Ayuh,letakkan tangan kita di dada.Adakah kamu merasai degupan jantungmu?Bagaimana degupannya?Indah bukan iramanya?Jantungmu itu tidak pernah berhenti dari terus berdegup,mengapa?Kerana ia tidak pernah berhenti dari menuruti beban amanah dari Allah.Untuk terus berdegup,agar kamu mampu meneruskan kehidupan ini.Adakalanya ia berdegup amat pantas sekali,dan adakalanya ia kelelahan.Meskipun kadang kala ia lelah,namun,ia sedia dan setia dengan ketundukannya kepada Allah.Allah iaitu Tuhanmu jua Tuhanku.
Indah bukan?
Pernahkah kamu menyedari hakikat ini?Ataupun selama ini kamu hidup di dalam ilusi?Ilusi yang terus meneus mengatakan bahawa dunia ini harus dinikmati sepenuhnya,tanpa ada sekelumit pun rasa kehambaan.Ilusi yang menyatakan bahawa mengapa pula hidup ini harus di bazirkan dengan waktu mu dipenuhi dengan taqarrub kepadaNya.Sedangkan keindahan dunia telah Dia bentangkan di hadapanmu.Haruskan kamu biarkan nikmat keindahan dan kemewahan dunia ini?
Maka,adakah hidup ini hanya ibadah sahaja?
Fullstop.
Soalan sudah dilontarkan.Maka,bagaimana pula dengan jawapannya?
Cuba kamu cari semula,apakah yang dikatakan dengan ibadah.
Malas mencari?Tidak mengapa,saya kongsikan di sini.Tapi,perlu ingat,hidup ini tidak selamanya kita harus menanti jawapan.Kerana kita harus berusaha untuk menemui jawapan dan hujah kita sendiri.Life is not that simple okay.
DEFINISI IBADAH
Dari segi bahasa “ibadah” bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syara’ “ibadah” diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah. Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, “Ibadah asal maknanya kehinaan, tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya.
Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusu’ kepadanya, merendah diri dan tetap hati kepadanya. Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari keredhaan Allah.
Soalan lain;
Adakah bersukan,belajar dan lain-lain dikira sebagai ibadah?
Kita lihat pada apakah ciri-ciri yang dikatakan sebagai ibadah ya,
i. ‘Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui islam bersesuaian dengan hukum-hukum syara’ dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun ‘amalan-’amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan ma’siat, maka tidaklah sekali-kali ia dijadikan ‘amalan ‘ibadah.
ii. ‘Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang balk bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfa’at kepada umat seluruhnya dan bagi mema’murkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.
iii ‘Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah (s.a.w.):
“Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerana dengan memperelokkan kerjanya. “
(Muslim)
iv. Ketika membuat ‘amalan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara’ dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menincds atau merampas hak orang.
v. Tidak mencuaikan ‘ibadah-’ibadah khusus seperti salat zakat dan sebagainya dalam melaksanakan ‘ibadah-’ibadah umum
Firman Allah
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah batangsiapa berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang-orang yang rugi. “
(Al-Munafiqun 9)
Firman Allah
“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh pemiagaan ataujual beli dari mengingati Allah mendirikan salat dan menunaikan zakat “
(An-Nur: 37)
Jadi, bila sahaja seorang mu’min dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, maka dia akan dikira sentiasa ber’ibadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat kerja-kerja tersebut.
Sekarang,adakah sudah jelas,apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai ibadah?Jika ya,ayuh kita berlumba-lumba untuk terus beribadah kepadaNya.Jangan pernah kenal erti lelah,jangan pernah kenal erti penat dan jangan pernah kenal erti putus asa.Kerana,lihatlah degupan jantung kita yang senantiasa berdegup, detik demi detik tanpa keluhan sedikit pun,apakah kita tidak berasa malu dengan nilai kehambaannya?
Kita harus sentiasa ingat,bahawa hidup ini bila-bila sahaja bisa berakhir.Jika bukan sekarang,mungkin esok.Tidak bermakna kita baru 20 tahun hidup di dunia ini,kita ada masa lagi 30 tahun untuk terus menghirup udaraNya.
Takdir kita Allah sahaja yang tahu,bukan?
------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik hatiku,
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
0 comments:
Post a Comment