:)

:)

MENANTI ATAU MENCARI?

by 4:11 PM 3 comments



MENANTI ATAU MENCARI?

"Bila melihat rakan-rakan yang lain,majoriti daripada mereka sudah mendirikan masjid sendiri,aku bila lagi? Jodoh aku tak kunjung tiba lagikah?"

"Belajar,belajar juga.Tapi,kamu jangan lupa,kahwin tu penting.Macam mana nak dapatkan zuriat keturunan kamu sendiri,kalau 24jam berkepit dengan buku? Fikir-fikirkanlah soal jodoh kamu"

"Dari dahulu lagi,aku berusaha mencari insan yang sesuai untuk menjadi peneman hidup,pendamping diri ini. Tapi,semua usahaku gagal. Di manakah jodohku?"

"Kalau dia jodohku,pasti aku akan menjadi miliknya. Tak perlu aku memikirkan siapakah dia gerangannya yang bakal menjadi jodohku"

Mungkin ini adalah antara untaian kata-kata yang sering menjadi keluhan hati sang remaja di luar sana. Berbicara mengenai jodoh memang tidak pernah selesai. Kerana Jodoh adalah urusan Tuhan. Mampukah kita untuk mengintai rahsiaNya? Sedangkan urusan jodoh ini telah pun di tetapkan lagi semenjak kita di alam roh. Inilah dilema yang harus di lalui pemuda pemudi dalam perjalanan dunia remaja mereka.
Perlukah aku sekadar menanti jodohku tiba, ataupun mencarinya?

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:

"Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya."
(Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

SOAL JODOH
Berbicara soal jodoh,jodoh dapat di bahagikan kepada 3:
1) Jodoh Dari Syaitan
Ia apabila lelaki dan perempuan berpegangan tangan, sentuh menyetuh, dan diakhiri dengan maksiat. Baru bernikah.
2) Jodoh Dari Jin
Ia apabila si lelaki/perempuan suka seseorang. Tetapi tidak bagi si perempuan/lelaki. Mereka bomoh dan sihirkan untuk si magsa sukakan si Penyihir. Dan akhirnya bernikah.
3) Jodoh Dari Allah
Ia apabila Lelaki Dan Perempuan berpandangan mata, terus ke kalbu. Si lelaki itu terus meminang Si perempuan, dan perempuan itu terima pinangan lelaki. Dan bernikah.
Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rum ayat 21,

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."

MANAKAH YANG HARUS DI UTAMAKAN?
Secara peribadinya,saya merasakan bahawa dalam soal jodoh ini,tidak harus wujud dilema Mencari atau Menanti. Kerana hakikatnya dalam soal jodoh ini,yang ada adalah Mencari Dan Menanti. Bagaimana seorang manusia itu mampu untuk memiliki seandainya dia hanya berharap? Dan bagaimana mungkin pula,seandainya dia terus-menerus mencari tanpa berhenti seketika demi sebuah penantian menuju destinasi?

PROSES PERTAMA
Mencari.
Namun,konteks pertama dalam pencarian ini adalah menjurus kepada sebuah pencarian tentang bagaimana harus diri sendiri menjadi jodoh yang terbaik buat si dia yang telah Allah tetapkan di Luh Mahfuz.


سُوۡرَةُ المؤمنون
Firman Allah dalam surah Al Mukminun yang bermaksud:
"1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki [budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu [zina, homoseksual, dan sebagainya] Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya."

7 Langkah menjadi jodoh yang terbaik
  1. Orang yang khusyuk dalam solat
  2. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang sia-sia
  3. Menunaikan zakat
  4. Menjaga kemaluan dari perbuatan keji zina
  5. Menahan pandangan dan memelihara kemaluannya
  6. Memelihara amanat dan menepati janji
  7. Memelihara solat


Jangan pernah merasakan proses pembinaan fardhu muslim ini,suatu proses yang meletihkan kerana bagaimana mungkin untuk kita mampu membina sebuah keluarga (baitul muslim) tanpa asas yang kukuh? Perkahwinan bukan satu ikatan yang boleh di anggap mudah. Ikatan yang terbina bukan sekadar ikatan di antara suami dan isteri, tetapi ikatan yang akan melahirkan generasi-generasi Islam penerus umat Nabi Muhammad di muka bumi Allah ini.

Mencari Calon yang terbaik.
Setelah berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan sebagai suatu proses untuk membentuk fardhu muslim yang lebih sempurna,maka beralihlah kita kepada pencarian ciri-ciri calon yang sesuai di jadikan peneman hidup dan pembimbing diri agar terus tegar mencari cinta Allah dalam  sebuah  perkahwinan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Wanita itu dinikahi karena empat perkara yaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.”
(HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)

Dari hadis Rasulullah s.a.w. di atas, ada empat kriteria utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih jodoh
1) Agama
Hendaklah dia seorang yang soleh dan berpegang teguh kepada agama. Termasuk ke dalam kategori agama adalah baik budi pekertinya, akhlaknya. Inilah sebaik-baik pilihan.

2) Kecantikan
Manis atau cantik rupanya; ini juga sering dituntut oleh orang kerana dengannya akan terpelihara diri dari mencari yang lain, sebab tabiat manusia biasanya suka kepada yang molek wajahnya. Jika disebutkan supaya memilih yang teguh agamanya bukanlah berarti melarang memilih yang cantik rupanya.

3) Keturunan baik
Hendaklah wanita/lelaki itu dari golongan keturunan yang baik, maksudnya dari kaum yang terkenal menjaga urusan agamanya dan termasyhur dengan perjalanannya yang lurus. Sebab wanita dari rumahtangga yang seumpama itu akan memelihara dan mendidik putera-puterinya pada jalan yang diredhai oleh Allah dan RasulNya.

4) Harta
Ada juga yang memilih jodoh karena calon istri/suami punya harta yang banyak. Inipun tidak dilarang. Tetapi sebaik-baik pilihan adalah kerana agama.
Meskipun hadis nabi ini merujuk kepada pemilihan seorang isteri,namun,apa salahnya kalau kita mengikut sifir pemilihan calon isteri   dalam memilih calon suami. Mudah-mudahan ada keberkatan dalam pemilihan tersebut.

PENANTIAN BERMULA
Di saat ini,panjatkanlah doa buat Allah,memohon padaNya agar di permudahkan urusan dalam menemukan jodoh yang telah tercipta buat kita. Kerana Allah, Dialah yang menciptakan manusia berpasang-pasangan.

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.”
 (QS. An-Nisaa’ [4]:1)
Seandainya,di rasakan penantian itu terlalu lama, pintalah pertolongan dari insan-insan di sekeliling seperti ibubapa atau teman-teman yang dapat di percaya . Mungkin Allah sedang menguji sejauh mana, usaha kita untuk meneruskan sunnah Nabi s.a.w iaitu berkahwin.

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. mencari itu satu usaha, menanti itu tawakal! jangan jemu berusaha dan berdoa. urusan jodoh sudah tertulis di qada' tetapi kita manusia mesti berusaha ikhtiar jangan jemu. rakan2 yg menghadapi masaalah sebegini, saya mencadangkan untuk berjumpa seorang pengamal perubatan yang mengatasi masaalah jodoh ini secara Islamik, berdasarkan ayat2 Al-Quran. Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar ni guru agama. bertugas di sekolah agama Daerah Pontian, Perawakannya pun sederhana. Sepanjang pengetahuan beserta saudara mara & sahabat handai menemui beliau nampaknya belum pernah perubatannya mengguna kemenyan atau benda2 kotor. Alamatnya : kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Saya teruja melihat rakan kita dapat rakam beberapa foto perubatan beliau dalam :
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

    ReplyDelete
  2. terima kasih sumirah atas perkongsian tersebut.
    saya tuliskan disini no tel ustaz adi wijaya yang baru saya
    peroleh dari rakan di pontian : 013-7251546

    ReplyDelete