:)

:)

Air & Nafsu

by 3:28 AM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...


Bermulanya sebuah kisah




Iman: Bagaimana mahu tolong kamu ya,Nafsu?


Nafsu: Kenapa kau mahu tolong aku?


Iman: Sebab saya sayang kamu.Kamu bukannya jahat.


Nafsa:Ah,kau saja cakap macam tu,Padahal kau pun sama je macam yang lain-lain.Persepsi kau mengatakan aku jahat.Bukan?


Iman:Astaghfirullah.Tak baik kamu fitnah saya.


Nafsu:So,what?Buktikan apa yang kau cakap tu.Kalau sekadar cakap,aku pun pandai.


Iman: Baik.No point.No evidence.Then,No talk,right?


Nafsu: Yes,Absolutely!


Nak bukti?




Iman: Kamu tahu atau tidak.Sebenarnya,kamu ada 3 jenis individu?


Nafsu: Haha.Apa yang kau mengarut ni?


Iman: Saya bercakap benar.Nak bukti?Cuba kamu rujuk ayat Al-Quran yang bermaksud “…Sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kepada kejahatan..” (Q.S 12:53). Ini dipanggil nafsu amarah,ia membawa manusia kepada keburukan.


Nafsu: Ok.Baru satu.Mana lagi dua?


Iman:Sabar.Sabar.Saya terangkan lagi.Yang kedua,rujuk pula ayat ini,“Dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali dirinya sendiri. (Q.S 75:2)”. Ini pula,di panggil nafsu lawwamah.Yakni, nafs (jiwa) yang menyesali dirinya sendiri atas perbuatan buruk dan setiap pelanggarannya.


Nafsu: .....(Sambil berfikir)


Iman : Dan,yang ketiga pula,kamu lihat ayat ini.“Hai jiwa yang tenteram dan mendapat ketenteraman dari Tuhan! Kembalilah kepada Rabb mu! Kamu senang kepada Nya dan Dia senang kepadamu. Maka bergabunglah dengan hamba hamba Ku dan masuklah ke dalam surga Ku”. (Q.S. 89:27 30). Inilah nafsu mutmainnah.Nafsu ini merupakan nafsu yang kosong dari sifat-sifat tercela. Sifat-sifat buruk sudah mulai dapat dihilangkan, dan mulai mengerjakan solat sunah, berzikir, wirid. Orang yang dikuasai nafsu mutmainah sudah belajar untuk istiqomah dan beramal soleh dan mulai meninggalkan hal-hal yang dilarang Allah.


Nafsu: Oh.Baru aku tau.Habis,sekarang ni.Aku personaliti yang mana?


Iman: (Sambil tersenyum).Agak-agak kamu?


Nafsu: Hmm,mana la aku tau.Aku bukannya alim dan bijak macam kau.Pasal tu la aku tanya.


Fikir-fikir...




Iman: Cuba kamu renung sejenak ya.Bukan saya tidak mahu memberi jawapan.Kerana,kamu lebih memahami diri kamu.Saya bagi analogi buat pertanyaan kamu.Adakah air kopi,air mineral dan air oren merupakan perkara yang sama?























Nafsu: Manalah sama.Satu pahit.Satu manis.Satu lagi tawar.Weh,budak darjah satu pun tahu nak jawab.




                                                                                                 Iman:Baiklah.Kamu kata ianya air yang berbeza bukan?Pasti dan yakin dengan jawapan kamu?Nafsu: Dah aku cakap budak darjah satu pun boleh jawab.That means,aku yakinlah.


Iman: Cuba jawab ya,ketiga-tiga air tu,asalnya air apa?







Nafsu: Hmm,air mineral.Kenapa?


Iman: (Sambil tersenyum).Ok,semuanya berasal dari air miner.Maka,adakah ketiga-tiga air itu,berbeza ataupun sama?


   Nafsu: ......Asalnya sama,kemudian berbeza..


   Iman: Betul.Macam tu juga dengan diri kamu.Asalnya fitrahnya bersih.Macam    air mineral itu.Saat itu,kamu adalah nafsu mutmainnah.Nafsu yang sentiasa ingin berbuat kebaikan.Cintakan perkara-perkara yang positif.Sentiasa melakukan perkara-perkara yang menenangkan jiwa.Namun,ada kalanya,kamu ingin juga bertukar rasa.Kamu ingin menjadi air oren.Itulah nafsu lawwamah.Bila kamu buat salah,kamu terasa "Oh,aku telah melakukan ini.Aku perlu bertaubat".Namun,adakalanya,kamu ulangi kembali dosa tersebut.Berbeza pula dengan bila kamu menjadi air kopi.Situasi itu adalah bilamana kamu berada dalam kondisi nafsu ammarah.Kamu sentiasa melakukan kemungkaran..Walau dalam apa jua keadaan,kamu sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar.Kopi itu pahit bukan?Begitu juga dengan ammarah.Ianya boleh menjadi sangat "pahit" buat manusia,jika nafsu tidak dipandu dengan iman.


Nafsu: Ok.I got the point.So,maksudnya,aku yang tentukan diri aku sendiri?


Iman: Betul.Tiada siapa yang boleh merubahnya,melainkan atas kehendak  kamu sendiri.


Nafsu: Kejap.Aku rasa ada lagi point yang kau tertinggal.


Iman: Apa dia?


Nafsu: Bukan aku seorang je yang boleh merubahnya.Aku perlukan juga bantuan kau,IMAN.


Iman: Kenapa pula?


Nafsu: Weh,kau ingat aku boleh nak berubah sorang-sorang?Aku kena ada geng yang boleh tolong aku la.Aku teringat pula,Sabda Nabi s.a.w: “Jangan engkau bersahabat melainkan dengan orang mukmin dan jangan engkau makan melainkan dengan orang-orang yang bertaqwa.” ( Abu Daud dan At-Tarmizi ).Kau kan baik,tolong la aku.


Iman: Subhanallah,bijaknya kamu.Hafal hadis nabi.(sambil tersenyum)

Nafsu: Well...Aku kan bijak.Ops,lupa nak sebut.Alhamdulillah..




------------------------------------------------------------------------------

Kalam Kekasih hatiku ,
 “Wahai mereka yang beriman! Takutilah akan Allah dan bersertalah dengan orang-orang yang benar lagi taat.” ( At-Taubat A:119)







sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment