:)

:)

Kasih, Setiap Saat

by 10:37 AM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.




Senyum itu tangisnya.
Lelah itu kasihnya.
Tawa itu hatinya.

Kehadirannya mengajar aku untuk mencintai makhluk yang tidak pernah aku kenali. Dia dengan ceritanya. Perit yang dilalui tak sama dengan apa yang aku lalui. Mungkin Allah lebih kasihinya. Kerna itu ujian untuknya lebih hebat. Sedang aku? Dia mengujiku dengan mengasihinya sepenuh hatiku. Kerana dia jua amanahku. Kasih yang hadir tidak pernah diminta. Tidak pernah diduga. Bahkan tidak pernah di dambakan. Tetapi dia adalah takdirku. Takdir yang aku terima tanpa 1001 pertanyaan. Kerana aku yakin dengan Dia. Senyum ku, Tangisku. Marahku. Bimbangku. Kini kerana dia untuk Dia. Perjalanan ini belum lama. Masih bertatih aku untuk memahami dia. Terkadang aku terjatuh, mengejarnya. Terkadang pula, aku terguris menemanimya. Tetapi putik kasih yang semakin berkembang mekar, menguatkan aku untuk terus mengasihinya. Kerana dia temanku hingga ke syurga. 

Tiada sebab untuk aku mencintainya,
melainkan kerana Dia.

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment