:)

:)

Agenda Cuti Kita

by 10:27 AM 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...



Disini ada sedikit perkongsian dan peringatan buat diri kita yang memang selalu kena ingatkan dan pembaca sekalian dalam kita meniti hari-hari cuti dengan penuh bermakna dan meninggalkan pengalaman.

1. Jangan mengurangi amalan sunat kerana ianya benteng daripada meninggalkan amalan wajib.
2. Tinggal-tinggalkan perkara lagha kerena ianya melemahkan untuk jiwa untuk beribadat.
3. Jangan pisahkan diri daripada jemaah yg berpesan-pesan kepada kebaikan..kerana ianya ibarat kambing yg terpisah diintai-intai sang serigala untuk dibahamnya..jaga solat jemaah dan carilah majlis ilmu di tempat anda..ianya berkesan utk mencas iman yg lemah.
4. Sibukkan diri dgn perkara berfaedah agar kita lupa melakukan perkara yang tidak berfaedah.
5. Jaga kesihatan dgn bersenam dan kurangkan makan..agar kita mudah lakukan ibadah.
6. Sentiasa meng'update' isu semasa agar tidak ketinggalan zaman.
7. Perbanyakkan membaca bahan bacaan ilmiah untuk persiapan diri dalam keberadaan di zalam intektual ini.
8. Pereratkan hubungan kekeluargaan agar tidak rasa diri disisih dan bosan ketika cuti.
9. Banyakkan membuat latihan-latihan dan hafalan-hafalan yang berfaedah agar sel-sel otak sentiasa aktif serta berfikiran dengan lebih baik.
10. Paling penting, masa ini menentukan siapa diri kita. Menghargai masa atau tidak?

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment