:)

:)

Disebalik pengembaraan di bumi tarbiyah..

by 12:38 PM 1 comments



tidak dinafikan,kali pertama tawaran UPU tiba,ana agak kecewa kerana ana berharap agar dapat melangkahkan kaki ke UIA di bidang sains bersekutu..namun,sebagaimana kata ustaz ana,pada hari ke 102 ketika roh ditiupkan ke jasad kita,malaikat telah mancatatkan segala ketetapan Allah buat hambaNya..ana melangkahkan kaki ke bumi tarbiyah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri dengan berat hati..ana memang dah pasakkan niat,andaikata permohonan ke maktab ana berjaya,tanpa teragak-agak ana akan keluar dari Nilam Puri..Namun,Allah yang menentukan segalanya..minggu pertama berada di bumi nilam puri ini,ana terasa suatu nikmat yang agak sukar untuk ana perolehi di tempat lain..telinga ana sering diperdengarkan dengan kalimah CARILAH MUTIARA-MUTIARA ILMU DI BUMI TARBIYAH INI...ana cukup tertarik dengan pernyataan ini..bukan sekara ustaz mahupun ustazah,namun akhawat2 lain pun begitu jua..lantaran itu jugalah,ana menetapkan keputusan ana untuk menolak tawaran Maktab..seakan mengkufuri nikmat yang datang bukan?biarlah apa yang orang lain katakn..namun yang pasti ana tetap akan sedaya upaya merungkai maksud Mutiara Ilmu itu..alhamdulillah,ana dikelilingi sahabat2 yang begitu cintakan ilmu pengetahuan,terutamanya NURADIBAH FARHANAH..dia banyak berkongsi pelbagai jenis ilmu dengan ana,,ana alui mengenai tokoh-tokoh islam yang agung di zaman Rasulullah dan para sahabat ana tidak begitu mengetahuinya,namun sahabat ana itu tidak jemu menceritakan pengorbanan dan perjuangan mereka...sehingga satu ketika,kami menghabiskan hampir RM100 ketika mengunjungi kedai buku Jafar Rawas...harap-harap ianya pelaburan yang mendatangkan seribu satu hikmah yang tersirat...di bumi tarbiyah ini,ana mulai merasai nikmat indahnya Islam itu..kerana perkara pertama yang ditekankan kepada kami ialah UKHWAh..mungkin ramai yang mengambil enteng nilai ukhwah ini..ana juga pada mulanya agak pelik,kenapa mesti setiap kali program mesti ditekankan soal ukhwah...ternyata Allah itu Maha Mengetahui..Allah memberikan kepada ana erti kemanisan ukhwah itu...tika ana menghadapi masalah kesihatan,ana seorang sahabat ana yang uruskan segalanya untuk ana..mohon kebenaran pihak pengurusan,urusan pengangkutan dan menemani ana ke klinik meskipun pada petang itu kami ada kelas,namun sahabat ana SITI SYAFIQAh sanggup menemani sahabat yang baru dikenalinya ini...harapan ana agar ukhwah kami semua semakin utuh meskipun saat kami bersama di bumi tarbiyah ini singkat sahaja..Benarlah bahawa tida kemanisan di dunia ini yang lebih bermakna melainkan kenikmatan iman dan persaudaraan sesama islam....syukron ya sodiqoti....

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment:

  1. Salam. Dahulu ana belajar di Matrik Kedah sebelum ke IPG. Tapi ana terima tawaran IPG, kerana lebih senang dan suka akan profesion perguruan. Setelah sampai di sana, rupa2nya baru ana tahu, hati ana tak ikhlas. Ana kerap menangis teringatkan suasana Matrik Kedah- walaupun ia tidak mengamalkan suasana tarbiyyah seperti IPG ana- antara IPG paling islamik di Malaysia, insya-Allah. Namun setelah sebegitu lama, barulah mata ana terbuka.
    Usrah mengajar ana akan nilai Islam yang murni, yang suci, yang indah. Hakikat ini membuka mata ana bahawa dengn Islam itu adalah pertalian kasih sayang yang diberati dengan kepentingan ukhrawi, bukan duniawi. Alhamdulillah, saat ini ialahsaat terbaik dalam sejarah hidup ana sebagai muslimah. :)

    ReplyDelete