:)

:)

Langit?

by 7:11 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.




Mengapa langit?


Awal-awal lagi tajuk entri ini sudah mengajukan soalan.Kerana apa?Kerana saya suka untuk membawa semua sahabat untuk berfikir.Kenapa berfikir?Kerana dengan berfikir kita mampu meransang sel-sel neuron untuk bertindak lebih efektif.Maka,kuranglah probabiliti untuk kita menjadi insan yang pelupa.


Meskipun,kadang-kala saya ditertawakan,di saat ada insan yang bertanyakan tentang hobi saya.Spontan saya mengatakan,bahawa hobi saya adalah membaca dan berfikir.Weird right?Jika Membaca sebagai hobi,tidaklah satu kejanggalan.Tetapi,BERFIKIR?Fikir apa?Saya hanya mampu tersenyum.


Mungkin definisi setiap orang tentang berfikir itu berbeza.Ada yang mengatakan bahawa jika berfikir,berfikir tentang masalah,berfikir tentang pelajaran,berfikir tentang jodoh dan lain-lain.Namun,saya jarang berfikir tentang masalah peribadi,tentang jodoh kerana apa?Kerana saya merasakan bahawa saya perlu berjiwa besar,berfikir mengatasi zaman,dan apa yang paling penting,bagaimana saya mahu menghabiskan kudrat yang ada ini untuk kebaikan masyarakat saya.


Saya tidak mahu berfikir semata-mata untuk diri sendiri.Kerana hidup ini bukanlah secara individu,kita hidup bermasyarakat.Jika kita melaungkan bahawa kita hidup bermasyarakat,maka,mengapa kita sering berfikir untuk kepentingan diri sendir?Bukan untuk masyarakat kita?Untuk ummah yang tercinta ini?


Saya sering berfikir,bagaimana untuk menjadikan masyarakat di sekeliling saya suka kepada Islam,kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar.Bagaimanakah rupa negara yang saya idamkan?Saya tidak mahu negara yang korup.Saya mahu negara yang mengikut corak pemerintahan Islam.Saya mahu negara yang sentiasa berbicara tentang kebajikan rakyatnya.Sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Saidina Umar,yang sanggup berjaga malam,untuk berjalan di sekitar negaranya,melihat kebajikan rakyatnya.Wujudkah di kalangan mereka yang kelaparan dan sebagainya.Saya rindu untuk melihat negara ini,menjadi negara yang benar-benar mendaulatkan Islam.


Saya juga sering berfikir,mengapa ummah ini semakin hari semakin berpecah.Kita satu aqidah,tapi mengapa perpecahan yang kita perjuangkan?Saya mungkin boleh mengerti pandangan setiap orang itu berbeza,namun,asas kita sama,iaitu Islam.Walau berbeza bagaimanapun pandangan kita mengenai hal-hal furu',kita seharusnya boleh bersatu apabila pegangan kita tentang APA ERTINYA SAYA SEBAGAI MUSLIM sudah jelas.


Minda ini juga sering berfikir,bagaimana saya mampu untuk mencontohi Rasulullah.Mustahil untuk saya mengikuti secara sosok fizikalnya,namun bagaimana saya mampu untuk mencontohi semangat perjuangan Baginda yang tidak pernah luntur walau sesaat.Tidak pernah gentar walau diugut,dicaci dan dihina.Kerana hati Baginda sentiasa ada Allah.Keyakinan Baginda kepada janjiNya sangat tinggi dan sangat jelas.Tiada satu makhluk pun yang boleh menggetarkan hati Baginda.Hanya Allah.Fullstop.




Kembali kepada tajuk.MENGAPA LANGIT?


Kerana itulah yang sering bermain di benak fikiran saya sekarang.Allah datangkan satu perasaan,satu ilham,satu kesedaran, dan satu peluang.Untuk saya memahami apakah kebesaranNya disebalik langit yang terbentang luas itu.Sebelum ini,saya hanya memandang langit dengan satu perasaan bahawa itu hanyalah langit.Namun,kini berbeza.Kerana dulu,kini dan selamanya tidak mungkin akan sentiasa kekal.Kini,saya memandang langit dengan perasaan yang berbaur.Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.Kerana di saat saya melihat ciptaanNya itu,saya merasa satu ketenangan.Saya leka dibuai keindahan langit yang dihiasi dengan awanan yang sentiasa berubah-ubah.Saya kagum dengan kecantikan pancaran mentari dibalik awanan tersebut.Saya mampu tersenyum sendirian hanya dengan melihat langitNya.Satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan di saat melihat makhluk ciptaanNya.Dan dengan melihat langit,saya sering dihujani dengan nikmat idea dan persoalan-persoalan yang baru.


Kerana itu,saya akan terus berfikir.mengapa LANGIT?Mengapa Allah gerakkan pancaindera ini mengenalNya melalui wasilah Langit yang saya yakin memiliki 1001 rahsia disebalik penciptaanNya.Bukankah tiada satu pun yang sia-sia dari penciptaanNya?


Dan saya akan terus berfikir,kerana di saat saya berfikir,saya merasa kehadiranNya semakin hampir.Sehingga mampu untuk menyesakkan dada saya dengan kerinduan dan kecintaan kepadaNya.


Ayuh,kita belajar untuk berfikir.Kerana akal kita bukan hanya untuk di isi maklumat ataupun folder yang di hantar kepada  hard disk.Akal kita bukan hard disc.Yang hanya bisa menyimpan sahaja.Tapi,akal kita ini mampu untuk mencipta hard disk tersebut.Selamat berfikir terhadap kenyataan saya ini,


AKAL is not equal to HARD DISC.but AKAL can create a new HARD DISC.







sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment