:)

:)

Umat Islam Itu Hebat Seandainya....

by 9:23 AM 0 comments

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,,


Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.

                                                                                                  (Ali-Imran; 3:103)


Alhamdulillah,segala pujian kepada Pemilik alam dan jiwa-jiwa ini..Allahu robbi.Rasulullah s.a.w bersabda,

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya: Nabi s.a.w. bersabda: “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya/kerugian/lemah padanya; kesihatan dan kelapangan/masa 
terluang.”


'BERCUCUK TANAM UNTUK KEHIDUPAN AKHIRAT'


Kebanyakan manusia sering risau,keluh-kesah jika hartanya semakin berkurang,jika           kecantikannya mula menghilang,jika usianya mula dimamah zaman.Sedikit sahaja manusia yang risau,takut jua khuatir jika amalannya semakin berkurangan,jika anak-anaknya menjadi anak yang jahil agama,jika kehidupannya dibelenggu kebusukan maksiat..Jarang sekali manusia memikirkan tentang 'kampung halamannya',di akhirat sana.Tidak ramai yang sanggup 'bercucuk tanam' segala amalannya siang malam untuk dituai pada "musim menuai' kelak..tidak ramai manusia yang sanggup mengorbankan masa,nafsu,dan kehidupannya untuk mengabdikan diri tanda kesyukuran mereka kepada Allah s.w.t.


Allah itu tidak zalim,bahkan dialah yang Maha Pemurah,Maha Pengampun.Ramai daripada kita apabila diperkatakan mengenai persoalan ibadah,mereka mulai berasa susah,payah,tidak sanggup untuk melakukannya..Ada yang mengatakan "AKu tidak mampu untuk bangun qiamullail,Tidak ikhlas untuk solat sunat rawatib,Aku jahil mengenai agama" jua alasan-alasan yang lain.

'HENTIKAN MENSEKULARKAN ISLAM
'
Jika itulah persepsi kita mengenai Ibadah,ternyata kita telah men'sekular'kan agama Islam.Kita telah memisahkan agama dalam kehidupan kita.Bila bercakap mengenai sains dan teknologi,kita tidak terlintas langsung mengenai kehebatan Allah,prinsip-prinsip yang ditekankan Islam.Juga,apabila bercakap tentang fesyen,kita terus meninggalkan Islam.Apa yang terlintas difikiran,hanyalah fesyen itu bukan sebahagian  daripada Islam.

Belajarlah untuk menghentikan pengaruh sekular dalam pemikiran dan kehidupan kita.Belajarlah untuk menjadikan Islam sebagai jalan kehidupan kita baik dari segi politik,ekonomi juga sosial.Bila kita melibatkan diri dalam industri fesyen,berfikirlah kita sebagai umat Islam yang hebat.'Bagaimana aku hendak create design yang membolehkan Umat Islam tidak ketinggalan dari sudut fesyen namun pada masa yang sama,mereka mampu untuk menutup aurat.Bagaimana aku hendak menjadikan indusri yang aku ceburi ini sebagai industri yang membantu gerakan dakwah,iaitu dengan design-design baju aku,aku mampu untuk menarik perhatian non-muslim tentang kesyumulan Islam,mengubah persepsi mereka terhadap umat Islam yang kini hebat dilabelkan sebagai 'terrorist' jua umat yang lemah.

'MENGASAH KEHEBATAN DIRI UNTUK ISLAM'

Umat Islam harus maju pemikirannya.Umat Islam harus hebat akhlaknya.Umat Islam harus hebat daya keintelektualannya.Janganlah kita suka menjadi umat yang diulit keenakan mimpi kegemilangan Umat Islam suatu ketika dahulu.Tanpa melakukan CHECK&BALANCE terhadap umat Islam era ini.Kaji sejarah,cari penyelesaian.Bukan kaji sejarah,cari keenakan sejarahnya.

Umat Islam dahulu hebat kerana hubungannya dengan Allah cukup hebat.Taqorrub mereka terhadap Tuhan semesta alam.Keheningan malam mereka disulami dengan tangisan taubat terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan.Berbeza dengan kondisi kita zaman ini,malam kita lena diulit mimpi indah dek keenakan tidur malam.sehinggakan kita terlupa untuk bangun qiamullail,bermunajat kepada kekasih agung kita,memujiNya,mengadu kepadaNya..kita lupa semua itu,kita lupa.Ingatlah manusia,jangan sampai pula suatu masa nanti  sedetik Allah meninggalkan kita.Bertaubatlah selagi ada masa buat kita.

'BERSATU DIBAWAH LEMBAYUNG KALIMAH لا اله الا الله محمد رسول الله'

Sloga demi slogan dilaungkan,'KITA HENDAKLAH BERSATU' disetiap pelosok dunia meskipun berbeza dielek percakapannya,berbeza gaya penyampaiannya.Namun maksudnya masih sama,iaitu Umat Islam hari ini mendambakan bilakah saatnya kita akan bersatu.Bersatu membawa dan meninggikan kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.

Ada yang menyatakan,suatu kemustahilan buat kita khususnya masyarakat Malaysia ini untuk bersatu,terutamanya barisan pimpinan kerajaan dan pembangkang.Hal ini suatu kemustahilan kerana dasar yang dibawa oleh kedua-dua pihak adalah berbeza.Bagaimana titik persamaan itu mampu diwujudkan?

Sebelum kita terus mengkritik,kritik dan kritik,tidak kiralah parti kerajaan ataupun pembangkang,pernahkah kita berfikir bagaimanakah caranya untuk masyarakat Islam dinegara kita untuk bersatu?Atau kita lebih gemar untuk berbicara kosong,mencari keenakan mengutuk kedua-dua belah pihak?

Memang dasar yang mereka perjuangkan itu berbeza,namun masih ada sinar disitu kerana kita tetap bergelar seorang MUSLIM.Biarpun sebanyak mana perbezaan yang ditemukan,tetap ada persamaan antara parti kerajaan dan pembangkang.Suatu negara itu mustahil untuk menbangun tanpa ada isu membina daripada pihak kerajaan dan pembangkang.Kerana,tanpa isu-isu membina,siapa yang akan menperjuangkan hak-hak masyarakat?

Ayuh kita menjadi generasi Y,generasi yang berfikir untuk merevolusikan sistem politik negara kita supaya menjadi lebih telus,berhemah dan bersih.Mencuba untuk merevolusikan cara sosial masyarakat,menuju kehidupan yang lebih baik,kehidupan yang lebih harmoni,kehidupan yang lebih mengenal Penciptanya.Mencuba untuk merevolusikan ekonomi negara kita,merangka pelan pembangunan ekonomi yang lebih efektif tanpa ada unsur-unsur riba' yang diharamkan Islam.Mungkin first impression kita mengatakan hal itu mustahil.Namun,perkara yang mustahil itulah yang mempu menjadi hebat jika kita mengambil lamgkah untuk merealisasikannya.

Kata-kata Ibnu Hazm,
“Orang yang bersyukur dengan lisannya saja tanpa menyertakan anggota badannya, seperti orang yang memiliki banyak pakaian, namun dia hanya memegang bagian ujungnya, tanpa ia kenakan, praktis tidak bermanfaat baginya untuk mengusir hawa dingin dan panas.”

Hendaknya kita tidak menjadi orang munafik, yang menjadikan Islam sebagai sarana untuk mendapatkan dunia, hanya mengambil Islam dari hal-hal yang sekiranya menguntungkan untuk dunia saja, tapi menolak hal-hal yang tidak menguntungkan baginya. Karena Islam adalah satu kesatuan. Islam melazimkan untuk tunduk dan patuh dalam segala hal yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam Qs. Al-Baqarah : 208,

 “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu.”



     

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment