:)

:)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah,pagi ini,kita masih diberi nikmatNya yang tidak terhingga banyaknya.Semua pancaindera kita Allah msih izinkan untuk berfungsi dengan sebaiknya.Andai kata,hari semalam,kita ada melakukan maksiat,beristighfarlah..ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM..dirikanlah solat sunat taubat..Sesungguhnya,Allah amat mencintai hamba-hambaNya... 

InsyaAllah,coretan kali ini,kita sama-sama menghayati kalamNya yang terindah...Sinarilah pagi dan hidup kita dengan keindahan,kelazatan dan kehebatan kalamNya...Semoga nur hidayah itu semakin menghampiri jiwa,hati,ruh dan akal kita...

Surah AL-INSYIRAH bermakna PENGLUASAN (perihal melapangkan dada Nabi saw) termasuk golongan surah-surah MAKKIYAH diturunkan sesudah surah Al-Dhuhaa. Mengandungi 8 ayat 27 kalimat dan 103 huruf.
Tersebut di dalam kitab Baidhawi bahawa Nabi saw. bersabda:
"Barang siapa yang mengaji surah AL-INSYIRAH padahal picit dadanya nescaya diluaskan Allah ta'ala dadanya".









  1. Tidakkah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad). (Kini hilangkan daripadamu kerisauan, sehingga kau tenang, rela karena yakin terhadap janji Allah dan perotongan-Nya).
  2. Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat.
  3. Yang memberati tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tantangan dari kaummu).
  4. Dan Kami naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu. (sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping nama Allah dalam dua kalimat syahada).
  5. Maka sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan.
  6. Sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan.
  7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka ersusah payahlah (berusaha melakukan amal soleh yang lain pula).
  8. Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.




KETERANGAN
Ada ahli tafsir yang mengatakan bahwa melapangkan dada ialah yang terjadi pada malam israa mi'raj ketika Nabi sw. dibelah dadanya untuk ditambah nur iman, keyakinan dan kesabaran. -------------------------------------------------------------------------------------
  Abu Said Al Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda: "Jibril datang kepadaku dan berkata: Tuhanku dan Tuhanmu bertanya, Bagaimanakah Aku mengangkat setinggi-tinggi nama sebutanmu? jawab Nabi saw. Allahua'lam. Tuhan berkata: Jika nama-KU disebut maka namamu juga disebut bersama nama-Ku". --------------------------------------------------------------------- 
Anas bin Malik ra. berkata: Ketika Rasulullah saw. duduk dan dihadapannya ada batu tiba-tiba ia bersabda: "Andainya kesukaran datang dan masuk ke dalam batu ini niscaya akan akan datang pula kelapangan dan masuk ke dalam batu ini untuk mengeluarkan kesukaran itu. Maka tutunlah ayat 5 - 6. (HR: Ibnu Abi Hatim). ---------------------------------------------------------------------- 
Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah saw. bersabda: "Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap".     

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
“Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)” 


 


 Sekadar renungan buat diri dan sahabat yang dikasihi Allah...


'kita adalah pendakwah,bukannya penghukum'


mungkin segelintir dari kita ada yang rasa geram dengan sesetengah ragam muslimah yang menutup aurat on-off @ tidak sempurna.Sehinggakan pandang sebelah mata pun kita tak mahu.Apatah lagi bertegur sapa.Janganlah perli dia,kemungkinan hal itu menyebabkan dia 'merajuk' untuk menutup aurat.Tetapi jelaskanlah konsep menutup aurat yang sebenarnya.


Sahabat-sahabat yang diredhai Allah,
Kita perlu ingat bahawa nur hidayah Allah itu hanya milikNya.InsyaAllah muslimah tadi masih dalam proses pentarbiyahan Allah..Kita jangan cepat menghukum dia.kerana Allahlah yang berhak.Akan tetapi,kita doakanlah saudara kita agar dia menerima keindahan hidayahNya..


"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara"


Takkan kita sanggup melihat saudara sendiri dibaham api neraka yang sangat dahsyat azabnya...


Sayangilah saudara-saudara seislam kita,
Dekati mereka,
Nasihati mereka,
Doakan mereka,
Bantulah mereka,
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


~sedikit coretan kisah buat hati yang sering lalai mengingatiNya~






Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi


NAUZUBILLAH,SEMOGA INI BUKANLAH GRAF KEIMANAN KITA...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....


Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.


Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".[2]


Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )


Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".


Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".


Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".


Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".


Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".




Martabat Taqwa
Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;


Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran
Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :
"...lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)
Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : "لا إله إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.


Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.


Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.


Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)


sumber:iluvislam.com
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


KHAS BUAT SAHABAT-SAHABAT  SEPERJUANGAN YG AMAT DISAYANGI..
BILA KATA-KATA TIDAK MAMPU DIUNGKAPKAN,HANYA TINTA MERELAKAN DIRI UNTUK BERBICARA...(video2 ini turut meluahkan kerinduanku)
TULUS DARI HATI SAHABATMU...


Ya Allah, kuatkanlah hati kami..kurniakanlah sahabat sejati sebagai peneman dalam perjuangan hidup di dunia ini... Sebagaimana Nabi Musa a.s yang berdoa kepada ALLAH SWT supaya dikurniakan saudaranya iaitu Harun a.s sebagai peneman untuk memperjuangkan kebenaran dan agar hatinya lebih teguh dan tenang menghadapi dugaan...




Sahabat, Masihkah kau ingat... suatu ketika dulu.. kita pernah bersama.. mengharungi ranjau.. dalam suka dan duka.. susah senang tetap kita bersama.. Sahabat, Ingatkah dikau.. akan bahu sahabatmu ini.. yang padanya engkau tumpahkan airmatamu.. Tika dalam derita.. Tanda kepercayaanmu kepada sahabatmu ini.. Sahabat, Ingatkah lagi.. pada raut wajah ini.. yg sentiasa mengukir senyuman.. sedaya upaya menyembunyikan kesedihan hati sendiri.. semata2 untuk menjadi penghiburmu dikala kau kesedihan..




Sahabat, Ingatkah dikau kepada insan ini.. insan yang tidak mengharapkan balasan.. melainkan sebuah ukhuwah suci.. yang dihiasi rasa kasih sayang dan kejujuranmu.. Tapi, Mengapa keadaan semakin berubah.. Kenapa perhubungan ini semakin renggang.?. Adakah tidak layak bagiku untuk menjadi penghiburmu..? Menjadi pendengar setiamu..? Apakah kenangan yang kita bina selama bertahun-tahun, kini musnah dalam sekelip mata sahaja..?



Sahabat, Kini rindu benar daku kepada pertemuan kita lagi.. Hanya tangisan dalam doaku untukmu sahajalah sebagai pengubat rindu ini.. Sahabat, kuhulurkan tangan tanda kemaafan dan keterlanjuranku.. andai ada khilaf yang pernah singgah dihatimu.. Sahabat, Masihkah kau ingat.. Pada hari PERJANJIAN kita dahulu.. Kita pernah berikrar.. disaksikan Tuhan... bahawa.. ukhuwwah kita FILLAH abadan Abada.. Tahukah dikau sahabat.. bahawa hati ini kini benar-benar menagih janjimu... janji yang kita pernah lafazkan bersama dahulu.. Janji yang menghubungkan dua jiwa di jalan Allah.. "Ukhuwah Fillah Abadan Abada.........."



SEMOGA KEHANGATAN UKHUWWAH INI MASIH DIRASAI...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....



ZAMAN PARA  SAHABAT...

ZAMAN KITA...





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 




"Knock,knock"

A British colonial officer in India sips his cup of tea and calls out,
"who is it?"
"It's me sir.Your washerwoman.I have come to collect your laundry"
"Oh sure,how are you?"


"I'm fine ,sir.Thanks to Allah,a hundred thousand times."

"And... how your children doing?And the one who was sick?"
"Thy're fine,too,sir.All Praises to Allah. One has malaria.He is still has high fever.But he will get better,Allah's willing.And the other one is quite healthy.Allah is very gracious ,sir.He looks after us"
"Huh?..and how is your husband,I never asked?"
"Oh,he died sir.Six years ago.Allah took him back sir.Allah has a plan for everything"

A British colonial officer cities this conversation as his reason for embracing Islam.
"And when your Lord made it known:If you are grteful,i would certainly give to you more,and if you ungrateful,My chastisement is truly severe"[14:7]


credit to SAHABAT who give us this wonderful story 



































to find the truly happiness is by understanding what is
 ' Happiness in Islam...'



















































Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,2 nikmat yang paling besar buat umat Islam,iaitu Iman dan Islam masih lagi mampu kita rasai dan kecapi...Meskipun kadangkala iman itu ada turun naiknya,Allah,Ya Rahman Ya Rahim,Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang masih lagi  memegang hati-hati itu untuk terus bermujahadah dalam menggapai redhaNya..

Terima kasih,Ya Allah..

Beberapa hari lagi,Maulidurrasul bakal menghampiri..Ramai yang terasa bahangnya...Pelbagai ceramah,forum,kuliah agama bakal diadakan..perarakan yang disisipi dengan selawat ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w juga bakal memenuhi kehangatan 'bahang' ini.Namun sejauh mana 'bahang' sambutan maulid itu disertai dengan penghayatan yang sebenar-benarnya dalam riwayat hidup seorang insan agung kekasih Allah,Muhammad al-Mustofa...

Kita patut berasa malu dengan diri sendiri,disaat menjelang sambutan Maulidurrasul,barulah kita mengingat Rasulullah..Sedangkan dalam kehidupan seharian,Rasulullah kita pinggirkan..sunnahnya jauh dari hidup kita..ajarannya kita tinggalkan..Hidup kita dihiasinya dengan keindahan duniawi,dilinangi dengan manisan nafsi..Astaghfirullahalazim....

Sedarlah jua ingatlah..apakah kalimat terakhir yang diungkapkan Baginda saat-saat pengakhiran hidupnya??
"Ummati,Ummati,Ummati"..Ummatku,ummatku,ummatku...

Subhanallah...cintanya Rasulullah pada Ummatnya..Namun kita..??? tanyalah iman sendiri..

Akhawat-akhawatku...

Alhamdulillah,jika kecintaan yang sebenar-benarnya terhadap Rasulullah mulai berputik..
Alhamdulillah,itu tandanya Allah masih sayangkan kita...
Alhamdulillah,itulah kesempatan yang diberikanNya bagi merasai indahnya hidup sebagai seorang MUSLIM dan MUKMIN...

kajilah dan hayatilah sirah baginda,amalkan sunnahnya,jadikan baginda role model kita..

~sama-sama kita mencintai kekasih Allah,Muhammad s.a.w~
Ayuh,bermula dari saat ini hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir...









--------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber:http://rindu.org
Sorotan mataku ke arah susunan indah sang penyimpan rahsia,penyimpan ilmu yang sarat maksudnya..Meskipun detikan masa terus berlalu,namun rahsia itu masih kekal rahsia...Terus dengusan hatiku berbicara,kapankah waktunya,ia akan menjadi kamar hatiku..Bukan sekadar perhiasan indah yang menghiasi ruangan di sudut itu..


"Ingatlah! Sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal daging.Jika ia baik,maka seluruh jasad menjdai baik.Jika ia rosak,maka seluruh jasad menjadi rosak.Ingatlah! Ia adalah hati" ( HR.Bukhari)


Dalam bahasa arab,hati ( Al-Qalb) adalah sesuatu yang berbolak balik (alladzi yataqallab),kadang naik,kadang turun,kadang lurus,kadang sesat.Namun demikin,selalu ada pintu taubat bagi mereka yang lengah,lalai,terpedaya dan sesat.Selalu ada jalan terang benderang (nur) sesudah jalan kegelapan (zulumat).Tidak ada sesat dan kafir abadi.Kerana rahmat Allah mendahului azab-Nya,dan samudera ampunan-Nya seluas dunia dan akhirat.Tinggal bagaimana kita mendatangi pintu-pintuNya..


MasyaAllah..indah ringkasan di belakang kulit buku ini..Kuatkanlah aku,berikanlah kelapangan untukku menghayatinya,Ya Allah...


Kitab TARBIYYAH RUHIYYAH karangan SAID HAWWA..



  • satu siri penyucian diri (Tazkiyatun Nafs)
  • kajian pendidikan hati dengan pendekatan kompressif berdasarkan al-Quran dan hadis
  • rujuk penyucian hati dan jiwa
  • menjadi inspirasi bagi TOKOH PEJUANG dan AKTIVIS ISLAM


Indahnya menjadi PENCINTA ilmuNya
Bismillahirrahmanirrahim...
A'la kullihal,syukran ukhti,kerana meminta bantuan carikan doa pelembut hati..kalau tidak,tak lah diri ni mencarinya..syukur,bertambah ilmu hari ini...

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri
Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din



Ubay bin Ka'ab radhiyallahu'anhu


Allah sangat mencintai Ubay bin Ka'ab sehingga menurunkan surah Al-Bayyinah yang berkaitan dengan dirinya.Lalu Rasulullah berkata,"Saya ingin membaca surat ini (Al-Bayyinah) untuk Ubay bin Ka'ab."Maka dipanggilkan Ubay bin Ka'ab,dan berkata,"Kemarilah wahai Ubay,aku diperintahkan Allah untuk membacakan surah ini kepadamu."Mendengar hal itu,Ubay bin Ka'ab menangis dan berkata,"Apakah Allah,Zat yang Maha Tinggi itu telah menyebut namaku?"Rasulullah berkata,"Benar."Lalu ia berlari sambil menangis karena kegembiraannya,dan berkata,"Namaku telah disebut-sebut oleh Tuhanku...namaku telah disebut-sebut oleh Tuhanku."



Bukankah Allah berfirman,
"Karena itu,ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat pula kepadamu."(Al-Baqarah[2]:152)
Sesungguhnya Allah akan mencintai setiap orang yang mengingat-Nya dan mencintai-Nya,meskipun ia tidak memiliki ilmu yang banyak,tidak banyak bicara,dan tidak banyak mengerjakan shalat-shalat sunnah.



Ibnu Taimiyyah rahimahullah



Ibnu Taimiyyah berkata,"Penghuni dunia yang miskin adalah mereka keluar dari dunia ini tanpa merasakan kenikmatan dunia."Para muridnya berkata,"apa yang dimaksud kenikmatan dunia itu?",ia menjawab,Mencintai Allah Swt."



Demi Allah,apakah kita tidak takut apabila diri kita termasuk orang-orang yang mencintai dunia dan mengejarnya, dengan meninggalkan kecintaan kepada Allah Swt.



Meskipun ia seorang yang rajin beribadah dan memiliki akhlak yang mulia,akan tetapi apabila ia belum dapat mencintai Allah,dengan merasa dirinya hina dihadapan-Nya,merasa dirinya sangat membutuhkan pertolongan-Nya dan rindu untuk bertemu dengan-Nya,maka ia belum memiliki iman yang sempurna.Bahkan yang sangat mengkhawatirkan kalau ia yang termasuk orang-orang yang fasik karena ia melakukan semua itu hanya didasari kecintaannya kepada dunia.
  
(Sumber: Menjalin Cinta dengan Allah oleh Muhammad Ahmad Ghanayim)


Setiap kali bertemu, tak akan pernah lepas dari pembicaraannya untuk bercerita tentang bola pada saya. Saya kenal ia seorang pemain dan pecinta bola, dan seakan kecintaannya pada bola sudah begitu berakar dan mendarah daging dalam dirinya.
Kalau saya ke lapangan bola, atau melihat pertandingan bola pasti saya temukan disana Roy–bukan nama sebenarnya-sedang asyik bermain bola. Dan bila saya dari jauh melihat Roy, akan langsung muncul dalam benak saya tentang bola. Karena, disaat berjumpa dengan Roy ia selalu bercerita tentang bola. Dan prediket itu secara tidak langsung telah melekat pada diri Roy. Ia seakan telah menciptakan imej seorang pecinta bola pada dirinya. Sehingga kalau orang melihat pada Roy, orang pasti akan ingat pada bola.
Lain halnya pemuda sederhana, murah senyum, penyapa, tawadhu dan soleh. Namanya Rofiq, seorang teman saya dari Bangladesh, tinggal di Asrama Mahasiswa Al-Azhar, ia saat ini sedang menempuh program studi S3-nya di Al-Azhar.
Setiap kali saya bertatap muka dengan Rofiq membuat saya ingat pada Allah dan akhirat. Rofiq adalah pecinta Allah. Setiap kali bertemu dengannya ia selalu berbicara tentang Allah, nikmat Allah, kasih sayang Allah pada makhluk-Nya, rahmat-Nya dan karunia-Nya. Setiap kali berhadapan dengannya ia sanggup menggetarkan hati saya tentang Allah dan tentang akhirat. Sehingga hati saya terkadang dirundung kerinduan yang mendalam untuk berjumpa dengan Allah karena kata-katanya. Keimanan saya banyak bertambah dengan taushiah yang ia berikan, sehingga ketika saya lagi futur dalam beribadah, dengan hanya berjumpa dengan Rofiq sudah cukup membangkitkan dorongan dalam diri saya untuk kembali bersemangat.
Hal ini tidak hanya saya yang merasakan tapi teman-teman yang kenal dekat dengan Rofiq juga merasakan seperti yang saya rasakan.
Roy dan Rofiq adalah penggambaran tentang dua manusia yang berbeda. Roy menciptakan imej tentang dirinya bahwa ia pecinta bola, sehingga kemanapun ia pergi selalu berbicara tentang bola yang paling ia gemari . Tidak hanya ia tunjukan dengan kata-kata tapi juga sikap, seperti model rambut, pakaian yang sering ia pakai, poster-poster yang menghiasi kamarnya, buku-buku dan bahkan isi komputernya.
Adapun Rofiq juga telah menciptakan imej tentang dirinya bahwa ia pecinta Allah dan akhirat. Setiap kali berjumpa dengan orang lain, siapapun dan dimanapun ia selalu memanfaatkan kesempatan tersebut untuk bercerita tentang Allah dan akhirat. Sehingga siapapun yang bertatap muka dengan Rofiq secara tidak langsung membuatnya ingat pada Allah dan akhirat.
Rofiq telah memenuhi hati dan pikirannya dengan Allah, Dzat yang maha kekal. Wajahnya penuh cinta dan cahaya, air mukanya jernih, senyumnya menggetarkan, tatapannya memberi kekuatan, kata-katanya begitu sanggup menggiring hati untuk terpikat dan akhlaknya begitu mempesona hati.
Sungguh disayangkan keadaan orang-orang yang mengisi hati dan pikirannya dengan selain Allah. Sehingga kemanapun mereka pergi hal itu yang selalu mereka bicarakan. Mereka yang sibuk dengan kesenangan dunia, materi, popularitas dan lainnya, sehingga seakan tidak ada tempat dalam hati mereka untuk mengingat Allah. Bagaimanakah keadaan orang-orang tersebut ketika ajal datang menjemput mereka? Bukankah ketika seseorang sedang dalam sakaratul maut akan mengatakan apa yang selalu ia cintai, pikirkan dan lakukan selama ia hidup di dunia.
Begitu banyak kisah-kisah yang kita baca dan kejadian yang kita dengar dan mungkin kita saksikan langsung tentang bagaimana keadaan orang-orang dalam menghadapi sakaratul maut. Ada yang meninggal sambil menyebut nama pacar yang sangat dicintainya, meninggal seperti sedang menghitung uang, atau meninggal dalam keadaan mata terbelalak, menjerit histeris, bernyanyi dan lainnya.
Adapun mereka yang selama hidup di dunia memenuhi hatinya dengan cinta Allah dan beramal soleh, alangkah bahagianya saat ajal datang, ia begitu fashih dan mudah mengucap kalimat syahadah yang keluar dari hatinya. Karena ketika ia hidup didunia, hati dan pikirannya selalu ia penuhi dengan kecintaan pada Allah dan Rasul-Nya dan banyak beramal soleh.
Tidak ada salahnya bermain bola, mencari penghidupan dunia, berdagang, menikah, punya anak, mencintai anak dan istri, berbisnis dan lainnya, namun yang salah adalah ketika hal itu lebih kita cintai dan utamakan dari Allah dan ketika hal itu membuat kita lalai dari mengingat Allah.
Firman Allah : "Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. " (Al Baqarah : 165 )
Semoga Allah selalu menuntun kita untuk setia mencintai-Nya sampai ajal datang menjemput, amin.