:)
Berjalan mencari Dia
Bismillahirrahmanirrahim.
Cuba kau berjalan.
Tanggalkan sepatumu. Rasakan halusnya pepasir yang kau pijak.
Lihat pantai itu. Lembut pukulan angin menerpa airnya. Terkadang ia berkocak tenang.
Terkadang pula ombak menerpa.
Kau tertawa gembira bila kocakan tenang itu menghempas kaki kecilmu. Tapi berbeza pula saat ombak bergulung, berlaki ketakutan kau daripadanya.
Mengapa kau takut?
Bukankah itu jua air yang sama. Dari pantai yang kau kagumi?
Yang kau rindui.
Kau tau kenapa?
Kerana kau hanya cintakan kemanisan. Dan mindamu sering berkata nikmat itu adalah manisan hidup. Musibah itu tidak pernah akan jadi manisan dalam hidupmu.
Bila kau dilanda musibah, terus- terusan kau menyalahkan Tuhan.
Kau mengeluh. Kau menangis. Kau merasakan tiada hari untuk esok.
"Kenapa ini terjadi padaku.."
Tiada henti kau mengeluh. Sehingga terlena dek ungkapan zikir keluhanmu itu.
Tahukah kau?
Kau sedang menzalimi dirimu sendiri.
Keluhan tidak menenangkanmu. Bahkan keluhan itu menyampaikan isi hati kau tidak redha dengan cintaNya.
Satu keluhan. Menjauhkan kau dari Tuhan.
Cuba kau duduk sejenak. Tarik nafas panjangmu. Istighfar.
Lihat alam sekelilingmu.
Bukan lihat dengan matamu. Tapi lihat dengan hatimu.
Tahukah kau, mereka itu sungguh patuh pada Tuhan?
Pernahkan kau dengar keluhan mereka?
Tidak.
Tidak.
Kerana mereka tahu ertinya bertuhan.
Belajarlah untuk bersyukur. Sedikit ujian tidak melemahkan. Sedikit nikmat jua tidak melemahkan.
Apa yang kau dapat itulah sebuah rezeki untukmu. Yang tertulis buatmu. Hadiah cinta dariNya.
Andai banyak nikmat kau dapat, tapi semakin jauh kau dari Tuhan. Apalah ertinya kau meminjam udara Dia?
Banyak tapi terusan tamak.
Sedangkan orang bersyukur itu,
Sedikit tapi tidak merasa tersepit.
Kerana dia yakin,
rezeki itu dari Tuhan.
Untuk dia berbakti pada alam.
sufiyy imra'ah
DeveloperCras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.
0 comments:
Post a Comment