:)

:)

Seharum Kasih

by 4:02 PM 0 comments

Berbulan- bulan jiwa terus di asak dengan tarbiyah Allah. Mudah-mudahan tarbiyahNya terus menguatkan jiwa. Jika mahu dicoret, ternyata tidak mampu untuk dinukilkan. Jika mahu bercerita,ternyata tidak mampu untuk diluahkan. Kerana nilai didikanNya, menjadikan kehidupan semakin bermakna. Dunia yang dirasakan besar, adakala menjadi kecil. Kecil, di saat kaki tidak mampu menapak mengejar redhaNya. 

Biar jatuh, biar tersungkur, biar luka berdarah. Andai itu kunci bertemuNya. Tidak semua hamba merasakan suntikan kasihNya. Maka bersyukurlah!

Di saat jiwa-jiwa yang ada mula bertemu kasih manusia, beruntunglah. Kerana Allah tahu kelemahan hatimu, maka Allah menyediakan ubat buatmu. Segerakanlah apa yang bakal menjadi halal buatmu. Moga syifa' yang Allah berikan, menjadi wasilah untuk kamu terus thabat mencariNya.

Namun, buat jiwa yang Allah masih pegang utuh, tanpa usikan kasih manusia. Bersyukurlah! Kerana Allah tahu kelemahanMu jua. Cukuplah Allah bagimu. Hasbunallah wani'mal wakil, ni'mal maula, wa ni'man nasir. 

Jiwa tenang bernafas hanya dengan cintaNya.
Semerbak kasih mengharumi taman lubb,
Moga cintaNya terus menemani sehingga nafas terakhir.

Kulluha Lillah!
Hidup dibawah rahmatNya.

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment