:)

:)
Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,setelah sekian lama papan kekunci ini tidak melakar sebuah kisah untuk dikongsikan,Allah beri kesempatan untuk saya berkongsi di sini antara nikmatNya yang hadir dalam diri.


Cinta dariNya tidak perlukan masa,tidak perlukan tempat, dan tidak perlukan sebab.Kerana itu adalah cinta yang agung dari seorang Rabb buat hambaNya. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------
Noktah.


Perancangan manusia itu tidak mungkin akan menjadi kenyataan tanpa keizinan dariNya.


Kalau mengikut perancangan diri,minggu ini,adalah saat di mana saya akan melangkah,bermusafir mencari setits ilmu. Mencari kemanisan kalimah "IQRA" yang menjadi wahyu pertama buat Rasulullah s.a.w.
Hati berbunga-bunga di saat hari yang di nanti-nanti hampir  menjelang tiba. Hari itu,sehari sebelum perancangan saya untuk memijak ke bumi Melaka di Baitul Qurra',hati saya berdegup pantas. Kegusaran melanda. Ya Allah,setelah Kau bukakan pintu IlmuMu buatku,izinkanlah untuk aku memasukinya. Saya hanya berharap, saat itu menjadi kenyataan. Pengajian pondok yang diidamkan, hanya beberapa jam sahaja lagi,bakal di lewati. 
Tiba-tiba, di waktu hampir lewat malam, Allah menguji diri ini, menguji jalan untuk mencari ilmuNya.Satu persatu halangan tiba. Bermula dengan sahabat fillah yang terpaksa   membatalkan hasrat hati untuk menuntut di pondok dan di beritakan dengan amanah kerja yang perlu di selesaikan.


Allah Maha Kuasa, hati mana yang tidak hampa. Penantian ini semakin kabur dari pandangan mata. Sebelum ini,juga Allah uji perkara yang sama, di saat saya mahu mencari ilmuNya, Dia menguji dengan halangan-halangan yang terpaksa saya akur. Pembatalan ke kuliah habib,talaqi intensif dan lain- lain..Semuanya masih tidak mendapat keizinan Allah.


Tidak mengapa,bisik hati ini yang cuba untuk rawatinya.


Kerana,Percaturan Allah itu sungguh indah.!


Ketidakhadiran saya ke Baitul Qurra' mengizinkan saya untuk bertemu dengan 5 Epal Merah yang sangat saya kasihi kerana Allah. Si Manis Epal,yang mencari erti dalam perjalanan hidup ini. Si Cantik Epal, yang berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri. Hati saya terubat. Terubat dengan kehadiran Epal-Epal  yang menghidupkan kembali semangat "Indahnya Berusrah". Allah,rindunya saya terhadap zaman dahulu. Di tempat yang sama jualah, saya bergelak tawa,menangis dan bercerita bersama-sama sahabat-sahabat.
Sama seperti mereka, Epal yang akan saya jaga dengan percikan cinta dariNya. 


Pertemuan pertama yang memberi kuntuman indah di hati.


Allahu Robbi..















Bismillahirrahmanirrahim..



Allah..
Dalam taklifan,
Kesedihan menerpa,
Aku terjelopok disini,
Hati mahu meluah,
Tapi,
Bibir terkaku keras...

Khilafkah aku,
menjadi sibghahMu,
Disaat diri masih hina...

Ya Rabbi,
Sengsarakah?
Bahagiakah?
Aku disana?

Allah..
Hanya Kau kepercayaanku,
Biar hilang segala kepercayaan manusia,
padaku,

tiada kalimah paling aku cintai melainkan ALLAH
Bismilahirrahmanirrahim...


Alhamdulilah,setelah sekian lama,baru hati ini terdetik untuk berkongsi dalam menuturkan kata-kata tanpa bicara.Mengalunkan sebuah lagu tanpa irama,buat berkongsi bersama teman-teman.Apabila ilham itu datang,maka lakarkanlah ia dalam suatu lukisan pena meskipun tanpa kanvas.Kerana ilham adalah rahmatNya.Jangan pernah sia-siakan rahmat Allah.


Tuhan Yang Maha Penyayang.


Ujian Allah,Cinta Allah,Murka Allah.


Segala-galanya mengajar diri seorang wanita tentang erti hidup ini.Bukan mudah untuk menjadi manusia.Kerna apa?Kerana beban amanah yang cukup berat,membuat kita sedar tentang tanggungjawab sebenar kita.Sungguh,Detik demi detik yang berlalu,sebenarnya memberikan kita nikmat yang sungguh bermakna.Hanya persoalannya,samada kita sedar atau tidak.


Detik yang berlalu semakin mendewasakan.


Bila telinga menjadi teman setia.
Dan Kalam menjadi ekspresi diri di kala perlu.
Membuatkan Kadang-kala kita terlalu melebihkan kalam,sehingga melupakan sang telinga.




Mengapakah Allah menciptakan telinga itu dua?dan mulut itu satu?


Kerana Dia mahu kita menggunakan nikmat selari dengan kuantitinya.
Telinga itu jumlahnya dua.Maka perbanyakkanlah dalam hidup ini untuk lebih mendengar.
Mulut itu satu,kerna apa?Kerana Allah mahu kita berkata di saat perlu.Telinga yang dikurniakan nikmat yang lebih menjadi pemandu arah dalam merencana apakah nada kalam yang wajar dituturkan.


Hebat bukan ciptaan Allah?


Sebab itu Rasulullah hanya berbicara di saat perlu,hanya berbicara yang bermanfaat.Kerana Baginda bijak dalam menilai apakah sebenarnya hikmah di sebalik penciptaan.




Subhanallah!


----------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik cintaku,
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]
Bismillahirrahmanirrahim..


Ujian Allah itu sesungguhnya boleh datang pada bila-bila masa sahaja.Kadang-kala kita merasakan bahawa itu adalah suatu kebahagiaan buat kita,namun di sebalik kebahagiaan yang kita rasakan,itulah ujian Dia buat hambaNya.


"Ya Allah,Ya Tuhanku,Seandainya benar dia adalah jodohku,maka kau peliharalah dirinya.Seandainya dia benar adalah jodohku,Kau peliharalah peribadinya,Seandainya dia adalah jodohku,maka Kau peliharalah hati-hati kami.Ya Allah Ya Tuhanku,seandainya dia adalah jodohku,maka Kau pertemukanlah kami dalam jalan dakwahMu.Seandainya dia bukan jodohku,maka Kau palitkanlah hati ini dari bisikan syaitan"

Janganlah Kau rampas kemanisan jalan dakwah ini dengan bisikan syaitan yang direjam. Tetapkanlah hati ini hanya untuk menggapai redhaMu.

Seandainya benar dia tercipta untukku,maka kau satukanlah kami dalam jalan dakwahMu.Ya Allah,aku mohon,Janganlah Engkau palingkan pandangan kasih sayangMu terhadapku.

Allah pelindung hidup ini.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.Seronok dapat ilham baru lagi.Sebab apa?Sebab saya baru selesai membaca sebuah buku karya Zahiril Adzim-Bogel Menuju Tuhan.Tapi,jangan menilai buku itu dari luarannya.Kerana buku ini memberi sedikit  kepuasan buat saya dalam menilai  isu-isu sosial,politik,dan agama.
Dan apa yang paling penting,bila mana kita mampu memberi kebebasan kepada pemikiran kita.Kita mampu untuk interpretasi segala data yang berlegar-legar di sekeliling jasad ini.Tapi ingat,pemikiran itu jangan pernah lari dari landasan yang syariat sudah tetapkan.

Serius,menjadi satu kepuasan ,di saat  apa yang kita fikirkan,mampu untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Saya tidak mahu,berkongsi lebih dalam entri kali ini.Sekadar ingin berkongsi,apa yang saya peroleh,dan insyaAllah akan saya amalkan.

Kerana apa?Kerana saya mahu terus berfikir.Hobi saya adalah  berfikir.Saya gembira bila saya mampu berfikir.

Fullstop.

Point pertama.
Walau di mana sahaja anda berada,pastikan PEN













dan  BUKU NOTA 
















sentiasa berada di sisi.

Kerana apa?

Untuk mencatat segala apa yang kamu fikir,lihat,rasa dan dengar.
Belajar untuk lebih peka terhadap keadaan sekeliling.Belajar untuk berfikir melalui pengamatan pancaindera kamu sendiri.Eyes maybe lies to you,but when it come to all of your sense is being used.It’s a bit impossible for you to be tricked.

Point Kedua.

Lihat segala benda di sekeliling kamu.Fikir selama 2 minit.Apa yang kamu boleh berfikir tentangnya.Dan catat.Menulis untuk berfikir,dan berfikir untuk menulis.

Point Ketiga.

Kenal pasti tujuan apa kamu hidup sekarang ini.Apa misi kamu yang paling penting.Hidup tanpa tujuan adalah satu perkara yang memeritkan.

Point Keempat.

Sentiasa jaga diri.
Jaga diri dari apa?

Fikirkan.

Kerana manusia sering mengatakan,take care,tapi sebenarnya,apa yang perlu di jaga diri ini?

A BIG QUESTION MARK FOR YOU.??????

------------------------------------------------------------------------
Kalam Pemilik hatiku,
Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. 
(Surah As-Sajadah:9)




Bismillahirrahmanirrahim..


Soalan buat sahabat fillah...


Ujian,masalah,mehnah dan rintangan dalam hidup ini.Adakah ianya satu nikmat ataupun satu bala' dariNya?


UJIAN = BALA'


Pada mulanya,saya turut merasakan bahawa ujian itu semestinya satu bala dariNya dan mustahil satu kenikmatan.Bukankah kenikmatan itu satu perkara yang jiwa kita rasa bahagia bila menerimanya?Kebahagiaan membuatkan manusia terasa baiknya Allah,di saat menerima nikmat bahagia,terasa semua janji-janji Allah itu benar.Jadi,mana mungkin kita rasa bahagia di saat ujian datang bertimpa-timpa kepada kita.Kerana minda kita sudah pun mengatakan bahawa nikmat itu adalah kebahagiaan dan kebahagiaan datang dari nikmat.


Namun,subhanallah,kuasa Allah itu sungguh hebat.Ilham dariNya,kefahaman dariNya jua gerak hati yang benar semuanya boleh datang sekelip mata,jika Dia mengizinkan.Begitu jua yang berlaku kepada diri saya.


Datangnya seorang sahabat,memberi 1001 satu makna yang besar dalam kehidupan seorang insan.Apatah lagi,bilamana kita mampu bergerak seiring dalam menggapai cintaNya.Lagi terasa keindahan nilai persahabatan itu,di saat kita mampu memberikan sedikit ketenangan kepada jiwanya,di saat dia memerlukan.Meskipun jarak membatasi,namun ianya tidak bermakna,rantaian ukhuwwah itu bisa terlerai.


Ingat,sahabat di sekeliling kita adalah amanahNya.


Bila,dia semakin jauh dari fitrah hidup ini,tarik dan gapailah tangannya.Jangan pernah meninggalkan sahabat keseorangan.Di saat kita di ulit kesedihan,bertemulah dengan sahabat.Ya,benar,Allah adalah sebaik-baik tempat pengaduan.Namun,apakah rahsia disebalik Dia palitkan rasa sayang dan cinta dalam persahabatan itu sendiri.Jika bukan untuk di jadikan sebagai wasilah dalam memahami hakikat hidup ini.Juga sebagai kekuatan dalam meneruskan perjuangan hidup yang bisa berakhir pada bila-bila masa sahaja.


Mengenai hakikat musibah itu adalah nikmat,Allah datangkan kefahaman itu di saat saya cuba membantu sahabat yang sedang di uji Allah dengan pelbagai cubaan.Saya bukanlah sahabat yang pandai untuk menenangkan hati sahabatnya.Tapi,kerana sayangnya saya pada dia kerana Allah,saya sayang untuk tinggalkan dia bersendirian dalam menghaungi ujian ini,tanpa keyakinan yang jelas,bahawa setiap ujian yang dirasai itu adalah bukti cintaNya.Saya takut,jika sekarang saya tidak menggapai tangannya,dia akan semakin jauh dari hakikat tawakal dan pengabdian diri kepada Allah.Tuhan kami yang Maha Agung,Maha Hebat,Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


antara coretan buat sahabat saya,yang juga ilham dariNya,



  • (^^,)..
  • awk...
  • kebahagian setiap org tu tak sama..
  • ada yang mudah je dapat rasa kebahagiaan..
  • tapi,sekelip mata kebahagiaan hilang..
  • di gantikan dengan kesengsaraan..
  • ada yang hidupnya sangat derita..
  • tapi,kebahagian muncul selepas itu..
  • sangat berkekalan lama...
  • kerana apa..?
  • sbb dia SABAR..
  • mudahkan nak lafazkan sabar tu..
  • tapi,hakikatnya..
  • payah sangat..
  • sebagaimana..
  • kita nak dapat pointer tinggi untk final..
  • sangat perlu kerja keras...
  • tapi,kalau kita sabar..
  • its not impossible...
  • kte boleh berjaya dengan cemerlang..



  • kita tau..
  • kita tak rasa apa yang awak rasa...
  • mudah bagi kita nk cakap..
  • sabar ye awak..
  • Allah tengah uji tu..
  • walaupun,hakikatnya..
  • bukan kita yang rasa...
  • cuma..
  • awak yang rasa...
    tapi kan awak,
  • sejauh mana kesengsaraan yang kita rasakan..
  • kalau nak dibandingkan dengan kesengsaraan org lain kat luar sana...
  • bagi kita..
  • sebenarnya..
  • Allah sedang bagi awak..
  • satu nikmat...
  • yang awak sendiri tak sedar dengan pandangan mata kasar..
  • tak semua orang rasa...
  • sedih,kecewa,frust...sabar...
  • mungkin kita rasa,tu semua perkara negatif..
  • apa yang nikmatnya..?
  • tapi,ianya boleh dikira nikmat juga...
  • sebab ada org yang tak pernah tahu langsung..
  • tentang bagaimanakah rasanya sakit..derita..
  • sorry awak..
  • kita tak pandai nk console...
  • kita tak pandai nak tenangkan hati kawan-kawan kita..
  • sebab,yang boleh tenangkan hati manusia ni..
  • cuma Allah je..
  • kita sekadar tolong apa yg kita boleh...
coz i really love you,dear...
Lillahi Taala


"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(2:216)"

--------------------------------------------------
Bait-bait kata terakhir buat dia,sahabat yang saya sayang...

i'm sorry,coz i can't be with you,i can't be there to listen to your stories,your problems..your happiness,your sadness..

it's not that i don't wanna care for you..

but,deep inside my heart,i know..

He's always there for you..

So,That's why i'm not being worried...

coz,i believe that HE will always listen to your problems,your misery...

Dear,One thing,that you must believe is,no matter how hard your life is...

Never forget to share your stories with HIM...

"Dan  sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)"





Bismillahirrahmanirrahim.




Mengapa langit?


Awal-awal lagi tajuk entri ini sudah mengajukan soalan.Kerana apa?Kerana saya suka untuk membawa semua sahabat untuk berfikir.Kenapa berfikir?Kerana dengan berfikir kita mampu meransang sel-sel neuron untuk bertindak lebih efektif.Maka,kuranglah probabiliti untuk kita menjadi insan yang pelupa.


Meskipun,kadang-kala saya ditertawakan,di saat ada insan yang bertanyakan tentang hobi saya.Spontan saya mengatakan,bahawa hobi saya adalah membaca dan berfikir.Weird right?Jika Membaca sebagai hobi,tidaklah satu kejanggalan.Tetapi,BERFIKIR?Fikir apa?Saya hanya mampu tersenyum.


Mungkin definisi setiap orang tentang berfikir itu berbeza.Ada yang mengatakan bahawa jika berfikir,berfikir tentang masalah,berfikir tentang pelajaran,berfikir tentang jodoh dan lain-lain.Namun,saya jarang berfikir tentang masalah peribadi,tentang jodoh kerana apa?Kerana saya merasakan bahawa saya perlu berjiwa besar,berfikir mengatasi zaman,dan apa yang paling penting,bagaimana saya mahu menghabiskan kudrat yang ada ini untuk kebaikan masyarakat saya.


Saya tidak mahu berfikir semata-mata untuk diri sendiri.Kerana hidup ini bukanlah secara individu,kita hidup bermasyarakat.Jika kita melaungkan bahawa kita hidup bermasyarakat,maka,mengapa kita sering berfikir untuk kepentingan diri sendir?Bukan untuk masyarakat kita?Untuk ummah yang tercinta ini?


Saya sering berfikir,bagaimana untuk menjadikan masyarakat di sekeliling saya suka kepada Islam,kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar.Bagaimanakah rupa negara yang saya idamkan?Saya tidak mahu negara yang korup.Saya mahu negara yang mengikut corak pemerintahan Islam.Saya mahu negara yang sentiasa berbicara tentang kebajikan rakyatnya.Sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Saidina Umar,yang sanggup berjaga malam,untuk berjalan di sekitar negaranya,melihat kebajikan rakyatnya.Wujudkah di kalangan mereka yang kelaparan dan sebagainya.Saya rindu untuk melihat negara ini,menjadi negara yang benar-benar mendaulatkan Islam.


Saya juga sering berfikir,mengapa ummah ini semakin hari semakin berpecah.Kita satu aqidah,tapi mengapa perpecahan yang kita perjuangkan?Saya mungkin boleh mengerti pandangan setiap orang itu berbeza,namun,asas kita sama,iaitu Islam.Walau berbeza bagaimanapun pandangan kita mengenai hal-hal furu',kita seharusnya boleh bersatu apabila pegangan kita tentang APA ERTINYA SAYA SEBAGAI MUSLIM sudah jelas.


Minda ini juga sering berfikir,bagaimana saya mampu untuk mencontohi Rasulullah.Mustahil untuk saya mengikuti secara sosok fizikalnya,namun bagaimana saya mampu untuk mencontohi semangat perjuangan Baginda yang tidak pernah luntur walau sesaat.Tidak pernah gentar walau diugut,dicaci dan dihina.Kerana hati Baginda sentiasa ada Allah.Keyakinan Baginda kepada janjiNya sangat tinggi dan sangat jelas.Tiada satu makhluk pun yang boleh menggetarkan hati Baginda.Hanya Allah.Fullstop.




Kembali kepada tajuk.MENGAPA LANGIT?


Kerana itulah yang sering bermain di benak fikiran saya sekarang.Allah datangkan satu perasaan,satu ilham,satu kesedaran, dan satu peluang.Untuk saya memahami apakah kebesaranNya disebalik langit yang terbentang luas itu.Sebelum ini,saya hanya memandang langit dengan satu perasaan bahawa itu hanyalah langit.Namun,kini berbeza.Kerana dulu,kini dan selamanya tidak mungkin akan sentiasa kekal.Kini,saya memandang langit dengan perasaan yang berbaur.Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.Kerana di saat saya melihat ciptaanNya itu,saya merasa satu ketenangan.Saya leka dibuai keindahan langit yang dihiasi dengan awanan yang sentiasa berubah-ubah.Saya kagum dengan kecantikan pancaran mentari dibalik awanan tersebut.Saya mampu tersenyum sendirian hanya dengan melihat langitNya.Satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan di saat melihat makhluk ciptaanNya.Dan dengan melihat langit,saya sering dihujani dengan nikmat idea dan persoalan-persoalan yang baru.


Kerana itu,saya akan terus berfikir.mengapa LANGIT?Mengapa Allah gerakkan pancaindera ini mengenalNya melalui wasilah Langit yang saya yakin memiliki 1001 rahsia disebalik penciptaanNya.Bukankah tiada satu pun yang sia-sia dari penciptaanNya?


Dan saya akan terus berfikir,kerana di saat saya berfikir,saya merasa kehadiranNya semakin hampir.Sehingga mampu untuk menyesakkan dada saya dengan kerinduan dan kecintaan kepadaNya.


Ayuh,kita belajar untuk berfikir.Kerana akal kita bukan hanya untuk di isi maklumat ataupun folder yang di hantar kepada  hard disk.Akal kita bukan hard disc.Yang hanya bisa menyimpan sahaja.Tapi,akal kita ini mampu untuk mencipta hard disk tersebut.Selamat berfikir terhadap kenyataan saya ini,


AKAL is not equal to HARD DISC.but AKAL can create a new HARD DISC.







Bismillahirrahmanirrahim


Ayuh,letakkan tangan kita di dada.Adakah kamu merasai degupan jantungmu?Bagaimana degupannya?Indah bukan iramanya?Jantungmu itu  tidak pernah berhenti dari terus berdegup,mengapa?Kerana ia  tidak pernah berhenti dari menuruti beban amanah dari Allah.Untuk terus berdegup,agar kamu mampu meneruskan kehidupan ini.Adakalanya ia berdegup amat pantas sekali,dan adakalanya ia kelelahan.Meskipun kadang kala ia lelah,namun,ia sedia dan setia dengan ketundukannya kepada Allah.Allah iaitu Tuhanmu jua Tuhanku.


Indah bukan?


Pernahkah kamu menyedari hakikat ini?Ataupun selama ini kamu hidup di dalam ilusi?Ilusi yang terus meneus mengatakan bahawa dunia ini harus dinikmati sepenuhnya,tanpa ada sekelumit pun rasa kehambaan.Ilusi yang menyatakan bahawa mengapa pula hidup ini harus di bazirkan dengan waktu mu dipenuhi dengan taqarrub kepadaNya.Sedangkan keindahan dunia telah Dia bentangkan di hadapanmu.Haruskan kamu biarkan nikmat keindahan dan kemewahan dunia ini?


Maka,adakah hidup ini hanya ibadah sahaja?


Fullstop.


Soalan sudah dilontarkan.Maka,bagaimana pula dengan jawapannya?


Cuba kamu cari semula,apakah yang dikatakan dengan ibadah.


Malas mencari?Tidak mengapa,saya kongsikan di sini.Tapi,perlu ingat,hidup ini tidak selamanya kita harus menanti jawapan.Kerana kita harus berusaha untuk menemui jawapan dan hujah kita sendiri.Life is not that simple okay.


DEFINISI IBADAH



Dari segi bahasa “ibadah” bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syara’ “ibadah” diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah. Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, “Ibadah asal maknanya kehinaan, tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya.

Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusu’ kepadanya, merendah diri dan tetap hati kepadanya. Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari keredhaan Allah.





Soalan lain;
Adakah bersukan,belajar dan lain-lain dikira sebagai ibadah?


Kita lihat pada apakah ciri-ciri yang dikatakan sebagai ibadah ya,




i. ‘Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui islam bersesuaian dengan hukum-hukum syara’ dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun ‘amalan-’amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan ma’siat, maka tidaklah sekali-kali ia dijadikan ‘amalan ‘ibadah.

ii. ‘Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang balk bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfa’at kepada umat seluruhnya dan bagi mema’murkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

iii ‘Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah (s.a.w.):

“Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerana dengan memperelokkan kerjanya. “
(Muslim)

iv. Ketika membuat ‘amalan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara’ dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menincds atau merampas hak orang.

v. Tidak mencuaikan ‘ibadah-’ibadah khusus seperti salat zakat dan sebagainya dalam melaksanakan ‘ibadah-’ibadah umum

Firman Allah
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah batangsiapa berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang-orang yang rugi. “
(Al-Munafiqun 9)

Firman Allah
“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh pemiagaan ataujual beli dari mengingati Allah mendirikan salat dan menunaikan zakat “
(An-Nur: 37)

Jadi, bila sahaja seorang mu’min dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, maka dia akan dikira sentiasa ber’ibadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat kerja-kerja tersebut.





Sekarang,adakah sudah jelas,apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai ibadah?Jika ya,ayuh kita berlumba-lumba untuk terus beribadah kepadaNya.Jangan pernah kenal erti lelah,jangan pernah kenal erti penat dan jangan pernah kenal erti putus asa.Kerana,lihatlah degupan jantung kita yang senantiasa berdegup, detik demi detik tanpa keluhan sedikit pun,apakah kita tidak berasa malu dengan nilai kehambaannya?


Kita harus sentiasa ingat,bahawa hidup ini bila-bila sahaja bisa berakhir.Jika bukan sekarang,mungkin esok.Tidak bermakna kita baru 20 tahun hidup di dunia ini,kita ada masa lagi 30 tahun untuk terus menghirup udaraNya.


Takdir kita Allah sahaja yang tahu,bukan?


------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik hatiku,
 Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.”
 (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)





Bismillahirrahmanirrahim...


Apa khabar iman hari ini?Semoga indah belaka.


Berapa hari ya,laman hikmah ini dibiarkan menyepi..Biar saya hitung....Oh,dalam 2 hari rupanya.Dimanakah perginya sikap istiqomah seorang dai'e?Ighfirli Ya Allah.Semoga kita sama-sama sedar kesilapan sendiri,dan mencuba untuk memperbaikinya.Bukankah hidup ini proses tarbiyyah daripada Allah?Jika kita tidak menyedarinya,maka rugilah kita.


Mana tidaknya,cuba kita fikir,secara analoginya,kita sedang dalam keadaan lapar.Jiran di sebelah ada memberikan makanan di hadapan pintu.Seandainya,kita tidak cakna dengan keadaan sekeliling kita,tidakkah ini bermakna kita akan kelaparan?


INGAT!Peluang sentiasa berada di depan mata.Hanya kita sendiri yang tentukan,samada kita mahu merebutnya ataupun meninggalkannya.


TAHUN BARU SUDAH TIBA


Tahun baru ini memberikan suatu impak dan tarbiyyah secara langsung dari Allah buat saya.Kerana apa?Kerana tahun baru ini(meskipun dalam tahun Masihi) Allah campakkan satu perasaan ke dalam hati saya bahawa "No More Fear,No More Hesitations".


Firman Allah s.w.t yang bermaksud,


Katakanlah"Jika bapak-bapakmu.anak-anakmu,saudara-saudaramu,isteri-isterimu,keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasulnya serta berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya."Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(Surah At-Taubah ayat 24)


SIAPAKAH ORANG FASIK?


