejatuhan kelompok mahasiswa Islam ini tidak akan berhenti, malah semakin lama ia akan semakin jatuh dan tidak akan naik-naik lagi kecuali beberapa perubahan radikal berlaku di tahap pemikiran dan gagasannya.









Ada 2 golongan di Malaysia..1)org melayu..2)org Islam
ada 3 kes berlaku..:

1)i:org Melayu suka bila Ramadhan tiba sbb bnyk bazar Ramadhan..
ii)org Islam suka kedatangan Ramadhan krn penuh dgn keampunan dan keberkatan

2)i:org Melayu suka bila Syawal tiba.dpt beraya sakan,beli baju baru,dpt duit raya...
ii:Org Islam sedih bila Syawal tiba..Terpaksa meninggalkan bulan Ramadhan yang
padanya berlipat kali ganda ganjaran pahala..

3)i:org Melayu kebiasaannya menziarahi kubur hnya pada bulan Syawal..
ii:org Islam menziarahi kubur bermulanya bulan Ramadhan..terasa hampir saat
kematian..semakin bertambahnya amalan..

RENUNG-RENUNGKAN..SIAPAKAH KITA SELAMA INI..Ramadhan Kareem..!!




Assalamualaikum....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dalam bergembira menghadapi bulan Ramadhan ini..Apatah lagi dengan banyaknya bazar-bazar yang dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan,jangan kita terlupa bahawa janganlah disebabkan perasaan lapar smenyebabkan kita kurang ambil peduli tentan aspek halal sesuatu makanan..kerana makanan yang baik membentuk peribadi muslim yang gemilang..pilihlah makanan yang HALALAN TOYYIBAN (halal dan baik)..Tengok dahulu kebersihan gerai-gerai makanan tersebut.jangan dipandang pada rupa dan keenakannya,tapi syubhah dalam kehalalannya..
Semoga Allah menjadikan Ramadhan ini Ramadhan yang lebih baik daripada masa yang lalu..Pertingkatkanlah amalanku..Carilah maghfirahNya,carilah cintaNya,carilah keindahan dan kecantikan Ramadhan..Janganlah disia-siakan walau sedetik kesempatan yang Allah berikan pada kita..Mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita..





Terdengar khabar bahawa terdapat segelintir di antara kita yang kurang menitik-beratkan persoalan makanan yang halal dalam kehidupan seharian kita .

Memakan makanan yang halal sangat dititikberatkan oleh Islam demi menjaga kesucian jiwa. Sebab itu antara bab yang paling awal dalam pengajian ilmu fikah ialah bab thaharah (penyucian). Jiwa yang suci berasal dari fizikal yang suci juga supaya memastikan seorang manusia boleh berfungsi dengan optimum sesuai dengan fitrah dan amanah yang sudah Allah tetapkan untuk kita.
Dalil-dalil yang terdapat untuk menyokong hujah ini:
1)“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
2) “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)
Dalam Hadis Rasulullah SAW juga menegaskan:
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).
“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”. (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)N
ah, di sini sangat jelas bahawa mencari makanan halal itu adalah bukannya benda sunat yer rakan-rakan, tapi WAJIB. Diulangi~ WAJIB. Sebagai pelajar medic yang bijak-bijak belaka sudah tentu kita faham dan tau bahwa zat-zat yang diproses bukanlah akan keluar bersama-sama najis yang kita nyahtinjakan sahaja, tapi bakal menjadi serat dan fibers, component actin dan myosin dalam otot dalam badan kita. Lantas bagaimana lagi kita nak bersuci untuk beribadat kepada Allah kalau komponen badan kita sendiri pun berasal dari sumber najis?


Phase 3 merupakan satu lagi dokumentari mengagumkan dari Noreaga & Achernahr yang juga pengarah bagi siri The Arrivals, dan The Divine Book. Siri ini akan cuba mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar.
Kesemuanya terdapat 20 episod.Untuk menyaksikannya bolehlah klik disini mynegene.wackwall.com ataupun youtube.com






Surat cinta ternyata bisa menggugah hati, membangkitkan kerinduan, mendorong semangat, menumbuhkan kepercayaan diri, merubah suasana dan membuat terlena. Surat cinta seperi air laut yang semakin diminum tidak bisa menghilangkan rasa haus. Surat cinta bagaikan lecutan halus bagi jiwa yang sedang lemah…

Bagai bahan bakar api cinta yang mulai meredup. Bagaikan pelita ketika sang kekasih masih samar-samar meniti jembatan cinta menuju ke seberang jalan. Surat cinta adalah nyanyian jiwa, suara hati, ungkapan kerinduan dan hembusan angin sorga. Surat cinta adalah gambaran kanvas hati sang kekasih, lukisan jiwa dan bingkasan rindu…


Al Quran adalah Ayat Ayat Cinta sebagai titian antara hamba dan ALLAH, guru mengaji saya bilang bahwa ciri-ciri orang yang beriman adalah ketika disebutkan nama ALLAH, bergetarlah hati mereka, dan ketika dibacakan pada mereka ayat-ayat Allah, bertambahlah iman mereka kini pertanyaan itu saya ajukan kepada diri saya
Benarkah saya mencintai ALLAH dengan sebenarnya? Ataukah kata-kata itu hanya penghias bibir mungil saya belaka? Adakah hati saya bergetar ketika ada yang menyebut nama ALLAH atau terbaca pada saat saya mengaji? Adakah cinta, kerinduan dan iman saya bertambah ketika dibacakan pada kita ayat-ayat ALLAH? jawabannya BELUM…




Mengapa BELUM karena saya belum menempatkan ALLAH sebagai kekasih saya, karena saya belum menjadikan Al Quran sebagai surat cinta dari ALLAH yang seharusnya ketika membaca surat cinta merupakan hobi seperti layaknya orang yang sedang sedang jatuh cinta, saya belum menjadikan membaca Al Quran sebagai petualangan menuju ke alam penuh kasih dan kerinduan… Saya belum membaca surat cinta dengan penuh rasa haru, rindu dan khusyuk. Bahkan karena derasnya aliran sungai kerinduan dalam hati saya belum mampu membuat saya menangis, air mata belum lagi tumpah….

Iya, saya sedang berusaha untuk membaca surat cinta ALLAH [Al-Quran] paling sedikit satu “Ain” setiap hari, karena saya ingin merasakan getaran dahsyat ketika rasa rindu itu hadir untuk membaca dan membaca lagi.. semoga saya mampu

Jadi, bagaimana kalau mulai malam minggu ini kita berjanji untuk membaca surat cinta ALLAH sekali saja sehari, kemudian jika masih dirasa kangennya belum hilang kepada ALLAH kita tambah lagi?



Pecinta sejati tak akan pernah bisa bertahan untuk berjauhan dengan sang kekasih bukan? Sesungguhnya keinginan yang sulit untuk dibendung adalah ingin selalu berdekatan dan berada dalam dekapan sang kekasih, dekapan penuh kedamaian dan ketentraman bukan? Begitulah semestinya hati orang-orang beriman, orang yang mengaku mencintai Penguasa jiwanya, Pencipta dirinya dan yang selalu tanpa pernah henti melimpahkan rahmat dan karunia-Nya.

*separuh tulisan ini saya kutip dari OASE di EraMuslim.Com sebagai peringatan untuk diri saya yang sedang mencari ALLAH, semoga berguna yah, insya ALLAH … Selamat malam minggu dan Selamat menikmati surat cinta ALLAH, semoga malam ini ada surat cinta di email saya setelah saya selesai mengaji, Loh De? ah masih saja dunia, ampuni hamba ya ALLAH*

Setiap air mataku mengalir
Ya Allah. aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah,jangan tinggalkan aku lagi


Ya Allah,jangan biarkan aku terus futur dalam perjalanan ini....