:)

:)
Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,seminggu halaman kebun hikmah ini dibiarkan tanpa mutiara ilmu..
InsyaAllah saat ini,akan saya kongsikan tentang proses tarbiyyah yang berjalan hampir seminggu lamanya.


"Percutian" yang hampir 4 bulan lamanya dirumah,membuatkan diri terasa kekosongan.Bukan kekosongan apa,tetapi kekosongan dengan pengisian.Rindu suasana tarbiyyah semakin menggamit jiwa.Maka,alhamdulillah Allah tidak pernah melupakan hambaNya.Secara tidak langsung,saya terlibat dengan tiga event sepanjang seminggu berturut-turut.


Perjalanan yang bermula di Johor seterusnya KL dan akhirnya ke Negeri Sembilan,mengajarkan saya 1001 nikmat dan erti TAWAKKAL.Pada mulanya,parents agak risau juga terhadap perjalanan tarbiyyah ini.Mana tidaknya,seorang muslimah bermusafir tanpa mahram.Astaghfirullah..Memang pada hakikatnya,saya merasai boleh atau tidak perjalanan ini tanpa seorang teman.Bukankah haram hukumnya,muslimah berjalan tanpa mahramnya.Namun,mungkin kerana jasad ini adalah muslimah,namun hati ini ingin menjadi seorang mujahid membuatkan saya seolah-olah mengetepikan hukum tersebut..Ighfirli Ya Allah..


Bila ayah tanya,pergi dengan siapa..Tanpa berfikir panjang,terus meluncur dari mulut,seorang tapi malaikat dan Allah yang temankan.Alhamdulillah,sepanjang perjalanan,Allah permudahkan urusan tarbiyyah ini.Terasa indahnya,bersyukurnya hidup dibawah perlindungan Allah.Apabila terasa risau dengan keselamatan diri,terus di dalam hati berdoa dan ayatul kursi tidak lekang dari bibir.Ya Allah,jagalah hambaMu ini.


Destinasi yang ingin dituju juga merupakan destinansi yang belum pernah kaki ini melangkah ke sana.Memang Allah sebagai peneman 24 jam tanpa ragu.Proses tarbiyyah yang Allah cuba lakarkan dalam diri ini  adalah bila mana saya di lamar untuk menjadi fasilitator bagi Kem Ihya Ramadhan,di kem Pusako anjuran JPNS sepanjang 15-19 Ogos seramai 103 peserta yang terdiri daripada kalangan anak yatim dan anak yatim piatu.Selain itu,  menjadi fasilitator di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol bagi Program Mahabbah Fillah sepanjang 19 - 20 Ogos 2011 bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.



Bermulanya Proses Mentarbiyyah untuk Ditarbiyyah


Saat melangkahnya kaki di Kem Pusako,terasa berdebar hati ini.Mana tidaknya,semua sahabat-sahabat fasilitator juga adalah pertama kali kami bertemu.Tetapi,bila mana ukhuwwah itu  Allah tentukan untuk kita,ternyata dalam masa sehari,kami sudah terasa kemesraannya,malahan sempat juga berusrah bersama jika ada masa terluang.Antara barisan fasilitator adalah Kak Fatimah (UIA),Kak Aqilah (UKM).Kak Faz(USIM),Kak Syaz(TINTA),Amrah (Jordan) serta ikhwan dari UIA,Mesir dan Jordan.


Meskipun,modul bagi program ini lebih kepada perkara-perkara asas dalam Islam seperti solat,puasa,qiamullail dan sembelihan.Namun,ianya cukup memberikan impak tarbiyyah yang meresap dalam jiwa.Pada mulanya saat LDK bersama adik-adik,ramai juga adik-adik yang terasa keberatan bila mana saya bertanya mengenai cara hidup jua masalah mereka.Mana tidaknya,secara fitrah,kita juga akan berasa kekok dengan insan yang baru dikenali apatah lagi apabila diminta untuk berbicara mengenai masalah kita.


Sebenarnya,itulah realitinya seorang pendakwah.Bukan semua mad'u  dapat menerima diri kita.Maka,saya menggunakan pendekatan dari hati ke hati..Ternyata cara begini membuatkan mereka lebih selesa,lebih terbuka dan lebih mesra.Senyuman seorang pendakwah sebenarnya antara elemen yang penting.Pendakwah tidak boleh berasa ego,berasa dirinya mulia.Sebaliknya pendakwah haruslah cuba untuk meletakkan diri ditempat seorang mad'u.Jangan cepat menghukum pada pandangan pertama.Mungkin benar mad'u kita banyak membuat kemungkaran,namun itulah tanggungjawab kita.Untuk membimbing mereka lantaran kurnia dan pinjaman ilmu Alah yang sedikit ini.


Meskipun,ramai dikalangan adik-adik yang menghadapi kesukaran dalam menghafal bacaan dalam solat,namun saya kagum dengan kesungguhan mereka dalam mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.Tak pernah berasa malu,hatta ada adik-adik yang menitis air mata apabila menyatakan ketidaksempurnaannya dalam menunaikan solat.Subhanallah.Allah benar-benar menyuntik hati saya.Adik-adik yang baru diberi sedikit tarbiyyah ini sudah boleh tersedar dari lamunan,mengapa saya yang sudah menerima tarbiyyah Allah awal sedikit daripada mereka,ada masanya menjadi sombong dengan Allah?


Sungguh,bila melihat insan yang lebih muda dari kita,terasa mulianya mereka lantaran sedikitnya dosa yang pernah mereka lakukan.Apabila melihat insan yang lebih dewasa,terasa kecemburuan lantaran banyakkan amalan yang mereka lakukan kerana Allah.


Hati saya dijentik oleh Allah lagi,apabila sepanjang sesi tazkirah selepas maghrib,banyak bait-bait kata sahabat yang saya rasai seperti peringatan secara langsung dari Allah untuk koreksi kembali kekhilafan diri.Subhanallah.Patutlah hati saya kuat menyatakan bahawa saya perlu menghadiri program ini.Rupa-rupanya tarbiyyah secara langsung dari Allah itu cukup indah jika kita mampu membuka mata seluas-luasnya dalam menilai erti kehidupan ini.


Di dalam program Mahabbah Fillah juga,saya mengucap kesyukuran kerana,tarbiyyah Allah itu terus berjalan.Sewaktu solat Asar,sekali lagi saya berpeluang untuk sujud mencium asal ciptaan saya-tanah.Terasa hinanya diri,bila mana dapat bersolat di atas hamparan tanah,merendahkan diri,tunduk menyerah diri kepadanya.Hebat!Allah itu MAHA HEBAT.


Secara jujurnya,saya merasakan bolehkan adik-adik di kedua-dua program ini untuk menerima kehadiran saya selaku seorang fasilitator mereka.Namun,risau bagaimana sekalipun,saya kuatkan nekad hati bahawa aku adalah dai'e.saya teringat kata-kata Saad b. Abi Waqas,

Ana Romyun min rimayatil Islam,Farmi Aina ma syi'ta
(Aku adalah anak panah dari anak panah Islam.Lontarkanlah aku ke mana sahaja yang kamu suka)


Alhamdulillah..penerimaan adik-adik menjadi satu inspirasi buat diri ini untuk terus menyumbangkan tenaga,mewakafkan diri untuk bersama-sama meyedarkan sahabat-sahabat semua terhadap indahnya tarbiyyah Allah ini.


Antara kata-kata adik usrah(suka saya gelarkan mereka sebagai adik usrah )saya...insyaAllah adik-adik ini akan saya bantu semampu kudrat ini.


ok kak !..sy akn ingt semua yg akk nsihat dkt kami..smoga Allah sntiasa grakkan hati akk utk mmbimbing kami ke arah yg lebih baik..amin..sy pun hrap ukhwah kita akn kekal smpai bila2..:)


bgi ecah cntik itu x pntng,, iman s'seowng itu g pntng,,, krana iman kte bley mngawl sbrng tndkn yg hndk kte lakukn,, cntk jerw x gne kalo xd iman n tdk mnjga maruah dri,,, kalo mrauh kte dh xd snang g la kte mningglkn perw yg d sruh n mlakukn perw yg d lrang,,, btoi x akq????


btoi3 so dri kcik la kte d glkn mlakukan plbgai cra agr amln kte spnjng idop di dunia ini brtmbh,, dunia nie hnye pnjmam,,, ble2 mse sje akhirat akn mnjlma,,, btoi x akq???


Semoga Allah memegang hati adik-adik usrah saya...


Teruslah berbuat baik, waLaupun tak banyak orang mengenalmu. Jadilah seperti jantung yg tak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat, hingga membuat tubuh menjadi tetap hidup. Dengan begitu kehidupan yg akan di jalani tidaklah menjadi sebuah pilihan, tetapi menjadi sebuah keputusan.. !

-----------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik cintaku,


 “Hai jiwa yg tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba2-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku”.(QS 89:27-30).

Bismillahirrahmanirrahim...


Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya : (Bersabda Rasulullah saw), “Dua orang lelaki yang mana Allah tertawa (dalam riwayat Abu Darda’ r.a dengan darjat Hasan juga dari Thabrani, ditulis ‘ketawa dan bergembira’) melihat kedua-dua mereka;

(a). Seorang lelaki yang berada di atas kudanya yang menyerupai kuda-kuda para sahabatnya. Musuhpun berhadapan dengan mereka lalu tumpas. Man
akala lelaki itu tetap teguh atas kudanya (berjihad). Sekiranya beliau terbunuh, maka beliau telahpun menemui kesyahidan. Maka itulah lelaki yang mana Allah tertawa melihatnya.

(b). Dan seorang lelaki yang bangun pada waktu malam, tidak ada seorang pun mengetahuinya lalu beliau menyempurnakan wudhuk dan berselawat ke atas Muhammad solallahu ‘alaihi wasallam dan memuji Allah serta memulakan bacaan Al-Quran (dalam riwayat lain status Sahih dari Imam Ahmad dan Ibnu Hibban ditulis ‘bersolat’).

Maka Allah tertawa melihatnya dan berfirman kepada malaikat-Nya; “Lihatlah kepada hamba-Ku. Tidaklah seorang pun melihatnya kecuali Aku.” [142] Hasan Li Ghoyrihi. Riwayat Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir

Penjelasan dan Pengajaran :
1. Maksud ‘ketawa’ di sini seperti umum yang kita ketahui iaitu, tanpa;
(a). Tahrif (tidak mengubah lafaz atau mengubah maknanya),
(b). Ta’til (tidak menafikan atau menolaknya),
(c). Takyif (tidak bertanya bagaimana) dan
(d). Tamsil (tidak menyerupai Allah dalam zat mahupun perbuatan seperti menyamakan dengan makhluk, sifat makhluk dan menyerupakan sesuatu yang tidak ada, tidak sempurna dan lain-lain).

2. Antara jalan menuju kepada mecintai Allah Subhana wa Ta’ala adalah dengan berjihad dan beramal soleh.

3. Manusia dimuliakan di hadapan malaikat kerana amalannya yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.

4. Besarnya pahala mengikuti sunnah Rasulullah saw (bangun beribadah pada waktu malam ketika orang lain sedang lena) hingga Allah gembira melihatnya dan memujinya di hadapan malaikat.



----------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pujangga hatiku,Rasulullah s.a.w,


Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba, dipermanis-Nya dia. Ditanyakan (kepada Nabi saw), ‘Bagaimana Ia mempermanisnya?’ Baginda saw menjawab, “Dibukakan-Nya baginya amal soleh sebelum matinya, lalu dimatikan-Nya dia atas amal soleh itu.” 
(Sahih, Riwayat Ahmad dan Thabrani dalam Al-Kabir dari Abu ‘Anbah) [0379]
Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah, maksudnya:


" Muhammad itu Pesuruh Allah. Dan orang yang bersamanya mempunyai sifat keras dan tegas terhadap orang kafir, dan berkasih sayang antara mereka. Kamu melihat mereka itu rukuk dan sujud, serta mereka mengharapkan kurniaan dari Allah dan keredhaanNya. Tanda mereka itu adalah pada muka mereka, kerana kesan dari sujud. Demikianlah bandingan sifat mereka dalam kitab Taurat. Dan contoh mereka di dalam kitab Injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan anaknya (yang kecil dan lemah), lalu bertambah kuat dan besar, lalu tegak lurus dengan batangnya, sehingga ia menakjubkan orang yang menanamnya. (Begitu juga orang Islam, pada mulanya sedikit serta lemah, kemudian bertambah banyak dan kuat) supaya Allah menggerunkan orang kafir. Allah menjanjikan keampunan dan pahala yang besar kepada orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan mereka."



Al-Fath:29

Ayat ini adalah ayat terakhir dari surah al-Fath. Ketika Nabi saw membuka Mekah pada tahun ke 10 H, baginda memasukinya dengan tawadhuk. Duduk di belakang unta sambil menundukkan kepalanya hingga hampir mencecah belakang unta. Baginda mengulang-ulang surah al-Fath. Al-Fath bermaksud pembukaan iaitu pembukaan Mekah.
Walaupun Nabi saw meninggalkan Mekah kerana berhijrah menegakkan negara Islam, namun Nabi tidak pernah melupakan Mekah sebagai tempat tumpah darahnya dan tempat bermulanya dakwah dan keNabian baginda. Allah mengurniakan kepadanya semula Mekah selepas 10 tahun baginda mendirikan negara Islam Madinah.

Justru, umat ini tidak perlu putus asa untuk terus berjuang menegakkan agama Allah kerana Allah tetap akan memberikan mereka untuk berkuasa di atas mukabumi ini. Kalaupun mereka tidak sempat, mudah-mudahan anak-cucu mereka akan melihat kenyataan tersebut.

Di dalam ayat di atas, kita boleh memetik beberapa pengajaran:







1. Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Baginda hanya menyampaikan Islam. Baginda tidak boleh memaksa orang lain untuk mengikut dan menerimanya. Sifat Tabligh (menyampaikan), Sidq (Benar), Amanah dan Fatanah (cerdik) adalah sifat utama Nabi saw dalam memikul tugas besar ini. Umatnya juga harus bersifat demikian bagi menjamin kelangsungan dakwah yang ditinggalkan oleh baginda.

Tabligh-menyampaikan Islam kepada sesiapa sahaja, tidak menyimpan dan menyembunyikan agama suci ini dari manusia.
Sidq (benar)- dalam tindak-tanduk, iktiqad/ kepercayaan dan amalan.
Amanah-terhadap tugas memikul Islam kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Fatanah (cerdik)- ketika menyampaikan hujah, dakwah dan membuat keputusan.




2. Nabi tidak keseorangan. Ada pengikut dan orang yang bersamanya. Islam ini perlu kepada orang yang menegakkannya. Allah boleh menjaga sendiri agamaNya tetapi Allah mahu melihat di kalangan manusia ini, mereka yang bersungguh menegakkan dan memelihara agamaNya. Mereka ini diberikan pahala besar dari Allah hasil kerja dan amalan mereka menjaga Islam.

Nabi Isa ada golongan Hawariyyun, Nabi Muhammad ada golongan Muhajirin dan Ansar. Maka kita mesti menjadi golongan Hizbullah yang bersama menegakkan Islam, membantu Nabi selepas wafatnya.




3. Nabi saw dan para Sahabat mempunyai beberapa ciri. Di antaranya, mereka bersifat
tegas terhadap orang kafir, terutamanya mereka yang menentang Nabi saw. Tegas dalam prinsip. Tidak berkompromi dalam perkara dasar, tetapi fleksibel dalam perkara furu’ dan cabang.

Orang bukan Islam mempunyai hak dan tanggungjawab dalam sebuah negara Islam. Darah, harta, maruah mereka dipelihara. Tidak boleh ditumpahkan dengan sewenang-wenangnya. Namun Islam juga mengajar kita supaya tidak mudah dipijak, diinjak, dipersenda dan dipermainkan oleh mereka yang benci dan menentang Islam.





4. Dalam masa yang sama, Nabi dan para sahabat mempunyai sifat berlemah-lembut dan berkasih sayang sesama mereka. Sifat inilah yang menyebabkan perpaduan di kalangan saf orang Islam teguh dan kukuh. Mereka mengenal siapa lawan dan siapa kawan. Mereka boleh menumpukan kepada lawan dari bergeseran sesama kawan. Musuh mencari jalan bagi memporak-perandakan kesatuan dan perpaduan mereka. Perkara titik-bengik diperbesarkan supaya saf kacau-bilau.

Mereka yang berada dalam gerakan Islam mesti memahami perkara-perkara ini melalui Fiqh Ukhuwwah supaya kemuncup-kemuncup yang melekat di kaki seluar tidak melambatkan dan merencatkan perjalanan dakwah suci yang masih panjang ini.





5. Di antara ciri lain ialah mereka kuat beribadat. Mereka rukuk dan sujud. Dengan ertikata lain, hubungan mereka kuat dengan Allah. Sememangnya, dalam membawa risalah besar ini perlu kepada ikatan dan hubungan kuat dengan Pencipta yang melahirkan kekuatan dalaman.

Justru, Nabi saw yang menghadapi tentangan hebat dari kaumnya diwajibkan oleh Allah untuk bertahajjud dan mendirikan malam kerana melaluinya tenaga dalaman diperolehi. Pendokong gerakan Islam juga seharusnya demikian kerana rintangan dan halangan tetap ada di mana-mana.




6. Allah membuat perumpamaan orang mukmin dan perkembangan dakwah Islam. Islam mulanya dibawa oleh seorang iaitu Nabi Muhammad saw. Ia kemudiannya diikuti oleh mereka yang hampir dengan baginda. Bulatan Islam makin melebar. Dari lemahnya seorang insan, mencari pembantu dan penyokong hinggalah membentuk kekuatan ramai yang digeruni lawan. Ibarat rumpunan buluh, bermula dari anak buluh kecil yang lemah, berkembang biak menjadi banyak. Rebungnya kemudian mengeras menjadi buluh kasar. Serumpun buluh keras dan tegap muncul dan tidak mudah dipatahkan dan dimusnahkan.

Dalam gerakan Islam, ia juga seharusnya demikian. Dari keseorangan, bergerak menambah penyokong, pendokong dan ahli yang menguatkan jemaah, yang akhirnya tegap dan tidak mudah diruntuh dan dimusnahkan oleh musuh.




7. Segala yang dilakukan di atas-menyampaikan Islam, membantu Nabi menegakkan agama suci ini, berpegang kepada prinsip perjuangan, tegas dan keras terhadap penentang, berlembut dan saling menyayanyi sesama mukmin, mempunyai hubungan kuat dengan Allah melalui ibadat dan mencari kekuatan dalam berjemaah adalah dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah Taala. Tidak yang lain. Dengan demikian, Allah memberikan keampunan dan pahala kepada mereka yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Keampunan dan pahala dari Allah inilah yang sentiasa didambakan oleh orang mukmin dan yang beramal soleh.



sumber:halaqah.net
Bismillahirrahmanirrahim..


Syukur Alhamdulillah,Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.


Meskipun jarak membatasi,meskipun mata tidak bertentang mata,namun jalinan hati yang bertaut dan dipertemukan keranaNya,mampu membasahi hati dengan kuntuman bait-bait ilmuNya.


Hati manusia ini mudah berbolak-balik,mudah berubah,mudah diperdaya.Namun,kekuatan yang diperlukan haruslah di cari.Carilah,dampingilah insan-insan yang hatinya dekat dengan Allah.Hadirnya meredupkan hatimu,hadirnya menenangkan kegelisahan dirimu,hadirnya menunjuki dirimu jalan yang menuju kepada kehidupan abadi yang disuluhi cahaya Illahi.


Jangan pernah jauh dari sahabat.


Sedangkan Rasulullah juga sentiasa didampingi oleh sahabat-sahabat untuk sama-sama menguatkan di jalan perjuangan.Apatah lagi kita,ummatnya yang semakin hebat dihimpit pergolakan peperangan yang tidak pernah berhenti walau sesaat.


Jangan pernah jemu dengan Kalamullah


Putarkanlah melodi-melodi indah Kalamullah di cuping telingamu.Biarlah melodi ini yang sentiasa bergema di corong-corong pendengaranmu.Gantikanlah ia dengan melodi indah yang kau sangka sebagai penenang diri dikala kesepian.Ayat Al-Quran adalah sebaik-baik syifa'.Rasailah ayatNya mengalir deras didalam saraf-saraf tubuhmu,ibarat mengalirnya air yang deras di Sungai Nil.


Jangan pernah jemu mencari Ilmu


Matinya hati adalah apabila matinya ilmu didalam diri.Hidupnya hati adalah apabila ianya disuluhi dengan cahaya keberkatan ilmu pinjaman Allah.Jangan pernah berhenti mencari mutiara ilmu di dasar bumi ini.Pelajarilah ilmu ukhrawi,duniawi,untuk bekalanmu di saat kesukaran nanti.Jalan yang bakal kita hadapi adalah jalan yang tidak diketahui hakikatnya.Mungkin ianya jalan yang geap dan mungkin juga ianya jalan yang terang.Beruntunglah kamu seandainya jalan itu sentiasa diterangi dengan cahaya.Namun bagaimana jika ujianNya memberikanmu dengan jalan yang gelap-gelita?Di manakah harus kau cari cahaya buat perjalanan dirimu sekiranya ilmuNya sudah kau tidak peduli.


Belajarlah!Jangan pernah penat menuntu ilmu.Belajarlah demi Tuhanmu.Belajarlah deni kemanisan ilmu itu.Janganlah kau belajar kerana harta dan pangkat.Kerana kelelahan yang pasti kau peroleh.Ilmu itu hanya mampu dirasai kemanisannya buat manusia yang ikhlas mencariNya.


"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"


Belajarlah!Timbalah ilmu sebanyak kamu mendambakan air yang banyak di saat kemarau panjang.Belajarlah selagi hayatmu masih ada.Belajarlah demi kebangkitan umat Islam.Kebangkitan Islam itu disinari dengan ilmuan-ilmuan,ulama-ulama yang gigih mengejar ilmu Allah.




Kekuatan itu tidak akan datang tanpa pengorbanan si hamba.Sabarlah dalam menggapai kesenangan di akhirat sana.


-------------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pujangga hatiku Rasulullah s.a.w



Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”
(MUTAWATIR)
Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,ternyata Ramadhan kali ini,sedikit demi sedikit tirai rahsia ujian cintaNya buatku mulai tersingkap.
Rupa-rupanya,belasan tahun ujian yang dihadiahkanNya,adalah untuk mentarbiyyah diri,menjadi hambaNya yang benar-benar bertaqwa.
Terima Kasih,Ya Allah.
Meski sakit yang dilewati.


Sinar mentari terasa menusuk di setiap pancainderaku.
MasyaAllah.
Bantulah 'Sufiyyimraah' menjadi sebagaimana yang dikatakan wanita kesayangannya,
'Insan yang hampir dengan Allah'.
Amin.


Penantian dan perjalanan baru bermula.


---------------------------------------------------------------------------------------
Karya hasil ilham dariMu,


-----------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik hatiku,


Sesungguhnya aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Sebab itu abdikan dirimu kepada-Ku dan dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku.
 ( Ayat 14 : Surah Taha )
Bismillahirrahmanirrahim...




Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?" Si ayah pun menjawab, "Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik". Si ayah terus menyambung, "Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".


"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).


"Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik". (surah Al Ahzab:32). "Lantas apa lagi ayah?"sahut puteri kecil terus ingin tahu. "Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul".
Setelah itu si anak bertanya, "Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?".
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,
"Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh". Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH– (Riwayat Imam Ahmad)



"Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya."

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,lama rasanya tidak berkongsi pandangan,pengalaman dan titipan di kebun hikmah ini.
InsyaAllah,dengan izinNya,kita mulakan dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Allahumma solli a'la sayyidina muhammad.




Ketenangan itu suatu nikmat yang sungguh tidak terperi.Ianya nikmat yang terindah buat seorang hamba.Disaat dihujani dugaan,Dia titipkan rasa tenang,rasa damai.Subhanallah.Sungguh indah!
Bila hati resah lantaran nikmat dunia yang kadang-kala tidak diizinkan untuk memiliknya,Dia datang,menyalurkan suatu tenaga yang cukup hebat.Itulah ketenangan.


Bila lihat insan lain mendapat nikmat,hati mula bergoncang.Adakah itu cemburu?Hati rasa panas,membara,mahu sentiasa menang,tidak mahu mengalah,dia sahaja yang betul.Pernah alami hakikat ini?
Jika ya,itulah sifat ammarah,sifat syaitan yang sentiasa mahu memecah belahkan umat Muhammad.


Bagaimana mahu menempisnya?
Caranya adalah kita semakin taqorrub kepada Dia.Dekatkan diri padaNya,sehinggakan pada suatu tahap,kita akan merasakan hanya Dialah hidup ini.Ketenangan bersamaNya tidak sama dengan ketenangan bersama dengan manusia.Ketenangan itu didasari dengan zikrullah.Bukan sekadar bibir yang bergetar,tetapi hati juga bergetar tika menyebut nama Allah.Zikrullah itu tidak akan berkesan jika hanya dilafazkan tetapi tidak dihayati.



Bila hati sudah dimiliki Allah,dambaan cinta terhadap manusia semakin pudar.Bukan menyalahi fitrah,tetapi dia sedar cinta agungnya adalah Allah.Cinta manusia tanpa cinta yang ditunjuki Allah,hanya akan menjauhkan hatinya daripada cinya agung,Allahu Rahman..


Hati yang terang benderang seperti ini dimiliki oleh para 'ariffin, muqarrabin dan shalihin. Hati mereka tampak dan kenal betul sifat-sifat keagungan Allah. Sebab itu mereka dapat benar-benar menghambakan diri kepada Allah Swt. Sebaliknya manusia yang hatinya gelap (buta) tidak melihat dan tidak kenal Allah. Ini juga di firmankan oleh Allah Swt. :
"Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran" (QS. Ar-Raa'd:19)



--------------------------------------------------------------------------------
Kalam pujangga hatiku,Rasulullah s.a.w


Seorang lelaki pernah datang kepada Rasulullah saw seraya melaporkan kekerasan hatinya, maka beliau menasihatinya: ‘Usaplah kepala anak yatim dan berilah makanan kepada orang miskin’ ” (HR. Ahmad).

 karya seterusnya...


Bismillahirrahmanirrahim...


Dari Abu Ishak, yakni Sa'ad bin Abu Waqqash, yakni Malik bin Uhaib bin AbduManaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai al-Qurasyi az-Zuhri r.a., iaitu salah satu dari sepuluh orang yang diberi kesaksian akan memperoleh syurga radhiallahu'anhum, katanya:Rasulullah s.a.w. datang padaku untuk menjengukku pada tahun haji wada' - yaknihaji Rasulullah s.a.w. yang terakhir - kerana kesakitan yangmenimpa diriku, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya kesakitanku ini telahmencapai sebagaimana keadaan yang Tuan(Rasulullah) ketahui, sedang saya adalah seorang yangberharta dan tiada yang mewarisi hartaku ini melainkan seorang puteriku saja, ,Maka apakah dibenarkan sekiranya saya bersedekah dengan dua pertiga hartaku?" Beliaumenjawab: "Tidak dibenarkan." Saya berkata pula: "Separuh hartaku ya Rasulullah?" Beliaubersabda: "Tidak dibenarkan juga." Saya berkata lagi: "Sepertiga, bagaimana ya Rasulullah?"Beliau lalu bersabda: "Ya, sepertiga boleh dan sepertiga itu sudah banyak atau sudah besarjumlahnya. Sesungguhnya jikalau engkau meninggalkan para ahli warismu dalam keadaankaya-kaya, maka itu adalah lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalamkeadaan miskin meminta-minta pada orang banyak. Sesungguhnya tiada sesuatu nafkahyang engkau berikan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, melainkan engkaupasti akan diberi pahalanya, sekalipun sesuatu yang engkau berikan untuk makananisterimu." Abu Ishak meneruskan uraiannya: Saya berkata lagi: "Apakah saya ditinggalkan - diMakkah - setelah kepulangan sahabat-sahabatku itu?" Beliau menjawab: "Sesungguhnyaengkau itu tiada ditinggalkan, kemudian engkau melakukan suatu amalan yang engkaumaksudkan untuk mendapatkan keredhaan Allah, malahan bertambahdarjat dan keluhurannya. Barangkali sekalipun engkau ditinggalkan - kerana usia masihpanjang lagi -, tetapi nantinya akan ada beberapa kaum yang dapat memperolehkemanfaatan dari hidupmu itu - yakni sesama kaum Muslimin, baik manfaat duniawiyahatau ukhrawiyah - dan akan ada kaum lain-lainnya yang memperoleh bahaya dengan sebabmasih hidupmu tadi - yakni kaum kafir, sebab menurut riwayat Abu Ishak ini tetap hidupsampai dibebaskannya Iraq dan lain-lainnya, lalu diangkat sebagai gabenor di situ danmenjalankan hak dan keadilan.Ya Allah, sempurnakanlah pahala untuk sahabat-sahabatku dalam hijrah mereka itudan janganlah engkau balikkan mereka pada tumit-tumitnya - yakni menjadi murtad kembalisepeninggalnya nanti.Tetapi yang miskin - rugi - itu ialah Sa'ad bin Khaulah.”Rasulullah s.a.w. merasa sangat kasihan padanya sebab matinya di Makkah.(Muttafaqun 'alaih)


------------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik hatiku,


"Dan barang siapa berpaling daripada mengingati-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Surah Taha, ayat 124)
karya seterusnya...


Bismillahirrahmanirrahim..


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)



Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan .
Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pujangga hatiku,Rasulullah s.a.w

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”


Bismillahirrahmanirrahim..


Karya seterusnya...Siapa Aku?


--------------------------------------------------------------------------------------------


MENGENAL DIRI SENDIRI
(Ma’rifatul Insan)
SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA? Sebuah pertanyaan singkat yang banyak
diremehkan orang. Seseorang akan cenderung menjawab dengan kalimat
singkat sesingkat pertanyaannya. “Saya adalah seorang pekerja, saya adalah
seorang laki-laki, saya adalah ……” dan banyak contoh jawaban yang akan
terlontar dengan nada yang hampir sama yaitu hanya mengungkapkan ciri-ciri
lahiriah saja, ciri-ciri yang tampak oleh mata.
Maksud dari pengenalan diri sendiri sebenarnya mempunyai makna yang dalam
dan luas, mempunyai segi-segi yang perlu dikenali dan direnungkan secara
seksama. Segi-segi atau hal-hal yang harus kita kenali dan direnungkan agar kita
bisa mengenal diri kita adalah :

1. Kedudukan Diri Seseorang Di Hadapan Allah

Sesuai dengan hakikat penciptaan manusia bahwa manusia dilahirkan di
muka bumi ini adalah untuk beribadah,mengabdi kepada Sang Khaliq, Allah
swt. Inilah hal pertama yang harus kita kenal pada diri kita sebab semua kunci
diri manusia, baik buruknya ada di tangan-Nya. Jika Allah memandang baik
seorang hamba maka pandangan sesama makhluk akan baik pula, begitu
pula sebaliknya. Oleh karena itu coba renungkan dan intospeksi diri
bagaimana kedudukan kita di hadapan Allah. Memang hal itu adalah hal gaib,
tapi paling tidak kita bisa merasakan seberapa dekat kita dengan Allah
dengan melihat : Seajauh mana kita telah beribadah ditinjau dari kualitas dan
kuantitasnya, fenomena terkabul tidaknya doa, semangat untuk mendalami
ilmu agama, keikhlasan untuk mengorbankan waktu, tenaga, harta bahkan
nyawa untuk tegaknya dienul Islam.

Sebaik-baiknya orang di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. (Al
Quran)
• Jika Allah menghendaki kabaikan pada diri seseorang maka Allah akan
memberikan kepahaman terhadap agama. (Al Hadist)

Fitrah yang ada pada diri manusia adalah manusia diciptakan dalam keadaan
suci tanpa membawa dosa keturunan. Dan seharusnya hal itulah yang
seharusnya dipertahankan di hadapan penciptanya yaitu menjaga diri agar
tetap suci dengan tidak mengerjakan dosa dan kemaksiatan dan dengan
selalu memperbaharui tobat kepada Allah swt agar kedudukan di hadapan
Nya tetap mulia, sampai-sampai lebih mulia dari para malaikat, dan jangan
sampai meletakkan diri kita lebih rendah dibanding hewan ternak karena kita
tidak bisa menjaga kesucian fitrah sebagai manusia
.
2. Kedudukan Diri Di Mata Sesama Manusia

Manusia selain sebagai makhluk individu adalah juga sebagai makhluk sosial.
Manusia tak akan bisa hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia akan selalu
berhubungan dan berkomunikasi dengan masyarakat. Melihat begitu
pentingnya masyarakat atau orang lain maka seorang individu harus bisa
menempatkan diri di dalam masyarakat. Kemulian akhlaq, kepandaian
seseorang menempatkan diri menjadikan dirinya mempunyai harga di mata

orang lain, sehingga seseorang akan dihargai dan dibutuhkan di mata
masyarakat atau minimal tidak mendapat predikat buruk.
• Masyarakat mempunyai hukum tidak tertulis yang terkadang lebih
kejam dari hukum tertulis.
• Kepribadian seseorang dapat diketahui dengan melihat siapa teman
akrabnya.

Oleh karena itu hal-hal di bawah ini harus diperhatikan dalam pengenalan diri
1. Apa hakikat penciptaan jin dan manusia ? (Adz Dzariat : 56)
2. Apa saja kewajiban manusia kepada Penciptanya ?
3. Apakah manusia bisa hidup sendiri ?
4. Apa kewajiban manusia kepada Penciptanya yang berhubungan dengan
sesama manusia ?

-----------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik hatiku,

"Dan tidak (dinamakan ) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan"
(surah Al-Ana'm 6;32)




Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,Allahumma solli a'la sayyidina muhammad...
Setelah sekian lamanya,kebun hikmah ini dibiarkan ketandusan sinar ilmunya,baru hari ni,dibukakan pintu hati untuk update,atas kekangan yang ada kebelakangan ni..


Asif(minta maaf) sangat buat sahabat-sahabat yang singgah sebentar untuk menitip sedikit ilmu disini..
Sepatutnya dai'e ini bersifat istiqomah dalam menyampaikan dakwah....Astaghfirullah..InsyaAllah,bakal diperbaiki etika ini...


Apa-apa pun,alhamdulillah,idea untuk design poster-poster dakwah menjelma semula.Meskipun tidaklah sekemas mana,apa yang penting,kita dapat buat sesuatu untuk Ummah!


Sempena Ramadhan yang Barakah ini,sama-sama kita pertingkatkan kualiti positif dalam diri.Hindari maksiat,banyakkan bertaubat! Itulah muslim super yang hebat!


Selamat menghayati dan memahami maksud disebalik karya-karya yang dihasilkan..


-----------------------------------------------------------------------------------------
Tinta pujangga hatiku,Rasulullah s.aw


Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"Allah berfirman:"Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa.Ia untukKu dan Aku yang memberi ganjarannya"

(Riwayat al-BUkhari dan Muslim)
Bismillahirrahmanirrahim...


Sekadar perkongsian buat hati dan sahabat-sahabat yang di redhaiNya ..


Tidak sempurna cintamu,
Bila bibirmu hanya menuturkan kalimah Allah,
tetapi bibirmu lupa untuk berselawat ke atas Rasulullah,
Lupakah kamu,
Sedangkan Allah dan para malaikat turut berselawat ke atasNya?


Janganlah nanti kita kecewa lantaran Rasulullah tidak mengenali kita kerna lupanya kita untuk berselawat ke atasnya..


Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad....


Ampunkan dosa-dosa kami,Ya Allah...
Titipkan dalam hati kami cintaMu dan cinta RasulMu...




                                                           -sufiyyimraah-
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik hatiku,
Siapa saja yang menghendaki kemuliaan, kemuliaan itu seluruhnya kepunyaan Allah.” (QS. Fâthir [35] : 10) 
Bismillahirrahmanirrahim...

Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan . Lalu dia bertanya,”Siapakah engkau?” . Makhluk itu menjawab, “Akulah amalmu yang buruk”. Lelaki itu bertanya,”Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?, “Makhluk itu menjawab, “Dengan membaca selawat Nabi S.A.W.”
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.
Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi S.A.W. Pada suatu malam,dia bermimpi melihat Nabi S.A.W. BAginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?” Rasulullah menjawab, “Tidak,” Lelaki itu bertanya lagi, “Mengapa engkau tidak memandangku?” Kata Rasulullah,”kerana aku tidak kenal kamu. Lalu lelaki itu berkata,”Bagaimana engkau tidak mengenaliku?Aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah menyatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah ibunya.” Rasulullah berkata, “Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku.” Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian maka beberapa hari kemudian dia bermimpi melihat RAsulullah S.A.W seraya Rasulullah S.A.W berkata, “Sekarang aku telah kenal engkau.” Iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah S.A.W. Ketika RAsulullah S.A.W mengajak Kaab bin Asyraf berserta sahabatnya masuk Islam, mereka berkata, “ Kami ini sebagai putera-putera Allah tentu kami lebih menyintai Allah. Kemudian Allah berfirman kepada Nabi-Nya:
“Katakanlah:Jika kamu mengasihi Allah,ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
                                                                                                                      (Q.S. Al-Imran:31)
Tanda menyintai Allah adalah mengikuti  perintah-perintahNYa,mendahulukan taat kepadaNya,mencari redhaNYa.Adapun cinta Allah kepada hambaNya yang mukmin bererti memuji mereka,memberi pahala kepada mereka,mengapuni mereka serta member nikmat kepada mereka dengan rahmat,penjagaan dan taufiqNya.
Barangsiapa mengaku empat hal tanpa bukti empat hal,pengakuannya adalah dusta.Barangsiapa mengaku cinta Syurga,namun tidak taat,jelas dia bohong.Siapa mengaku cinta Nabi S.A.W,namun tidak  menyukai ulama dan fuqara,maka perbuatannya tidak benar. Lalu barangsiapa  mengaku takut akan Neraka,tetapi tidak meninggalkan maksiat,tanda dia dusta dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah S.W.T padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala,maka pengakuannya adalah bohong.Sebagaimana Rabi’ah pernah bersyair:


Engkau derhaka.
Tapi mengaku cinta padaNya,
Inilah keanehan zamanku,
Jika benar engkau cinta,
Tentulah mentaatiNya,
Selalu.
Pencinta akan taat pada kekasihnya!

Tanda mahabbah adalah mengikuti yang dicintai dan tidak akan menentangnya.
Diceritakan bahawa ada sekumpulan orang datang kepada Asy Syibli ra. Dia berkata,”Siapa kalian?” Mereka menjawab, “ Kamilah para pencinta tuan.” Dia menghadap kemudian ia melempari mereka dengan batu. Tentu saja mereka lari lintang pukang. Lalu Asy Syibli berkata, “Mengapa engkau lari daripadaku? Jika engkau benar menyintaiku,tentunya tidak lari dari ujianku.” Kemudian Asy Syibli ra berkata, “Ahli amhabbah,mereka telah minum gelas cinta. Maka bumi dan negeri ini kelihatan sempit. Dan mereka sungguh makrifat kepada Allah. MAbuk dalam keagunganNYa. Berlalu lalang dalam kekuasaannya. Mereka sedap bercumbu dan bermunajat kepadaNya.” Setelah itu Asy syibli bersyair:
Kata cinta wahai Tuhanku,
Memabukkan.
Pernah engkau lihat.
Kekasih sejati tidak mabuk kepayang.

Dikatakan bahawa apabila unta sedang mabuk cinta maka dia tidak mahu makan sampai empat puluh hari. Kalau dibebankan dengan barang yang berlipat kali ganda,tetap dia akan bawa. Ketika hati dia asyik mengingat kekasihnya,maka dia tidak suka makan dan tidak merasa berat dimuati barang berlipat ganda. Itu demi cintanya. Jika demi cinta,seekor unta mahu meninggalkan syahwatnya dan sanggup menanggung beban berat,adakah engkau telah meninggalkan syahwatmu yang diharamkan demi Allah?
Diceritakan dari Ali kwj,dia berkata, “ Barangsiapa merindukan Syurga,tentu akan cepat dan suka berbuat kebajikan. Barangsiapa takut kepada Neraka,tentu dia akan tahan nafsunya dari segala keinginan. Dan barangsiapa yakin akan mati,maka tidak begitu selera kepada kelazatan.”
Ibrahim al-Khawwas ra pernah ditanya tentang ‘Mahabbah’. Lalu dia berkata, “Mahabbah adalah menghapuskan segala kehendak,membakar semua sifat dan hajat serta menenggelamkan dari dalam lautan isyarat.