Dengan nama Dia yang kucintai, aku mulakan hidupku.
Hidup matiku, kerana Dia. Untuk Dia.
Selamanya Dia.
Buka twitter:
Try not to feel jealous about things or people. None of it is going to last. It all goes one day. Just keep living & enjoying your life.
Buka tumblr :
Kalau kau baca segala nikmat Tuhan, terhitungkah?
Tidak.
Bukanlah tujuan-Nya hendak mendera, jauh sekali membuat kita terhimpit dalam segala yang perit-perit.
Tapi satu hal, begitu sempurna cinta Dia demi sebuah—bahgia, yang tertakdir dalam kisah-kisah kita.
Apa masih kau ragu?
Buka youtube:
Dengar lafaz kalimah indah -
Ya Allahu Ya Allah, Ya Allahu Ya Allah, Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah.
Allah, hilang terus rasa cemburu itu.
Menakjubkannya cinta Allah ini. Biar berjuta orang menghampiriNya, tiada kecemburuan akan timbul. Malah, berlumba-lumba mengajak manusia mencintaiNya.
Namun, rendahnya cinta manusia. Cemburu itu mudah hadir. Rasa tidak memiliki, rasa gusar, rasa bimbang. Cemburu hadir bila manusia menagih cintanya.
Antara dua cinta,
Aku tersedar,
Mana permata,
Mana kaca.
Namun,
Andai aku manusia bijaksana,
Dua cinta ini,
Mampu menjadi permata.
Kerana Allah,
Aku belajar,
Menjadi manusia.
0 comments:
Post a Comment