Tazkirah bersama Hati boleh baik dan jahat.
Rasa senang apabila ia dipuji.
Rasa menderita apabila di keji.
Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
Simpati dengan orang susah.
Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)
Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - Ala: 14 - 15)
Disini ada sedikit perkongsian dan peringatan buat diri kita yang memang selalu kena ingatkan dan pembaca sekalian dalam kita meniti hari-hari cuti dengan penuh bermakna dan meninggalkan pengalaman.
1. Jangan mengurangi amalan sunat kerana ianya benteng daripada meninggalkan amalan wajib.
2. Tinggal-tinggalkan perkara lagha kerena ianya melemahkan untuk jiwa untuk beribadat.
3. Jangan pisahkan diri daripada jemaah yg berpesan-pesan kepada kebaikan..kerana ianya ibarat kambing yg terpisah diintai-intai sang serigala untuk dibahamnya..jaga solat jemaah dan carilah majlis ilmu di tempat anda..ianya berkesan utk mencas iman yg lemah.
4. Sibukkan diri dgn perkara berfaedah agar kita lupa melakukan perkara yang tidak berfaedah.
5. Jaga kesihatan dgn bersenam dan kurangkan makan..agar kita mudah lakukan ibadah.
6. Sentiasa meng'update' isu semasa agar tidak ketinggalan zaman.
7. Perbanyakkan membaca bahan bacaan ilmiah untuk persiapan diri dalam keberadaan di zalam intektual ini.
8. Pereratkan hubungan kekeluargaan agar tidak rasa diri disisih dan bosan ketika cuti.
9. Banyakkan membuat latihan-latihan dan hafalan-hafalan yang berfaedah agar sel-sel otak sentiasa aktif serta berfikiran dengan lebih baik.
10. Paling penting, masa ini menentukan siapa diri kita. Menghargai masa atau tidak?
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai".(Hadis riwayat Ahmad)
Alkisah,beberapa bulan dahulu,sang kambing yang dahulunya kesepian jua keseorangan di sepanjang perjalanan hidupnya dengan takdir Allah,ia telah menemukan segerombolan kambing yang turut sama ingin mencari bekalan rumput buat simpanan makanannya.
Betapa gembiranya hati sang kambing di saat ia bisa menemukan teman yang menjadi tempat ia bermanja,bergembira,bersedih jua teman yang mampu menguatkan dirinya di saat hatinya gundah gulana.
Pernah suatu ketika,ia berasa hampa.Seolah-olah dirinya hampir putus harapan terhadap hidup.Ia mula hidup sendiri dengan mengasingkan dirinya daripada teman-teman sejatinya.Ia mula mendiamkan diri,ia meragut rumput sendirian,ia juga tidur bersendirian.
Suatu saat,datang seekor temannya, "Wahai sahabatku,aku lihat engkau seolah-olah menjauhkan diri dariku,dari kami semua.Mengapakah wahai sahabat kesayanganku?Adakah kami telah melukakan hatimu?Maafkan aku seandainya aku telah mengguriskan hatimu"
Sang kambing itu menjawab,
"Tidak,wahai sahabatku yang tercinta,Bahkan akulah yang bersalah dalam hal ini.Kamu langsung tidak melakukan sebarang kesalahan padaku.Sebenarnya aku merasakan diriku tiada arah tujuan.Aku cemburu melihat kesungguhan kalian dalam mencari makanan buat keluarga kalian kerana Allah.Aku cemburu sekali kerana setiap kali kalian meragut rumput,kalimah Allah meniti di bibir kalian.Sungguh tidak pernah aku melakukan hal yang sedemikian.Aku jadi malu bahkan cemburu.Lantaran itu,aku menjauhkan diri dari kalian.Kerana aku merasakan aku tidak layak bersama kalian."
Pantas temannya berbicara, "Subhanallah,mengapa kamu berbicara sedemikian.Kita ini sama sahaja.Dahulu,aku juga seperti kamu.Hidupku tidak terurus,ingat kepada Allah juga jarang.Namun,adakah kamu tahu apa yang menguatkan aku?Sahabat-sahabat aku lah yang menguatkan aku.Mereka memimpin tanganku,mengatur langkahku.Agar segala yang aku lakukan di dunia ini,samada makan,tidur jua berbicara semuanya kerana Allah.Jangan pernah walau sedetik pun kamu cuba memisahkan diri dari gerombolan ini,sahabatku.Kerana kamu bukan sahaja menjalani hidup bersendirian,bahkan jika kamu berasa lemah,kamu tiada sahabat untuk sama-sama menguatkan dirimu.Istighfarlah sahabatku.Ingatlah dahulu,Rasulullah s.a.w juga memerlukan sahabat dalam perjuangan baginda"
Sang kambing mulai berasa sedih dengan ungkapan temannya,air matanya mulai menitis, "Maafkan aku wahai sahabatku.Terima kasih kerana memegang tanganku di saat aku mulai futur.Bantu aku ya sahabat.Bantu aku agar hidupku ini segalanya yang aku lakukan hanya kerana Pencipta kita Allah s.w.t"
------------------------------------End of The Story------------------------------------------
Namun kini,sang kambing itu mulai berjauhan dengan sahabat-sahabatnya.Dan ia merasakan bahawa semakin lama ia berjauhan,semakin lemah dirinya.Hanya Allah sebagai pengaduannya.Sungguh, dia sangat merindukan hidup berkelana bersama-sama sahabatnya yang tulus berjuang mencari rezeki yang diredhai Allah.Itulah mereka,Sahabat yang mulai mengajar ia tentang erti hidup.
Benarlah bait-bait lagu Tanpa Agama dendangan Hijjaz,
Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara Tanpa ukhuwah manusia terseksa
Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara
“Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan".(Hadis riwayat at-Tirmizi)
-sufiyyimraah-
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah,karyaku mulai menjelma...
Bijaksana dalam penggunaan I.T ya..(^^,)
Sesungguhnya orang yang bijak adalah mereka yang pandai menggunakan sesuatu ilmu @ kemudahan untuk kemaslahatan ummahnya...
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah,ternyata Allah itu masih mengizinkan aku meneruskan lagi perjalanan menerokai medan dakwah ini..
Meskipun,tiada kamera digital,Cyberlink YouCam tetap bisa membantuku...
Si Gemuk@ Alice penghibur hati
Si Putih Peneman Diri
InsyaAllah,Wajah-wajah indah bakal ku potretkan....
Sesungguhnya dengan melihat ciptaanNya ternyata bisa menimbulkan 1001 inspirasi buatku...
Bismillahirrahmanirrahim...
Sinaran Mentari Itu...
Bila berbicara mengenai cinta,manusia bisa melakukan beribu-ribu tafsirannya.Ada yang mengatakan cinta itu indah,manis,asyik..Namun,ada juga yang mengatakan cinta itu mendatangkan kesakitan,penderitan dan tangisan.Cinta itu ibarat madu.Boleh jadi ianya disukai,boleh jadi ianya dibenci.Madu itu cukup digemari oleh insan yang mengenali jua memahami keindahan madu.Tetapi ianya cukup dibenci bagi mereka yang langsung tidak pernah merasa kemanisan madu itu.
Hakikatnya,Manusia mana yang tidak pernah terusik hatinya dengan keasyikan cinta.Dalam keperitan menjalani liku-liku kehidupan,cinta hadir memberikan sinar kebahagiaan.Cinta mampu menewaskan api yang marak menyala.Cinta mampu menggamit kekuatan insan yang dilukai.Cinta itu ibarat kunang-kunang dalam kegelapan malam.Indah sekali..cukup indah buat sang pencari cahaya di saat ketakutan menyelubungi diri.Cahaya cinta itu seolah-olah memberikan nafas baru dalam diri.Tika itu jua lah Ketakutan mulai menjauh dari lubuk hati.Hati yang resah mulai terubat..Sekalipun kunang-kunang itu tidaklah secerah cahaya matahari,namun hadirnya memberikan sejuta makna buat sang pencari cahaya meneruskan lagi perjalanannya..
Cinta itu mampu ku andaikan sebagai cahaya matahari dan cahaya neon.Pelik sungguh ungkapan cinta buatku.Namun itulah yang ku rasakan.Kedua-duanya memberikan sinar buat manusiawi.Siang membutuhkan sinar matahari.Di kala malam pula,manusia membutuhkan sinaran neon buat menerangi kepekatan malam.Saling melengkapi bukan.?Indah sekali aturanNya.Malam..meskipun sinar matahari seakan meninggalkan manusia,namun hakikatnya sinar matahari tidak pernah sedetik pun menjauhinya...Perhatikanlah keindahan sang purnama,bersinar indah lantaran pantulan sinar dari sang mentari.Mana mungkin manusia dapat menikmati keindahan sang purnama,jika mentari meninggalkan manusia.?
Cahaya matahari itulah Cinta Yang Esa sedangkan cahaya neon itu cinta manusia.Aku membutuhkan kedua-duanya.Mana mungkin aku meninggalkan salah satu dari cahaya ini.Kerana kedua-dua cahaya ini yang menyerikan kehidupanku.Namun,harus ku katakan,cahaya matahari itu lebih ku butuh,dari cahaya neon.Tanpa cahaya matahari,mana mungkin aku mampu bernafas?Tumbuhan bakal kehilangan sumber makanan lantaran perjalanan sistem fotosistesis sudah terganggu.Kerana itulah sunnatullah.Setiap sistem di dunia ini saling melengkapi.Sungguh,Dia Maha Memahami.
Cinta manusia mudah membuatkan hatiku sakit,perit jua derita.Sedangkan sedetik aku meneguk cintaNya,aku seolah-olah di alam mimpi.Ketenangan semakin menyelubungi hati,sedangkan penderitaan pula seolah-olah berlari meninggalkanku.Hatiku ibarat wardah yang mulai berkembang,subur mengeluarkan harumannya..Sejuk dan damainya hatiku seperti kedinginan air yang mengalir tanpa henti.Subhanallah..Ketenangan yang belum pernah ku rasa..
Aku tidak pernah menolak cahaya neon,namun jika mentari datang ke pangkuanku,mana bisa aku meletakkan mentari di sisi ku.Seperti mana cahaya neon diperlukan dikala malam menjelma,begitu jua dengan cinta manusia.Semua manusia membutuhkannya,namun disebalik tabir cinta manusia itu,terletak cinta Allah yang Maha Agung.
Penuhilah hatimu dengan cintaNya,nescaya Dia akan melengkapi hatimu dengan cinta manusia.
~sufiyyimraa'ah~
Searched for the words,
To describe your beauty,
No matter how I tried ,
No word seemed worthy,
Struggled to find,
The right words for You,
Words just fail to describe,
What's deep inside,,
how great He is...!!
He can make my heart pounding without any reason...Subhanallah...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,,
Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.
(Ali-Imran; 3:103)
Alhamdulillah,segala pujian kepada Pemilik alam dan jiwa-jiwa ini..Allahu robbi.Rasulullah s.a.w bersabda,
Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya: Nabi s.a.w. bersabda: “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya/kerugian/lemah padanya; kesihatan dan kelapangan/masa
terluang.”
'BERCUCUK TANAM UNTUK KEHIDUPAN AKHIRAT'
Kebanyakan manusia sering risau,keluh-kesah jika hartanya semakin berkurang,jika kecantikannya mula menghilang,jika usianya mula dimamah zaman.Sedikit sahaja manusia yang risau,takut jua khuatir jika amalannya semakin berkurangan,jika anak-anaknya menjadi anak yang jahil agama,jika kehidupannya dibelenggu kebusukan maksiat..Jarang sekali manusia memikirkan tentang 'kampung halamannya',di akhirat sana.Tidak ramai yang sanggup 'bercucuk tanam' segala amalannya siang malam untuk dituai pada "musim menuai' kelak..tidak ramai manusia yang sanggup mengorbankan masa,nafsu,dan kehidupannya untuk mengabdikan diri tanda kesyukuran mereka kepada Allah s.w.t.
Allah itu tidak zalim,bahkan dialah yang Maha Pemurah,Maha Pengampun.Ramai daripada kita apabila diperkatakan mengenai persoalan ibadah,mereka mulai berasa susah,payah,tidak sanggup untuk melakukannya..Ada yang mengatakan "AKu tidak mampu untuk bangun qiamullail,Tidak ikhlas untuk solat sunat rawatib,Aku jahil mengenai agama" jua alasan-alasan yang lain.
'HENTIKAN MENSEKULARKAN ISLAM
'
Jika itulah persepsi kita mengenai Ibadah,ternyata kita telah men'sekular'kan agama Islam.Kita telah memisahkan agama dalam kehidupan kita.Bila bercakap mengenai sains dan teknologi,kita tidak terlintas langsung mengenai kehebatan Allah,prinsip-prinsip yang ditekankan Islam.Juga,apabila bercakap tentang fesyen,kita terus meninggalkan Islam.Apa yang terlintas difikiran,hanyalah fesyen itu bukan sebahagian daripada Islam.
Belajarlah untuk menghentikan pengaruh sekular dalam pemikiran dan kehidupan kita.Belajarlah untuk menjadikan Islam sebagai jalan kehidupan kita baik dari segi politik,ekonomi juga sosial.Bila kita melibatkan diri dalam industri fesyen,berfikirlah kita sebagai umat Islam yang hebat.'Bagaimana aku hendak create design yang membolehkan Umat Islam tidak ketinggalan dari sudut fesyen namun pada masa yang sama,mereka mampu untuk menutup aurat.Bagaimana aku hendak menjadikan indusri yang aku ceburi ini sebagai industri yang membantu gerakan dakwah,iaitu dengan design-design baju aku,aku mampu untuk menarik perhatian non-muslim tentang kesyumulan Islam,mengubah persepsi mereka terhadap umat Islam yang kini hebat dilabelkan sebagai 'terrorist' jua umat yang lemah.
'MENGASAH KEHEBATAN DIRI UNTUK ISLAM'
Umat Islam harus maju pemikirannya.Umat Islam harus hebat akhlaknya.Umat Islam harus hebat daya keintelektualannya.Janganlah kita suka menjadi umat yang diulit keenakan mimpi kegemilangan Umat Islam suatu ketika dahulu.Tanpa melakukan CHECK&BALANCE terhadap umat Islam era ini.Kaji sejarah,cari penyelesaian.Bukan kaji sejarah,cari keenakan sejarahnya.
Umat Islam dahulu hebat kerana hubungannya dengan Allah cukup hebat.Taqorrub mereka terhadap Tuhan semesta alam.Keheningan malam mereka disulami dengan tangisan taubat terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan.Berbeza dengan kondisi kita zaman ini,malam kita lena diulit mimpi indah dek keenakan tidur malam.sehinggakan kita terlupa untuk bangun qiamullail,bermunajat kepada kekasih agung kita,memujiNya,mengadu kepadaNya..kita lupa semua itu,kita lupa.Ingatlah manusia,jangan sampai pula suatu masa nanti sedetik Allah meninggalkan kita.Bertaubatlah selagi ada masa buat kita.
'BERSATU DIBAWAH LEMBAYUNG KALIMAH لااله الا الله محمدرسولالله'
Sloga demi slogan dilaungkan,'KITA HENDAKLAH BERSATU' disetiap pelosok dunia meskipun berbeza dielek percakapannya,berbeza gaya penyampaiannya.Namun maksudnya masih sama,iaitu Umat Islam hari ini mendambakan bilakah saatnya kita akan bersatu.Bersatu membawa dan meninggikan kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Ada yang menyatakan,suatu kemustahilan buat kita khususnya masyarakat Malaysia ini untuk bersatu,terutamanya barisan pimpinan kerajaan dan pembangkang.Hal ini suatu kemustahilan kerana dasar yang dibawa oleh kedua-dua pihak adalah berbeza.Bagaimana titik persamaan itu mampu diwujudkan?
Sebelum kita terus mengkritik,kritik dan kritik,tidak kiralah parti kerajaan ataupun pembangkang,pernahkah kita berfikir bagaimanakah caranya untuk masyarakat Islam dinegara kita untuk bersatu?Atau kita lebih gemar untuk berbicara kosong,mencari keenakan mengutuk kedua-dua belah pihak?
Memang dasar yang mereka perjuangkan itu berbeza,namun masih ada sinar disitu kerana kita tetap bergelar seorang MUSLIM.Biarpun sebanyak mana perbezaan yang ditemukan,tetap ada persamaan antara parti kerajaan dan pembangkang.Suatu negara itu mustahil untuk menbangun tanpa ada isu membina daripada pihak kerajaan dan pembangkang.Kerana,tanpa isu-isu membina,siapa yang akan menperjuangkan hak-hak masyarakat?
Ayuh kita menjadi generasi Y,generasi yang berfikir untuk merevolusikan sistem politik negara kita supaya menjadi lebih telus,berhemah dan bersih.Mencuba untuk merevolusikan cara sosial masyarakat,menuju kehidupan yang lebih baik,kehidupan yang lebih harmoni,kehidupan yang lebih mengenal Penciptanya.Mencuba untuk merevolusikan ekonomi negara kita,merangka pelan pembangunan ekonomi yang lebih efektif tanpa ada unsur-unsur riba' yang diharamkan Islam.Mungkin first impression kita mengatakan hal itu mustahil.Namun,perkara yang mustahil itulah yang mempu menjadi hebat jika kita mengambil lamgkah untuk merealisasikannya.
Kata-kata Ibnu Hazm,
“Orang yang bersyukur dengan lisannya saja tanpa menyertakan anggota badannya, seperti orang yang memiliki banyak pakaian, namun dia hanya memegang bagian ujungnya, tanpa ia kenakan, praktis tidak bermanfaat baginya untuk mengusir hawa dingin dan panas.”
Hendaknya kita tidak menjadi orang munafik, yang menjadikan Islam sebagai sarana untuk mendapatkan dunia, hanya mengambil Islam dari hal-hal yang sekiranya menguntungkan untuk dunia saja, tapi menolak hal-hal yang tidak menguntungkan baginya. Karena Islam adalah satu kesatuan. Islam melazimkan untuk tunduk dan patuh dalam segala hal yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam Qs. Al-Baqarah : 208,
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu.”
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Alhamdulillah,hembusan sinar keindahan Islam itu masih lagi menyapa diri...Meskipun kadang-kala guruh jua ribut kencang mula memukul kekuatan iman yang masih rapuh...Namun,Allah itu ternyata,Tuhan Yang Maha Penyayang,Tuhan Yang Maha Pemurah...Biar bertatih bagaimanapun hambaNya,Dia tetap menuntun perjalanan sang hamba dalam menuju kehidupan abadi,bertemu Pencinta Agung,Allahu Robbi...
Wahai diri,wahai sahabat-sahabat...
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (QS. 2:214)
Biarpun dugaan datang bertimpa-timpa dalam hidup ini,biarpun kita tidak pernah merasa sesaat pun kenikmatan kehidupan ini sebagaimana insan-insan lain yang di pilihNya..Tetaplah dalam hatimu,dalam jiwamu,bahawa kekasihmu sedang menguji cintamu.Sebagaimana sang pencinta sering menguji kekasih hatinya,begitu jualah Kekasih agungmu,Pemilik hatimu...Jangan pernah berasa sedih,berasa putus asa,kerana kehidupanmu bukanlah berakhir disini,tetapi ia bermula di sini dan perhentian terakhirnya adalah akhirat sana.
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. (QS. 3:142)
Wahai diri,wahai sahabat-sahabat...
Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,
yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam syarahannya yang pertama menyatakan,
tiga perkara wajib bagi seseorang mu'min dalam semua keadaan ini adalah
1)melakukan segala perintah Allah
2)menjauhkan diri dari segala yang haram
3)redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah
Wahai diri,wahai sahabat-sahabat,
kadang-kala,kita sering mengharapkan kesempurnaan dalam diri,,tanpa menyedari bahawa bagaimana mungkin seseorang itu mampu untuk menjadi hamba yang terbaik buat Tuhannya,tanpa dia diproses,digilap,diuji dengan seribu satu ujian dariNya.Itulah Tarbiyyah.
Ingatlah wahai diri jua sahabat yang diredhai Allah,ujian iui tampak berat pada mata kasar kita..Namun hakikatnya,hanya mata hati kita yang dapat melihat kemanisan,keindahan disebalik segala 'ujian cintaNya'...Sentiasalah basahkan hati dan bibirmu dengan bertasbih kepadaNya..Mudah-mudahan mata hatimu itu lebih bersinar daripada mata kasar yang padanya 1001 pendustaan...
Dalam buku Adversity Quotient/AQ (Kecerdasan ketegaran), ada 3 tingkat AQ, yaitu:
1. Quitters (orang yang keluar, lepas). Tidak mau berusaha atau berbuat karena melihat kesulitan.
2. Campers (orang merasa puas). Orang yang merasa sudah berusaha dan mendapatkan hasil, tapi ia merasa sudah cukup (istighna) dan enggan untuk meneruskan perjalanan.
3. Climbers (Pendaki). Adalah orang yang selalu berusaha mendaki, melanjutkan perjalanan, pendakian.
Semoga kita menjadi Climbers, orang yang selalu mendaki, mencari, memperbaiki diri... Biarlah Allah yang akan membimbing kita menuju jalan yang mana....
"Dan bagi orang-orang bersungguh-sungguh menuju Kami, sungguh Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami" (Al-Ankabut).
Menariknya Allah memakai "jalan-jalan" (subul) bukannya jalan. Jadi, meskipun pendakian menuju Allah adalah jalan mendaki, namun Allah menyediakan banyak sekali jalan.
Wahai diri,wahai sahabat-sahabat,
sedikit perkongsian buat hamba-hamba yang sering mengejar redha dan cintaNya,
berselimut kesadaran betapa kecilnya diri ini dimata Tuhanku ..
tak pernah dan tak akan layak diri ini merasa sempurna dari yang lain bahkan siapapun itu.. karena sejatinya hanya ALLAH yang MAHA SEMPURNA ..
aku hanyalah manusia biasa .. .
manusia yang memiliki rasa cinta,,
manusia yang bisa marah ..
manusia yang punya batas kesabaran..
manusia yang bisa menangis ...
manusia yang bisa tertawa ..
dan..
akupun manusia yang punya rasa takut ..
aku hanya selalu berusaha membentuk diri ini menjadi pribadi yang lebih baik dan tak merugikan orang lain ..
karena aku yakin .. segala sesuatu yang dilandasi dengan ikhtiar dan tawakal ,, , diiringi senandung doa yang tulus kepada-NYA,, dan dihiasi oleh pancaran sinar harapan .. .
Insya ALLAH .. . ALLAH akan selalu memberi yang terbaik untuk diriku .. . ;')
Amien .. ;')
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
(alhamdulillah,akhirnya,setelah sekian lama blog ini menyepi)
"Perkara pertama yang akan dihisab adalah solat"
~Mafhum hadis~
"jangan kita mencari syurga dunia dengan tanpa kita sedar menempah neraka akhirat"
Selamat menempuh final exam kepada semua asasians. Maa' taufiq wanajah..