Kata fasik berasal dari kata dasar al-fisq, yang berarti "keluar" (khuruj). Para ulama mendefinisikan fasik sebagai "orang yang derhaka kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintah-Nya atau melanggar ketentuannya." Orang fasik adalah orang yang melakukan dosa besar dan sering melakukan dosa kecil.
sumber:http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/1440/membezakan-informasi-dusta-dari-yang-terpercaya/


Cukuplah tahun lalu,dosa-dosa saya melebihi timbangan pahala buat kehidupan abadi di sana.Jadi,mengapa pula,saya tidak mahu menyahut perintah Illahi dalam surah at-taubah ayat 24?Semata-mata kerana takut kepada dunia?Sedangkan kehidupan saya di sini,kemungkinan hanya tinggal satu saat sahaja?Allah sudah memberikan petunjuknya,adakah saya mahu menjadi golongan fasik yang tidak diberi Allah akan petunjukNya?


Nauzubillah.


Jika saya sudah ada azam,impian baru saya tahun ini.Bagaimana dengan sahabat-sahabat?


Jadikanlah permulaan tahun ini,sebagai permulaan yang terbaik dalam hidup kita.Sebagaimana di Shah Alam,sambutan tahun baru dimeriahkan dengan kesyahduan laungan takbir Allahu Akbar,yang dilaungkan oleh kira-kira seramai 60-70 ribu umat manusia.Subhanallah!Tidakkah indah hakikat peristiwa ini?Jika mahu masyarakat ini berubah ke arah kebaikan,pilihlah pemimpin yang benar-benar memahami cara hidup Islam yang syumul(menyeluruh).




Saya bagi tips ya,bagaimana untuk hilangkan perasaan takut dalam membuat perubahan dalam diri.Ingat,perubahan ini mestilah perubahan ke arah yang lebih baik.


Berapa banyak dari kita  selama ini takut untuk mencuba, takut untuk melangkah, takut untuk melakukan sesuatu yang menurut kita bahwa kalau itu tercapai akan membuat kita bahagia, membuat kita berhasil dan bangga? Kita sudah membayangkan dulu hal-hal yang belum tentu terjadi, yang akhirnya mematikan semua potensi, energi, keinginan, kepuasan, dan kebesaran yang kita inginkan


Keberhasilan tidak akan datang pada mereka yang hanya menunggu saja, dan tidak akan menunggu siapa saja untuk datang padanya. Jangan menyesali keadaan. Keberanian merupakan aset yang sangat berharga bagi diri kita karena keberanian bisa menjadikan sesuatu yang tadinya tidak mungkin menjadi mungkin. Keberanian bisa menjadikan sikap negatif menjadi positif, layu menjadi bersemangatpasif menjadi aktifpesimis menjadi optimismiskin menjadi kayagagal menjadi BERJAYA. 


Manfaatkan Keberanian semaksimum mungkin dengan:
1. Berani Menentukan cita-cita yang tinggi.
2. Berani bangkit dari kegagalan.
3. Berani belajar dari kelemahan dan kesalahan
4. Berani membayar harga untuk keberhasilan



Hanya diri kita yang mampu mengukur apakah keberanian kita cukup besar? Marilyn King mengatakan bahwa keberanian kita  dipengaruhi oleh 3 hal, yaitu visi (vision)tindakan nyata (action), dan semangat (passion). Ketiga hal tersebut mampu mengatasi rasa khawatir, ketakutan, dan memudahkan kita meraih impian-impian.


APA YANG PENTING?

Keberanian.Ya,kita perlu berani untuk membuat perubahan.Selain berani,kita mesti  membuat satu short-list.kenapa aku mahu perubahan ini.Senaraikan apakah  misi,visi dan tindakan kita sejurus kita membuat perubahan tersebut.

Ingat!Umat Islam yang berjaya adalah umat Islam yang mempunyai perancangan yang teliti.Bukan sekadar angan - angan kosong. 


Nak Tahu Apa Harapan dan Impian Saya?




Ada akal,kita guna.Maka,fikir-fikirkan apa yang patut kita lakukan untuk pembangunan ummah.Salam Perubahan buat semua.