:)

:)

Bersedia Mentarbiyyah Untuk Ditarbiyyah

by 2:28 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,seminggu halaman kebun hikmah ini dibiarkan tanpa mutiara ilmu..
InsyaAllah saat ini,akan saya kongsikan tentang proses tarbiyyah yang berjalan hampir seminggu lamanya.


"Percutian" yang hampir 4 bulan lamanya dirumah,membuatkan diri terasa kekosongan.Bukan kekosongan apa,tetapi kekosongan dengan pengisian.Rindu suasana tarbiyyah semakin menggamit jiwa.Maka,alhamdulillah Allah tidak pernah melupakan hambaNya.Secara tidak langsung,saya terlibat dengan tiga event sepanjang seminggu berturut-turut.


Perjalanan yang bermula di Johor seterusnya KL dan akhirnya ke Negeri Sembilan,mengajarkan saya 1001 nikmat dan erti TAWAKKAL.Pada mulanya,parents agak risau juga terhadap perjalanan tarbiyyah ini.Mana tidaknya,seorang muslimah bermusafir tanpa mahram.Astaghfirullah..Memang pada hakikatnya,saya merasai boleh atau tidak perjalanan ini tanpa seorang teman.Bukankah haram hukumnya,muslimah berjalan tanpa mahramnya.Namun,mungkin kerana jasad ini adalah muslimah,namun hati ini ingin menjadi seorang mujahid membuatkan saya seolah-olah mengetepikan hukum tersebut..Ighfirli Ya Allah..


Bila ayah tanya,pergi dengan siapa..Tanpa berfikir panjang,terus meluncur dari mulut,seorang tapi malaikat dan Allah yang temankan.Alhamdulillah,sepanjang perjalanan,Allah permudahkan urusan tarbiyyah ini.Terasa indahnya,bersyukurnya hidup dibawah perlindungan Allah.Apabila terasa risau dengan keselamatan diri,terus di dalam hati berdoa dan ayatul kursi tidak lekang dari bibir.Ya Allah,jagalah hambaMu ini.


Destinasi yang ingin dituju juga merupakan destinansi yang belum pernah kaki ini melangkah ke sana.Memang Allah sebagai peneman 24 jam tanpa ragu.Proses tarbiyyah yang Allah cuba lakarkan dalam diri ini  adalah bila mana saya di lamar untuk menjadi fasilitator bagi Kem Ihya Ramadhan,di kem Pusako anjuran JPNS sepanjang 15-19 Ogos seramai 103 peserta yang terdiri daripada kalangan anak yatim dan anak yatim piatu.Selain itu,  menjadi fasilitator di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol bagi Program Mahabbah Fillah sepanjang 19 - 20 Ogos 2011 bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.



Bermulanya Proses Mentarbiyyah untuk Ditarbiyyah


Saat melangkahnya kaki di Kem Pusako,terasa berdebar hati ini.Mana tidaknya,semua sahabat-sahabat fasilitator juga adalah pertama kali kami bertemu.Tetapi,bila mana ukhuwwah itu  Allah tentukan untuk kita,ternyata dalam masa sehari,kami sudah terasa kemesraannya,malahan sempat juga berusrah bersama jika ada masa terluang.Antara barisan fasilitator adalah Kak Fatimah (UIA),Kak Aqilah (UKM).Kak Faz(USIM),Kak Syaz(TINTA),Amrah (Jordan) serta ikhwan dari UIA,Mesir dan Jordan.


Meskipun,modul bagi program ini lebih kepada perkara-perkara asas dalam Islam seperti solat,puasa,qiamullail dan sembelihan.Namun,ianya cukup memberikan impak tarbiyyah yang meresap dalam jiwa.Pada mulanya saat LDK bersama adik-adik,ramai juga adik-adik yang terasa keberatan bila mana saya bertanya mengenai cara hidup jua masalah mereka.Mana tidaknya,secara fitrah,kita juga akan berasa kekok dengan insan yang baru dikenali apatah lagi apabila diminta untuk berbicara mengenai masalah kita.


Sebenarnya,itulah realitinya seorang pendakwah.Bukan semua mad'u  dapat menerima diri kita.Maka,saya menggunakan pendekatan dari hati ke hati..Ternyata cara begini membuatkan mereka lebih selesa,lebih terbuka dan lebih mesra.Senyuman seorang pendakwah sebenarnya antara elemen yang penting.Pendakwah tidak boleh berasa ego,berasa dirinya mulia.Sebaliknya pendakwah haruslah cuba untuk meletakkan diri ditempat seorang mad'u.Jangan cepat menghukum pada pandangan pertama.Mungkin benar mad'u kita banyak membuat kemungkaran,namun itulah tanggungjawab kita.Untuk membimbing mereka lantaran kurnia dan pinjaman ilmu Alah yang sedikit ini.


Meskipun,ramai dikalangan adik-adik yang menghadapi kesukaran dalam menghafal bacaan dalam solat,namun saya kagum dengan kesungguhan mereka dalam mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.Tak pernah berasa malu,hatta ada adik-adik yang menitis air mata apabila menyatakan ketidaksempurnaannya dalam menunaikan solat.Subhanallah.Allah benar-benar menyuntik hati saya.Adik-adik yang baru diberi sedikit tarbiyyah ini sudah boleh tersedar dari lamunan,mengapa saya yang sudah menerima tarbiyyah Allah awal sedikit daripada mereka,ada masanya menjadi sombong dengan Allah?


Sungguh,bila melihat insan yang lebih muda dari kita,terasa mulianya mereka lantaran sedikitnya dosa yang pernah mereka lakukan.Apabila melihat insan yang lebih dewasa,terasa kecemburuan lantaran banyakkan amalan yang mereka lakukan kerana Allah.


Hati saya dijentik oleh Allah lagi,apabila sepanjang sesi tazkirah selepas maghrib,banyak bait-bait kata sahabat yang saya rasai seperti peringatan secara langsung dari Allah untuk koreksi kembali kekhilafan diri.Subhanallah.Patutlah hati saya kuat menyatakan bahawa saya perlu menghadiri program ini.Rupa-rupanya tarbiyyah secara langsung dari Allah itu cukup indah jika kita mampu membuka mata seluas-luasnya dalam menilai erti kehidupan ini.


Di dalam program Mahabbah Fillah juga,saya mengucap kesyukuran kerana,tarbiyyah Allah itu terus berjalan.Sewaktu solat Asar,sekali lagi saya berpeluang untuk sujud mencium asal ciptaan saya-tanah.Terasa hinanya diri,bila mana dapat bersolat di atas hamparan tanah,merendahkan diri,tunduk menyerah diri kepadanya.Hebat!Allah itu MAHA HEBAT.


Secara jujurnya,saya merasakan bolehkan adik-adik di kedua-dua program ini untuk menerima kehadiran saya selaku seorang fasilitator mereka.Namun,risau bagaimana sekalipun,saya kuatkan nekad hati bahawa aku adalah dai'e.saya teringat kata-kata Saad b. Abi Waqas,

Ana Romyun min rimayatil Islam,Farmi Aina ma syi'ta
(Aku adalah anak panah dari anak panah Islam.Lontarkanlah aku ke mana sahaja yang kamu suka)


Alhamdulillah..penerimaan adik-adik menjadi satu inspirasi buat diri ini untuk terus menyumbangkan tenaga,mewakafkan diri untuk bersama-sama meyedarkan sahabat-sahabat semua terhadap indahnya tarbiyyah Allah ini.


Antara kata-kata adik usrah(suka saya gelarkan mereka sebagai adik usrah )saya...insyaAllah adik-adik ini akan saya bantu semampu kudrat ini.


ok kak !..sy akn ingt semua yg akk nsihat dkt kami..smoga Allah sntiasa grakkan hati akk utk mmbimbing kami ke arah yg lebih baik..amin..sy pun hrap ukhwah kita akn kekal smpai bila2..:)


bgi ecah cntik itu x pntng,, iman s'seowng itu g pntng,,, krana iman kte bley mngawl sbrng tndkn yg hndk kte lakukn,, cntk jerw x gne kalo xd iman n tdk mnjga maruah dri,,, kalo mrauh kte dh xd snang g la kte mningglkn perw yg d sruh n mlakukn perw yg d lrang,,, btoi x akq????


btoi3 so dri kcik la kte d glkn mlakukan plbgai cra agr amln kte spnjng idop di dunia ini brtmbh,, dunia nie hnye pnjmam,,, ble2 mse sje akhirat akn mnjlma,,, btoi x akq???


Semoga Allah memegang hati adik-adik usrah saya...


Teruslah berbuat baik, waLaupun tak banyak orang mengenalmu. Jadilah seperti jantung yg tak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat, hingga membuat tubuh menjadi tetap hidup. Dengan begitu kehidupan yg akan di jalani tidaklah menjadi sebuah pilihan, tetapi menjadi sebuah keputusan.. !

-----------------------------------------------------------------------------------
Kalam pemilik cintaku,


 “Hai jiwa yg tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba2-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku”.(QS 89:27-30).

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment