:)

:)

Bahagia Selepas Kecewa

by 3:41 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,setelah sekian lama papan kekunci ini tidak melakar sebuah kisah untuk dikongsikan,Allah beri kesempatan untuk saya berkongsi di sini antara nikmatNya yang hadir dalam diri.


Cinta dariNya tidak perlukan masa,tidak perlukan tempat, dan tidak perlukan sebab.Kerana itu adalah cinta yang agung dari seorang Rabb buat hambaNya. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------
Noktah.


Perancangan manusia itu tidak mungkin akan menjadi kenyataan tanpa keizinan dariNya.


Kalau mengikut perancangan diri,minggu ini,adalah saat di mana saya akan melangkah,bermusafir mencari setits ilmu. Mencari kemanisan kalimah "IQRA" yang menjadi wahyu pertama buat Rasulullah s.a.w.
Hati berbunga-bunga di saat hari yang di nanti-nanti hampir  menjelang tiba. Hari itu,sehari sebelum perancangan saya untuk memijak ke bumi Melaka di Baitul Qurra',hati saya berdegup pantas. Kegusaran melanda. Ya Allah,setelah Kau bukakan pintu IlmuMu buatku,izinkanlah untuk aku memasukinya. Saya hanya berharap, saat itu menjadi kenyataan. Pengajian pondok yang diidamkan, hanya beberapa jam sahaja lagi,bakal di lewati. 
Tiba-tiba, di waktu hampir lewat malam, Allah menguji diri ini, menguji jalan untuk mencari ilmuNya.Satu persatu halangan tiba. Bermula dengan sahabat fillah yang terpaksa   membatalkan hasrat hati untuk menuntut di pondok dan di beritakan dengan amanah kerja yang perlu di selesaikan.


Allah Maha Kuasa, hati mana yang tidak hampa. Penantian ini semakin kabur dari pandangan mata. Sebelum ini,juga Allah uji perkara yang sama, di saat saya mahu mencari ilmuNya, Dia menguji dengan halangan-halangan yang terpaksa saya akur. Pembatalan ke kuliah habib,talaqi intensif dan lain- lain..Semuanya masih tidak mendapat keizinan Allah.


Tidak mengapa,bisik hati ini yang cuba untuk rawatinya.


Kerana,Percaturan Allah itu sungguh indah.!


Ketidakhadiran saya ke Baitul Qurra' mengizinkan saya untuk bertemu dengan 5 Epal Merah yang sangat saya kasihi kerana Allah. Si Manis Epal,yang mencari erti dalam perjalanan hidup ini. Si Cantik Epal, yang berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri. Hati saya terubat. Terubat dengan kehadiran Epal-Epal  yang menghidupkan kembali semangat "Indahnya Berusrah". Allah,rindunya saya terhadap zaman dahulu. Di tempat yang sama jualah, saya bergelak tawa,menangis dan bercerita bersama-sama sahabat-sahabat.
Sama seperti mereka, Epal yang akan saya jaga dengan percikan cinta dariNya. 


Pertemuan pertama yang memberi kuntuman indah di hati.


Allahu Robbi..















sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment