:)

:)
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,sedikit keberhasilan usaha pada hari ini.
Kadang-kala apabila bibir sukar untuk menjadi medan penyampaian buah fikiran yang difikirkan,pena bisa menjadi penyelamatnya.


Berani Kerana Benar,Takut Kerana Salah

-sufiyyimraah-


-----------------------------------------------------------------------------------------

Tazkirah bersama 



Orang mukmin adalah sosok manusia yang memiliki prinsip hidup yang dipeganginya dengan erat. Ia berkerja sama dengan siapapun dalam kebaikan dan ketakwaan. Namun jika lingkungan sosialnya mengajak kepada kemungkaran, ia akan mengambil jarak bahkan akan “keluar” dari lingkungan itu. Bukan sebaliknya, ikut arus. Seorang mukmin sejati dia akan tetap
istiqomah dan amanah,  meski seluruh lingkungannya tercemah ‘korupsi’. 

Rasulullah melarang  orang Muslim tak tak memiliki pendirian.  “
Saya ikut bersama-sama orang, kalau orang-orang berbuat baik, saya juga berbuat baik, dan kalau orang-orang berbuat jahat sayapun berbuat jahat. Akan tetapi teguhkanlah pendirianmu. Apabila orang-orang berbuat kebajikan, hendaklah engkau juga berbuat kebajikan, dan kalau mereka melakukan kejahatan, hendaknya engkau menjauhi perbuatan jahat itu.” (HR. Turmudzi).

Karenanya, agar hidup kita senantiasa terus dinaungi cahaya Allah dan terus teguh pendirian, maka iman adalah sumber energi yang senantiasa memberikan kekuatan yang tidak ada habis-habisnya. Iman adalah gelora yang mengalirkan inspirasi kepada akal pikiran, maka lahirlah bashirah (mata hati). Sebuah pandangan yang dilandasi oleh kesempurnaan ilmu dan keutuhan keyakinan.




Sebab iman adalah cahaya yang menerangi dan melapangkan jiwa kita, dan melahirkam taqwa. Sikap mental tawadhu(rendah hati), wara‘ (membatasi konsumsi dari yang halal), qona’ah (puas dengan karunia Allah), yaqin (kepercayaan yang penuh atas kehidupan abadi). Iman adalah bekal yang menjalar di seluruh bagian tubuh kita, maka lahirlah harakah. Sebuah gerakan yang terpimpin untuk memenangkan kebenaran atas kebatilan, keadilan atas kezaliman, kekauatan jiwa atas kelemahan. Iman menentramkan perasaan, mempertajam emosi, menguatkan tekat dan menggerakkan raga.*




sumber:http://www.hidayatullah.com/read/15917/17/03/2011/jadilah-mukmin-yang-berpendirian.html


---------------------JADILAH MUKMIN YANG BERPENDIRIAN TETAP-----------------
Bismillahirrahmanirrahim...






Mode right now: I'm in love,deeply in love with You...terima kasih kerana Kau kembalikan roh cinta ini...


Bila hati ini dipenuhi dengan kalam,cinta,sentuhan,rindu dan kasihNya,pasti Dia tidak akan pernah pergi dari keasyikan sebuah cinta.Wahai hamba-hamba yang dicintaiNya,kembalilah kepada fitrahmu.Kembalikanlah hati-hati suci kepada pemiliknya yang abadi..


Jiwa ini malu untuk berbicara soal cinta selagi mana hembusan kerinduan dan kecintaan itu masih belum sepenuhnya menjadi milik Allah dan Rasulullah s.a.w.


-----------------------------------Sesuci Sebuah Cinta-----------------------------------


Ayuh,bersama kita hidupkan nurani dengan MUASAFAT IMANIYYAH..
Inilah antara sifat-sifat seorang hamba yang berjiwa Rabbaniyyah...

  1. Orang yang sentiasa bertaubat
  2. Orang yang abid
  3. Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah s.w.t
  4. Orang yang berpuasa atau berkelana
  5. Orang yang ruku' dan sujud
  6. Orang yang sentiasa menyuruh yang ma'ruf.mencegah yang mungkar
  7. Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah s.w.t


Renungilah kalamNya yang bermaksud,


Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu


                                                                                 (surah Al-Baqarah :152)


                                       






                                              -sufiyyimraah-
Bismillahirrahmanirrahim...


