:)

:)

Masakan Pengikat Hati

by 10:29 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...


Orang kata antara nikmat yang paling indah buat seorang isteri mahupun ibu adalah disaat hidangan yang disediakannya dinikmati dengan penuh lazat oleh suami dan anak-anaknya.Seronok bila hidangan yang dibuat habis dimakan oleh ahli keluarga.Sehingga licin pinggan dibuatnya.Meskipun si penulis belum bergelar seorang ibu ataupun isteri,tetapi sedikit sebanyak nikmat itu dirasai di kala saban hari menyediakan santapan buat keluarga tercinta.


Ikan Siakap Masam Manis (untuk hidangan 5 orang)






Bahan-bahan


3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai
2/3 botol sos cili thai
1/4 botol sos tomato
minyak masak
seekor ikan siakap
gula
garam
serbuk kunyit


Cara memasak
1.Panaskan minyak.gaul siakap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.Masukkan ikan siakap,biarkan siakap digoreng sehingga warna keemas-emasan.Bila selesai,angkat dan toskan.Letak siakap diatas pinggan yang ingin dihidangkan.
2.Kurangkan minyak gorengan ikan tadi.Kira-kira 1/3 daripada minyak gorengan ikan.Tumis bawang besar,bawah putih dan halia yang telah dimayang.Masukkan sekali serai yang telah diketuk.Tumis sehingga wangi baunya.
3.Masukkan sos tomato dan sos cili.Gaulkan sehingga sebati.Tuangkan sedikit air untuk dijadikan kuah.Biarkan seketika sehingga mendidih.
4.Letakkan garam dan gula secukup rasa.
5.Tuangkan kuah masam manis diatas siakap yang telah dihidangkan di atas pinggan sebentar tadi.
6.Hiaskan hidangan dengan potongan lada hijan yang ditaburkan diatas siakap masak masam manis.


Celery and Carrot Soup






Bahan-bahan


5 Batang daun Celery
1 batang lobak
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 mangkuk air
sedikit perasa Secukup Rasa 
minyak
garam


Cara memasak


1.Potong daun celery dan lobak mengikut kreativiti masing-masing
2.Panaskan minyak.Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang.Tumis sehingga wangi baunya.
3.Masukkan 1 mangkuk air ke dalam periuk.Bubuh garam dan perasa Secukup Rasa mengikut cita rasa masing-masing.Biarkan air mendidih
4.Masukkan hirisan lobak.Biarkan sehingga sedikit empuk.Kemudian masukkan pula daun celery.Biarkan dalam 3 minit.Matikan api.
5.Sup sudah boleh dihidangkan.Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup.


-----------------------------------------------The End-------------------------------------


Perasa Tambahan.


Untuk menjadikan masakan yang disediakan lebih enak.Antara rahsianya ialah:


1.Membaca bismillah di awal masakan
2.Ikhlas memasak kerana Allah.


Sesungguhnya masakan adalah antara pengikat hati seisi keluarga.Masakan yang dihidangkan Lillahi Taala iaitu bagi memberikan sedikit tenaga buat ahli keluarga untuk terus menjalani kehidupan dan mengabdikan diri dengan menjalani ibadah-ibadah yang diperintahkan olehNya.InsyaAllah akan mendapat ganjaran pahala disisinya.


Pembinaan keluarga yang bahagia adalah bermula di teratak sendiri.Serikanlah keluarga dengan kemanisan bergurau senda,saling memahami,saling bertolak-ansur dan saling mempercayai.Kepenatan bekerja mampu terlerai dengan keceriaan sebuah keluarga.


Bersama Membina Keluarga Bahagia yang Diredhainya.


Cinta kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta Ibu Bapa
Cinta kepada Ummah
Cinta kepada Kecermelangan

Mari kita semua cinta lima perkara


-sufiyyimraah-

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment