:)

:)

Assalamualaikum,

Sharing for TODAY.
Macam mana nak makan mengikuti diet Rasulullah.
Jika merujuk kepada buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit,
Penulis menyatakan sepanjang hidup, Baginda s.a.w hanya sakit 2 kali sahaja.

Menakjubkan bukan?

Kerana apa?

Kerana Rasulullah sangat menjaga pemakanan Baginda dan juga cara hidup Baginda.

Rasulullah berpesan:

Tiadalah anak adam mengisi perkara yang lebih jelik daripada perutnya. Cukuplah beberapa suap makanan bagi menegakkan tulang punggungnya. Andai kata tidak dapat dihindarkan, bahagikanlah perut itu menjadi tiga bahagian : satu per tiga bagi makanan, satu per tiga bagi minuman dan satu per tiga lagi bagi udara.

Banyak lagi untuk dikongsikan di sini, 

InsyaAllah, akan ada entry khas mengenai buku 
MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT.

Jom !
Amalkan hidup sihat,

kan menjaga Kesihatan itu amanah untuk kita..








Orang-orang yg merindu, namun tetap menjaga kehormatan perasaannya, takut sekali berbuat dosa, memilih senyap, terus memperbaiki diri hingga waktu memberikan khabar baik, boleh jadi doa-doanya menguntai tangga yg indah hingga ke langit. Kalaupun tidak dengan yang dirindukan, boleh jadi diganti yg lebih baik.
Darwis Tere Liye



Duhai Tuhanku
Jatuh bangun ku menghamba Mu
Kadang cinta kadang ku melupa
Tegaku menyiksa hidup sendiri

Duhai Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu

 
Tuhan.. aku tanpa Mu
Hidupku menderita
Sunyi hati kelam jiwa
Bagai terpenjara

Tuhan.. biarkan kini
Aku dalam rahmat Mu
Meski jatuh dan terbangun
Ku tetap bertahan

 
Ku tetap bertahan




 
Langkah pertama Sufiyy bermula.
Jika dahulu dia seorang yang sangat gusar untuk melangkah mendepani ujian di hadapan mata. Namun hari ini, dia cuba gagahkan kaki. Terus melangkah.

Kerana dia teringat pesan sahabatnya ;
Biar sukar manapun kaki kamu melangkah. Teruskan melangkah. Kerana hidup ini memang Allah takdirkan untuk kita melangkah dan terus melangkah tanpa henti. Biar sakit, biar panas, biar lelah. Kerana hidup ini bukan hentian terakhir, Hidup ini cumalah suatu tanah yang bersedia untuk di gembur. Agar akhirat kelak, kita bisa menuai hasilnya. Berjaya atau tidak lihat sahajalah berapa banyak hasil tuaian yang kita mampu peroleh.

Jalan itu terasa sungguh panjang. Seakan tiada hentinya. 
Kadang-kala Sufiyy mengeluh letih. Bukankah itu fitrah manusia? Letih bila kejauhan, mengeluh bila kepenatan. 

Namun,Sufiyy tidak putus asa. Dia mahu terus melangkah kerana dia teringat sebuah kisah pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya, 

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".

Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda tersebut dan bertanya, "Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".

Pemuda itu menjawab, "Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".


Sufiyy berkata jauh ke dalam hatinya,

Bersyukurlah..Kerana sungguh sedikit orang yang bersyukur itu.


--------

Bersambung,
Bismillahirrahmanirrahim,

Tenang itu tidak mudah dimiliki

Dalam tafakur di sajadah, gementar hati terasa apabila kalimah Allah..Ya Latif..membasahi bibir.

 “Berbahagialah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.’ (Surah Asy-Syam : 9-10).

Hati yang dahulunya kering, terasa dibasahi dengan titisan hujan. Harapan untuk kembali subur mulai menyinar.

 “(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” 
Surah Ar-Ra’d ayat 28  

Susah untuk melembutkan hati jua mendidik hati. Kerana  “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika dia mengingati Allah, dia pun lari daripadanya. Jika dia lupakan Allah, syaitan akan mengunyah hatinya.” (Hadis riwayat Ibnu Abu Dunya).

Rindunya kepada zikrullah ini. Sewaktu kecil,suka mencari kaset zikrullah Ust Badrul Amin. Tenang jiwa.



---------------------------------------------------
Dalam sujudku,
Ya Allah sampaikan bisikanku kepadanya,
Moga peroleh jawapan dariMu.

Jika salah bisikanku,
hapuskanlah hembusan itu.
Engkau jua pemilik hati.
HIDUP 
hanyalah
SATU PERJALANAN
PANJANG

AKHIRAT 
Destinasi
TERAKHIR


Bismillahirrahmanirrahim

Sehari selepas mengikuti Seminar Little Caliph di Shah Alam, saya terus menuju ke Kelana Jaya bagi mengikuti Seminar VIMT ( Video Internet Marketing Training). Dua perkara yang saya sangat idamkan. Tarbiyah anak-anak dan penguasaan dalam teknik video. Allah memang adil dan sentiasa membuka pintu bagi hambaNya. Kedua-dua kehendak ini saya peroleh dalam minggu yang sama. Kuasa Allah tiada tandingnya!



Saya menghadiri seminar ini bersama-sama dengan 5 sahabat. Minat kami yang sama menjadikan kami melangkah ke tempat yang sama. Hanya dengan satu tujuan iaitu untuk memperbaiki mutu video yang kami hasilkan. Rata-rata peserta seminar tersebut adalah bertujuan untuk mempromosikan bisnes dan produk masing-masing. Namun kami mengambil kesempatan ini untuk lebih mendalami ilmu Sony Vegas. 

Sehari mengikuti seminar, rasa sungguh berbaloi. Bermula daripada teknik NLP dalam penghasilan video sehinggalah kepada tutorial membuat video sendiri. Sungguh mengujakan hati. 

Di sini,saya cuba kongsikan teknik NLP dalam peribadi seorang manusia.
1) Visual
2)Auditory
3)Kinestatik
4)Audio digital

Jenis Visual
-orang yang suka warna
-suka kepada jenis-jenis bentuk
-orang yang sangat berani.Jika bercakap suka pandang mata orang dihadapannya

Jenis Auditory
-suka muzik
-suka bercakap
-suka bercerita

Jenis Kinestatik
-sentiasa bergerak
-suka kepada sentuhan
-Suka bertindak
-suka unsur-unsur emosi

Jenis Audi Digital
-suka kepada fakta
-suka bercakap dengan diri sendiri
-suka kepada soalan
-sangat aktif monolog dalaman

Semua jenis-jenis NLP ini boleh digunakan dalam penghasilan video yang menarik. Banyak sungguh sharing,ilmu yang kami peroleh. Hati saya tersenyum dengan bentuk tarbiyah yang Allah hadirkan. ^_^
Pengalaman adalah guru terbaik. 

Satu perkara yang sangat membuat saya terkesan adalah.Kata-kata daripada Puan Diyana Tahir bahawa

SHARE benda yang dari HATI.Apa sahaja yang DARI hati akan MENYENTUH hati.


Bismillahirrahmanirrahim,

Apa itu Little Caliph?

The Little Caliphs Program (TLCP) is an Islamic-English-Creative pre-school program that helps pre-school children to realize their best spiritual, cognitive, socio-emotional and physical potential.


The Curriculum Mission
“Our mission is to instill the LOVE of Islam and knowledge to young children”

    Subjects and Modules


 Hafazan
 Iqra'
 Islamic Studies
Islamic Mannerism
English Language
Bahasa Malaysia
Mathematics
Science
Art and Craft
Practical Life
Physical Education
Computer Appreciation

------------------------------------------------------

Pertama kali membaca mengenai Little Caliph, hati terus tertarik. Inilah yang saya cari! Seorang sahabat mengatakan dia sudah mengisi borang untuk seminar Little Caliph, maka tanpa membuang masa saya terus menuju ke lappy dan menghantar email kepada Little Caliph.


Alhamdulillah.Hanya itu kalimah yang mampu dituturkan di saat mendapat email dalam inbox gmail.
Seminar untuk Little Caliph. Saya berjaya untuk menjadi salah seorang tetamu mereka untuk pencerahan terhadap apa itu Little Caliph. Impian yang pernah dilakar suatu ketika dahulu seakan bersinar kembali. Allah Maha Mengetahui. Syukur yang tidak terhingga kerana saya dimaklumkan bahawa dalam satu sesi hanya 17 peserta yang diterima untuk mengikuti seminar ini,

Sebelum mengikuti seminar ini, saya menerima email yang bertanya mengapa saya ingin menyertai seminar Little Caliph. 

Lantas saya menyatakan;


Three main reasons WHY do I want to open kindergarten: 
1) Awwaluddin Ma'rifatullah
2) I want to use my media knowledge to help Muslim kids know the right way to use technologies in their life.
3) I want to change the pattern of our society lifestyle  from their childhood. Let the kids know, how to be a better Muslim in this modern age.




Setibanya di lokasi seminar, saya agak terkejut. Kerana rata-rata peserta seminar adalah pasangan suami isteri. Terasa bahagia apabila masing-masing sibuk merencana untuk membina pusat tarbiyah anak-anak. Bahagia si isteri mendapat sokongan suami, dan suami sanggup meletak jawatan semata-mata ingin membantu isteri. Benarlah keluarga yang bahagia adalah keluarga yang terbina atas paksi agama. Keluarga yang mahu melahirkan anak-anak yang jiwanya mengenal siapa Tuhan. Jiwa yang mencari kehidupan abadi.

Saya menjadi terkesima apabila di tanya bila mahu membuka kindergarten sendiri? Kerana rata-rata daripada peserta merancang untuk membuka Litte Caliph dalam masa yang terdekat. Saya hanya mampu tersenyum. Keadaan belum mengizinkan. Cuma kalau mengikut perancangan, mungkin dalam 5 tahun lagi. 

Sungguhpun hanya tiga jam mengikuti seminar tersebut, banyak pengisian jiwa ini peroleh.

Mendidik anak itu tidak mudah kerana anak adalah harta yang paling bernilai. Anak-anak seawal usia 4 tahun sangat mudah untuk menerima apa jua bentuk pembelajaran. Jikalau kita yang belajar agama, yang mengaku pejuang agama tidak berpartisipasi dalam pentarbiyahan anak-anak, bukankah itu suatu hal yang merugikan?

Semakin jauh kaki ini melangkah semakin saya sedar banyak lagi pintu dunia ini yang belum saya terokai. Masih banyak keindahan yang Allah sembunyikan. Moga Allah permudahkan segalanya.  


----------------------
Jikalau bukan takdir memiliki kesempatan untuk menyentuh zuriat sendiri, sekurang-kurangnya berkesempatan untuk merasai kemanisan mentarbiyah jiwa anak-anak kecil itu.


Bismilahirrahmanirrahim

Sebelum mata terlena
Izinkan aku,Tuhan
Memberikan cinta
Buat
Buah hatiku
yang Kau Cintai

Itu Hasratku
Sebelum roh dan jasad
berpisah
menujuMu

Izinkan insan-insan kecintaanku
menerima lukisan hati ini
Agar
bila aku mati
Cintaku masih hidup
dalam jiwa mereka


---------------------------------------------------

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
AKU MAHU MENJADI SAHABAT SEPERTI ITU! 
izinkan aku,Ya Allah


Bismillahirrahmanirrahim




  Kata-kata itu
Pena itu
Membuatkan air mata
Jatuh lagi
Allah

Jika insan "Mata Kecil" itu menjadi pilihanMu
Mengapa tidak aku?
terus berusaha
menjadi pilihanMu

Mereka menantiku
Menanti untuk sebuah perubahan

Kuatkan jiwa ini
Untuk terus
Membedil dunia
dengan akalku

Jika dosa itu terpalit kesannya di wajah
Nescaya
Hitamlah wajahku

Terima Kasih Ya Allah
Kerana sentuhanMu

Hitam itu mengusir pergi



DOA-DOA KETIKA MENUNTUT ILMU



^__^

a) DOA PENERANG HATI

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”


b) DOA PEMBUKA HATI

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَقِنِيْ شَرَّ نَفْسِيْ

Terjemahan: “ Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”


c) DOA MENGULANGKAJI PELAJARAN

اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ وَسَهَّلْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Terjemahan: “ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”


d) DOA SEBELUM BELAJAR

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”


e) DOA SEDANG BELAJAR

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”


f) DOA SELEPAS BELAJAR

اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”


g) DOA MOHON DIBERI KECERDASAN BERFIKIR
اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ

“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”

h) DOA BEROLEH ILMU YANG BERMANFAAT

اَللَّهُمَّ إِِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ , وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ , وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ , وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهاَ

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”


l) DOA MENUNTUT ILMU PENGETAHUAN

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا بَدِيْعُ السَّمَٰوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا ﭐﷲُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْـأَلُكَ أَنْ تُحْيِيَ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِـيْنَ

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup yang Berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, Tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah-Mu, Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”


J) DOA DIMUDAHKAN FAHAM DAN HAFAL PELAJARAN ( Surah Al-Anbiya’: ayat 79)

فَفَهَمْنَاهاَ سُلَيْمَانَ وَكُلاَّ اَٰتَيْناَ حِكْماً وَعِلْمً وَسَخََّرْناَ مَعَ دَاوُدَالجِْبَالَ يُسَّبِحْنَ وَالطَّيْرِ وُكناَّ فَاعِلِيْنَ , وَ ياَ حَيُّ يَا قَيُّومُ ياَ رَبَّ مُوسَىٰٰ وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ وَياَ رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ (صلى الله عليه وسلم) عَلَيْهِمْ أَجمْـَعِيْنَ , اَللَّّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةً وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِيْنَ


“ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki, faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.”


Doa Atabatul Ghulam : MERANGSANG KECERDASAN AKAL

إِلَـٰهِيْ إِنْ كُنْتَ قَبِلْتَ تَوْبَتِيْ وَغَفَرْتَ حَوْبَتِيْ فَأَكْرِمْنِيْ بِالْفَهْمِ وَالحِفْظِ حَتَّىٰ أَحْفَظَ كُلَّ مَا سَمِعْتُ مِنَ العِلْمِ وَالقُرْءَانِ ۰إِلَـٰهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِحُسْنِ الصَّوْتِ وَالنَّغْمَةِ حَتَّى أَنَّهُ مَنْ سَمِعَ قِرَاءََتِيْ يَزْدَادُرِقَّةً فِيْ قَلْبِهِ إِنْ كَانَ قَاسِيَ القَلْبِ ۰إِلَـٰهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِالرِّزْقِ الحَلاَلِ وَارْزُقْنِيْ مِنْ حَيْثُ لاَ أَحْتَسِبُ ۰

“ Ya Allah, bila Engkau terima taubatku dan Engkau ampuni dosaku maka berilah aku kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal, sehingga aku dapat menghafal semua yang aku dengar dari ilmu pengetahuan dan Al-Qur’an. Ya Allah, berilah aku kemuliaan dengan bagus suara dan baik langgam suara, hingga sesiapa yang mendengar bacaanku hatinya merasa kasih sayang dan lemah lembut meskipun ada seseorang yang keras hati. Ya Allah, berilah kemurahan dengan rezeki yang tidak terkira.”


DOA MENERANGKAN HATI Supaya Dapat Memiliki Ilmu yang Luas dengan cepat
( Surah Al-Kahfi : Ayat 107-110)

إِنَّ الَّذِيْنَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُوْا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّـٰتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلاً ﴿۱۰۷﴾ خَـٰلِدِيْنَ فِيْهاَ لاَ يَبْغُوْنَ عَنْهَا حِوَلاً ﴿۱۰۸﴾ قُل لَّوْكَانَ ﭐلْبَحْرُ مِدَادًالِّكَلِمَاتِ رَبِّى لَنَفِدَ ﭐلبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنَفَدَ كَلِمَـٰتُ رَبِّى وَلَوْ جِئْنَا بَمِثْلِهِ مَدَادًا ﴿۱۰۹﴾ قُلْ إِنَّمَآ أَنَاْ بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَىٰۤ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَٰحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـٰلِحًا وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ ۤ أَحَدَا ﴿۱۱۰﴾

Terjemahan: “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.(107). Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.(108). Katakanlah : “ Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ( ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”(109). Katakanlah : “ Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku : “ Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa”. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”.(110)


DOA PENGUNCI HAFALAN ( Surah Al-A’raaf : Ayat 171) .

* dibaca setelah selesai belajar untuk mengunci perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam sistem ingatan. Boleh juga ditulis pada halaman pertama buku atau nota pelajaran.


وَإِذْ نَتَقْنَا الجِبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوۤۤاْ أَنَّهُ وَاقِعُ بِهِمْ خُذُواْ مَآءَاتَيْنَـٰكُم بِقُوَّةٍ وَﭐذْكُرُواْ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ ﴿۱۷۱﴾

“ Dan (ingatlah), ketika Kami mengangkat bukit ke atas mereka seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan Kami katakan kepada mereka) : “Peganglah denagn teguh dengan apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta ingatlah selalu (amalkanlah) apa yang tersebut di dalamnya supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.”


سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ , وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهِ وَﭐللهُ أَكْبَرْ , وَلاَ حَوْلاَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ , عَدَدَ كُلِّ حَرْفٍ كُتِبَ أَوْ يُكْتَبُ أَبَدَ الأَبِدِيْنَ وَدَهْرَ الدَّاهِرِيْنَ يَا رَبَّ العالَمِيْنَ


“ Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Besar. Tiadalah daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Sebanyak setiap huruf yang telah ditulis (oleh manusia) atau yang akan ditulis. Terus menerus selama berkekalan kurun dan berterusan masa.

Aku akan terus berkarya.

Memulakan langkahku yang sudah lama mati.

Kerana baru aku sedar,

Dengan karya,

Ilmu tidak akan mati.

Dengan karya,

Pahala amalku bertambah,

Hari demi hari.

Aku akan terus berkarya.

Demi Islam, Demi Ummah, Demi Rasulullah, Demi Allah

InsyaAllah, perkongsian ilmu akan bermula seusai imtihan tamat.

Allahumma Yassir wala Tua'ssir! 

"Ilmu yang difahami dan diingati akan hilang akhirnya, tetapi ilmu yang DIFAHAMI dan 

DITULIS, maka yang ditulis akan berkekalan sepanjang zaman (Imam as-Syafie)  




Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman dengan bertemankan teman, mengajar aku erti tarbiyah dalam bersahabat. Aku terkesan dengan kata-kata sahabat, dalam sebuah perjalanan inilah, kita akan lebih mengenal siapa sahabat kita. Dalam perjalanan itu, banyak yang kami ungkapkan. Biarpun seketika cuma, namun kami berkongsi idea dan rasa. Aku yang sememangnya sangat cinta akan awan, terus memulakan celotehku.

Aku cinta awan, kerana dengan awan, aku melihat suatu makhluk yang luas terhampar di udara. Aku cinta bila melihat awan yang berwarna putih, di hiasi dengan langit yang membiru. Di dasari dengan kehijauan pepohon, membuatkan aku terpana. Aku sering berfikir, di saat awan menjadi igauanku. Indah. Tiada kata yang mampu terucap. Subhanallah!.

Sepanjang dalam perjalanan , sering aku berkata pada teman. Lihat! Indah sungguh awan itu. Putih. Moga hatiku mampu seputih itu.

Perjalanan kami terus dibuai. Di buai keasyikan ciptaanNya.

Dua prinsip yang aku cuba kongsikan padanya. Buat teman yang aku harap, dapat menjadi jiranku di syurga sana.

Aku sudah terbiasa dengan jiwa seorang pengembara. Tiada istilah takut dalam jiwa. Kerana aku yakin, Allah dan malaikat sentiasa ada bersama. Mengapa harus ditakutkan makhluk yang tiada kuasa?
Aku pesan padanya, percayalah pada Allah, tidak kira di mana, bila dan bagaimana. Hanya percaya padanya. Serahkan kebergantungan padaNya. Bukankah Innallaha ma'ana?

Yang kedua, belajarlah daripada hikmah sesuatu perkara. Tidak kira, ianya nikmat ataupun musibah. Belajarlah untuk mencari hikmah. Di saat, ilmu ini berjaya dipasakkan dalam hati, pasti jika ada kesedihan, ianya akan mudah terubat. Hikmah memberikan kekuatan buat jiwa, jika ianya di dasari keimanan dan kepercayaan padaNya.

Moga celotehku buatnya, dapat menjadi saham akhirat, yang menjadi bekalan amal soleh.

Ameen




Imtihan will come to me,
Allah
You knows
What I don't know
Help me,
In Your Ways...

Ameen


Putih
Serakan cahaya menerangi
Hati yang kegersangan

Moga hari esok,
Ujian yang menyapa
Membawa khabar gembira.

Hidup ini singkat
Jika
Kau tidak mampu menghargainya

Hari ini
Aku semakin
Menemui diri

Biarlah
Kata-kata tidak mampu berbicara

Kerana
Aku mahu menjadi seperti dia.
Dia 
Yang mengajar manusia dengan pena.

Agar aku mati nanti
Penaku
mampu tembusi hati manusia

Agar penaku
mampu merubah dunia

Meski,
mustahil itu ada.

Namun,
bukankah kejayaan bermula dengan angan-angan?

Moga,
anganku tercapai

Sebelum mata terlena,
izinkan aku ya Tuhan
menyemai benih pena
dalam rahim kertasku.