Orang kata antara nikmat yang paling indah buat seorang isteri mahupun ibu adalah disaat hidangan yang disediakannya dinikmati dengan penuh lazat oleh suami dan anak-anaknya.Seronok bila hidangan yang dibuat habis dimakan oleh ahli keluarga.Sehingga licin pinggan dibuatnya.Meskipun si penulis belum bergelar seorang ibu ataupun isteri,tetapi sedikit sebanyak nikmat itu dirasai di kala saban hari menyediakan santapan buat keluarga tercinta.


Ikan Siakap Masam Manis (untuk hidangan 5 orang)






Bahan-bahan


3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai
2/3 botol sos cili thai
1/4 botol sos tomato
minyak masak
seekor ikan siakap
gula
garam
serbuk kunyit


Cara memasak
1.Panaskan minyak.gaul siakap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.Masukkan ikan siakap,biarkan siakap digoreng sehingga warna keemas-emasan.Bila selesai,angkat dan toskan.Letak siakap diatas pinggan yang ingin dihidangkan.
2.Kurangkan minyak gorengan ikan tadi.Kira-kira 1/3 daripada minyak gorengan ikan.Tumis bawang besar,bawah putih dan halia yang telah dimayang.Masukkan sekali serai yang telah diketuk.Tumis sehingga wangi baunya.
3.Masukkan sos tomato dan sos cili.Gaulkan sehingga sebati.Tuangkan sedikit air untuk dijadikan kuah.Biarkan seketika sehingga mendidih.
4.Letakkan garam dan gula secukup rasa.
5.Tuangkan kuah masam manis diatas siakap yang telah dihidangkan di atas pinggan sebentar tadi.
6.Hiaskan hidangan dengan potongan lada hijan yang ditaburkan diatas siakap masak masam manis.


Celery and Carrot Soup






Bahan-bahan


5 Batang daun Celery
1 batang lobak
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 mangkuk air
sedikit perasa Secukup Rasa 
minyak
garam


Cara memasak


1.Potong daun celery dan lobak mengikut kreativiti masing-masing
2.Panaskan minyak.Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang.Tumis sehingga wangi baunya.
3.Masukkan 1 mangkuk air ke dalam periuk.Bubuh garam dan perasa Secukup Rasa mengikut cita rasa masing-masing.Biarkan air mendidih
4.Masukkan hirisan lobak.Biarkan sehingga sedikit empuk.Kemudian masukkan pula daun celery.Biarkan dalam 3 minit.Matikan api.
5.Sup sudah boleh dihidangkan.Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup.


-----------------------------------------------The End-------------------------------------


Perasa Tambahan.


Untuk menjadikan masakan yang disediakan lebih enak.Antara rahsianya ialah:


1.Membaca bismillah di awal masakan
2.Ikhlas memasak kerana Allah.


Sesungguhnya masakan adalah antara pengikat hati seisi keluarga.Masakan yang dihidangkan Lillahi Taala iaitu bagi memberikan sedikit tenaga buat ahli keluarga untuk terus menjalani kehidupan dan mengabdikan diri dengan menjalani ibadah-ibadah yang diperintahkan olehNya.InsyaAllah akan mendapat ganjaran pahala disisinya.


Pembinaan keluarga yang bahagia adalah bermula di teratak sendiri.Serikanlah keluarga dengan kemanisan bergurau senda,saling memahami,saling bertolak-ansur dan saling mempercayai.Kepenatan bekerja mampu terlerai dengan keceriaan sebuah keluarga.


Bersama Membina Keluarga Bahagia yang Diredhainya.


Cinta kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta Ibu Bapa
Cinta kepada Ummah
Cinta kepada Kecermelangan

Mari kita semua cinta lima perkara


-sufiyyimraah-
Bismillahirrahmanirrahim...

Kini,
Hujan mulai mengundur diri,
Mentari pula  menjelmakan diri,
Alangkah indahnya di saat si mawar mulai mekar kembali,
Harumannya cukup memberikan inspirasi,
Terima Kasih wahai Sang Pencinta,Ya Illahi....

-sufiyyimraah-


"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)
Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam telah mengajar aku,
Sedangkan hari ini sedang mendidikku,
Mungkinkah hari esok bakal mendugaku?
Betapa luasnya langit itu,
Mungkinkah ianya seluas hati ini?
Meskipun ianya tidak sebening mutiara al-Kauthar,
namun cukup mendamaikan.

Jika tiada semalam,
mungkinkah aku mengenal erti hidup?
Jika hari ini tidak menerpaku,
Mungkinkah aku menjadi hamba yang kuat?
Jika tiada hari esok,
Mungkinkah kekhalifahanku teruji?

Berat mataku memandang ujian ini,
Namun,adakah ianya seberat ujian kekasihku?
Aku cuba mengeluh,
Namun keluhanku tidak terluah.
Air mataku cuba untuk gugur,
Namun,ianya menjadi malu.

Berulang kali ujian menerpa,
Berulang kali jualah titisan air mata itu menitis,
Kuatkah aku?
Pemilik hatiku sedang menguji hatiku,
Namun....
Titisan itu tetap mengalir di setiap sendi-sendi ku..

Bilakah hati itu mampu sekuat keinginannya....

-sufiyyimraah-

















Betapa sang perindu itu merindukan saat dahulu,
Ya Muhaimin,
Tetaplah hatinya menjadi milikMu,
Kerinduan pada Nur cintaMu semakin menggamit jiwa,
Izinkanlah sang perindu itu,Ya Muhaimin...
Bismillahirrahmanirrahim....




Buktikan Cinta Kepada Allah Dengan Istighfar Dan Taubat
Oleh
Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauzi

Disusun oleh al-Quraisy

Firman Allah di dalam surah Fusshilat ayat 31 yang bermaksud, 




"Kamilah penolong kamu dalam kehidupan dunia dan akhirat, dan kamu akan beroleh apa yang kamu inginkan, serta kamu akan dapat apa yang kamu minta.”

Tanda-tanda orang yang mencintai Allah taala ialah, 


  • lidahnya sentiasa basah dengan istighfar dan taubat. Kalimah istighfar dan taubat yang kerap diucapkan ialah, “Astaghfiruka wa atubu ilaika,” yang bermaksud, “Aku memohon keampunan daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.” 
Istighfar dan taubat adalah amalan harian para nabi dan rasul, ianya juga merupakan antara sebab terpenting dirurunkan rezeki. Oleh itu istighfar dan taubat hendaklah dijadikan amalan harian kerana ianya bakal menambah kekuatan iman, di samping iman yang sedia ada.

Sebahagian orang menyangka bahawa istighfar dan taubat cukup dengan hanya mengucapkan kata-kata lisan semata-mata. Sehingga ramai yang beristighfar dan bertaubat, tetapi tabiat mereka masih lagi kekal dengan tabiat lama. Mereka menyebut,
“Aku memohon keampunan-Mu ya Allah dan bertaubat kepada-Mu,” tetapi kalimah ini tidak membekas sedikit pun di dalam hatinya, juga tidak memberi pengaruh pada perbuatan anggota badan. Sesungguhnya, istighfar dan taubat jenis ini adalah perbuatan orang yang berdusta.

Para alim telah menjelaskan hakikat istighfar dan taubat;

1.   Imam al-Raghib al-Asfahani r.h. menerangkan, 




“Dalam istilah syarak, taubat adalah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulangi dan berusaha melakukan apa yang boleh diulangi (diganti). Jika kempat-empat ini telah dipenuhi, bererti syarat taubatnya telah sempurna.”

2.   Imam Nawawi r.h. menghuraikan, “Ulamak menyebutkan bahawa bertaubat daripada setiap dosa adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah, yang tiada kaitannya dengan manusia, maka syaratnya ada tiga.


  •  Pertama, hendaklah dia menjauhi maksiat tersebut. 
  • Kedua, harus menyesali dosanya.
  •  Ketiga, harus berkeinginan untuk tidak mengulanginya kembali. 
Jika salah satu syarat ini gugur, maka taubatnya tidak sah. Ada pun jika taubatnya itu berkaitan dengan manusia, maka syaratnya ada empat. Yakni ketiga-tiga syarat yang sudah tersebut di atas dan ditambah dengan yang keempat pula, iaitu hendaklah dia memenuhi hak-hak manusia itu. Jika berbentuk harta benda atau seumpamanya, maka harus mengembalikannya. Jika berupa tuduhan atau seumpamanya, maka haruslah memberinya kesempatan untuk membalasnya atau meminta maaf kepadanya. Adapun sekiranya berupa ghibah, maka harus meminta maaf. "

Adapun istighfar, sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Raghib r.h., “Meminta keampunan dengan ucapan dan perbuatan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Nuh ayat 10,



“Mohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.”  

Tidaklah bererti bahawa mereka diperintahkan meminta ampun hanya dengan lisan dan perbuatan, kerana sesungguhnya memohon keampunan (istighfar) hanya dengan lisan semata-mata tanpa disertai perbuatan, adalah perbuatan para pendusta.”

Di antara kesan dan tanda orang yang beristighfar dan bertaubat ialah 


  • bertambah sifat takwanya kepada Allah taala, dan
  •  timbulnya rasa cinta kepada-Nya.
 Takwa juga merupakan salah satu sifat orang mukmin, yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t.. Ulamak telah menjelaskan dengan terperinci tentang pengertian takwa. Huraian mereka cukup bernas dan sewajarnya dijadikan pedoman. Antaranya, Imam al-Raghib r.h. mengatakan,



“Takwa itu menjaga jiwa daripada perbuatan yang membuatkannya berdosa dan ianya dengan meninggalkan apa yang dilarang.” 

Imam Nawawi pula mengertikan takwa dengan,




 “Mentaati perintah dan larangan-Nya,” 

bermaksud, menjaga diri daripada kemurkaan dan azab Allah taala. 

Imam Jurjani r.h. berkata,

 “Takwa iaitu menjaga diri dari pekerjaan yang mengakibatkannya diseksa, baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya.” 

Oleh itu, sesiapa sahaja yang tidak menjaga dirinya dari perbuatan dosa, bererti dia bukanlah orang yang bertakwa. Maka barangsiapa yang melihat dengan kedua matanya apa yang diharamkan Allah, mendengar dengan kedua telinganya apa yang diharamkan Allah, mengambil sesuatu dengan kedua tangannya apa yang tidak diredai Allah, berjalan ke tempat yang dikutuk Allah taala, bererti dia tidak menjaga dirinya dari perbuatan dosa.

Jadi, orang yang membangkang perintah Allah taala serta melakukan apa yang dilarang-Nya, dia bukanlah termasuk dalam kategori orang bertakwa. Orang yang menceburkan dirinya ke lembah maksiat sehingga dia layak mendapat murka dan seksa daripada Allah, maka dia telah mengeluarkan dirinya dari barisan orang yang bertakwa.

Di antara kesan dan tanda orang yang beristighfar dan bertaubat ialah 


  • bertambah sifat tawakalnya kepada Allah ‘azzawajalla, dan
  •  bertambah-tambah pula cintanya kepada Allah jallawa‘ala. 
Bertawakal dalam erti memasrahkan diri hanya kepada Allah dengan berusaha sedaya upaya sebagai suatu ikhtiar. Ulamak telah menjelaskan makna tawakal dengan huraian yang bernas, antaranya ialah Imam al-Ghazali r.h., 



“Tawakal adalah penyandaran hati hanya kepada al-Wakil semata-mata, iaitu Allah s.w.t.”.

Berkata al-‘Alamah al-Manawi r.h.,


 “Tawakal adalah menampakkan kelemahan serta penyandaran (diri) kepada yang ditawakkali.” 


Menjelaskan makna tawakal kepada Allah taala dengan sebenar-benar tawakal, al-Mulla Ali al-Qari menyebut,


 “Hendaklah kamu mengetahui secara yakin, bahawa tidak ada perbuatan dalam alam ini kecuali Allah, dan setiap yang ada samada makhluk mahupun rezeki, pemberian atau larangan, bahaya atau menfaat, kemiskinan atau kekayaan, sakit atau sihat, hidup atau mati, dan segala sesuatu yang disebut sebagai sesuatu yang maujud (ada), semuanya ini adalah daripada Allah s.w.t.”. 


Ertinya, kita wajib meyakini bahawa segala sesuatu itu bersumber daripada Allah semata-mata, sehingga kita menyandarkan hidup ini semata-mata kepada Allah taala.

Firman Allah,



“Gementar kerananya kulit orang yang takut kepada tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk daripada Allah yang ditunjukinya sesiapa yang dia kehendaki. Barangsiapa yang disesatkan Allah maka tidak ada baginya petunjuk,” 

surah az-Zumar ayat 23.


sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5251.0
take me up with Your love, towords Your Highness and give me Your pleasant and paradise.


Semakin lama layang-layang itu semakin jauh,
Tali yang dahulunya erat,
Kini mulai longgar ikatannya,
mungkinkah salah angin?
atau silap tali itu?
mungkinkah jua ia salah sang layang-layang?

Layang-layang,
jangan pernah kau pergi jauh,
bertahanlah meskipun angin ingin membawamu pergi,
bersabarlah biarpun engkau rasa penat,
tetaplah berpaut pada tali itu,
kerna tali itu adalah nyawamu.

-sufiyyimraah-
Bismillahirrahmanirrahim...


Before Editing
After Editing


--------------------------------------------------------------------------------------------

Tazkirah bersama
Hati boleh baik dan jahat.
Rasa senang apabila ia dipuji.
Rasa menderita apabila di keji.
Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
Simpati dengan orang susah.
Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - Ala: 14 - 15)


Bismillahirrahmanirrahim...


 Family : Malvaceae
Common Name : Bunga Raya Putih
Scientific Name : Hibiscus rosa-sinensis albus
Bismillahirrahmanirrahim..



                           Lokasi : Mutiara rini

Bismillahirrahmanirrahim...



Disini ada sedikit perkongsian dan peringatan buat diri kita yang memang selalu kena ingatkan dan pembaca sekalian dalam kita meniti hari-hari cuti dengan penuh bermakna dan meninggalkan pengalaman.

1. Jangan mengurangi amalan sunat kerana ianya benteng daripada meninggalkan amalan wajib.
2. Tinggal-tinggalkan perkara lagha kerena ianya melemahkan untuk jiwa untuk beribadat.
3. Jangan pisahkan diri daripada jemaah yg berpesan-pesan kepada kebaikan..kerana ianya ibarat kambing yg terpisah diintai-intai sang serigala untuk dibahamnya..jaga solat jemaah dan carilah majlis ilmu di tempat anda..ianya berkesan utk mencas iman yg lemah.
4. Sibukkan diri dgn perkara berfaedah agar kita lupa melakukan perkara yang tidak berfaedah.
5. Jaga kesihatan dgn bersenam dan kurangkan makan..agar kita mudah lakukan ibadah.
6. Sentiasa meng'update' isu semasa agar tidak ketinggalan zaman.
7. Perbanyakkan membaca bahan bacaan ilmiah untuk persiapan diri dalam keberadaan di zalam intektual ini.
8. Pereratkan hubungan kekeluargaan agar tidak rasa diri disisih dan bosan ketika cuti.
9. Banyakkan membuat latihan-latihan dan hafalan-hafalan yang berfaedah agar sel-sel otak sentiasa aktif serta berfikiran dengan lebih baik.
10. Paling penting, masa ini menentukan siapa diri kita. Menghargai masa atau tidak?

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Bismillahirrahmanirrahim...





Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai".(Hadis riwayat Ahmad) 



Alkisah,beberapa bulan dahulu,sang kambing yang dahulunya kesepian jua keseorangan di sepanjang perjalanan hidupnya dengan takdir Allah,ia telah menemukan segerombolan kambing yang turut sama ingin mencari bekalan rumput buat simpanan makanannya.


Betapa gembiranya hati sang kambing di saat ia bisa menemukan teman yang menjadi tempat ia bermanja,bergembira,bersedih jua teman yang mampu menguatkan dirinya di saat hatinya gundah gulana.


Pernah suatu ketika,ia berasa hampa.Seolah-olah dirinya hampir putus harapan terhadap hidup.Ia mula hidup sendiri dengan mengasingkan dirinya daripada teman-teman sejatinya.Ia mula mendiamkan diri,ia meragut rumput sendirian,ia juga tidur bersendirian.


Suatu saat,datang seekor temannya,
"Wahai sahabatku,aku lihat engkau seolah-olah menjauhkan diri dariku,dari kami semua.Mengapakah wahai sahabat kesayanganku?Adakah kami telah melukakan hatimu?Maafkan aku seandainya aku telah mengguriskan hatimu"


Sang kambing itu menjawab,
"Tidak,wahai sahabatku yang tercinta,Bahkan akulah yang bersalah dalam hal ini.Kamu langsung tidak melakukan sebarang kesalahan padaku.Sebenarnya aku merasakan diriku tiada arah tujuan.Aku cemburu melihat kesungguhan kalian dalam mencari makanan buat keluarga kalian kerana Allah.Aku cemburu sekali kerana setiap kali kalian meragut rumput,kalimah Allah meniti di bibir kalian.Sungguh tidak pernah aku melakukan hal yang sedemikian.Aku jadi malu bahkan cemburu.Lantaran itu,aku menjauhkan diri dari kalian.Kerana aku merasakan aku tidak layak bersama kalian."



Pantas temannya berbicara,
"Subhanallah,mengapa kamu berbicara sedemikian.Kita ini sama sahaja.Dahulu,aku juga seperti kamu.Hidupku tidak terurus,ingat kepada Allah juga jarang.Namun,adakah kamu tahu apa yang menguatkan aku?Sahabat-sahabat aku lah yang menguatkan aku.Mereka memimpin tanganku,mengatur langkahku.Agar segala yang aku lakukan di dunia ini,samada makan,tidur jua berbicara semuanya kerana Allah.Jangan pernah walau sedetik pun kamu cuba memisahkan diri dari gerombolan ini,sahabatku.Kerana kamu bukan sahaja menjalani hidup bersendirian,bahkan jika kamu berasa lemah,kamu tiada sahabat untuk sama-sama menguatkan dirimu.Istighfarlah sahabatku.Ingatlah dahulu,Rasulullah s.a.w juga memerlukan sahabat dalam perjuangan baginda"


Sang kambing mulai berasa sedih dengan ungkapan temannya,air matanya mulai menitis,
"Maafkan aku wahai sahabatku.Terima kasih kerana memegang tanganku di saat aku mulai futur.Bantu aku ya sahabat.Bantu aku agar hidupku ini segalanya yang aku lakukan hanya kerana Pencipta kita Allah s.w.t"


------------------------------------End of The Story------------------------------------------


Namun kini,sang kambing itu mulai berjauhan dengan sahabat-sahabatnya.Dan ia merasakan bahawa semakin lama ia berjauhan,semakin lemah dirinya.Hanya Allah sebagai pengaduannya.Sungguh, dia sangat merindukan hidup berkelana bersama-sama sahabatnya yang tulus berjuang mencari rezeki yang diredhai Allah.Itulah mereka,Sahabat yang mulai mengajar ia tentang erti hidup.


Benarlah bait-bait lagu Tanpa Agama dendangan Hijjaz,


Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara

Tanpa ukhuwah manusia terseksa
Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma


Ada ukhuwah datangnya saudara


“Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan".(Hadis riwayat at-Tirmizi) 

-sufiyyimraah-
Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,karyaku mulai menjelma...

Bijaksana dalam penggunaan I.T ya..(^^,)


Sesungguhnya orang yang bijak adalah mereka yang pandai menggunakan sesuatu ilmu @ kemudahan untuk kemaslahatan ummahnya...
Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,ternyata Allah itu masih mengizinkan aku meneruskan lagi perjalanan menerokai medan dakwah ini..

Meskipun,tiada kamera digital,Cyberlink YouCam tetap bisa membantuku...

Si Gemuk@ Alice penghibur hati


Si Putih Peneman Diri

InsyaAllah,Wajah-wajah indah bakal ku potretkan....

Sesungguhnya dengan melihat ciptaanNya ternyata bisa menimbulkan 1001 inspirasi buatku...
Bismillahirrahmanirrahim...




Sinaran Mentari Itu...
Bila berbicara mengenai cinta,manusia bisa melakukan beribu-ribu tafsirannya.Ada yang mengatakan cinta itu indah,manis,asyik..Namun,ada juga yang mengatakan cinta itu mendatangkan kesakitan,penderitan dan tangisan.Cinta itu ibarat madu.Boleh jadi ianya disukai,boleh jadi ianya dibenci.Madu itu cukup digemari oleh insan yang mengenali jua memahami keindahan madu.Tetapi ianya cukup dibenci bagi mereka yang langsung tidak pernah merasa kemanisan madu itu.


Hakikatnya,Manusia mana yang tidak pernah terusik hatinya dengan keasyikan cinta.Dalam keperitan menjalani liku-liku kehidupan,cinta hadir memberikan sinar kebahagiaan.Cinta mampu menewaskan api yang marak menyala.Cinta mampu menggamit kekuatan insan yang dilukai.Cinta itu  ibarat kunang-kunang dalam kegelapan malam.Indah sekali..cukup indah buat sang pencari cahaya di saat  ketakutan menyelubungi diri.Cahaya cinta itu seolah-olah memberikan nafas baru dalam diri.Tika itu jua lah Ketakutan mulai menjauh dari lubuk hati.Hati yang resah mulai terubat..Sekalipun kunang-kunang itu tidaklah secerah cahaya matahari,namun hadirnya memberikan sejuta makna buat sang pencari cahaya meneruskan lagi perjalanannya..


Cinta itu mampu ku andaikan sebagai cahaya matahari dan cahaya neon.Pelik sungguh ungkapan cinta buatku.Namun itulah yang ku rasakan.Kedua-duanya memberikan sinar buat manusiawi.Siang membutuhkan sinar matahari.Di kala malam pula,manusia membutuhkan sinaran neon buat menerangi kepekatan malam.Saling melengkapi bukan.?Indah sekali aturanNya.Malam..meskipun sinar matahari seakan meninggalkan manusia,namun hakikatnya sinar matahari tidak pernah sedetik pun menjauhinya...Perhatikanlah keindahan sang purnama,bersinar indah lantaran pantulan sinar dari sang mentari.Mana mungkin manusia dapat menikmati keindahan sang purnama,jika mentari meninggalkan manusia.?


Cahaya matahari itulah Cinta Yang Esa sedangkan cahaya neon itu cinta manusia.Aku membutuhkan kedua-duanya.Mana mungkin aku meninggalkan salah satu dari cahaya ini.Kerana kedua-dua cahaya ini yang menyerikan kehidupanku.Namun,harus ku katakan,cahaya matahari itu lebih ku butuh,dari cahaya neon.Tanpa cahaya matahari,mana mungkin aku mampu bernafas?Tumbuhan bakal kehilangan sumber makanan lantaran perjalanan sistem fotosistesis sudah terganggu.Kerana itulah sunnatullah.Setiap sistem di dunia ini saling melengkapi.Sungguh,Dia Maha Memahami.


Cinta manusia mudah membuatkan hatiku sakit,perit jua derita.Sedangkan sedetik aku meneguk cintaNya,aku seolah-olah di alam mimpi.Ketenangan semakin menyelubungi hati,sedangkan penderitaan pula seolah-olah berlari meninggalkanku.Hatiku ibarat wardah yang mulai berkembang,subur mengeluarkan harumannya..Sejuk dan damainya hatiku seperti kedinginan air yang mengalir tanpa henti.Subhanallah..Ketenangan yang belum pernah ku rasa..


Aku tidak pernah menolak cahaya neon,namun jika mentari datang ke pangkuanku,mana bisa aku meletakkan mentari di sisi ku.Seperti mana cahaya neon diperlukan dikala malam menjelma,begitu jua dengan cinta manusia.Semua manusia membutuhkannya,namun disebalik tabir cinta manusia itu,terletak cinta Allah yang Maha Agung.


Penuhilah hatimu dengan cintaNya,nescaya Dia akan melengkapi hatimu dengan cinta manusia.


~sufiyyimraa'ah~





Searched for the words,
To describe your beauty,
No matter how I tried ,
No word seemed worthy,
Struggled to find,
The right words for You,
Words just fail to describe,
What's deep inside,,

how great He is...!!
He can make my heart pounding without any reason...Subhanallah...