Terima kasih,Allah.
Tercapai juga hasrat ingin beriadah pagi ni.
Apa yang lebih penting adalah,JANJI bersama sahabat tertunai.Alhamdulillah.Walaupun,sebenarnya keletihan kerana tidak sempat tidur gara-gara obses study.Tetapi,demi janji terhadap sahabat,saya gagahkan kudrat yang ada.
Ternyata tarbiyyah jasadiyyah Allah pagi ini cukup manis.Seronok dapat merasa kesegaran udaranya,dapat mendengar kicauan burung,dapat melihat kehijauan dedaunan.Apa yang lebih penting,saya dapat melihat panorama yang cukup digemari.Iaitu langit.Sungguh indah di saat mentari mulai memancar.Kelihatan awanan mulai merekah.Berpecah di atara satu sama lain.Dan cahaya mulai menerobos di segenap ruang yang ada.
Subhanallah!
Tidak dapat di gambarkan betapa girangnya hati ini.
Bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan yang di bumi. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
(Surah al-Hadid:1)
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris diangkasa? Masing- masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
Tetapi,yang sedihnya,saya tidak dapat merakam saat yang indah itu.
Gara-gara,tiadanya kamera..
Maka,saya simpan azam,selepas ini,mahu juga kumpul duit,beli DSLR.On My Own!
Mahu beli.Tak ingin lepaskan lagi peluang merakan keindahan alam milik Allah ini. |
------------------------------------------------------------------------------------------
Kalam Pemilik Hatiku,
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. (Surah An-Nur:43)
0 comments:
Post a Comment