:)

:)


 

Soalan.
Mengapa ALLAH SWT menceritakan Bidadari bermata jeli yg merupakan isteri untuk kaum lelaki jannah dan tdk menceritakan suami2 untuk kaum wanita. ? "
Jawapan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Harapan dan tujuan hidup setiap manusia di dunia ini adalah, untuk mendapatkan tempat terindah setelah kematiannya kelak, mendapatkan kenikmatan dan kebahagian hakiki, syurga Allah SWT yang penuh keindahan disana. Kerana itu merupakan tujuan utama kehidupan manusia di alam fana.
Tidak ada seorang manusiapun yang ingin terjerumus ke dalam azab pedih api neraka. Namun sangat disayangkan, tujuan utama itu terkadang hanya dijadikan angan-angan dan hayalan belaka oleh majoriti manusia tanpa menempuh jalan dan beramal soleh yang membawa dirinya masuk ke dalam Syurga. Tentu tindakan dan sikap seperti ini merupakan hal yang lucu bahkan termasuk golongan yang tidak tahu diri. Naudzubillahi mindzalik ...
Syurga hanya diperuntukkan sebagai ganjaran bagi hamba-hamba Allah yang soleh, yang taat terhadap perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Allah swt menceritakan berbagai macam kemudahan dan kenikmatan yang diperolehi di dalam syurga untuk manusia tertarik dan termotivasi untuk beramal soleh, bergegas untuk beribadah dan berlumba dalam kebaikan.
Ketika kita membuka lembaran-lembaran ayat suci al-Quran, kita mendapati bahawa Allah SWT ketika menyebut amalan soleh, Dia mengiringinya dengan menyebut ganjaran pahala dan kejayaan syurga yang dihiasai dengan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya, berbagai jenis buah-buahan kesukaan manusia, kebun yang indah, istana megah yang terbuat dari emas dan mutiara, tempat tidur, hamparan dan bantal dari emas dan permata. Tak ada kehidupan yang paling indah selain di alam syurga sana.
Selain itu Allah swt juga menceritakan bahawa di dalamnya terdapat bidadari-bidadari cantik bermata jeli yang menjadi isteri bagi kaum Adam yang berada di Surga.
Dalilnya adalah firman Allah SWT dalam surah Ar-rahman, ayat 46-54. dan surah al-Waaqi'ah, ayat 11-40. Untuk lebih jelasnya bisa di kaji tafsirnya perlahan-lahan dengan membuka Quran terjemahnya.
Allah juga berfirman:
إلا عباد الله المخلصين (40) أولئك لهم رزق معلوم (41) فواكه وهم مكرمون (42) في جنات النعيم (43) على سرر متقابلين (44) يطاف عليهم بكأس من معين (45) بيضاء لذة للشاربين (46) لا فيها غول ولا هم عنها ينزفون (47) وعندهم قاصرات الطرف عين (48) كأنهن بيض مكنون (49)
Tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa).Mereka itu memperoleh rezeki yang tertentu, iaitu buah-buahan. Dan mereka adalah orang-rang yang dimuliakan, di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat, di atas takhta takhta kebesaran berhadap-hadapan. Diedarkan kepada mereka piala yang berisi khamer dari sungai yang mengalir.Warnanya putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum. Tidak ada dalam khamer itu al kohol dan mereka tiada mabuk karenanya. Disisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik. (QS: As-Saaffaat, 40-49).
Kenapa Allah SWT menceritakan Bidadari bermata jeli yang merupakan isteri untuk kaum lelaki syurga dan tidak menceritakan suami2 untuk kaum wanita.??.
Allah mencipta putera-putera Adam dengan tabiat yang unik, iaitu sangat tertarik dan senang terhadap wanita yang cantik. Anak Adam ini sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk mendapatkan wanita yang disukainya, maka Allah swt menyebut para bidadari yang cantik, bermata jeli sebagai ganjaran bagi mereka yang beriman. Dengan tujuan, agar anak-anak Adam yang penuh ego ini tertarik dan berlumba-lumba beribadah kepada Allah, antusias beramal soleh, dan berbuat baik terhadap sesama dan lingkungan alam sekitarnya.
Berbeza dengan perempuan yang memiliki sifat malu, bahkan sangat malu sekali. Tabiat wanita sekalipun suka terhadap lelaki namun perasaan malu yang dimilikinya dapat menahan dirinya untuk menampakan rasa suka itu.
Dengan demikian Allah SWT tidak mendorong dan memotivasi kaum hawa untuk beramal soleh dengan cara menceritakan ganjaran yang membuat mereka malu ketika dibaca atau didengar. Misalnya, dengan menceritakan keperkasaan, ketampanan, keanggunan, dan keshalehan pasangan yang mereka dapatkan di syurga kelak.
Allah SWT tidak memotiviasi mereka dengan hal seperti itu. Namun dengan tidak menyebut pasangan yang mereka dapatkan, bukan berarti Allah SWT tidak memberikan pasangan di syurga. Wanita shalehah yang tidak berkahwin di dunia atau wanita shalehah yang sudah berkahwin di dunia tetapi suaminya kelak masuk nereka, mereka akan mendapatkan pasangan lelaki perkasa, tampan, penuh romantis dari golongan manusia yang menyejukan hati dan pandangan mata mereka di dalam Syurga.
Bagaimanapun cantik jelitanya bidadari di Syurga sana, namun tetap lebih cantik dan mulia wanita shalehah yang pernah hidup di dunia. Disebabkan ibadah dan ketaatan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia. Mereka tidak akan mengalami rasa letih, tidak akan tua dan mereka akan tetap perawan selama-lamanya. Subhanallah ...
Rasulullah saw bersabda:
عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الجنة لا يدخلها عجوز إن الله إذا أدخلهن الجنة حولهن أبكارا.
Dari Aisyah Radhiyallahu anha, Rasulullah saw bersabda: Sungguh syurga itu tidak dimasuki oleh perempuan tua, sesungguh Allah apabila memasukan mereka kedalam syurga Dia akan merubahnya menjadi perawan-perawan. (HR At-Thabrani)

Hadis ini dhaif, kerana dalam sanadnya terdapat perawi bernama Mus'idah Bin al Yasa 'dia adalah perawi lemah.Begitu penuturan Ibnu Hajr al Haitsami dalam kitab Majmauz Zawaidnya.

Di dalam syurga tidak ada seorangpun manusia yang tidak memperoleh pasangan, baik laki-laki maupun perempuan. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya dari Abu Hurairah radhiallahu 'ahu beliau bersabda
, وما فى الجنة أعزب »."
Tidak ada seorang pun di dalam Syurga itu yang sendirian (tidak mempunyai pasangan). "
Jadi baik laki-laki atau perempan penghuni syurga yang tidak mendapatkan pasangan di dunia, Allah akan menikahkan mereka di syurga kelak dengan pasangan penghuni syurga. Tidak usah merasa terzolimi kerana sekadar Allah tidak menyebutkan pasangan bagi kaum wanita di Syurga kelak. Allah SWT Maha Adil terhadap hamba Nya, tak ada seorang hambapun yang dizolimi Nya.
Allah a'lam bisshawab.
Penulis: Bohri Rahman, Lc (Pascasarjana UnivAzhar Mesir Jurusan Hadist Ilmu &-ilmunya, dan Contributors ISCO / Islamic Studies Center Online).
Bismillahirrahmanirrahim..

Bila para dai'e sering dibisikkan godaan syaitan,'Ah,xperlulah engkau teruskan jalan perjuangan Rasullullah..Jalan ini mengganggu akademik engkau..teruk pointer engkau bila sibuk sangat dengan usaha-usaha dakwah ni.Tinggalkan sahaja.Engkau akan lebih berjaya dalam pelajaran nanti.'

Nauzubillah...

-hayati kisah ini,mudah-mudahan ia menjadi penguat hati-hati kita-

Dalam kitab Ahdats Shana’at-Tarikh Imam Al Banna bercerita:
Di malam ujian itu beliau melakukan solat tahajjud seperti biasanya, dan memohon serta mengadu kepada Allah swt. Dalam do’anya beliau berkata: “Ya Allah! Sesungguhnya Engkau tahu betapa rindunya diriku kepada ilmu dan betapa cintaku kepada-Mu, tapi Engkau juga tahu betapa sibuknya diriku dalam mencari ma’isyah untuk mempertahankan hidup di kota ini, berilah jalan keluar bagiku”.

Beliau akhirnya tertidur malam itu dan bermimpi kedatangan seseorang yang membawa buku dan membuka-buka buku itu dan dia turut membuka dan membacanya. Ketika ujian tiba, ternyata apa yang dia baca dalam mimpi itulah yang diujikan esok harinya.
Beliau lulus dan mendapatkan nilai istimewa. Ini juga salah satu tanda bahawa beliau termasuk seorang yang Muhaddats, Mulham kebersihan kebersihan dan ketaqwaannya, insya Allah.
Beliau selanjutnya belajar di Darul ‘Ulum dengan lancar. Selain mencintai Al Qur’an dan As-Sunnah, beliau juga menyenangi syair-syair Arab. Setiap mendapatkan syair beliau mencatatnya hingga buku-bukunya tentang syair berlonggok.
Ketika ujian kelulusan dari Darul ‘Ulum, semasa ujian lisan, beliau bawa buku-buku itu. Salah satu dari dua orang penguji bertanya tentang apa yang dihafalnya dari syair-syair itu. Dia menjawab: “Semuanya aku hafal”. Yang satunya lagi bertanya: “Bait mana yang paling engkau senangi dari syair-syair itu? Al Banna mengatakan: “Bait Syair yang diucapkan oleh Thorfah bin Al ‘Abd, salah seorang penyair di zaman jahiliyyah.


إِذَا الْقَوْمُ قَالُوْا مَنْ فَتَى؟ خِلْتُ أَنَّنِيْ عُنِيْتُ فَلَمْ أَكْسَلْ وَلَمْ أَتَبَلَّدِ
Bila orang bertanya : “Siapa pemuda? Saya membayangkan akulah yang dimaksud, kerananya saya tidak bermalas-malas dan tidak membodohi diri.
Mendengar jawaban itu, pemeriksa mengatakan: “Wahai anakku, dengan demikian aku nyatakan engkau lulus dari Darul ‘Ulum, dan yang memiliki jawaban seperti ini hanya engkau dan ustadz Muhammad Abduh. Aku melihat bahawa engkau akan memiliki masa depan yang gemilang”.


MasyaALLAH, semoga menjadi inspirasi kpd kita semua. Dengan pengurusan masa, perancangan kerja dan tugas yg baik, semangat jihad utk menegakan Deen Islam, InsyAllah kejayaan milik bersama. Pemuda cemerlang diatas akhirnya memimpin satu orginasasi yg seumpama telah dilaksanakan oleh Rasululullah SAW dlm semua aspek, tarbiyah,dakwah, ukhuwwah, jihad dllnya sebagaimana Allah kehendaki. Dan pemuda ini mulakan kerja-kerja dakwah dan tarbiahnya seawal umur 14 dan akhirnya syahid diatas jalan yg murni.

Bismillahirahmanirrahim...
Coretan-coretan indah buat jundatullah....
sahabat, aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Sahabat, tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudara nya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sahabatku yang sangat aku cintai,
Sungguh, jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.
Sahabat,bukankah dalam kita berusrah,seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu. Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar.kerna apa?kerna dia membawa yang haq!Syed Qutb, nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung?kerna apa?kerna dia membawa yang haq.Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening.Kerna apa?kerna dia juga membawa yang haq!





Amanah ini untuk kita,sahabatku.amanah ini untuk orang seperti kalian.Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali.Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya,Allah pasti akan membantu urusannya.Aku ingin ingatkanmu kasih sayangnya dan rahmatnya terhadap hamba yang diredhai Nya.


Sahabat,


peluru,tali gantung,pedang yang tajam,bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja.Tapi bukan engkau.Engkau dibina dengan tarbiyah.Dihiasi keindahan akhlak.Dilahirkan sebagai pendukung agama ini.Biar siapa sahaja pun engkau,biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in.aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabat,


tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini.Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat.Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu.Akan kuberikan doa ku semoga kau teguh dalam jalan ini.Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini.Akan aku luka dan berdarah bersama kau.Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.




http://www.halaqah-online.com/
CABARAN SEORANG GADIS


CABARAN SEORANG IBU



KENAPA JADI BEGINI..



ADIL KE MACAM NI...?




CABARAN GENERASI INI...
(ujian tanda kasih sayang Allah..)



BERBANGGALAH MENJADI MUSLIM..





Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145] 

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini” 
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani] 

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”
Baginda menjawab,

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani] 

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia” 

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya” 


-Semoga Allah tetapkan hati kita dalam jalan perjuangan Islam..dan matinya kita dengan tetap tegar menyebut kalimah shahadah...-


Rasulullah s.a.w., dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


Abubakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumaHnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah s.a.w. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril a.s. berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah s.w.t. berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,pagi tadi kira-kira jam 7.15,Allah mengizinkan kami 5 sahabat untuk beriadah bersama di sekitar Tasik PJ...Terasa kenikmatan udara segar yang dipinjamkan Allah,terasa indah nikmat penglihatan kurniaannya membuatkan kami dapat melihat kehijauan alam disebalik kesibukan kota yang sekaligus  menenangkan minda seketika..Alhamdulilah,all praises to Allah..


Pagi itu bermulanya episod baru bagi kami,ya..episod pertama bagi 'cerekarama' usrah antara kami bagi permulaan  kehidupan semester baru  ...terasa rindu  dengan kemanisan hidup yang dilingkari oleh sahabat-sahabat yang saling mengingatkan...Perancangan pagi itu hendak membincangkan tajuk AKHLAK ISLAMIYYAH...Yang secara ringkasnya akhlak islamiyah dapat diertikan sebagai  akhlak yang  bersumberkan ajaran wahyu Allah yang tercantum dalam kitab suci al-Qur’an dan dicontohkan oleh Rasul Muhammad melalui sunnahnya .
Firman  Allah s.w.t dalam surah al-anbiya';107 


Maksudnya : Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam (manusia dan jin).



FirmanNya lagi dalam surah Al-Ahzab;21
Maksudnya : Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak.




Alhamdulillah,terdapat banyak kemudahan untuk tarbiyyah jasadiyyah kami..tak perlu pergi ke gym,cukup sekadar disini,kami sudah cukup bersyukur dengan nikmat yang ada..Apatah lagi,kami menerima tarbiyah yang diserikan dengan keindahan senyuman sahabat-sahabat...
MasyaAllah,hiba dan sayu hati dengan cinta yang dilimpahkanNya dalam lubb(dasar hati) seorang muslimah ini....


(gambar hiasan-tak sempat ambil gambar)


Bertambah gembira bilamana,setiap pergerakan itu disulami dengan kalimah 'subhanallah,alhamdulillah,la ilaha illallah' menggantikan kebiasaan kita yang mengungkapkan 'one.two.three..'...InsyaAllah,bertambah pahala kami...


Dalam kemeriahan hati kami menerima tarbiyyah,tiba-tiba ada seorang pakcik da makcik menegur...


'bersenam ke ni?"


mungkin pelik dengan penampilan kami..dengan bertudung labuh,t-shirt muslimah,berseluar track,kasut(kasut ke kuliah..(^^,)..)


'ye,pakcik kami bersenam'


memberikan kepastian buatnya..


'oh..ni belajar kat mana..?'


kami pun menyatakan kebenarannya..sempat pakcik dan makcik berdua itu bergurau senda menceriakan pagi kami..Dalam gurauannya membuatkan adakalanya,kami tertawa kecil..


'oo..gelak ye...'


lucu sungguh pak cik ni,tanya dalam keadaan serius..phyco kami kot..tak mengapa,kami dah biasa di physco...tarbiyyah la katakan..


akhirnya setelah hampir 20 minit,kami berborak menjalinkan permulaan ukhuwwah,mereka beri nasihat yang sangat berguna,bermanfat dan peringatan buat kami...


'ni belajar betul-betul..sekarang ni pelajaran penting.sekarang SPM dah macam SRP.diploma macam SPM.degree macam diploma...semuanya deh berlambak kat Malaysia ni..dengan MSU lagi..korang kalau cari kerja,dia tak pandang second class..lagi-lagi second class lower..  silap-silap dia cakap,awak balik dulu,esok saya bagi surat..tup,tup,2 tahun surat tu tak sampai-sampai...belajar betul-betul.Dapatkan first class..boyfriend-boyfriend tak payah fikir,tolak ke tepi..anak pakcik sekarang di Putrajaya,medic angd now specialist...Dia pun tak fikir lagi..ni umur baru 20,dah nak bercouple...'


sambil menjeling ke arah sekumpulan remaja lelaki dibelakangnya..


'ha,tengok tu..apa nak jadi dengan budak lelaki sekarang ni..?kalau awak sendiri tengok..d universiti,boleh dikatakan 100:20 perbezaan mahasiswa dan mahasiswi..di Putrajaya,ratio profesor adalah dalam sepuluh orang, 3 lelaki 7 perempuan..Tak tahulah apa nak jadi akan datang nanti..Chinese,indian berlumba-lumba nak  study..silap-silap haribulan kita ni diejek je mereka..'


terlihat nada kekesalan diakhir kalimah pakcik itu..


'mak cik tak risau sangat dengan budak perempun,mereka tekun,cuma makcik risau dengan yang lelaki..'


ternyata kedua-duanya meluahkan apa yang terpendam selama ini..


Bila kami berborak,rupa-rupanya pakcik dan mak cik tu pensyarah..patut pun,mereka risau dengan nasib anak bangsa jika pendidikan itu dipandang sebelah mata...


BANYAK PENGISIAN KAMI DAPAT HARI INI..


rupa-rupanya tajuk akhlak islamiyyah itu bukan sekadar teori sahaja..secara tidak langsung Allah mentarbiyyah kami dengan pertemuan bersama pakcik dan makcik tadi..


Meskipun kami tidak pernah bertemu,tetapi bilamana masing-masing mengikuti akhlak Rasulullah yang saling menghormati,senyuman sebagai penyeri ,tatasusila dijaga rapi..alhamdulilah terasa keterikatan antara kami...


Mungkin banyak lagi input-input tentag akhlak islamiyyah ini belum kami betul-betul fahami..Namun,apa yang pasti..Rasulullah sentiasa dekat di hati.baginda Qudwah hasanah kami,kekasih hati kami....


Firman Allah s.w.t dalam surah al-ahzab;56
Maksudnya : Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, Wahai orang-orang yang beriman kamu berselawat dan mohonlah kesejahteraan ke atas Baginda senantiasa.

IT'S BEGIN WITH A QUESTION...
 


EVERY QUESTION HAS AN ANSWER


IN ISLAM,NO MATTER WHAT TYPE OF QUESTIONS YOU'RE GONNA TO ASK,NEVER HOPE THAT YOU WILL GAIN NOTHING....

Bismillahrrahmanirrahim...


Alhamdulillah,minggu lepas,ustazah memberikn task bagi subjek Praktikal Ibadah semasa kelas tutorial..Rasa membazir ilmu pula kalau  berkongsi dengan  sahabat-sahabat sekuliah sahaja..InsyaAllah,sedikit ilmu dan perkongsian bersama buat sahabat yang dicintai Allah..


Azan Asar mula berkumandang..
alhamdulillah,ada sahabat yang mengingatkan dari kelalaian duniawi........... 




Pernah tak kita sedar akan perkara ini...?


Hukum apabila bulu kucing terlekat pada pakaian sewaktu ingin mendirikan solat.....

Dan,akhirnya...........








sumbangan info dari;http://mediasiber.com
Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...
Maaf ya sahabat-sahabat..lama blog ini dibiarkan menyepi,bukan sengaja tetapi kekangan masa dan tenaga,menmbuatkan menyepi sebentar coretan hati ini...Namun,teringat sebentar,kata-kata seorang sahabat.,KITA ADALAH PEMBERI ALASAN YANG KONSISTEN...
Ampunkan aku Ya Allah,andai alasan-alasan yang diberikan sebenarnya perencat bagi perjalanan mendekatkan diri padaMu...


Sahabat,
Ada kalanya,ketika melalui kehidupan  ini,kadang kala kita begitu bersemangat tetapi kadang kala kita tidak begitu hammasah.kadang kala kita begitu aktif tetapi kadangkala kita begitu malas.Kadang kala kita merasa teruja untuk mengamalkan ajaran agama tetapi kadang kala rasa teruja itu hilang entah ke mana..Kdang kala kita ingin menunaikan solat dengan khusyuk tetapi kadang kala kita merasa keberatan,walaupun suara azan telah memanggil-manggil.Kadang kala kita ingat pada neraka sehingga kita berusaha untuk menghindarkan diri dari dosa dan kesalahan.Namun,pada masa yang lain,kita lupa akan neraka sehingga tenggelam dalam dosa dan kesalahan.


Kadangkala mulut kita begitu fasih memberikan nasihat dan kata-kata hikmah tetapi kadang kala kita sendiri yang melanggarnya.Kadang kala kita bangun pada malam hari dan menghabiskannya dengan munajat pada Allah s.w.t,tetapi kadang kala kita lupa menunaikan solat Isyak.Kadang kala kita boleh jadi penyabar tetapi kadang kala kita menjadi pemarah. Dalam perkara tertentu,kita jujur tetapi dalam perkara yang lain,kita buang kejujuran dan kita ambil pembohongan.Kadang kala kita menjadi alim,kadang kala kita menjadi zalim..

Persoalannya,mengapa kita demikian?Apakah yang telah menjadikan kita kadang kala baik,kadang kala buruk?Apakah semua orang mengalaminya sebagaimana kita?Apakah perkara tersebut merupakan kenyataan yang tidak seorang pun manusia yang tidak mengalaminya,termasuk para nabi dan manusia suci?Mungkinkah semua manusia menjadi jahat ataupun sebaliknya...?


Sebenarnya,itulah keadaan iman..
Iman boleh bertambah,juga boleh berkurang...
Begitu indah disaat kita mampu menundukkan nafsu ianya terasa begitu nikmat pabila disaat berjumpa denganNya,bertaqarrub padaNya,merintih padaNya..Merasakan betapa kerdilnya diri.
Namun disaat nafsu mula merajai jiwa,solat yang dahulu dirasakan manisan yang cukup lazat,menjadi tawar...Zikrullah yang membasahi bibir,diganti dengan alunan nyanyian-nyanyian yang mematikan jiwa...Mata,tangan,kaki,lidah seakan-akan lupa ia adalah kurnian dan pinjaman darinya..Satu persatu maksiat mula menjalar disetiap denyutan nadi...Mengapa kita menjadi insan yang sedemikian rupa?



Di dalam Zhahiratu dhuf'ul Iman karya Muhammad Soleh  al-Munajjid,terbitan Darul Wathan,Riyadh,1413 H,
Al Munajjid menyebutkan tanda lemahnya iman seperti berikut:



  • menderhaka dan melakukan dosa
  • merasakan hati menjadi keras dan beku'tidak tekun dalam beribadah
  • malas melakukan amal ibadah serta meremehkannya
  • tidak tersentuh dengan ayat-ayat Al-Quran
  • lalai mengingati Allah sehingga lupa berzikir dan berdoa pada_nya
  • tidak  merasakan amarah jika ada yang ingkar pada perkara yang diharamkan Allah
  • banyak membantah dan berdebat yang jelas menjadikan hati menjadi keras dan kaku
  • menggunakan gaya bahasa dan kata-kata kebiasaan tanpa ada ciri-ciri keimanan sehingga dalam kata-katanya tidak ada sentuhan nas Al-Quran atau sunnah walaupun sedikit
  • terputusnya tali persaudaraan diantara dua orang yang tadinya bersaudara
Astaghfirullahala'zim...seandainya segala ciri-ciri ini sedang atau pernah dialami,bersegeralah bertaubat padaNya,perbaharui iman,tingkatkanlah amalan..Hidup ini sementara sahaja,kebahagiaan duniawi tidak memberikan kebahagiaan ukhrawi..Salam renovate hati,renovate iman buat kita semua dalam melangkah kehidupan yang mendatang....


"Allah Subhanahu wa Ta’ala mengabarkan tentang orang-orang mukmin yang berbuat demikian: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah iman bereka, dan kepada Rabb mereka itulah mereka bertawakkal.” (QS. Al Anfal [8]: 2) "