Assalamualaikum....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dalam bergembira menghadapi bulan Ramadhan ini..Apatah lagi dengan banyaknya bazar-bazar yang dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan,jangan kita terlupa bahawa janganlah disebabkan perasaan lapar smenyebabkan kita kurang ambil peduli tentan aspek halal sesuatu makanan..kerana makanan yang baik membentuk peribadi muslim yang gemilang..pilihlah makanan yang HALALAN TOYYIBAN (halal dan baik)..Tengok dahulu kebersihan gerai-gerai makanan tersebut.jangan dipandang pada rupa dan keenakannya,tapi syubhah dalam kehalalannya..Semoga Allah menjadikan Ramadhan ini Ramadhan yang lebih baik daripada masa yang lalu..Pertingkatkanlah amalanku..Carilah maghfirahNya,carilah cintaNya,carilah keindahan dan kecantikan Ramadhan..Janganlah disia-siakan walau sedetik kesempatan yang Allah berikan pada kita..Mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita..
Terdengar khabar bahawa terdapat segelintir di antara kita yang kurang menitik-beratkan persoalan makanan yang halal dalam kehidupan seharian kita .
Memakan makanan yang halal sangat dititikberatkan oleh Islam demi menjaga kesucian jiwa. Sebab itu antara bab yang paling awal dalam pengajian ilmu fikah ialah bab thaharah (penyucian). Jiwa yang suci berasal dari fizikal yang suci juga supaya memastikan seorang manusia boleh berfungsi dengan optimum sesuai dengan fitrah dan amanah yang sudah Allah tetapkan untuk kita.Dalil-dalil yang terdapat untuk menyokong hujah ini:1)“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)2) “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)Dalam Hadis Rasulullah SAW juga menegaskan:“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”. (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)Nah, di sini sangat jelas bahawa mencari makanan halal itu adalah bukannya benda sunat yer rakan-rakan, tapi WAJIB. Diulangi~ WAJIB. Sebagai pelajar medic yang bijak-bijak belaka sudah tentu kita faham dan tau bahwa zat-zat yang diproses bukanlah akan keluar bersama-sama najis yang kita nyahtinjakan sahaja, tapi bakal menjadi serat dan fibers, component actin dan myosin dalam otot dalam badan kita. Lantas bagaimana lagi kita nak bersuci untuk beribadat kepada Allah kalau komponen badan kita sendiri pun berasal dari sumber najis?
Phase 3 merupakan satu lagi dokumentari mengagumkan dari Noreaga & Achernahr yang juga pengarah bagi siri The Arrivals, dan The Divine Book. Siri ini akan cuba mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar.
Kesemuanya terdapat 20 episod.Untuk menyaksikannya bolehlah klik disini mynegene.wackwall.com ataupun youtube.com
0 comments:
Post a Comment