:)

:)

Inspirasi dari Awan

by 8:40 PM 1 comments

Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman dengan bertemankan teman, mengajar aku erti tarbiyah dalam bersahabat. Aku terkesan dengan kata-kata sahabat, dalam sebuah perjalanan inilah, kita akan lebih mengenal siapa sahabat kita. Dalam perjalanan itu, banyak yang kami ungkapkan. Biarpun seketika cuma, namun kami berkongsi idea dan rasa. Aku yang sememangnya sangat cinta akan awan, terus memulakan celotehku.

Aku cinta awan, kerana dengan awan, aku melihat suatu makhluk yang luas terhampar di udara. Aku cinta bila melihat awan yang berwarna putih, di hiasi dengan langit yang membiru. Di dasari dengan kehijauan pepohon, membuatkan aku terpana. Aku sering berfikir, di saat awan menjadi igauanku. Indah. Tiada kata yang mampu terucap. Subhanallah!.

Sepanjang dalam perjalanan , sering aku berkata pada teman. Lihat! Indah sungguh awan itu. Putih. Moga hatiku mampu seputih itu.

Perjalanan kami terus dibuai. Di buai keasyikan ciptaanNya.

Dua prinsip yang aku cuba kongsikan padanya. Buat teman yang aku harap, dapat menjadi jiranku di syurga sana.

Aku sudah terbiasa dengan jiwa seorang pengembara. Tiada istilah takut dalam jiwa. Kerana aku yakin, Allah dan malaikat sentiasa ada bersama. Mengapa harus ditakutkan makhluk yang tiada kuasa?
Aku pesan padanya, percayalah pada Allah, tidak kira di mana, bila dan bagaimana. Hanya percaya padanya. Serahkan kebergantungan padaNya. Bukankah Innallaha ma'ana?

Yang kedua, belajarlah daripada hikmah sesuatu perkara. Tidak kira, ianya nikmat ataupun musibah. Belajarlah untuk mencari hikmah. Di saat, ilmu ini berjaya dipasakkan dalam hati, pasti jika ada kesedihan, ianya akan mudah terubat. Hikmah memberikan kekuatan buat jiwa, jika ianya di dasari keimanan dan kepercayaan padaNya.

Moga celotehku buatnya, dapat menjadi saham akhirat, yang menjadi bekalan amal soleh.

Ameen



sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment:

  1. kalau boleh kirimin backsound ini dong .. pleasse ya ??

    ReplyDelete