:)

:)
Bismillahirrahmanirrahim...


Apa khabar iman hari ini?Semoga indah belaka.


Berapa hari ya,laman hikmah ini dibiarkan menyepi..Biar saya hitung....Oh,dalam 2 hari rupanya.Dimanakah perginya sikap istiqomah seorang dai'e?Ighfirli Ya Allah.Semoga kita sama-sama sedar kesilapan sendiri,dan mencuba untuk memperbaikinya.Bukankah hidup ini proses tarbiyyah daripada Allah?Jika kita tidak menyedarinya,maka rugilah kita.


Mana tidaknya,cuba kita fikir,secara analoginya,kita sedang dalam keadaan lapar.Jiran di sebelah ada memberikan makanan di hadapan pintu.Seandainya,kita tidak cakna dengan keadaan sekeliling kita,tidakkah ini bermakna kita akan kelaparan?


INGAT!Peluang sentiasa berada di depan mata.Hanya kita sendiri yang tentukan,samada kita mahu merebutnya ataupun meninggalkannya.


TAHUN BARU SUDAH TIBA


Tahun baru ini memberikan suatu impak dan tarbiyyah secara langsung dari Allah buat saya.Kerana apa?Kerana tahun baru ini(meskipun dalam tahun Masihi) Allah campakkan satu perasaan ke dalam hati saya bahawa "No More Fear,No More Hesitations".


Firman Allah s.w.t yang bermaksud,


Katakanlah"Jika bapak-bapakmu.anak-anakmu,saudara-saudaramu,isteri-isterimu,keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasulnya serta berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya."Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(Surah At-Taubah ayat 24)


SIAPAKAH ORANG FASIK?


Kata fasik berasal dari kata dasar al-fisq, yang berarti "keluar" (khuruj). Para ulama mendefinisikan fasik sebagai "orang yang derhaka kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintah-Nya atau melanggar ketentuannya." Orang fasik adalah orang yang melakukan dosa besar dan sering melakukan dosa kecil.
sumber:http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/1440/membezakan-informasi-dusta-dari-yang-terpercaya/


Cukuplah tahun lalu,dosa-dosa saya melebihi timbangan pahala buat kehidupan abadi di sana.Jadi,mengapa pula,saya tidak mahu menyahut perintah Illahi dalam surah at-taubah ayat 24?Semata-mata kerana takut kepada dunia?Sedangkan kehidupan saya di sini,kemungkinan hanya tinggal satu saat sahaja?Allah sudah memberikan petunjuknya,adakah saya mahu menjadi golongan fasik yang tidak diberi Allah akan petunjukNya?


Nauzubillah.


Jika saya sudah ada azam,impian baru saya tahun ini.Bagaimana dengan sahabat-sahabat?


Jadikanlah permulaan tahun ini,sebagai permulaan yang terbaik dalam hidup kita.Sebagaimana di Shah Alam,sambutan tahun baru dimeriahkan dengan kesyahduan laungan takbir Allahu Akbar,yang dilaungkan oleh kira-kira seramai 60-70 ribu umat manusia.Subhanallah!Tidakkah indah hakikat peristiwa ini?Jika mahu masyarakat ini berubah ke arah kebaikan,pilihlah pemimpin yang benar-benar memahami cara hidup Islam yang syumul(menyeluruh).




Saya bagi tips ya,bagaimana untuk hilangkan perasaan takut dalam membuat perubahan dalam diri.Ingat,perubahan ini mestilah perubahan ke arah yang lebih baik.


Berapa banyak dari kita  selama ini takut untuk mencuba, takut untuk melangkah, takut untuk melakukan sesuatu yang menurut kita bahwa kalau itu tercapai akan membuat kita bahagia, membuat kita berhasil dan bangga? Kita sudah membayangkan dulu hal-hal yang belum tentu terjadi, yang akhirnya mematikan semua potensi, energi, keinginan, kepuasan, dan kebesaran yang kita inginkan


Keberhasilan tidak akan datang pada mereka yang hanya menunggu saja, dan tidak akan menunggu siapa saja untuk datang padanya. Jangan menyesali keadaan. Keberanian merupakan aset yang sangat berharga bagi diri kita karena keberanian bisa menjadikan sesuatu yang tadinya tidak mungkin menjadi mungkin. Keberanian bisa menjadikan sikap negatif menjadi positif, layu menjadi bersemangatpasif menjadi aktifpesimis menjadi optimismiskin menjadi kayagagal menjadi BERJAYA. 


Manfaatkan Keberanian semaksimum mungkin dengan:
1. Berani Menentukan cita-cita yang tinggi.
2. Berani bangkit dari kegagalan.
3. Berani belajar dari kelemahan dan kesalahan
4. Berani membayar harga untuk keberhasilan



Hanya diri kita yang mampu mengukur apakah keberanian kita cukup besar? Marilyn King mengatakan bahwa keberanian kita  dipengaruhi oleh 3 hal, yaitu visi (vision)tindakan nyata (action), dan semangat (passion). Ketiga hal tersebut mampu mengatasi rasa khawatir, ketakutan, dan memudahkan kita meraih impian-impian.


APA YANG PENTING?

Keberanian.Ya,kita perlu berani untuk membuat perubahan.Selain berani,kita mesti  membuat satu short-list.kenapa aku mahu perubahan ini.Senaraikan apakah  misi,visi dan tindakan kita sejurus kita membuat perubahan tersebut.

Ingat!Umat Islam yang berjaya adalah umat Islam yang mempunyai perancangan yang teliti.Bukan sekadar angan - angan kosong. 


Nak Tahu Apa Harapan dan Impian Saya?




Ada akal,kita guna.Maka,fikir-fikirkan apa yang patut kita lakukan untuk pembangunan ummah.Salam Perubahan buat semua.


Bismillahirrahmanirrahim....


Terima kasih,Allah.


Tercapai juga hasrat ingin beriadah pagi ni.
Apa yang lebih penting adalah,JANJI bersama sahabat tertunai.Alhamdulillah.Walaupun,sebenarnya keletihan kerana tidak sempat tidur gara-gara obses study.Tetapi,demi janji terhadap sahabat,saya gagahkan kudrat yang ada.


Ternyata tarbiyyah jasadiyyah Allah pagi ini cukup manis.Seronok dapat merasa kesegaran udaranya,dapat mendengar kicauan burung,dapat melihat kehijauan dedaunan.Apa yang lebih penting,saya dapat melihat panorama yang cukup digemari.Iaitu langit.Sungguh indah di saat mentari mulai memancar.Kelihatan awanan mulai merekah.Berpecah di atara satu sama lain.Dan cahaya mulai menerobos di segenap ruang yang ada.

Subhanallah!


Tidak dapat di gambarkan betapa girangnya hati ini.















Bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan yang di bumi. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
 (Surah al-Hadid:1)


Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris diangkasa? Masing- masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

Tetapi,yang sedihnya,saya tidak dapat merakam saat yang indah itu.

Gara-gara,tiadanya kamera..

Maka,saya simpan azam,selepas ini,mahu juga kumpul duit,beli DSLR.On My Own!

Mahu beli.Tak ingin lepaskan lagi peluang merakan keindahan alam milik Allah ini.

------------------------------------------------------------------------------------------
Kalam Pemilik Hatiku,


Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. (Surah An-Nur:43)

   
Bismillahirrahmanirrahim...




Allah,
Subhanallah,

Jemariku seakan tidak mahu berhenti,
Berhenti dari melakar sebuah coretan,

Coretan cinta buatMu.

Saat ini,hatiku berkira-kira,
Jantungku girang,
Menunggu saat yang bakal tiba,
Tidak sabarkah aku,Ya Allah?

Biarlah.


Kerna,rindu itu.
Aku masih setia menanti.

Hanya buatMu yang menyintaiku.




Bismillahirrahmanirrahim...


Bermulanya sebuah kisah




Iman: Bagaimana mahu tolong kamu ya,Nafsu?


Nafsu: Kenapa kau mahu tolong aku?


Iman: Sebab saya sayang kamu.Kamu bukannya jahat.


Nafsa:Ah,kau saja cakap macam tu,Padahal kau pun sama je macam yang lain-lain.Persepsi kau mengatakan aku jahat.Bukan?


Iman:Astaghfirullah.Tak baik kamu fitnah saya.


Nafsu:So,what?Buktikan apa yang kau cakap tu.Kalau sekadar cakap,aku pun pandai.


Iman: Baik.No point.No evidence.Then,No talk,right?


Nafsu: Yes,Absolutely!


Nak bukti?




Iman: Kamu tahu atau tidak.Sebenarnya,kamu ada 3 jenis individu?


Nafsu: Haha.Apa yang kau mengarut ni?


Iman: Saya bercakap benar.Nak bukti?Cuba kamu rujuk ayat Al-Quran yang bermaksud “…Sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kepada kejahatan..” (Q.S 12:53). Ini dipanggil nafsu amarah,ia membawa manusia kepada keburukan.


Nafsu: Ok.Baru satu.Mana lagi dua?


Iman:Sabar.Sabar.Saya terangkan lagi.Yang kedua,rujuk pula ayat ini,“Dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali dirinya sendiri. (Q.S 75:2)”. Ini pula,di panggil nafsu lawwamah.Yakni, nafs (jiwa) yang menyesali dirinya sendiri atas perbuatan buruk dan setiap pelanggarannya.


Nafsu: .....(Sambil berfikir)


Iman : Dan,yang ketiga pula,kamu lihat ayat ini.“Hai jiwa yang tenteram dan mendapat ketenteraman dari Tuhan! Kembalilah kepada Rabb mu! Kamu senang kepada Nya dan Dia senang kepadamu. Maka bergabunglah dengan hamba hamba Ku dan masuklah ke dalam surga Ku”. (Q.S. 89:27 30). Inilah nafsu mutmainnah.Nafsu ini merupakan nafsu yang kosong dari sifat-sifat tercela. Sifat-sifat buruk sudah mulai dapat dihilangkan, dan mulai mengerjakan solat sunah, berzikir, wirid. Orang yang dikuasai nafsu mutmainah sudah belajar untuk istiqomah dan beramal soleh dan mulai meninggalkan hal-hal yang dilarang Allah.


Nafsu: Oh.Baru aku tau.Habis,sekarang ni.Aku personaliti yang mana?


Iman: (Sambil tersenyum).Agak-agak kamu?


Nafsu: Hmm,mana la aku tau.Aku bukannya alim dan bijak macam kau.Pasal tu la aku tanya.


Fikir-fikir...




Iman: Cuba kamu renung sejenak ya.Bukan saya tidak mahu memberi jawapan.Kerana,kamu lebih memahami diri kamu.Saya bagi analogi buat pertanyaan kamu.Adakah air kopi,air mineral dan air oren merupakan perkara yang sama?























Nafsu: Manalah sama.Satu pahit.Satu manis.Satu lagi tawar.Weh,budak darjah satu pun tahu nak jawab.




                                                                                                 Iman:Baiklah.Kamu kata ianya air yang berbeza bukan?Pasti dan yakin dengan jawapan kamu?Nafsu: Dah aku cakap budak darjah satu pun boleh jawab.That means,aku yakinlah.


Iman: Cuba jawab ya,ketiga-tiga air tu,asalnya air apa?







Nafsu: Hmm,air mineral.Kenapa?


Iman: (Sambil tersenyum).Ok,semuanya berasal dari air miner.Maka,adakah ketiga-tiga air itu,berbeza ataupun sama?


   Nafsu: ......Asalnya sama,kemudian berbeza..


   Iman: Betul.Macam tu juga dengan diri kamu.Asalnya fitrahnya bersih.Macam    air mineral itu.Saat itu,kamu adalah nafsu mutmainnah.Nafsu yang sentiasa ingin berbuat kebaikan.Cintakan perkara-perkara yang positif.Sentiasa melakukan perkara-perkara yang menenangkan jiwa.Namun,ada kalanya,kamu ingin juga bertukar rasa.Kamu ingin menjadi air oren.Itulah nafsu lawwamah.Bila kamu buat salah,kamu terasa "Oh,aku telah melakukan ini.Aku perlu bertaubat".Namun,adakalanya,kamu ulangi kembali dosa tersebut.Berbeza pula dengan bila kamu menjadi air kopi.Situasi itu adalah bilamana kamu berada dalam kondisi nafsu ammarah.Kamu sentiasa melakukan kemungkaran..Walau dalam apa jua keadaan,kamu sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar.Kopi itu pahit bukan?Begitu juga dengan ammarah.Ianya boleh menjadi sangat "pahit" buat manusia,jika nafsu tidak dipandu dengan iman.


Nafsu: Ok.I got the point.So,maksudnya,aku yang tentukan diri aku sendiri?


Iman: Betul.Tiada siapa yang boleh merubahnya,melainkan atas kehendak  kamu sendiri.


Nafsu: Kejap.Aku rasa ada lagi point yang kau tertinggal.


Iman: Apa dia?


Nafsu: Bukan aku seorang je yang boleh merubahnya.Aku perlukan juga bantuan kau,IMAN.


Iman: Kenapa pula?


Nafsu: Weh,kau ingat aku boleh nak berubah sorang-sorang?Aku kena ada geng yang boleh tolong aku la.Aku teringat pula,Sabda Nabi s.a.w: “Jangan engkau bersahabat melainkan dengan orang mukmin dan jangan engkau makan melainkan dengan orang-orang yang bertaqwa.” ( Abu Daud dan At-Tarmizi ).Kau kan baik,tolong la aku.


Iman: Subhanallah,bijaknya kamu.Hafal hadis nabi.(sambil tersenyum)

Nafsu: Well...Aku kan bijak.Ops,lupa nak sebut.Alhamdulillah..




------------------------------------------------------------------------------

Kalam Kekasih hatiku ,
 “Wahai mereka yang beriman! Takutilah akan Allah dan bersertalah dengan orang-orang yang benar lagi taat.” ( At-Taubat A:119)







Bismillahirrahmanirrahim..


Belajar kerana Allah.Mendengar sahaja kata-kata itu hati ini serba sedikit akan terasa kepayahannya.Benar bukan?Kerana apa?Kerana sistem pembelajaran kita sekarang ini lebih berorientasikan peperiksaan iaitu "exam oriented".Bukan tidak bersetuju,tapi adakalanya situasi ini mencengkam pendirian dan motivasi sesetengah individu untuk lebih mencintai Ilmu berbanding mencintai "pointer".


Jadi,adakah salah,sistem peperiksaan itu?


Tidak.Tidak salah.


Yang salahnya adalah kita.Ya! Kita sebagai pelajar,sebagai mahasiswa.Bagaimana kita mampu untuk memanipulasi pemikiran kita sendiri bahawa sepanjang proses pembelajaran ini,yang dikejar bukanlah pointer yang hebat.Tetapi sejauh mana kita mampu untuk mengaplikasikan segala teori-teori yang telah dipelajari ke dalam realiti.


Sebentar!


Saya tidak bermaksud tidak perlu "score" dalam peperiksaan ya.Kerana peperiksaan itu jualah antara salah satu cara untuk kita melihat potensi diri kita.Sejauh mana selama ini kita memberi sepenuh tumpuan didalam kuliah.Bukan sekadar datang kuliah,salin nota dan balik bilik.Menghadap laptop.


So,set your goal.Right now!


.....................
Ya!Aku belajar kerana Allah.Aku belajar kerana aku nak umat Islam terus gemilang.Aku nak jadi pelopor kepada penemuan-penemuan baru.Aku nak gunakan ilmu aku untuk orang lebih mengenali siapakah pencipta ilmu yang hebat ini.Aku belajar bersungguh-sungguh sebab aku nak orang kenal kekasih aku.Ya betul!Aku nak orang kenal Allah..


Bermulanya edisi khas..FOKUS STUDY!!
Segala halangan dan rintangan kita perlu hadapi dengan bijak.Susun strategi yang padu.


Saya pasti,rintangan paling hebat buat mahasiswa sekarang ni adalah laptop.Ya!
Sekarang kita sudah tahu masalah,Maka,apa yang perlu dilakukan?


PENYELESAIAN!.


turn OFF the light?
Of Course,not.
OFF..........


Yes!Go OFFLINE.
Masalah sudah jumpa,Penyelesaian pun sudah ada...Maka,apa yang perlu sekarang adalah..TINDAKAN!

Bertimbun ye buku nak dibaca?
Don't Worry,,

Kalau buku pun dah ekspresi cintanya,kenapa kita tak cuba untuk jatuh cinta pada buku?


----------------------
Oleh kerana,sekarang ini,exam week,maka,saya nak berkongsi tentang tips-tips belajar menurut Islam.Selamat beramal..

1.Niat menuntut ilmu untuk mencari keredhoan Allah, dengan cara ini Allah akan berikan jalan keluar dalam setiap langkah yang buntu.

2.Patuh pada guru . Tidak durhaka pada guru, orang tua, tidak berbuat jahat pada siapa saja atau apa saja.
3.Contoh yang durhaka pada guru: Tsa’labah yang tidak patuh pada Rasul. Qarun yang tidak mau ikut dengan Nabi Musa. Keduanya mati dalam keadaan jauh dari Tuhan. Audzubillahimindzalik.

