:)

:)
Bismilahirrahmanirrahim

Sebelum mata terlena
Izinkan aku,Tuhan
Memberikan cinta
Buat
Buah hatiku
yang Kau Cintai

Itu Hasratku
Sebelum roh dan jasad
berpisah
menujuMu

Izinkan insan-insan kecintaanku
menerima lukisan hati ini
Agar
bila aku mati
Cintaku masih hidup
dalam jiwa mereka


---------------------------------------------------

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
AKU MAHU MENJADI SAHABAT SEPERTI ITU! 
izinkan aku,Ya Allah


Bismillahirrahmanirrahim




  Kata-kata itu
Pena itu
Membuatkan air mata
Jatuh lagi
Allah

Jika insan "Mata Kecil" itu menjadi pilihanMu
Mengapa tidak aku?
terus berusaha
menjadi pilihanMu

Mereka menantiku
Menanti untuk sebuah perubahan

Kuatkan jiwa ini
Untuk terus
Membedil dunia
dengan akalku

Jika dosa itu terpalit kesannya di wajah
Nescaya
Hitamlah wajahku

Terima Kasih Ya Allah
Kerana sentuhanMu

Hitam itu mengusir pergi



DOA-DOA KETIKA MENUNTUT ILMU



^__^

a) DOA PENERANG HATI

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”


b) DOA PEMBUKA HATI

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَقِنِيْ شَرَّ نَفْسِيْ

Terjemahan: “ Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”


c) DOA MENGULANGKAJI PELAJARAN

اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ وَسَهَّلْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Terjemahan: “ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”


d) DOA SEBELUM BELAJAR

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”


e) DOA SEDANG BELAJAR

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”


f) DOA SELEPAS BELAJAR

اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”


g) DOA MOHON DIBERI KECERDASAN BERFIKIR
اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ

“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”

h) DOA BEROLEH ILMU YANG BERMANFAAT

اَللَّهُمَّ إِِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ , وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ , وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ , وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهاَ

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”


l) DOA MENUNTUT ILMU PENGETAHUAN

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا بَدِيْعُ السَّمَٰوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا ﭐﷲُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْـأَلُكَ أَنْ تُحْيِيَ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِـيْنَ

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup yang Berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, Tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah-Mu, Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”


J) DOA DIMUDAHKAN FAHAM DAN HAFAL PELAJARAN ( Surah Al-Anbiya’: ayat 79)

فَفَهَمْنَاهاَ سُلَيْمَانَ وَكُلاَّ اَٰتَيْناَ حِكْماً وَعِلْمً وَسَخََّرْناَ مَعَ دَاوُدَالجِْبَالَ يُسَّبِحْنَ وَالطَّيْرِ وُكناَّ فَاعِلِيْنَ , وَ ياَ حَيُّ يَا قَيُّومُ ياَ رَبَّ مُوسَىٰٰ وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ وَياَ رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ (صلى الله عليه وسلم) عَلَيْهِمْ أَجمْـَعِيْنَ , اَللَّّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةً وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِيْنَ


“ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki, faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.”


Doa Atabatul Ghulam : MERANGSANG KECERDASAN AKAL

إِلَـٰهِيْ إِنْ كُنْتَ قَبِلْتَ تَوْبَتِيْ وَغَفَرْتَ حَوْبَتِيْ فَأَكْرِمْنِيْ بِالْفَهْمِ وَالحِفْظِ حَتَّىٰ أَحْفَظَ كُلَّ مَا سَمِعْتُ مِنَ العِلْمِ وَالقُرْءَانِ ۰إِلَـٰهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِحُسْنِ الصَّوْتِ وَالنَّغْمَةِ حَتَّى أَنَّهُ مَنْ سَمِعَ قِرَاءََتِيْ يَزْدَادُرِقَّةً فِيْ قَلْبِهِ إِنْ كَانَ قَاسِيَ القَلْبِ ۰إِلَـٰهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِالرِّزْقِ الحَلاَلِ وَارْزُقْنِيْ مِنْ حَيْثُ لاَ أَحْتَسِبُ ۰

“ Ya Allah, bila Engkau terima taubatku dan Engkau ampuni dosaku maka berilah aku kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal, sehingga aku dapat menghafal semua yang aku dengar dari ilmu pengetahuan dan Al-Qur’an. Ya Allah, berilah aku kemuliaan dengan bagus suara dan baik langgam suara, hingga sesiapa yang mendengar bacaanku hatinya merasa kasih sayang dan lemah lembut meskipun ada seseorang yang keras hati. Ya Allah, berilah kemurahan dengan rezeki yang tidak terkira.”


DOA MENERANGKAN HATI Supaya Dapat Memiliki Ilmu yang Luas dengan cepat
( Surah Al-Kahfi : Ayat 107-110)

إِنَّ الَّذِيْنَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُوْا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّـٰتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلاً ﴿۱۰۷﴾ خَـٰلِدِيْنَ فِيْهاَ لاَ يَبْغُوْنَ عَنْهَا حِوَلاً ﴿۱۰۸﴾ قُل لَّوْكَانَ ﭐلْبَحْرُ مِدَادًالِّكَلِمَاتِ رَبِّى لَنَفِدَ ﭐلبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنَفَدَ كَلِمَـٰتُ رَبِّى وَلَوْ جِئْنَا بَمِثْلِهِ مَدَادًا ﴿۱۰۹﴾ قُلْ إِنَّمَآ أَنَاْ بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَىٰۤ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَٰحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـٰلِحًا وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ ۤ أَحَدَا ﴿۱۱۰﴾

Terjemahan: “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.(107). Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.(108). Katakanlah : “ Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ( ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”(109). Katakanlah : “ Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku : “ Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa”. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”.(110)


DOA PENGUNCI HAFALAN ( Surah Al-A’raaf : Ayat 171) .

* dibaca setelah selesai belajar untuk mengunci perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam sistem ingatan. Boleh juga ditulis pada halaman pertama buku atau nota pelajaran.


وَإِذْ نَتَقْنَا الجِبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوۤۤاْ أَنَّهُ وَاقِعُ بِهِمْ خُذُواْ مَآءَاتَيْنَـٰكُم بِقُوَّةٍ وَﭐذْكُرُواْ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ ﴿۱۷۱﴾

“ Dan (ingatlah), ketika Kami mengangkat bukit ke atas mereka seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan Kami katakan kepada mereka) : “Peganglah denagn teguh dengan apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta ingatlah selalu (amalkanlah) apa yang tersebut di dalamnya supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.”


سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ , وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهِ وَﭐللهُ أَكْبَرْ , وَلاَ حَوْلاَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ , عَدَدَ كُلِّ حَرْفٍ كُتِبَ أَوْ يُكْتَبُ أَبَدَ الأَبِدِيْنَ وَدَهْرَ الدَّاهِرِيْنَ يَا رَبَّ العالَمِيْنَ


“ Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Besar. Tiadalah daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Sebanyak setiap huruf yang telah ditulis (oleh manusia) atau yang akan ditulis. Terus menerus selama berkekalan kurun dan berterusan masa.

Aku akan terus berkarya.

Memulakan langkahku yang sudah lama mati.

Kerana baru aku sedar,

Dengan karya,

Ilmu tidak akan mati.

Dengan karya,

Pahala amalku bertambah,

Hari demi hari.

Aku akan terus berkarya.

Demi Islam, Demi Ummah, Demi Rasulullah, Demi Allah

InsyaAllah, perkongsian ilmu akan bermula seusai imtihan tamat.

Allahumma Yassir wala Tua'ssir! 

"Ilmu yang difahami dan diingati akan hilang akhirnya, tetapi ilmu yang DIFAHAMI dan 

DITULIS, maka yang ditulis akan berkekalan sepanjang zaman (Imam as-Syafie)  




Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman dengan bertemankan teman, mengajar aku erti tarbiyah dalam bersahabat. Aku terkesan dengan kata-kata sahabat, dalam sebuah perjalanan inilah, kita akan lebih mengenal siapa sahabat kita. Dalam perjalanan itu, banyak yang kami ungkapkan. Biarpun seketika cuma, namun kami berkongsi idea dan rasa. Aku yang sememangnya sangat cinta akan awan, terus memulakan celotehku.

Aku cinta awan, kerana dengan awan, aku melihat suatu makhluk yang luas terhampar di udara. Aku cinta bila melihat awan yang berwarna putih, di hiasi dengan langit yang membiru. Di dasari dengan kehijauan pepohon, membuatkan aku terpana. Aku sering berfikir, di saat awan menjadi igauanku. Indah. Tiada kata yang mampu terucap. Subhanallah!.

Sepanjang dalam perjalanan , sering aku berkata pada teman. Lihat! Indah sungguh awan itu. Putih. Moga hatiku mampu seputih itu.

Perjalanan kami terus dibuai. Di buai keasyikan ciptaanNya.

Dua prinsip yang aku cuba kongsikan padanya. Buat teman yang aku harap, dapat menjadi jiranku di syurga sana.

Aku sudah terbiasa dengan jiwa seorang pengembara. Tiada istilah takut dalam jiwa. Kerana aku yakin, Allah dan malaikat sentiasa ada bersama. Mengapa harus ditakutkan makhluk yang tiada kuasa?
Aku pesan padanya, percayalah pada Allah, tidak kira di mana, bila dan bagaimana. Hanya percaya padanya. Serahkan kebergantungan padaNya. Bukankah Innallaha ma'ana?

Yang kedua, belajarlah daripada hikmah sesuatu perkara. Tidak kira, ianya nikmat ataupun musibah. Belajarlah untuk mencari hikmah. Di saat, ilmu ini berjaya dipasakkan dalam hati, pasti jika ada kesedihan, ianya akan mudah terubat. Hikmah memberikan kekuatan buat jiwa, jika ianya di dasari keimanan dan kepercayaan padaNya.

Moga celotehku buatnya, dapat menjadi saham akhirat, yang menjadi bekalan amal soleh.

Ameen




Imtihan will come to me,
Allah
You knows
What I don't know
Help me,
In Your Ways...

Ameen


Putih
Serakan cahaya menerangi
Hati yang kegersangan

Moga hari esok,
Ujian yang menyapa
Membawa khabar gembira.

Hidup ini singkat
Jika
Kau tidak mampu menghargainya

Hari ini
Aku semakin
Menemui diri

Biarlah
Kata-kata tidak mampu berbicara

Kerana
Aku mahu menjadi seperti dia.
Dia 
Yang mengajar manusia dengan pena.

Agar aku mati nanti
Penaku
mampu tembusi hati manusia

Agar penaku
mampu merubah dunia

Meski,
mustahil itu ada.

Namun,
bukankah kejayaan bermula dengan angan-angan?

Moga,
anganku tercapai

Sebelum mata terlena,
izinkan aku ya Tuhan
menyemai benih pena
dalam rahim kertasku.


Orang yang mencari cinta adalah orang yang ketandusan cinta.

Biarlah cinta itu berlari,mengejarmu,di saat kamu benar-benar memerlukannya.

Hati bahagia,bila cinta itu ada.

Namun,

Peliharalah cinta seawal kelahiranmu.

Lihat dunia,

Hargai cinta yang ada.

Sebelum merintih cinta yang baru.
Bismillahirrahmanirrahim,



Keluhan terluah,
Bicara terasa kaku,
Saban malam di lewati,
Yang tersisa hanya penyesalan,

Kelam malam,
Jasad tetap di sini,
Kelam hilang,
Jasad terbujur kaku.

Sayup bisikan kokokan,
Semakin sayu bicara hati,
Helaian baru bermula kembali,
Tetapi pakaian hati,
Sama sekali lagi?

Ini kisah tentang hati. Ini kisah tentang nurani. Ini kisah tentang aku. Ini kisah tentang kamu.

Lidah kamu kata Allah cintaku. Otak aku mentafsirkan, Ya! Allah cintaku jua.

Hatiku bertanya buktikan cintaku itu. Nuranimu berseloka, cukup Allah di hatimu.

Siang menjelma, Malam bernyanyi sepi. Malam tiba, Siang merintih sayu.

Tangisan Siang dan Malam menyelubungi nuranimu dan hatiku.

Bicara cinta. Bicara sayang. Bicara kasih.
Tetapi peraduan menjadi kekasihmu,
Kehangatan kelambu menjadi pendampingmu,
Kekabu mendodoikan kamu dan aku.

Cintakah kamu? Cintakah aku?
Cintakah itu?

Apa itu cinta?
Boleh kamu katakan?
Boleh aku tafsirkan?
Siapa mampu katakan?

Jangan berani berdusta. Jangan pandai berjanji setia. Jangan mudah berkata pujangga.
Bila jasadmu keras. Jasadmu malas. Jasadmu terlena. 
Dari sujud padaNya.

Aku tanya kembali.
Yakinkah kamu dengan cintamu?
Pastikah aku dengan cintaku?


KATA YANG SEKADAR KATA TIADA BERMAKNA

Pesanan Imam Ghazali,

Waktu Itu Ialah Kehidupan

Wahai anakku yang tercinta,

Sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah sabda  Baginda yang berbunyi:
 Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Ta'ala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.


 





Bismillahirrahmanirrahim,



Jemari yang terkaku sepi kian pergi, yang tiba adalah jemari yang setia mendendangkan irama hati. Tuhan tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Menjadi hamba yang kufur nikmatkah ,bila anugerahnya di persiakan sebegitu sahaja?

Irama hati pagi ini,

Dalam Al-Ihya menulis: Dalam diri manusia terdapat 4 sifat:
  1. sabiyah (kebuasan)
  2. bahimiyah (kebinatangan)
  3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
  4. Rabbaniyah (ketuhanan)
Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan  mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:
  • menjaga kehormatan diri (iffah)
  • cukup dengan apa yang ada (qanaah)
  • tenang
  • zuhud
  • wara’
  • takwa
  • malu
  • jujur
  • berani
  • dermawan
  • sabar
  • suka menolong
  • tahan menderita
  • suka memaafkan
  • teguh pendirian
  • mulia
  • pandai
  • selalu ceria (senyum)
dan sebagainya.

Jemari terasa pantas menekan papan kekunci pagi ini. Namun,seberapa pantaskah jasad mahu bersujud padaNya?

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,setelah sekian lama papan kekunci ini tidak melakar sebuah kisah untuk dikongsikan,Allah beri kesempatan untuk saya berkongsi di sini antara nikmatNya yang hadir dalam diri.


Cinta dariNya tidak perlukan masa,tidak perlukan tempat, dan tidak perlukan sebab.Kerana itu adalah cinta yang agung dari seorang Rabb buat hambaNya. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------
Noktah.


Perancangan manusia itu tidak mungkin akan menjadi kenyataan tanpa keizinan dariNya.


Kalau mengikut perancangan diri,minggu ini,adalah saat di mana saya akan melangkah,bermusafir mencari setits ilmu. Mencari kemanisan kalimah "IQRA" yang menjadi wahyu pertama buat Rasulullah s.a.w.
Hati berbunga-bunga di saat hari yang di nanti-nanti hampir  menjelang tiba. Hari itu,sehari sebelum perancangan saya untuk memijak ke bumi Melaka di Baitul Qurra',hati saya berdegup pantas. Kegusaran melanda. Ya Allah,setelah Kau bukakan pintu IlmuMu buatku,izinkanlah untuk aku memasukinya. Saya hanya berharap, saat itu menjadi kenyataan. Pengajian pondok yang diidamkan, hanya beberapa jam sahaja lagi,bakal di lewati. 
Tiba-tiba, di waktu hampir lewat malam, Allah menguji diri ini, menguji jalan untuk mencari ilmuNya.Satu persatu halangan tiba. Bermula dengan sahabat fillah yang terpaksa   membatalkan hasrat hati untuk menuntut di pondok dan di beritakan dengan amanah kerja yang perlu di selesaikan.


Allah Maha Kuasa, hati mana yang tidak hampa. Penantian ini semakin kabur dari pandangan mata. Sebelum ini,juga Allah uji perkara yang sama, di saat saya mahu mencari ilmuNya, Dia menguji dengan halangan-halangan yang terpaksa saya akur. Pembatalan ke kuliah habib,talaqi intensif dan lain- lain..Semuanya masih tidak mendapat keizinan Allah.


Tidak mengapa,bisik hati ini yang cuba untuk rawatinya.


Kerana,Percaturan Allah itu sungguh indah.!


Ketidakhadiran saya ke Baitul Qurra' mengizinkan saya untuk bertemu dengan 5 Epal Merah yang sangat saya kasihi kerana Allah. Si Manis Epal,yang mencari erti dalam perjalanan hidup ini. Si Cantik Epal, yang berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri. Hati saya terubat. Terubat dengan kehadiran Epal-Epal  yang menghidupkan kembali semangat "Indahnya Berusrah". Allah,rindunya saya terhadap zaman dahulu. Di tempat yang sama jualah, saya bergelak tawa,menangis dan bercerita bersama-sama sahabat-sahabat.
Sama seperti mereka, Epal yang akan saya jaga dengan percikan cinta dariNya. 


