Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya : (Bersabda Rasulullah saw), “Dua orang lelaki yang mana Allah tertawa (dalam riwayat Abu Darda’ r.a dengan darjat Hasan juga dari Thabrani, ditulis ‘ketawa dan bergembira’) melihat kedua-dua mereka;
(a). Seorang lelaki yang berada di atas kudanya yang menyerupai kuda-kuda para sahabatnya. Musuhpun berhadapan dengan mereka lalu tumpas. Man akala lelaki itu tetap teguh atas kudanya (berjihad). Sekiranya beliau terbunuh, maka beliau telahpun menemui kesyahidan. Maka itulah lelaki yang mana Allah tertawa melihatnya.
(b). Dan seorang lelaki yang bangun pada waktu malam, tidak ada seorang pun mengetahuinya lalu beliau menyempurnakan wudhuk dan berselawat ke atas Muhammad solallahu ‘alaihi wasallam dan memuji Allah serta memulakan bacaan Al-Quran (dalam riwayat lain status Sahih dari Imam Ahmad dan Ibnu Hibban ditulis ‘bersolat’).
Maka Allah tertawa melihatnya dan berfirman kepada malaikat-Nya; “Lihatlah kepada hamba-Ku. Tidaklah seorang pun melihatnya kecuali Aku.” [142] Hasan Li Ghoyrihi. Riwayat Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir
Penjelasan dan Pengajaran :
1. Maksud ‘ketawa’ di sini seperti umum yang kita ketahui iaitu, tanpa;
(a). Tahrif (tidak mengubah lafaz atau mengubah maknanya),
(b). Ta’til (tidak menafikan atau menolaknya),
(c). Takyif (tidak bertanya bagaimana) dan
(d). Tamsil (tidak menyerupai Allah dalam zat mahupun perbuatan seperti menyamakan dengan makhluk, sifat makhluk dan menyerupakan sesuatu yang tidak ada, tidak sempurna dan lain-lain).
2. Antara jalan menuju kepada mecintai Allah Subhana wa Ta’ala adalah dengan berjihad dan beramal soleh.
3. Manusia dimuliakan di hadapan malaikat kerana amalannya yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.
4. Besarnya pahala mengikuti sunnah Rasulullah saw (bangun beribadah pada waktu malam ketika orang lain sedang lena) hingga Allah gembira melihatnya dan memujinya di hadapan malaikat.
----------------------------------------------------------------------------------------
Kalam pujangga hatiku,Rasulullah s.a.w,
Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba, dipermanis-Nya dia. Ditanyakan (kepada Nabi saw), ‘Bagaimana Ia mempermanisnya?’ Baginda saw menjawab, “Dibukakan-Nya baginya amal soleh sebelum matinya, lalu dimatikan-Nya dia atas amal soleh itu.”
(Sahih, Riwayat Ahmad dan Thabrani dalam Al-Kabir dari Abu ‘Anbah) [0379]
SALAM....
ReplyDeletecantik dan baik sekali perkongsian ini...
moga terus istiqamah...
syukran :)
salam ramadhan