Apa Itu Cinta?
"Love is patient, love is kind. It has no envy, nor it boasts itself and it is never proud"
"Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang."
"Love is a feeling that really can't be described, it's something you can only feel. It's about caring for somone deeply, and never wanting to let go. It's about thinking about them constantly, and no matter what they do, you can never stopping loving them. Even if your in a relashinship or not with them. Your completly comfortable with them, and you don't just like them because they are attractive."
--------------------------------------
Mungkin ramai orang telah salah menintepretasikan apa itu cinta.
Saya disini bukanlah ingi berbicara tentang cinta.Kerana hakikat cinta yang sejati hanyalah buatNya.
Namun,untuk apa Dia palitkan rasa cinta,kasih sayang dan rindu dalam hati hamba-hambaNya?
Firman Allah, maksudnya, "Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah"
(Al Maidah:54)
(Al Maidah:54)
Adakah ianya suatu yang sia-sia?Yang boleh rosak pada bila-bila masa sahaja?
TIDAK!
Segala ciptaan Allah tiada yang sia-sia.Cinta kurniaanNya bukanlah untuk dirobekkan.Bukanlah untuk dijadikan sebagai landasan ke arah lautan jahannam.Cinta suci dariNya bukanlah untuk lebih menjauhkan hamba-hambaNya daripada hakikat kehidupan.
Kerana Dia mengajar kita,
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya, karena itu Kami jadikan dia MENDENGAR DAN MELIHAT.
(QS. Al Insaan, 76:2)
MENDENGAR DAN MELIHAT
sejauh mana nikmat itu telah kita manfaatkannya?Selama 20 tahun kehidupan di dunia ini,adakah kita telah menjadi hamba yang Dia sebutkan?Iaitu menjadi golongan ulul al'bab.Golongan yang sentiasa berfikir,
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama) mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
Perkataan ‘ulul albab’ disebut dalam al-Quran sebanyak enam belas kali. Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhan bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat. Kemuncaknya mereka akan menemui hakikat kebenaran yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.
BAGAIMANA MAHU BERFIKIR?
Cuba kamu lihat di langit sana,adanya gumpalan awan yang berarak,kamu mampu melihat kebiruan langit yang terbentang.Melihat bebasnya burung-burung berterbangan.Seolah-olah dunia ini tanpa sempadan.Bila kamu melihat langit itu,seakan-akan tiada permulaan dan penghujungnya.Seolah-olah kamu mampu berjalan tanpa henti.Terfikirkah kamu,hebatnya Allah ini.Bagaimana langit itu masih utuh di kedudukannya,sedangkan alam ini sudah berusia berjuta-juta tahun.Bagaimana langit itu tidak jatuh menghempap segala hidupan di bumi ini.Kukuhnya langit yang Allah ciptakan.SUBHANALLAH!
Cuba pula kamu melihat kepada sebatang pokok.Bagaimana dari sebiji benih,ia mampu tumbuh subur,memberikan manusia dan haiwan sumber makanan.Bagaimana ia mampu menyerap air dari tanah yang melawan teori graviti?Hebatkan Allah?Tapi pernahkah kita terfikir?Ataupun mata dan telinga kita sudah tidak mampu berfungsi untuk menilai dan memerhati ibrah disebalik segala ciptaanNya?
APA KAITAN DENGAN CINTA?
Maaf,mungkin entry ini kurang sesuai bagi hamba-hambaNya yang cuba mengerti bagaimana mahu bercinta.Kerana apa yang saya cuba katakan dan sampaikan adalah KAMU TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MENCARI DAN MENGERTI APA ITU CINTA MANUSIA.kerana di saat kamu memahami kehebatan cintaNya,kamu sudah mampu memahami apa itu cinta manusia.
kerana CINTA ALLAH jualah,saya mampu MENCINTAI sahabat-sahabat saya
kerana CINTA ALLAH jualah,saya mampu MENCINTAI IBUBAPA saya
kerana CINTA ALLAH jualah saya mampu MENCINTAI diri saya.
Rasulullah SAW bersabda
"Allah berfirman: Tidak henti-hentinya hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sunnah sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya digunakan mendengar dan penglihatannya yang dengannya digunakan melihat." (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)
Di saat aku sendiri,
Ku lihat awanan sana,
Indah.
Mampukah aku seindahnya?
Namun,
Kaki ini terus melangkah,
Di saat itu,
Hembusan angin menyapaku,
Terpana,
Dia menghantar sang bayu,
Untuk menemaniku.
Semakin jauh langkahku,
Kehadiran Dia semakin terasa,
Untuk apa perlu bersedih,
Sedangkan Dia setia di sisi
---------------------------------------------------------
Kalam Pemilik Cintaku,
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri" (Al-Baqarah:222)
0 comments:
Post a Comment