:)

:)


Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

.Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.

http://dakwah.info/?p=5







Allah.Cintanya melihat langit ciptaanMu.

Aku perlu belajar mencintai pencipta awan,
Sebelum jatuh cinta dengan keindahan awan  

-anginawan-

Doa jika melihat keindahan ciptaan Allah

 رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 
"Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Bismillahirrahmanirrahim,

Reflection


Pagi ini check tumblr,jumpa quote ini.


saya teringat..
seseorang pernah berkata..
jodoh kita nanti persis seperti kita..
wajahnya perangainya..tingkah lakunya
dan 
pabila kita melihat dirinya
kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya..
kuat sungguh hati saya kata
awak adalah jodoh saya
tapi jawapan di tangan ALLAH
saya redha..
sungguh saya redha dalam penantian ini


-------
Sejauh mana kebenarannya, Allah Maha Mengetahui.
Apa yang penting, soal jodoh sudah Allah tetapkan.
Andai benar,alhamdulillah. Andai bukan, berdoalah.

Semasa dengar tazkirah dahulu, ada seorang ustaz mengatakan kalau mahu mendapatkan jodoh yang baik, amalkan ayat 4 Surah Yusuf

(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya.Wahai ayahku!Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.



Bismillahirrahmanirrahim

Usrah kali ini sungguh bermakna. Buat pertama kalinya, kami berusrah di tengah-tengah padang yang berlantaikan rumput, berbumbungkan langit yang dihiasi kerlipan bintang. Malam ini jua bulan kelihatan penuh. Subhanallah. Sangat indah pertemuan kami. 

Kali ini giliran Apple Raja untuk bercerita.


Kami mendengar pengisian tentang Nilai-nilai yang perlu ada dalam diri seorang penulis. Sengaja saya memberi tajuk tersebut kepada Raja. Lantaran dia seorang yang sangat berbakat dalam penulisan. Baru-baru ini Apple saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen. Subhanallah ! Hebat bakat yang Allah kurniakan buatnya. Moga dia akan terus memberi seribu satu makna kepada helaian baru dakwah di bumi Malaysia.

Antara perkongsian yang kami perolehi ;

Sebagai seorang penulis yang baik, perlu ditanam dalam hatinya agar mampu merawat hati manusia.
Penulis turut perlu memahami peranan sebagai pendakwah. Seorang pendakwah perlu berperibadi mulia. Penulis harus menjadi seorang yang cintakan kebenaran. Jangan menulis mengikut rasa. Kerana Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa seorang pendakwah perlu menghindarkan diri daripada sifat-sifat yang boleh membinasakan diri.

Dalam setiap penulisan, perlu ada mesej dakwah yang ingin disampaikan. Sebagaimana firman Allah dalam Surah An Nahl ayat 125 yang bermaksud

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,

Perkara yang paling penting bagi  setiap penulisan adalah bertujuan untuk pembangunan minda.

Perlu kepada setiap pendakwah untuk memiliki kemahiran dalam penulisan. Kerana dengan penulisan inilah ilmu mampu ditimba, di baca dan di amalkan oleh generasi akan datang.

Pesan Imam Shafie : Kalau tidak dapat berbuat semua jangan tinggal semua.

------

Selesai pengisian daripada Apple Raja. 

Kali ini, kami membuat satu pembaharuan. Setiap kali selesai usrah, kami akan saling bertukar nota cinta. 




Nota Cinta  saya terima

Nota Cinta saya terima


Koleksi nota cinta kami

Seronok. Nota-nota inilah yang akan menjadi penguat kami tika kami rebah suatu saat akan datang.

Akhir sekali, kami mendengar perkongsian daripada Apple Farah tentang buku yang di baca. Berkaitan dengan Bible.

Mulai Usrah akan datang, setiap daripada kami akan berkongsi tentang buku yang kami sedang baca. Sedikit pun tidak mengapa. Apa yang penting budaya membaca dapat dipupuk dalam usrah kami. ^_^

Banyak perkongsian tentang Bible yang Farah kongsikan. Meskipun baru beberapa helai yang dibaca. Lagaknya seperti sudah khatam satu buku. Syabas dik! Banyak kajian yang Farah buat. Terasa teruja mendengar bait-bait cerita yang di sampaikan. Itu pun baru beberapa helaian yang dibaca. Belum keseluruhan buku. Kalau keseluruhan buku, pastinya 1 jam pun tak cukup untuk Farah berkongsi cerita. ^_^

Habis usrah, lapar pula terasa. Lantas, kami menuju ke KFC berdekatan. Duit di tangan cukup-cukup makan sahaja. Inilah masa nak menguji tadhiyah kami. Tadhiyah dalam bab makan. Maklumlah, bila semua ahli usrah gemar makan, satu Dinner plate rasa tak cukup.Tapi, bukankah kenyang itu daripada Allah? Bersyukurlah, masih mampu untuk mendapat makanan di bumi Malaysia ini.

Satu pinggan Dinner Plate untuk 5 Orang. Awesome kan?



Satu berita gembira yang saya terima!

Adik usrah saya pandai main piano! Allah. Gembira.Teruja. Perasaan yang bercampur baur dirasa.
Akhirnya, ada juga orang akan mainkan piano.

Maka, dengan pantasnya, saya membuat permintaan.
Mainkan lagu kegemaran, Yiruma-Kiss The Rain.



Adik Usrah setuju! Dia akan belajar. Special untuk saya. Bahagianya Ya Allah.

Plus, dia akan mainkan juga lagu Love Story.



-------------

Masa untuk cuci kembali semua filem hari ini. Moga Allah redha dengan pertemuan kami. 

Moga pertemuan ini...Till Jannah





Bismillahirrahmanirrahim,

Benarlah, Usrah itu menyegarkan hati. Usrah itu merawat duka. Usrah itu teman bicara. Usrah itu teman tawa. Usrah itu saling menegur kealpaan diri.

Sepanjang berusrah dengan adik-adik usrah, jiwa saya semakin mengenal Dia.

Celoteh mereka menggirangkan hati. Cukup dengan melihat wajah mereka, adakalanya bibir saya terkaku. Hebat aturan Allah. Dia temukan saya dengan adik-adik usrah yang periang. Dalam tawa kami, ada nasihatnya. Satu persamaan yang paling ketara antara kami adalah minat kami yang sama. Iaitu makanan. ^_^

Kami sangat suka bila bicara bab makanan. Mungkin itu yang lebih mengeratkan ukhuwah sesama kami.

Setiap orang ada peranan masing-masing. Setiap kali Usrah, memang telah dibahagikan tugasan. Siapa yang akan berkongsi. Biar semua dapat merasa, nikmat berkongsi cerita. Berkongsi ilmu.

Mulai hari ini, setiap kali kami berusrah, kami akan bertukar-tukar nota cinta. Allah. Bahagia.

Nota-nota cinta ini akan jadi kenangan kami, bila kami tidak bertemu lagi selepas ini.

Hadiah daripada adik usrah saya, Nik Syafiqah


Apple saya sangat comel.

Hadiah daripada adik usrah saya, Farah Atikah

Thabatkan kami dalam jalan perjuanganMu, Ya Allah

Bismilahirrahmanirrahim

Kenangan mencuit hati dan rasa.
Persahabatn yang terjalin, ada duka ada laranya.

Tapi kemanisan itu lebih terasa jika mahu dibandingkan dengan sengsara.

Kembali membelek buku-buku lama, saya terjumpa nota cinta daripada seorang sahabat.

Saat ini kami bermuhasabah bersama. Gara-gara ber"perang" dingin selama tiga hari.

Kami berdua berpakat untuk menulis kelemahan dan kelebihan diri untuk diperbaiki.

Terasa comel ukhuwah kami. Kalau bergaduh, rajuk kami tidak berpanjangan. Kerana genap tiga hari, mesti kami akan berbaik semula.

Dan setiap kali kami bergaduh mesra, pasti akan ada nota-nota cinta yang terselit di meja mahupun buku-buku nota.

Comel ukhuwah ini, Ya Allah.

Temukan kami dalam JannahMu Ya Allah..

Sahabat yang saya cinta,
Muna Munirah bt Zamry.



Sufiyy tersenyum indah hari ini.

Rupa-rupanya ada Rama-Rama yang turut merasa apa yang dirasa. Bibirnya  tersenyum mekar. Ia Rama-rama. Sufiyy  manusia. Namun, hatinya sama dengan apa yang Sufiyy rasa. Sufiyy terbuai bahagia melihat Rama-Rama terbang gembira. Dari satu bunga,hinggap ke satu bunga. Sufiyy terpesona melihat kecantikan sayap si Rama-Rama. Dalam jiwa pesona itu, Sufiyy tahu ada derita yang terhimpun. Namun Rama-rama tetap megah melebarkan sayapnya untuk tatapan makhluk Allah. Kerana Rama-rama tahu hukum alam. Semua makhluk ingin bahagia. Lantas mengapa harus diperlihatkan derita jika bahagia yang dipinta?

Pagi ini, pagi yang indah.
Kerana Sufiyy bertemu Rama-Rama.

Moga hari esok, Sufiyy akan punya kekuatan seperti Rama-Rama.

Sufiyy teringat pesan sahabatnya.

Tidak salah untuk menggapai awan yang tinggi, tapi kenalilah kemampuan diri. Takut kecewa memakan diri. Bersederhanalah. 

Indah hidup jika mengenal diri.



Assalamualaikum,

Sharing for TODAY.
Macam mana nak makan mengikuti diet Rasulullah.
Jika merujuk kepada buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit,
Penulis menyatakan sepanjang hidup, Baginda s.a.w hanya sakit 2 kali sahaja.

Menakjubkan bukan?

Kerana apa?

Kerana Rasulullah sangat menjaga pemakanan Baginda dan juga cara hidup Baginda.

Rasulullah berpesan:

Tiadalah anak adam mengisi perkara yang lebih jelik daripada perutnya. Cukuplah beberapa suap makanan bagi menegakkan tulang punggungnya. Andai kata tidak dapat dihindarkan, bahagikanlah perut itu menjadi tiga bahagian : satu per tiga bagi makanan, satu per tiga bagi minuman dan satu per tiga lagi bagi udara.

Banyak lagi untuk dikongsikan di sini, 

InsyaAllah, akan ada entry khas mengenai buku 
MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT.

Jom !
Amalkan hidup sihat,

kan menjaga Kesihatan itu amanah untuk kita..








Orang-orang yg merindu, namun tetap menjaga kehormatan perasaannya, takut sekali berbuat dosa, memilih senyap, terus memperbaiki diri hingga waktu memberikan khabar baik, boleh jadi doa-doanya menguntai tangga yg indah hingga ke langit. Kalaupun tidak dengan yang dirindukan, boleh jadi diganti yg lebih baik.
Darwis Tere Liye



Duhai Tuhanku
Jatuh bangun ku menghamba Mu
Kadang cinta kadang ku melupa
Tegaku menyiksa hidup sendiri

Duhai Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu

 
Tuhan.. aku tanpa Mu
Hidupku menderita
Sunyi hati kelam jiwa
Bagai terpenjara

Tuhan.. biarkan kini
Aku dalam rahmat Mu
Meski jatuh dan terbangun
Ku tetap bertahan

 
Ku tetap bertahan




 
Langkah pertama Sufiyy bermula.
Jika dahulu dia seorang yang sangat gusar untuk melangkah mendepani ujian di hadapan mata. Namun hari ini, dia cuba gagahkan kaki. Terus melangkah.

Kerana dia teringat pesan sahabatnya ;
Biar sukar manapun kaki kamu melangkah. Teruskan melangkah. Kerana hidup ini memang Allah takdirkan untuk kita melangkah dan terus melangkah tanpa henti. Biar sakit, biar panas, biar lelah. Kerana hidup ini bukan hentian terakhir, Hidup ini cumalah suatu tanah yang bersedia untuk di gembur. Agar akhirat kelak, kita bisa menuai hasilnya. Berjaya atau tidak lihat sahajalah berapa banyak hasil tuaian yang kita mampu peroleh.

Jalan itu terasa sungguh panjang. Seakan tiada hentinya. 
Kadang-kala Sufiyy mengeluh letih. Bukankah itu fitrah manusia? Letih bila kejauhan, mengeluh bila kepenatan. 

Namun,Sufiyy tidak putus asa. Dia mahu terus melangkah kerana dia teringat sebuah kisah pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya, 

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".

Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda tersebut dan bertanya, "Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".

Pemuda itu menjawab, "Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".


Sufiyy berkata jauh ke dalam hatinya,

Bersyukurlah..Kerana sungguh sedikit orang yang bersyukur itu.


--------

Bersambung,
Bismillahirrahmanirrahim,

Tenang itu tidak mudah dimiliki

Dalam tafakur di sajadah, gementar hati terasa apabila kalimah Allah..Ya Latif..membasahi bibir.

 “Berbahagialah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.’ (Surah Asy-Syam : 9-10).

Hati yang dahulunya kering, terasa dibasahi dengan titisan hujan. Harapan untuk kembali subur mulai menyinar.

 “(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” 
Surah Ar-Ra’d ayat 28  

Susah untuk melembutkan hati jua mendidik hati. Kerana  “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika dia mengingati Allah, dia pun lari daripadanya. Jika dia lupakan Allah, syaitan akan mengunyah hatinya.” (Hadis riwayat Ibnu Abu Dunya).

Rindunya kepada zikrullah ini. Sewaktu kecil,suka mencari kaset zikrullah Ust Badrul Amin. Tenang jiwa.



---------------------------------------------------
Dalam sujudku,
Ya Allah sampaikan bisikanku kepadanya,
Moga peroleh jawapan dariMu.

Jika salah bisikanku,
hapuskanlah hembusan itu.
Engkau jua pemilik hati.
HIDUP 
hanyalah
SATU PERJALANAN
PANJANG

AKHIRAT 
Destinasi
TERAKHIR


Bismillahirrahmanirrahim

Sehari selepas mengikuti Seminar Little Caliph di Shah Alam, saya terus menuju ke Kelana Jaya bagi mengikuti Seminar VIMT ( Video Internet Marketing Training). Dua perkara yang saya sangat idamkan. Tarbiyah anak-anak dan penguasaan dalam teknik video. Allah memang adil dan sentiasa membuka pintu bagi hambaNya. Kedua-dua kehendak ini saya peroleh dalam minggu yang sama. Kuasa Allah tiada tandingnya!



Saya menghadiri seminar ini bersama-sama dengan 5 sahabat. Minat kami yang sama menjadikan kami melangkah ke tempat yang sama. Hanya dengan satu tujuan iaitu untuk memperbaiki mutu video yang kami hasilkan. Rata-rata peserta seminar tersebut adalah bertujuan untuk mempromosikan bisnes dan produk masing-masing. Namun kami mengambil kesempatan ini untuk lebih mendalami ilmu Sony Vegas. 

Sehari mengikuti seminar, rasa sungguh berbaloi. Bermula daripada teknik NLP dalam penghasilan video sehinggalah kepada tutorial membuat video sendiri. Sungguh mengujakan hati. 

Di sini,saya cuba kongsikan teknik NLP dalam peribadi seorang manusia.
1) Visual
2)Auditory
3)Kinestatik
4)Audio digital

Jenis Visual
-orang yang suka warna
-suka kepada jenis-jenis bentuk
-orang yang sangat berani.Jika bercakap suka pandang mata orang dihadapannya

Jenis Auditory
-suka muzik
-suka bercakap
-suka bercerita

Jenis Kinestatik
-sentiasa bergerak
-suka kepada sentuhan
-Suka bertindak
-suka unsur-unsur emosi

Jenis Audi Digital
-suka kepada fakta
-suka bercakap dengan diri sendiri
-suka kepada soalan
-sangat aktif monolog dalaman

Semua jenis-jenis NLP ini boleh digunakan dalam penghasilan video yang menarik. Banyak sungguh sharing,ilmu yang kami peroleh. Hati saya tersenyum dengan bentuk tarbiyah yang Allah hadirkan. ^_^
Pengalaman adalah guru terbaik. 

Satu perkara yang sangat membuat saya terkesan adalah.Kata-kata daripada Puan Diyana Tahir bahawa

SHARE benda yang dari HATI.Apa sahaja yang DARI hati akan MENYENTUH hati.


Bismillahirrahmanirrahim,

Apa itu Little Caliph?

The Little Caliphs Program (TLCP) is an Islamic-English-Creative pre-school program that helps pre-school children to realize their best spiritual, cognitive, socio-emotional and physical potential.


The Curriculum Mission
“Our mission is to instill the LOVE of Islam and knowledge to young children”

    Subjects and Modules


 Hafazan
 Iqra'
 Islamic Studies
Islamic Mannerism
English Language
Bahasa Malaysia
Mathematics
Science
Art and Craft
Practical Life
Physical Education
Computer Appreciation

------------------------------------------------------

Pertama kali membaca mengenai Little Caliph, hati terus tertarik. Inilah yang saya cari! Seorang sahabat mengatakan dia sudah mengisi borang untuk seminar Little Caliph, maka tanpa membuang masa saya terus menuju ke lappy dan menghantar email kepada Little Caliph.


Alhamdulillah.Hanya itu kalimah yang mampu dituturkan di saat mendapat email dalam inbox gmail.
Seminar untuk Little Caliph. Saya berjaya untuk menjadi salah seorang tetamu mereka untuk pencerahan terhadap apa itu Little Caliph. Impian yang pernah dilakar suatu ketika dahulu seakan bersinar kembali. Allah Maha Mengetahui. Syukur yang tidak terhingga kerana saya dimaklumkan bahawa dalam satu sesi hanya 17 peserta yang diterima untuk mengikuti seminar ini,

Sebelum mengikuti seminar ini, saya menerima email yang bertanya mengapa saya ingin menyertai seminar Little Caliph. 

Lantas saya menyatakan;


Three main reasons WHY do I want to open kindergarten: 
1) Awwaluddin Ma'rifatullah
2) I want to use my media knowledge to help Muslim kids know the right way to use technologies in their life.
3) I want to change the pattern of our society lifestyle  from their childhood. Let the kids know, how to be a better Muslim in this modern age.




Setibanya di lokasi seminar, saya agak terkejut. Kerana rata-rata peserta seminar adalah pasangan suami isteri. Terasa bahagia apabila masing-masing sibuk merencana untuk membina pusat tarbiyah anak-anak. Bahagia si isteri mendapat sokongan suami, dan suami sanggup meletak jawatan semata-mata ingin membantu isteri. Benarlah keluarga yang bahagia adalah keluarga yang terbina atas paksi agama. Keluarga yang mahu melahirkan anak-anak yang jiwanya mengenal siapa Tuhan. Jiwa yang mencari kehidupan abadi.

Saya menjadi terkesima apabila di tanya bila mahu membuka kindergarten sendiri? Kerana rata-rata daripada peserta merancang untuk membuka Litte Caliph dalam masa yang terdekat. Saya hanya mampu tersenyum. Keadaan belum mengizinkan. Cuma kalau mengikut perancangan, mungkin dalam 5 tahun lagi. 

Sungguhpun hanya tiga jam mengikuti seminar tersebut, banyak pengisian jiwa ini peroleh.

Mendidik anak itu tidak mudah kerana anak adalah harta yang paling bernilai. Anak-anak seawal usia 4 tahun sangat mudah untuk menerima apa jua bentuk pembelajaran. Jikalau kita yang belajar agama, yang mengaku pejuang agama tidak berpartisipasi dalam pentarbiyahan anak-anak, bukankah itu suatu hal yang merugikan?

Semakin jauh kaki ini melangkah semakin saya sedar banyak lagi pintu dunia ini yang belum saya terokai. Masih banyak keindahan yang Allah sembunyikan. Moga Allah permudahkan segalanya.  


----------------------
Jikalau bukan takdir memiliki kesempatan untuk menyentuh zuriat sendiri, sekurang-kurangnya berkesempatan untuk merasai kemanisan mentarbiyah jiwa anak-anak kecil itu.