:)

:)

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yg. pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yg. satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada nama
Dibaja gelar yang glamour
(ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbul delima
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu ada pada harta
Kalaulah bahagia itu ada pada nama
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa
Kenapa Charles & Diana berpisah?
(seorang putera & seorang puteri)
Kenapa Elvis & Priscilla berpecah?
(seorang seniman & seorang seniwati)
Kenapa Onasis & Jackie bertelagah?
(seorang jutawan seorang celebrity)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah

Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketengan
pada
hati"
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuliskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah

Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat
Indahnya oleh munajat
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami"
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'


salam ulangtahun perkahwinan yang ke 20 buat bonda dan ayahanda..
terbinanya usrah kita atas dasar iman..
biarlah berpisahnya jasad dan roh jua dalam kalimah syahadah..
semoga ikatan yang dibina berkekalan selamanya..

Ya Allah,bimbinglah ibu bapaku dalam menuju jalan yang Engkau redhai..
Redhailah ikatan pernikahan yang telah terbina..
Bimbinglah hati-hati mereka dengan kekuatan iman dalam mencintaiMu..

Ya Allah...
kau tautkanlah hati mereka keranaMu..
kau limpahkanlah kasih sayangMu kepada mereka..
Ya Allah..
kau kuatkanlah kati mereka dalam melayari bahtera pernikahan ini..
agar mereka mampu memimpin kami..
anak-anak mereka...
ke jalan yang Engkau redhai..

Ya Allah,
Kau jauhkanlah pelayaran bahtera mereka dari godaan
dan hasutan syaitan..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
bahawa hanya perpecahan itulah yang diidam-idamkan
oleh syaitan laknatullah...
Hanya padaMu tempat kami berserah diri...
Ya Rabbul Izzati...






Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.


Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

بسم الله الرحمن الرحيم.......

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..

Hijrah,,Muharam…hijrah merupan satu elemen penting sebagai titik tolak dalam perjalanan seorang dai’e.hijrah mengajar kita menilai kembali diri sendiri,menguji kemampuan ilmu yang dipinjamkan Allah,menginsafi keterbatasan diri dalam menghadapi dugaan dan cubaan dalam menelusuri perjalanan sebagai seorang khalifah,dai’e,dan hamba..kadang kala kita merasakan kita sudah mampu untuk menjadi seorang dai’e..berbekalkan sedikit ilmu yang dipinjamkan dan dikurniakan Allah disulami dengan semangat yang membara,semangat yang ingin melihat kembali keagungan Islam,semangat inginkan keindahan Islam mulai bertapak di hati setiap insan di muka bumi,.rindu akan saat di mana panji-panji Islam mampu berkibar megah di setiap penjuru muka bumi...Subhanallah..hebat sungguh keinginan dan permintaan hati kita...Masyaallah...namun,mampukah kita membimbing saudara-saudara kita seandainya kita masih tidak mampu untuk menjadi seorang dai’e kepada diri sendiri?setiap usaha itu bermula daripada diri sendiri..seandainya kita masih tidah mampu untuk menjadi dai’e kepada jiwa,rohani dan emosi kita..bagaimana kita mampu untuk menjadi dai’e kepada saudara-saudara yang memerlukan santapan rohani yang mereka cukup nanti-nantikan..santapan yang mampu menyuluh jalan mereka yang saban hari mulai dihujani dengan kegelapan malam...buat para dai’e,ingatlah bahawa untuk mengenali insan dikelilingmu,kenalilah dahulu siapa kamu..tanyalah kepada dirimu..SIAPA AKU?SIAPA AKU.?.SIAPA AKU..?..untuk menjalankan usaha dakwahmu,berdakwah lah kepada hatimu yang masih tercari-cari sinar keimanan...kuatkanlah hatimu dengan kalimah tauhid..berikanlah kebergantunganmu yang tinggi kepada Allah...Yakinlah seandainya kau mampu mentarbiyahkan dirimu,kau sudah membuka jalan yang cukup luas bagi jalanmu yang sebenar sebagai seorang DAI’E....kerana tanpa kekuatan ketaqwaan.andai kau dihujani tusukan demi tusukan sang iblis,syaitan,munafiqin dan al-kafirun..mudahlah bagi mereka menggoyahkan imanmu....

Wahai ikhwan dan akhawat yang rindu akan manisnya JIHAD FISABILILLAH...


Dakwah ini lahirnya dari rasa cinta
Turun terus dari cinta Allah yang tak terhitung luasnya

Kemudian dari depaan cinta Rasul

Yang fikirnya tidak habis tentang keadaan ummahnya

Menitik air matanya, menitis darahnya

tidak pernah mintanya untuk dibendung


Maka kita selaku para daie

Pada ketika ini

Mewarisi cinta ini

Menerima pemberiaan ini

Mengalas tanggungjawab ini


Sebabnya cinta itu saling berkaitan

Bahagianya kita, tidak pernah rasa enak kalau hanya dinikmati sendiri

Maka datangnya para mad'u daripada insan-insan yang kita sayangi
Kerananya, kita sendiri inginkan mereka faham apa yang kita faham

Berfikir pun serupa, menangis dan ketawa pun sama sebabnya

Alangkah indahnya kalau dapat berlari dalam medan juang yang sama

Bukankah cinta dengan cinta itu saling menguatkan?


Kemudiannya, dari situ kita lihat fajar kekuatan

Pada para daie yang tak kenal erti penat lelah

Tidak pernah henti akalnya terus berfikir

Tidak pernah henti langkahnya terus melangkah


Tapi apa mereka fikir murabbi ini senyum sentiasa?

Pada cinta terselit cemburu

Maka disebalik gembiranya

Hatinya penuh rasa sakit

Jiwa penuh rasa derita


Terpaksa berkongsi kasih

Dipaksa berebut sayang

Dengan cinta dunia

Dengan kesibukan

Dengan main-main mad'unya


Lebih kecewa

Dai'e ini tidak punya utamanya

dia bukan kekasih mad'unya

dia bukan sahabat paling rapatnya

dia bukan kawan seronoknya


Bila tangan bertepuk tidak disambut

Maka di situlah hatinya menangis

Usahkan hendak bercakap

Bertemu pun umpama menunggu hujan sepanjang kemarau


Sungguh, terbit risau pada masa

dalam usaha mendidik menuntut masa

sedangkan masa itu tidak pernah baik dengan kita

perlu banyak masa lagi untuk mengenali

perlu banyak masa lagi untuk mempercayai


tiba-tiba sahaja kita telah terlambat

dan perlu banyak masa lagi untuk perbaiki semula


Kembali para daie pada Ilahi

pemilik cinta hakiki

Doa-doa yang tidak terhenti

Kerana hidayahi hanya Dia yang miliki

......بسم الله الرحمن الرحيم

....يا الله يا توهنكو
Tuhan sekalian alam...
Engkau menguasai masyrik wal maghrib...
Tuhan yang memegang hati-hati hambaNya..
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

....يا الله يا توهنكو
HambaMu tunduk patuh kepadaMu..
HambaMu menagih simpati dan rahmatMu...
HambaMu menongkah segala onak dan duri untuk menggapai redhaMu Ya Allah..
HambaMu merindui untuk bertemu denganMu Ya Rabbul Izzati...

....يا الله يا توهنكو
Dalam pengharapan hambaMu yang menggunung ini...
Terdetik perasaan gundah,bimbang,khuatir dan cemas Ya Allah..
Bisakah aku menerima pengampunanMu ..
Sedangkan dosaku umpama buih dilautan..

....يا الله يا توهنكو
Jiwaku bergetar tatkala ku hitung kembali dosa-dosaku..
Masihkan ada ruang untukku menerima keampunan dariMu...
Mampukah lagi untukku menikmati rahmatMu yang melangit luas...
Ampunilah dosaku Ya Allah...

....يا الله يا توهنكو
Kurenung kembali hidupku...
Kemanakah ku habiskan sisa-sisa hidupku..
Apakah aku telah melaksanakan amanah sebagai Khalifah di bumi ini..
Menitis air mataku Ya Allah...
Menitis air mataku Ya Rahman...
menitis air mataku Ya Rahim..

....يا الله يا توهنكو
aku seolah-olah terleka dengan nikmat indahnya dunia...
Amanahmu ku ambil enteng...
Lantaran hatiku berdetik..'ah,masih ada waktu untukku'...
Sedangkan kematian bakal menjemputku tanpa mengenal waktu...

....يا الله يا توهنكو
Sepenuh jiwa dan ragaku aku bermohon..
Titipkanlah dalam hatiku perasaan cintaMu yang agung..
Tiupkanlah ke dalam rohku,rasa kehambaan yang tinggi..
agar aku mampu untuk mencintaiMu...
sehebat cinta para syuhada'Mu yang berkorban hanya untuk mendapat redhaMu..

....يا الله يا توهنكو
teringatku akan pesanan Baginda s.a.w...
Jalan ke syurga dikelilingi dengan kepayahan..
jalan ke neraka pula di kelilingi dengan nafsu dan syahwat..
Bantulah aku melawan nafsuku Ya Allah...
Kerana aku tidak sanggup menghadapi siksa nerakaMu itu...

....يا الله يا توهنكو
Aku amati dan renungi FirmanMu Ya Allah..
'Ketahuilah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..'
asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah..
Kuatkanlah imanku dalam menghadapi fitnah dunia dikala ini...
Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon dan berserah...




.

ukhti...
andai tersilap tingkah laku ku,
andai terkasar bahasa ku,
andai terleka ku dalam mendidikmu,
sedarlah,kasih dan sayangku hanyalah untukmu..

ukhti...
meskipun sayang itu tidak mampu diluahkan dengan kata-kata,
fahamilah kasih sayang yang sejati bukanlah dari petuturan,
tetapi kasih sayang yang lahir dari lubuk hatimu,
yang x mungkin dapat digambarkan walaupun dengan seribu bahasa...

ukhti...
simpanlah air matamu,
janganlah kau gugurkan ia kerana ku..
air matamu itu hanya layak untuk tuhanmu,Allahu Rabbi..
kerana aku hanyalah saudara yang di'pinjamkan" oleh Rabbi di dunia ini..
yang mungkin akan kembali kepadaNya walaupun pada detik dan saat ini..

ukhti...
sambutlah salam sayang dariku untukmu,
sayang yang tersemat jauh di lubuk hati,
sayang yang insyaAllah membawa kepada keredhaan Illahi
sayang yang tetap bertaut di syurga akhirat yg menanti..
InsyaAllah...



tidak dinafikan,kali pertama tawaran UPU tiba,ana agak kecewa kerana ana berharap agar dapat melangkahkan kaki ke UIA di bidang sains bersekutu..namun,sebagaimana kata ustaz ana,pada hari ke 102 ketika roh ditiupkan ke jasad kita,malaikat telah mancatatkan segala ketetapan Allah buat hambaNya..ana melangkahkan kaki ke bumi tarbiyah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri dengan berat hati..ana memang dah pasakkan niat,andaikata permohonan ke maktab ana berjaya,tanpa teragak-agak ana akan keluar dari Nilam Puri..Namun,Allah yang menentukan segalanya..minggu pertama berada di bumi nilam puri ini,ana terasa suatu nikmat yang agak sukar untuk ana perolehi di tempat lain..telinga ana sering diperdengarkan dengan kalimah CARILAH MUTIARA-MUTIARA ILMU DI BUMI TARBIYAH INI...ana cukup tertarik dengan pernyataan ini..bukan sekara ustaz mahupun ustazah,namun akhawat2 lain pun begitu jua..lantaran itu jugalah,ana menetapkan keputusan ana untuk menolak tawaran Maktab..seakan mengkufuri nikmat yang datang bukan?biarlah apa yang orang lain katakn..namun yang pasti ana tetap akan sedaya upaya merungkai maksud Mutiara Ilmu itu..alhamdulillah,ana dikelilingi sahabat2 yang begitu cintakan ilmu pengetahuan,terutamanya NURADIBAH FARHANAH..dia banyak berkongsi pelbagai jenis ilmu dengan ana,,ana alui mengenai tokoh-tokoh islam yang agung di zaman Rasulullah dan para sahabat ana tidak begitu mengetahuinya,namun sahabat ana itu tidak jemu menceritakan pengorbanan dan perjuangan mereka...sehingga satu ketika,kami menghabiskan hampir RM100 ketika mengunjungi kedai buku Jafar Rawas...harap-harap ianya pelaburan yang mendatangkan seribu satu hikmah yang tersirat...di bumi tarbiyah ini,ana mulai merasai nikmat indahnya Islam itu..kerana perkara pertama yang ditekankan kepada kami ialah UKHWAh..mungkin ramai yang mengambil enteng nilai ukhwah ini..ana juga pada mulanya agak pelik,kenapa mesti setiap kali program mesti ditekankan soal ukhwah...ternyata Allah itu Maha Mengetahui..Allah memberikan kepada ana erti kemanisan ukhwah itu...tika ana menghadapi masalah kesihatan,ana seorang sahabat ana yang uruskan segalanya untuk ana..mohon kebenaran pihak pengurusan,urusan pengangkutan dan menemani ana ke klinik meskipun pada petang itu kami ada kelas,namun sahabat ana SITI SYAFIQAh sanggup menemani sahabat yang baru dikenalinya ini...harapan ana agar ukhwah kami semua semakin utuh meskipun saat kami bersama di bumi tarbiyah ini singkat sahaja..Benarlah bahawa tida kemanisan di dunia ini yang lebih bermakna melainkan kenikmatan iman dan persaudaraan sesama islam....syukron ya sodiqoti....

Sesunggguhnya tidaklah manusia dan haiwan itu dibezakan melainkan disebabkan wujudnya AKAL...akal,nikmat Allah yang paling bermakna,tapi,kita manusia hina..seringkali mengkufuri nikmat yang sangat bermakna ini....mengapa perkara ini bisa terjadi?oksigen yang disedut melalui nikmat mata,warna-warna keindahan alam ini yang dilihat melalui mata,kenikmatan merasai pelbagai aneka rasa makanan,keupayaan untuk mendengar melodi-melodi indah...namun mengapa manusia masih alpa dan leka???seharusnya mata itu dimanfaaatkan dengan melihat kejadian Allah tentang alam semesta ini...kita perlu mencontohi sifat2 insan2 terdahulu yang memiliki semangat inkuiri yang sangat tinggi...sebagaimana Nabi Ibrahim mahu mencari penciptaNya dengan nikmat mata yang dianugerahkan..penafian terhadap bulan,bintang dan matahari bukanlah sang pencipta lantaran kekurangan yang jelas tergambar...kita sebenarnya perlu menjadi seorang pemikir..pemikir yang sentiasa mencari erti disebalik ciptaan AL-A'zim...orang mukmin yang bertaqwa ialah selain cakapnya,cakap berzikir,diamnya,diam berfikir....berkenaan kehebatan pemprosesan kejadian Allah,pernahkah kita terfikir,sudah menjadi fitrah,air yang mengalir pasti akan mengalir ke bawah...seperti air terjun,air yang keluar dari puncak gunung mengalir deras ke bahagian bawah...cuba kita perhatikan pokok..pengaliran air dalam sistem serapan air melalui akar pokok cukup berbeza...air yang diserap melalui akar-akar pokok itu dibawa ke daun-daun yang berada di bahagian atas,bahagian pucuk...ianya bertentangan dengan fitrah air yang biasa kita perhatikan bahawa air pasti akan mengalir ke kawasan yang lebih rendah..tidakkah ianya sesuatu yang cukup hebat?sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah...apabila kita perhatikan keadaan sekeliling,kesannya keimanan kita pasti bertambah..hebatnya kuasa illahi..janganlah sesekali kita alpa dengan nikmat pancaindera ini..kerana Allah ada mengibaratkan bahawa orang yang tidak menggunakan nikmat pancaindera seperti binatang yang ditinggalkan...sedarlah ikhwan wa ikhwanat..segala yang berlaku dalam diri dan hidup kita bukanlah satu kebetulan yang mendatangkan 1001 kebaikan,namun ianya adalah perancangan Allah untuk melihat sejauh mana ketakwaan dan nilai perhambaan hambaNya....fil akhir kalam,Allah pernah berfirman yang bermaksud,ingatlah padaku,nescaya aku ingat kepadamu.....
perasaan hati tiada yang mampu menduga,
benci,marah,sayang aku alami,
namun pabila suka melewati,
aku tertunduk lesu...
lesu kerana kesakitan,
kpedihan yang amat menyeksakan.....
Menitis air mata jernihku..
memikirkan kekhilafan ini...
segala-galanya berlaku sekelip mata,
aku tidak mampu mencari sebabnya,
mengapa jiwa ini cukup tersiksa...


ni nak kongsi ngn kalian..ada baca artikel ni baru2 jek..bg yg da tau,kuatkan lg ingatan tu..dan,bg yg bru tau,tahniah untuk ilmu yg dapat ni..!

Mengapa Solat Awal Waktu?
www.iluvislam.com
oleh: fuadlatip
editor: doraemong13



Mengapa solat awal waktu? Apakah kelebihannya?

Saudara,

Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Untuk memahami tentang frekuensi, sila rujuk artikel frekuensi yang saya jelaskan sebelum ini di sini.



Mari bersolat DI AWAL WAKTU secara BERJEMAAH


***

Saudara,

Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.

Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.

Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang membuat PhD), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.

Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.

***

Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.


Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha


Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.




Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.


hemm,kawan2...jd,sekarang kita amalkan solat AWAL WAKTU ye...ISLAM IS THE BEST!
buat para-para ibu,mak,umi,mama,bonda,mommy..dan sbgainya...

SELAMAT HARI IBU!!
ape yek nak crita psl ibu?huh...lau buka cerita,smpai tahun depan tak habis...huhu...pengorbanan ibu tidak terkira...kejap2,sblm saya melalut lbey pnjg..ingt tak ble hari ibu???jawab cpt..jujur pd diri...10 MEI ni...da prepare adiah?hem..nk bg apa yek??nk jimat duit ley?huhu......bg kasih syg kita yang tidak berbelah bahagi....pakat rermai jom!! tak kira la korang nk bagi apa..yang penting jaga hati ibu...sebab SYURA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU...budak darjah 1 pon tau..apatah lg korang kn...emm,make it a simple but memorable present..ok?tak perlu berhabisan beribu-ribu..yang penting keikhlasan...seBAB KASIH IBU,KASIH YANG TULUS MURNI...KASIH ANAK..(isi sendiri)...huhu..hem,ni nk share movie sempena hari ibu..asyik membebel je..kte relax k...


sebagai halwa telinga..jom dengar lagu ni....best tau..hari bapa tggu ye..




'ala,kena berjauhan ke'?kawan saya meluahkan kesedihan yang menjengah lubuk hati...


'sayang la...nanti duduk jauh...susah nak jumpa'rintihan demi rintihan diluahkan...


'macam mana kalau dia ada orang lain..??




aduh,bkn sorang,ramai kawan2 macam ni...em,masalah remaja..saya pening fikir nak sambung belajar kat mana..ingatkan da kronik masalah ni..rupanya,ada kawan lain melalui masalah kronik..takziah ye fwen...mujur saya tak dibebani masalah ni..lau tak boleh botak kepala fikir..huhu...lagi2 lau jd laki..buah ati sibuk mntak putus...nasib kamu la kawan!huhu




Hem,secara rasionalnya,perlu ke remaja setaun jagung mcm saya ni ter'timpa' masalah ni??persoalan muncul...bukan ke masa2 remaja seperti skrg dihujani dengan masalah2 study,tanggungjwb,ilmu akhirat,CINTA Allah dan nabi...bnyk lg masalah kita..kenapa perlu sibuk2 cari telaga cinta remaja??yg tiada kepastian kemanisannya..silap2 hari bulan merana jiwa..




saya bukan menghalang diri dari menimba di perigi cinta remaja...namun saya sering berpegang pada satu PRINSIP CINTA..cewah,cinta pon ada prinsip....




PRINSIP2 CINTA:


1-cinta ALLAH


2-cinta NABI[RASULULLAH]


3-cinta IBUBAPA


4-cinta UMMAH


5-cinta KECERMELANGAN




bnyk tu...saya belum lagi menyempurnakan diri dlm semua cinta2 tu,mcm mana la nk terjerumus dalam cinta REMAJA..?take time is better than lost time..(ad ke?)...huhu..5 cinta tu takkan mematahkan hati saya..malahan sering menggenbirakan..cinta tanpa kekecewaan...sungguhpun tidak memberi,namun sering menerima...betul kan?tak perlu membazir wang..untuk 3 cinta utama tu..sebab kita sentiasa menerima harta darinya..untuk ummah,kena la juga keluar duit..yela,tanda menghargai mereka sekaligus merapatkan ukhwah...tp untuk cinta ke5 nih,paling bnyk keluar duit....y??




huhu..nk bli buku..ala2 pon,stu buku 20 ringgit..tapi 2 time sekolah menengah lew..x tau kt u 6t..bku latihan,ketas2,byr untuk print,yuran exam..hush,bnykkn??tp x apa..sebab ianya pengorbanan yang menguntungkan....ILMU adalah harta yg ditinggalkan nabi...bukannya wang ringgit...lgpun,antara amalan yg tak akn terputus bila kita mati adalah ilmu yg diajarkan....hem..BAGUS BERCINTA DENGAN ILMU NIH..






x complicated!sbb x fikir nk puiuk bila merajuk,belikan hadiah,mesej tiap detik[contoh ea],sntiasa ambil berat,jga hati,bg tau nk pergi mana...hurm,such a complicated things....awk ni anti lelaki ke???...huhu..tak la.cuma belom masa yang sesuai..let run for knowledge first..love?can get it easily...huhu...riak pulak...ala,susah2 lau tak jmpe mr perfect..soh fmily cri..huhu...jgn smpai tak kahwin.nabi tak mengaku umat...sbb tak kembang zuriat...huhu...8 years later....THINK ABOUT THIS...huhu..




bak kata owg dulu2,jdoh tak kemana rite?wslam..























salam.. ish,maleh sbenanye nk wt nih...tp,ad jek makhluk Allah sbuk tnye..jd,ku gagahkn jari jemari niew utk posting..hihi.. hem,sbnrnye agk terkejut dgr crite mk cik..psl sotong2 besar bnyk naik darat..bnatang laut dalam..nelayan2 dpt rzeki lbey..mmg seronok..sbb boleh dpt 40kg sehari...tp pd msa yg sme..takut menyelubungi diri...mane tidaknya,bkn ke sme kes ngn TSUNAMI dlu??bntg laut dalam sume naik ke darat dek gegaran kt dlm laut.. brite terbaru,kalau tsunami kedua terjadi,s'pore terjejas..ble s'pore terjejas mknanya johor terjejas sama...Ya Allah..semoga tsunami tidak terjadi..sbb jgkaan manusia,tsunami berlaku julai ni..tyme tu aku da study kt Kelantan..family kat johor..dkt ngn kwsan yg dijgka terjejas teruk...takutnya family terlibat..niat hati nak jek srh dwrg pegi tmpt lain..tp,ble difikirkan segalanya sudah qada' qadar Allah..klau Allah da ckp Kunfayakun...maka,manusia perlu redha..cuma aku harap sgt,family aku sntiasa dlm perlindunganNya...hem..bnyk sgt musibah bencana alam sekarang nih..semuanya gara2 manusia sendiri..muka bumi dijadikan markas maksiat....maksiat kecil,besar berlaku setiap detik...Apabila manusia mendatangkan kemurkaan Allah..inilah yang terjadi....sepatutnya,apbila musibah2 ini berlaku,manusia ambil iktibar..namun,sifat azali manusia..pelupa..insan berasal dr perkataan arab nisyan...maka tidak hairanlah...perkara seumpama ini terjadi....

SEINDAH CIPTAAN ILLAHI...
aku termenung seketika...
agungnya ciptaan Illahi..
kernanya aku bisa mengenal warna-warni kehidupan ini....
kernanya aku mampu mengorak langkah pantas...
kernanya aku mampu mengenal ayat-ayatMu...
kernanya aku mampu menilai baik dan buruk...
sungguh...
aku tidak menyangka sekalipun hadirmu kecil,perananmu cukup besar...
aku sebagai khalifah bumi ini membutuhkan khidmat baktimu....
semoga aku tidaklah menjadi insan yg derhaka,leka dan kufur...
kehadiranmu memberi sinar baru dalam hidupku..
hindarilah aku dari memanipulasikan kewujudanmu itu...
dengan noda-noda hina...
SESUATU UNTUKMU...
M-mengapa aku tidak menghargai dirimu?
A-Adakah aku manusia yg sering mengkufuri nikmat?
T-Tidakkah aku takut persoalan tentangmu di mahkamah akirat kelak?
A-Ampunkanlah kekhilafan diri ini...



Kes 1: 'mak,tak nak la..masak2 ni fail la adik'


Kes 2: 'ala,nanti akak da kahwin,pandai la masak'


Kes 3: 'ha?masak apa?air ke...'


Kes 4: 'tak payah la nak risau,,kedai makan berlambak kt luar,bli je,ape susah..'


nk cth kes lg ke? uish,x perlu...7 hari 7 malam x habis...




hemm,nape la ad gak glgn anti kne masak..seronok bab masak2 ni..lg seronok kalau tau SENJATA RAHSIA memasak..berminat nak tau?syy..kita2 jek..huhuu...




SENJATANYA:1)bwg merah 2)bwg putih 3)ikan bilis


berpeganglah pd 3 senjata ini..sure msk pape jd...huhu..


SENJATA LAIN: 1)selalu la practice ngn kuali dan senduk..maknanya PRACTICE MAKE PERFECT!


2)pupuk sikap rajin!huhu..bukan pupuk mnt msk ye..lau minat,tp x rajin..x jd msk!


3)melibatkan diri dalam sukan masak2 sedari 5 tahun...huhu..


4)hemm,senjata last ni sgt penting iaitu...menjalani proses kegagalan msk dlu..huhu..sbb ble skali gagal,sure azam nk memasak makin menebal...tp depends individu lew..




stkat ni,ni jela senjatanya..x ley nk bg bnyk2 sbb nk g msk skang ni..huhu..being a young master chef kt umah..award gu dpn amek kt IRON CHEF...Huhu....