4.Tidak berbuat aniaya pada siapa atau apapun. Menganiaya kawan atau makhluk lain akan membuat hati menjadi mati dan mudah berbuat dosa berikutnya.
    5.Menghindari dosa dosa besar dan kecil
    Misalnya: berbohong akan menjauhkan kita dari kebenaran, menjaga pandangan mata ( kisah orang soleh yang langsung lupa hafalan 1 Al Quran karena tidak menjaga pandangannya terhadap wanita), dll.
      6.Mengamalkan ilmu yang telah dimiliki secara terus menerus. Dengan mengamalkan ilmu kita melakukan penghayatan dan Insya Allah akan mendapatkan ruh dari apa yang kita lakukan. (setiap apa yang kita lakukan memiliki ‘ruh’ lihat ruh dalam beramal). Kita juga akan melakukan dua amalan yaitu mengamalkan ilmu dan berusaha istiqomah. Moga mendapat keredhoan Allah.
        7.Memenuhi adab dan tata cara mencari ilmu; misalnya: dimulai dengan berdoa, sebaiknya menghadap qiblat, mendengar dengan tertib, tidak memotong perkataan guru, dll.




        -------------------------------------------------------------------------------
        Kalam Pemilik Hatiku,
        "Bacalah Dengan nama tuhanmu yang menciptakan"
        (Surah Al-A'laq:1)
        Bismillahirrahmanirrahim...





        -----------------------------------------------------------------------------------------------
        Kalam Pujangga Hatiku,

        "Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah S.W.T di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatnya iaitu:-

        1. Pemerintah yang adil.
        2. Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah.
        3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.
        4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.
        5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang cantik, lalu dia berkata, ''Sesunggguhnya saya takut kepada Allah".
        6. Seseorang yang memberi sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
        7. Lelaki yang mengingati Allah S.W.T berseorangan diri sehingga berlinangan 
        air matanya.
        Bismillahirrahmanirrahim....



        Kedamaian yang dinanti

        Mungkinkah semakin ditemui?

        Tenang.

        Damai.

        Saat ku sujud,

        Lama.

        Merayu,mengadu,merintih..

        Terasa indah,tika itu.

        Mungkinkah memori yang lama itu akan kembali?

        Terima kasih wahai Pemilik hatiku
        Hanya padaMu segala kebahagiaan ini.
        Bismillahirrahmanirrahim....


        Apa Itu Cinta?


        "Love is patient, love is kind. It has no envy, nor it boasts itself and it is never proud"

        "Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang."

         "Love is a feeling that really can't be described, it's something you can only feel. It's about caring for somone deeply, and never wanting to let go. It's about thinking about them constantly, and no matter what they do, you can never stopping loving them. Even if your in a relashinship or not with them. Your completly comfortable with them, and you don't just like them because they are attractive." 

        --------------------------------------

        Mungkin ramai orang telah salah menintepretasikan apa itu cinta.

        Saya disini bukanlah ingi berbicara tentang cinta.Kerana hakikat cinta yang sejati hanyalah buatNya.

        Namun,untuk apa Dia palitkan rasa cinta,kasih sayang dan rindu dalam hati hamba-hambaNya?

        Firman Allah, maksudnya, "Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah"
        (Al Maidah:54)

        Adakah ianya suatu yang sia-sia?Yang boleh rosak pada bila-bila masa sahaja?

        TIDAK!

        Segala ciptaan Allah tiada yang sia-sia.Cinta kurniaanNya bukanlah untuk dirobekkan.Bukanlah untuk dijadikan sebagai landasan ke arah lautan jahannam.Cinta suci dariNya bukanlah untuk lebih menjauhkan hamba-hambaNya daripada hakikat kehidupan.
        Kerana Dia mengajar kita,

        Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya, karena itu Kami jadikan dia MENDENGAR DAN MELIHAT. 
        (QS. Al Insaan, 76:2)

        MENDENGAR DAN MELIHAT

        sejauh mana nikmat itu telah kita manfaatkannya?Selama 20 tahun kehidupan di dunia ini,adakah kita telah menjadi hamba yang Dia sebutkan?Iaitu menjadi golongan ulul al'bab.Golongan yang sentiasa berfikir,

        Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama) mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

        Perkataan ‘ulul albab’ disebut dalam al-Quran sebanyak enam belas kali. Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhan bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat. Kemuncaknya mereka akan menemui hakikat kebenaran yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

        BAGAIMANA MAHU BERFIKIR?

        Cuba kamu lihat di langit sana,adanya gumpalan awan yang berarak,kamu mampu melihat kebiruan langit yang terbentang.Melihat bebasnya burung-burung berterbangan.Seolah-olah dunia ini tanpa sempadan.Bila kamu melihat langit itu,seakan-akan tiada permulaan dan penghujungnya.Seolah-olah kamu mampu berjalan tanpa henti.Terfikirkah kamu,hebatnya Allah ini.Bagaimana langit itu masih utuh di kedudukannya,sedangkan alam ini sudah berusia berjuta-juta tahun.Bagaimana langit itu tidak jatuh menghempap segala hidupan di bumi ini.Kukuhnya langit yang Allah ciptakan.SUBHANALLAH!

        Cuba pula kamu melihat kepada sebatang pokok.Bagaimana dari sebiji benih,ia mampu tumbuh subur,memberikan manusia dan haiwan sumber makanan.Bagaimana ia mampu menyerap air dari tanah yang melawan teori graviti?Hebatkan Allah?Tapi pernahkah kita terfikir?Ataupun mata dan telinga kita sudah tidak mampu berfungsi untuk menilai dan memerhati ibrah disebalik segala ciptaanNya?

        APA KAITAN DENGAN CINTA?

        Maaf,mungkin entry ini kurang sesuai bagi hamba-hambaNya yang cuba mengerti bagaimana mahu bercinta.Kerana apa yang saya cuba katakan dan sampaikan adalah KAMU TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MENCARI DAN MENGERTI APA ITU CINTA MANUSIA.kerana di saat kamu memahami kehebatan cintaNya,kamu sudah mampu memahami apa itu cinta manusia.

        kerana CINTA ALLAH jualah,saya mampu MENCINTAI sahabat-sahabat saya

        kerana CINTA ALLAH jualah,saya mampu MENCINTAI IBUBAPA saya

        kerana CINTA ALLAH jualah saya mampu MENCINTAI diri saya.

        Rasulullah SAW bersabda

        "Allah berfirman: Tidak henti-hentinya hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sunnah sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya digunakan mendengar dan penglihatannya yang dengannya digunakan melihat." (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)





        Di saat aku sendiri,
        Ku lihat awanan sana,
        Indah.
        Mampukah aku seindahnya?

        Namun,
        Kaki ini terus melangkah,


         

        Di saat itu,
        Hembusan angin menyapaku,
        Terpana,
        Dia menghantar sang bayu,
        Untuk menemaniku.

        Semakin jauh langkahku,
        Kehadiran Dia semakin terasa,
        Untuk apa perlu bersedih,
        Sedangkan Dia setia di sisi

        ---------------------------------------------------------
        Kalam Pemilik Cintaku,
        "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri" (Al-Baqarah:222)



        A SIMPLE PRESENT FROM YOUR DAUGHTER....


        IT"S A DU'A...
        (DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN)


        Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
         Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu 
        Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati 
        Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
        Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia 
        Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah 
        Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah 
        Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku 
        Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya 
        Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannyaJadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
        Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil 
        Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka 
        Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan 
        Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi 
        Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku 
        Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku  suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan 
        Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha 
        Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku 
        Ya Allah perkenankanlah
        Ya Allah perkenankanlah
        Ya Allah perkenankanlah



        Bismillahirrahmanirrahim...


        Ya Allah,lama sungguh tak menjengut ke laman hati ini...
        Kekangan masa?
        Kerja yang bertimbun?
        Ataupun sebenarnya,pengurusan masa diri ini yang bermasalah?


        ------------------------------------------------------------------------------------------
        Apa-apa pun,sebenarnya,biar sesibuk manapun kita,namun kalau kita bijak mengatur dan menguruskan jadual hidup sendiri.InsyaAllah,tiada alasan dalam melakukan apa jua kerja yang diberikan.


        Plus,JANGAN MALAS..!(^^,)




         "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam  kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan  kesabaran" (Al-Asr)


        NOW IS THE  TIME TO HAVE A REVOLUTION!!


        KENAPA PERLU REVOLUSI??


        Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan: Bersedialah

           1.      Masa hidup sebelum mati
           2.      Masa sihat sebelum sakit
           3.      Masa muda sebelum tua
           4.      Masa kaya sebelum miskin
           5.      Masa senang sebelum susah



        -------------------------------------------------------------------------------------
        Kalam Pujangga Hatiku,




        Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
        H.R. Abu Daud