Pertemuan pertama yang memberi kuntuman indah di hati.


Allahu Robbi..















Bismillahirrahmanirrahim..



Allah..
Dalam taklifan,
Kesedihan menerpa,
Aku terjelopok disini,
Hati mahu meluah,
Tapi,
Bibir terkaku keras...

Khilafkah aku,
menjadi sibghahMu,
Disaat diri masih hina...

Ya Rabbi,
Sengsarakah?
Bahagiakah?
Aku disana?

Allah..
Hanya Kau kepercayaanku,
Biar hilang segala kepercayaan manusia,
padaku,

tiada kalimah paling aku cintai melainkan ALLAH
Bismilahirrahmanirrahim...


Alhamdulilah,setelah sekian lama,baru hati ini terdetik untuk berkongsi dalam menuturkan kata-kata tanpa bicara.Mengalunkan sebuah lagu tanpa irama,buat berkongsi bersama teman-teman.Apabila ilham itu datang,maka lakarkanlah ia dalam suatu lukisan pena meskipun tanpa kanvas.Kerana ilham adalah rahmatNya.Jangan pernah sia-siakan rahmat Allah.


Tuhan Yang Maha Penyayang.


Ujian Allah,Cinta Allah,Murka Allah.


Segala-galanya mengajar diri seorang wanita tentang erti hidup ini.Bukan mudah untuk menjadi manusia.Kerna apa?Kerana beban amanah yang cukup berat,membuat kita sedar tentang tanggungjawab sebenar kita.Sungguh,Detik demi detik yang berlalu,sebenarnya memberikan kita nikmat yang sungguh bermakna.Hanya persoalannya,samada kita sedar atau tidak.


Detik yang berlalu semakin mendewasakan.


Bila telinga menjadi teman setia.
Dan Kalam menjadi ekspresi diri di kala perlu.
Membuatkan Kadang-kala kita terlalu melebihkan kalam,sehingga melupakan sang telinga.




Mengapakah Allah menciptakan telinga itu dua?dan mulut itu satu?


Kerana Dia mahu kita menggunakan nikmat selari dengan kuantitinya.
Telinga itu jumlahnya dua.Maka perbanyakkanlah dalam hidup ini untuk lebih mendengar.
Mulut itu satu,kerna apa?Kerana Allah mahu kita berkata di saat perlu.Telinga yang dikurniakan nikmat yang lebih menjadi pemandu arah dalam merencana apakah nada kalam yang wajar dituturkan.


Hebat bukan ciptaan Allah?


Sebab itu Rasulullah hanya berbicara di saat perlu,hanya berbicara yang bermanfaat.Kerana Baginda bijak dalam menilai apakah sebenarnya hikmah di sebalik penciptaan.




Subhanallah!


----------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik cintaku,
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]
Bismillahirrahmanirrahim..


Ujian Allah itu sesungguhnya boleh datang pada bila-bila masa sahaja.Kadang-kala kita merasakan bahawa itu adalah suatu kebahagiaan buat kita,namun di sebalik kebahagiaan yang kita rasakan,itulah ujian Dia buat hambaNya.


"Ya Allah,Ya Tuhanku,Seandainya benar dia adalah jodohku,maka kau peliharalah dirinya.Seandainya dia benar adalah jodohku,Kau peliharalah peribadinya,Seandainya dia adalah jodohku,maka Kau peliharalah hati-hati kami.Ya Allah Ya Tuhanku,seandainya dia adalah jodohku,maka Kau pertemukanlah kami dalam jalan dakwahMu.Seandainya dia bukan jodohku,maka Kau palitkanlah hati ini dari bisikan syaitan"

Janganlah Kau rampas kemanisan jalan dakwah ini dengan bisikan syaitan yang direjam. Tetapkanlah hati ini hanya untuk menggapai redhaMu.

Seandainya benar dia tercipta untukku,maka kau satukanlah kami dalam jalan dakwahMu.Ya Allah,aku mohon,Janganlah Engkau palingkan pandangan kasih sayangMu terhadapku.

Allah pelindung hidup ini.