:)

:)

"Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam…
Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad? Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian.

Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan. Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan…
Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku. Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan 'setiap rekaan mesti ada perekanya'. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya. Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku.
Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku. Lepas tu aku bertanya pada diriku "Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku.
Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja." Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments', Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi? Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku.
Ceritanya 'Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)'.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh). Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia?
Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil. Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan? Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini...
Ok kita tengok isu lain pula… Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan 'dosa asli'. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam.. Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa?
Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya?
Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya. Jadi Jesus Christ mati kerana beliau 'mengasihi manusia'.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan….
Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam…. Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu.
Ok, tak ada yang sukar untuk difahami. Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu. Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya..
Adakah Islam itu menyeluruh?
Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi. Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam 'Old Testament" atau Christianity di dalam 'New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak.
Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang..
Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia. Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah "Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ? Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku…
Tak masuk akal. Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.
Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran.. Allahu Akbar……. Oleh Michael David Shapiro wallahua'lam....
My heart is loving You

My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love




~Ya Allah,hakikat cinta itu cukup mudah untuk diungkapkan...Namun,sukar bila hati dibelenggu cinta dunia...Kuatkanlah hati-hati kami untuk membuktikan cinta ini...Janganlah Kau membiarkan kami menjadi hamba yang angkuh kepadaMu~




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)
2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.
"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)
3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)
4. Namun, Ukhuwah yang terbentuk itupun kadang-kadang 'bisa' TERUNGKAI tatkala diserang virus-virusnya! Baiklah, berikut adalah tips-tips untuk MEROSAKKAN ukhuwah (saya hanya senaraikan sebahagian);


Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar "Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai" (Luqman 31: 19)
  • Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya 'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."

  • Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara "Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


  • Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka. Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; "Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya." Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab: "Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...

  • Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain (Lagi ramai lagi BAGUS!) Imam Syafi'i pernah bersyair, Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum Adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu

  • Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat." Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."

  • Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)

  • Mudahlah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12) Umar Al Khattab pernah berkata, "Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu."
MAKA JAUHILAH KAMU DARI PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN KEMANISAN DALAM BERUKHUWWAH..
~asif,a'la kullihal sahabat2~


 Ů„ا إله إلا الله 
Tiada Illah yang di sembah melainkan Allah.

Kalimah yang acapkali diulanglafazkan dalam kehidupan seharian.

Dalam kalimah syahadah yang pendek itu.

Diulang berpuluh kali, kekadang beratus kali dalam tahlil dan bacaan yasin di kampung-kampung.

Ia dimasukkan juga sebagai lafaz azan yang terakhir.

Bahkan dibaca dalam solat berulang kali.

Ia sering diulang-ulangkan. Kalimahnya pendek sahaja.
La Ilaha Illa Allah.
Namun, mengandungi erti yang cukup besar buat kehidupan kita. [ Read more ... ]



Mengapa ia sering diulang-ulangkan?
Fahamkah kita tuntutan kalimah itu terhadap kehidupan kita?
Atau kita hanya sekadar seronok membiarkan lafaz kalimah itu bermain di bibir kita tanpa kita mengerti maksud sebenar dan tuntutan di sebalik kalimah mulia itu?


IA BUKAN SEKADAR ITU, TAPI ADA TUNTUTAN TERHADAP SISTEM HIDUP

Tidak cukup jika kita hanya menganggap lafaz  Ů„ا اله إلا الله  itu sebagai satu ucapan barakah sahaja.
Ya.
Tidak tepat jika kita hanya meletakkan kedudukannya untuk kita memperoleh keberkatan dalam hidup.

Berkat hidup itu sebenarnya kurniaan Allah. Bila Allah redha, Allah akan beri.
Cukupkah dengan hanya kita mengulang-ulangkan kalimah itu sahaja tanpa kita memahami dan menghayatinya, kemudian kita berharap dimasukkan ke dalam syurga?

Ada orang melafazkan kalimah ini, bahkan selalu diulang-ulang sebagai zikir hariannya, namun kenapa masih dalam hidupnya ia seringkali mengucapkan katanista dan menyusahkan jirannya?

Ada orang melafazkan kalimah ini, namun ia masih menjadikan zina mata dan zina hati sebagai amalan kebiasaannya.

Ada juga orang yang mencuri dan merompak, lalu mereka pun boleh mengucapkan kalimah ini, maka apakah mereka telah layak untuk ke syurga?

Ada juga pengurus syarikat seorang Islam, sejak azali mengucapkan kalimah syahadah, namun di dalam syarikat, dialah yang menggelapkan duit syarikat dan menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

Contoh realiti ini kita boleh dapati di mana-mana sahaja berlaku hari ini terutama dalam kalangan umat Islam.
Saya tidak berbohong, tapi saya melihat dan mengkaji.

Lalu timbullah di sini satu persoalan, lalu di manakah Allah sebagai satu-satunya Illah (sembahan) yang kita yakini dalam lafaz yang selalu kita ulang-ulangkan itu?
Bukankah Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala amalan kita...
Bukankah Allah itu Maha Menghisab segala amal kita...

Maka di sinilah titik tolak yang kita perlu fahami. Sebenarnya  Ů„ا اله إلا اللهbukan sekadar satu ucapan biasa mahupun ucapan mengejar berkat. Tetapi ia sebenarnya adalah satu PRAKTIS atau AMALAN dalam bentuk sistem hidup.

Di sinilah kita perlu memahami bahawa apa pun yang kita buat atau laksanakan, maka asasnya adalah Ů„اإله إلا Ř§Ů„له  iaitu Allah sebagai satu-satunya Illah (sembahan) kita. Apa maksudnya?

Maksudnya apa pun yang kita laksanakan, kita tidak menduakan atau menyekutukan Allah dengan yang lain. Dalam semua aspek kehidupan kita, baik dalam sistem kenegaraan, suasana bermasyarakat, muamalah, pergaulan, cara hidup kita semua sekali bergerak di atas keyakinan bahawa apa yang kita lakukan itu semuanya bertujuan untuk mencapai redha Allah semata-mata, bukan redha manusia mahupun sesiapa jua selain Allah.

Ya. REDHA ALLAH sahaja. Tidak ada yang lain.
Maka jika kita berkehendakkan kepada redha Allah, maka mestilah mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Mestilah mengikuti batasan-batasan dan suruhan yang telah diperintahkan-Nya.

Kita sebagai pemerintah atau pentadbir, maka cara pemerintahan dan pentadbiran itu mestilah ke arah mencapai redha Allah.
Jika cara pemerintahan dan pentadbiran berlawanan dengan kehendak Allah, tidak adil, zalim, tidak amanah, tidak menjaga rakyat daripada melaksanakan perintah dan larangan Allah, maka ia bukan lagi pemerintahan yang berasaskan Ů„ا إله إلا الله walaupun dicanang di merata-rata bahawa ia adalah kepimpinan Islam, ia mendukung sebuah pemerintahan Islam dan sebagainya.

Kita sebagai ibu bapa, maka mestilah cara mendidik anak-anak itu ke arah membawanya untuk mencapai redha Allah.
Jika pendidikan terhadap anak-anak diabaikan atau berlawanan dengan apa yang Allah tetapkan, tidak mendidik anak untuk solat, membiarkannya leka dengan maksiat dan dosa, mengabaikan urusan akhiratnya, maka cara pendidikan itu bukan lagi berasaskan Ů„ا إله إلا الله.

Kita sebagai pelajar, maka kita mestilah memenuhi tuntutan untuk belajar sebagai tanggungjawab kita untuk mencapai redha Allah. Ya. Belajar pun untuk mencapai redha Allah. Jika kita belajar semata-mata berkiblatkan peperiksaan atau untuk dipuji-puji kerana alimnya kita, maka kita belajar bukan lagi di atas asas Ů„ا إله إلا الله kerana kita berkongsi Allah dengan yang lain dalam apa yang kita lakukan.

Maksud firman Allah s.w.t.:
"Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Rabb sekalian alam..."


CINTA ITU SELALU MEMBUATKAN SEORANG KEKASIH MENJADI 'GILA'

Anda pernah lihat orang gila?
Bagaimana perilakunya?
Percakapannya, gerak-gerinya, pendek kata apa sahaja yang dia lakukan tidak membuatkan dia malu dengan sekitarnya. Apa dia nak buat, dia buat. Dia bukan kisah dengan orang sekelilingnya. Bahkan, orang di sekelilingnya akan rasa risau dan takut serta rimas jika ia datang dekat.
Itu orang gila. Gila-gila dia pun, ganjaran SYURGA sudah terjamin.

Itulah perumpamaan orang bercinta. Bagai orang gila.
Gila dan mabuknya seseorang dengan kekasihnya sehinggakan apa yang kita cakapkan kepada dia pun kadang-kadang tidak dipedulikan.
Tak percaya? Cubalah...
Kita larang ke, kita suruh ke, dia peduli apa. Yang penting, dia dengan kekasihnya. Kalau kekasihnya puas dan suka dengan apa yang dia buat untuk kekasihnya, maka baginya itu sudah cukup dan lebih besar berbanding dunia yang luas ini.

Begitulah kita dengan Allah. Ů„ا إله إلا الله sebenarnya adalah deklarasi cinta kita kepada Allah.

Tidak semudah itu kita melafazkannya.

Apabila kita melafazkannya, maka kita telah menyatakan rasa cinta kita kepada Allah dan kesediaan untuk kita melaksanakan semua yang telah diperintahkannya kepada kita.
Lalu, saya mahu timbulkan persoalan di sini.
Apakah ada orang yang melafazkan "ayat-ayat cinta..." dengan jiwa yang kosong dan hati yang tiada perasaan?
Orang yang melafazkan "ayat-ayat cinta" dengan jiwa yang kosong, maka lafaz itu juga kosong daripada apa-apa pengertian. Tiada manfaat apapun daripada kalimah cinta itu.
Tidak ada juga orang yang melafazkan kalimah cinta pada orang yang tidak dikenalinya.

Maka di situlah titik pertemuannya.
Apabila kita melafazkan kalimah Ů„ا إله إلا الله itu, sebenarnya ada tuntutan ke atas kita untuk kita lebih mengenali siapa Allah kepada kita dan siapa kita kepada-Nya serta apa tuntutan dan tanggungjawab ke atas diri kita.

Itulah DEKLARASI CINTA kita yang sebenar.
Deklarasi cinta kita pada seseorang membuatkan kita rasa bertanggungjawab terhadap orang itu, tak?
Lafaz cinta anda pada keluarga, membuktikan anda akan bertanggungjawab dengan hal keluarga anda.
Cinta anda pada sahabat, membuatkan anda rasa bertanggungjawab untuk bersedia menjadi sahabat yang baik dan mengambil berat tentang sahabat anda.
Cinta anda pada seseorang untuk dijadikan teman hidup, membuatkan anda bertanggungjawab untuk mencari jalan yang betul supaya anda dan dia disatukan dalam keadaan Allah redha, supaya dapat saling melengkapi dalam rumah tangga.

Begitulah cinta kita pada Allah...
Sepatutnya lebih hebat daripada semua itu.

Deklarasi cinta kepada Allah sepatutnya membuatkan kita semakin rasaBERTANGGUNGJAWAB terhadap segala perintah Allah ke atas diri kita, baik suruhan mahupun larangan-Nya.
Deklarasi cinta itu membekalkan kita ENERGI TAMBAHAN untuk kita lebih taat kepada Allah, serta meninggalkan dosa dan maksiat.

Sebab itulah, cinta itu asas untuk kita melaksanakan syariat-Nya.
Apabila wujudnya rasa cinta itu, maka tidak ada lagi halangan-halangan bagi kita untuk buat apa yang Allah suruh, dan tinggal apa yang Allah larang.
Buat apa yang Allah s.w.t. suka sahaja, dan tinggal apa yang tidak disukai-Nya.

Firman Allah dalam surah Al-Imran,31 yang bermaksud:

"Katakanlah : Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu..."


PENUTUP : لا إله إلا الله SEBAGAI TAPAK, DASAR HIDUP YANG KUAT, PEGANGLAH IA SEBAIKNYA

Anda pernah lihat pembinaan bangunan, bukan?
Apa-apa jua bangunan, pasti ada asas atau tapaknya yang menjadi pengukuh kedudukan bangunan itu di atas muka bumi.

Bangunan yang berdiri tanpa asas yang kemas dan kuat, maka ia akan mudah bergoyang dan akan cepat runtuh atau rosak apabila datang saja angin ribut, banjir kilat dan sebagainya.

Manusia yang hidup tidak berpaksikan kepada Ů„ا إله إلا الله, maka pegangan hidupnya juga longgar, akidah dan akhlak juga terumbang-ambing serta hidupnya hanya untuk dunia ini sahaja.

Lailahaillallah adalah DASAR kepada sistem hidup yang SYUMUL(lengkap) dan KAMIL (menyeluruh) iaitu Islam.
Masih belum terbina Islam yang sempurna dalam diri kita jika tidak kukuhkan asas ini.

Peganglah kalimah ini dalam segenap urusan hidup kita, pasti kita akan bertemu cinta kepada Allah.
Lagi bertambah cinta, lagi bertambahlah kemampuan untuk kita lebihDEKAT dengan Allah s.w.t.

Kata pepatah Arab yang bermaksud:
"Dengan cinta, yang JAUH menjadi DEKAT, yang SUSAH menjadi SENANG"

Ayuh, kita realisasikan deklarasi ini!



sumber:http://tinninun-alislam.blogspot.com


BISMILLAHIRRAHMANIIRRAHIM...


Ya Allah,jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur..
Janganlah Kau biarkan aku terus dilembah dosa-dosa maksiat..
Kau peliharalah hidupku,
Tetapkanlah imanku,
Janganlah walau sedetikpun Kau rampas nikmat hidayahMu dariku..
Sesungguhnya segala pergantunganku hanya padaMu..
Kuatkanlah mujahidah ini untuk terus menggapai indahnya sinaran iman milikMu..


AYuh sahabAT2,kiTA biNA miSi & VisI yanG leBih bAik daRI tAhun2 YaNg laLu...


1) hafaz ayat-ayat Al-Quran..(paling minimun,kita cuba hafaz juzuk amma)
2) hafaz hadith-hadith 40 dengan maknanya..
3) istiqomah amalkan al-Ma'thurat
4) pelajari sirah-sirah Rasulullah dan para sahabat...
5) jangan meninggalkan qiamullail dalam seminggu..
6) lakukanlah apa jua amalan yang sahabat2 mampu,jangan lakukan dengan banyak tetapi tidak konsisten...
~selamat beramal~


   Renungan seorang diri manusia yang ALLAH telah menjadikannya wujud di muka ini hanya untuk beribadah kepada-NYA dan menjadikan khalifah-NYA di muka bumi.


        Terkadang hati bertanya-tanya.....kenapa masih perlu menunggu?...Sedangkan aku tahu,aku telah menemui mujahidku....diri ini terlalu yakin,dialah jawaban do'a hari-hariku...."ya ALLAH,karuniakanlah kepadaku hamba-MU yang sholeh sebagai suami,agar dia dapat membimbingku menuju syurga-MU....."amiiin.


        Resah gelisah hati menunggu.....menghitung setiap detik dan waktu,impian itu menjadi kenyataan....bersama-sama si mujahid....menemaninya dalam perjuangannya...eh??perjuangan??ya ALLAH...aku lupa...seorang mujahid,tujuannnya satu.....berjuang dan berkorban untuk menegakkan Din-ul-haqq....walau telah bergelar suami,perjuangan tetap berjalan...pengorbanan tetap di teruskan!! Malah itu yang seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.....


       "ALLAH tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya......"(33:4)


      Hati si mujahid telah sarat dengan cinta kepada Rabbnya...yang menjadi pendorong kepada perjuangannya......(begitulah harapannya)...mana mungkin pada yang sama,si mujahid mencintaiku (setelah bergelar istri)dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang...ku legakan penat lelah perjuangannya!! ya ALLAH,aku kah yang akan menjadi fitnah yang mengelakkannya dari perjuangannya yang dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???......
      "Katakanlah."jika bapak-bapakmu,anak-anakmu,saudara-saudaramu,ISTERI-ISTERImu,keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannnya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,lebih kamu cintai pula dilalaikan karena keasyikan menghimpun harta untuk menambah tinggi timbunannnya,padahal tak ada yang pernah mati dengan membawa hartanya.



Wahai bakal zaujd ku,
Ingin aku bertanya perihal dirimu,
Bagaimanakah keadaan iman dan amal solehmu tika ini?,
Sudahkah engkau sujud menyembah ilahi?
Adakah engkau telah memberi makanan buat jiwa dan hatimu?

Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balik hijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-henti mengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memiliki rijal yang hebat,
Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yang fana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yang sementara.

Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera dan permata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi khaliq yang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akan dilihatNya.

Sebelum kau menyambut akad dari walid kesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan wanita yang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akan dijadikan pembantu di sayap kiri perjuanganmu,
Berjanji bahawa kau mengejut aku di malam hari untuk tahajud dan mendamba cinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan sunnah habibullah di teratak kita,

Wahai kekasih Allah,
Aku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allah buatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luh mahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidak berjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di kerajaan akhirat nanti,
Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,
Kita pasti akan bersatu jua…..

insyaAllah...


Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia butuh seorang muslimah yang kokoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah.

----------
Tidak mudah menjadi istri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan dakwah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulai berdakwah dan kembali pulang di gelap malam. Bisa dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang bisa mengisi kekosongan-kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.
Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia butuh seorang muslimah yang kokoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah. Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekedar dakwah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekedar membangun rumah kardus. Imam syahid tengah dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah terwujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya.
Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyadari bahwa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan yang di emban oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu dan kuasa kapital disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan istrinya.
Maka bagi Lathifah As Suri menjadi istri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak geregap. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyadari bahwa ia harus siap jika sewaktu-waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta resiko yang bukan main-main. Penjara bahkan nyawa menjadi konsekuensi logis, yang sewaktu-waktu siap menyapanya.
Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktivitas luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.

Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak heran jika ia menyadari betul tuntutan hidup menjadi istri seorang dai.
Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau tak jarang Imam Syahid berlaku sangat hati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari terkasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.

Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari-harinya hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang istri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah pencurahan konsentrasinya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya gamang adalah, ketika salah satu anak mereka sakit keras dan Imam Syahid harus tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,"Bagaimana jika ia meninggal?". Imam Syahid hanya menarik napas panjang, ia kemudian berujar "Kakeknya lebih tau bagaimana mengurusnya."

Sejak dini, Lathifah menanamkan wawasan keislaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan destruktif. Ketika Imam Syahid bolak-balik keluar penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen.

Lathifah sangat menyadari peran dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai istri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak2nya. Ia bahagia melihat anak-anaknya sukses dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya.

Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada kesah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh mendiang suaminya. Ia tetap berlaku didalam rumah. Lathifah tidahk meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Karenanya, tak heran diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.

Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dikeluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia besarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keislamannya.Yang dimaksud dengan wawasan keislamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. LAthifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita seputar dunia Islam. Lathifah menyadari menyepelekan masalah ini akan memunculkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keislamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keislaman yang baik, seorang wanita akan menyadari betapa penting perannya terhadap keluarga dan masyarakat.

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya sukses meraih predikat formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, kini sebagai sekjen advokat di Mesir. Ia juga pernah duduk di parlemen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai dosen di Universitas Kairo. Kelima Roja, kini menjadi dokter. Dan Halah sebagai dosen kedokteran anak di Universitas Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya sosok Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya, tentu.
**********************

Sekadar info tambahan:
Hasan Al Banna syahid diusianya yang masih muda, sekitar 40 tahunan. Setelah seberondong timah panas ditembakkan oleh musuh-musuh Islam di sebuah jalan di Kairo.
Sebenarnya Hasan Al Banna masih bisa diselamatkan, tapi karena konspirasi politik para musuh Islam yang dipimpin oleh sang pengkhianat la'natullah Gamal Abden Naser, membuat tubuh Hasan Al Banna yang sedang sekarat dibiarkan tak berdaya, tanpa bantuan dari siapapun juga, termasuk dokter-dokter di Rumah Sakit.
Akhirnya sang pendiri Ikhwanul Muslimun itu pun syahid menemui kekasih tercintanya, Rabbnya.
Musuh-musuh Islam pun banyak yang tertawa dan berpesta dengan syahidnya sang Imam, tapi sesungguhnya Hasan Al Banna tidak pernah pergi meninggalkan pengikutnya.
Allah terlalu mencintai hamba-Nya yang satu ini, sehingga memanggilnya terlebih dahulu.
Hal yang memilukan adalah, meskipun Ikhwanul Muslimun mempunyai puluhan ribu pengikut, tapi tak seorangpun yang diijinkan untuk mensholati jenazah beliau, kecuali ayahnya yang sudah udzur, saudara perempuan dan istrinya.








kerana Allah,aku hidup,
Kerana Allah,aku bernafas,
kerana Allah,aku bahagia,
kerana Allah,aku menderita,
kerana Allah,aku abdikan segala-galanya...


kerana Allah,aku gagahkan kaki,
meneruskan langkah perjuangan ini...
KeranaNya,aku tidak mengenal erti lelah..
kerna ku tau,cinta dan redhanya tidak mudah.
bukanlah dengan bermadah,mampu ku milikinya..
tetapi ibadah yang ikhlas,menjadi titipan kehendakNya...


namun,ikhlas tidaklah semudah yang diungkapkan...
ianya menuntut perjuangan...
aku,nafsu,manusia,hati...
mangsa dalam pergolakan tragedi...
Hanya  padaNya,segala kekuatan ku sandarkan..
moga perjalanan panjang ini,berakhir dengan nikmat kedamaian...

Bismillahirrahmanirrahim... empat hal penting di dalam doa ini.
Pertama, Nabi Daud ’alihis-salaam memohon cinta Allah. Beliau sangat faham bahwa di dunia ini tidak ada cinta yang lebih patut diutamakan dan diharapkan manusia selain daripada cinta yang berasal dari Allah Ar-Rahman Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Apalah artinya seseorang hidup di dunia mendapat cinta manusia –bahkan seluruh manusia- bilamana Allah tidak mencintainya. Semua cinta yang datang dari segenap manusia itu menjadi sia-sia sebab tidak mendatangkan cinta Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebaliknya, apalah yang perlu dikhawatirkan seseorang bila Allah mencintainya sementara manusia –bahkan seluruh manusia- membencinya. Semua kebencian manusia tersebut tidak bermakna sedikitpun karena dirinya memperoleh cinta Allah Yang Maha  Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sebab itulah Nabi Daud ’alihis-salaam tidak menyebutkan dalam awal doanya harapan akan cinta manusia. Beliau mendahulukan cinta Allah di atas segala-galanya. Beliau sangat menyadari bahwa bila Allah telah mencntai dirinya, maka mudah saja bagi Allah untuk menanamkan cinta ke dalam hati manusia terhadap Nabi Daud ’alihis-salaam. Tetapi bila Allah sudah mebenci dirinya apalah gunanya cinta manusia terhadap dirinya. Sebab cinta manusia terhadap dirinya tidak bisa menjamin datangnya cinta Allah kepada Nabi Daud ’alihis-salaam.
p/s : walau bagaimana sayang pun kita kepada manusia/makhluk,Allah tetap cinta yang abadi..so,jgn frust kalau clash,coz Allah is always be there for you...