:)

:)

CASE FILE itu..

by 8:46 PM 0 comments
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM....

CASE FILE 1
A dan B adlh adik beradik,seibu,sebapa..
both mewarisi genetic information dr sumber yg sama..
mengapa mrk perlu bersengketa seandainya hndk merebut kasih syg ibu bapa?
bknkah elok BERGABUNG TENAGA melaksanakan sesuatu yg menggembirakan hati mrk..
~PERSENGKETAAN menjurangkan ukhuwwah sesama saudara~

~siblings are not the enemy to get parent's love but the outsider~

CASE FILE 2
abg ckp nak masak nasi perlu gne kayu api..
adik pula ckp,gne jela rice cooker..skrg kn zaman teknologi..

masing2 berbalah..sampai x bertegur sapa..

mak ckp: dua2 pun boleh sbnrnya..tp,kan skrg zaman serba pantas..gne je la rice cooker..walaumcm mana pun,jgn tolak pandangan abang,sebab cara itu relevan bila tak de elektrik...jd adik bradik ni,jgn saling berbalah bila ada pandangan yang tak sama...kena saling berlapang dada..abang syg adik,adik hormat abg...

kalau adik-beradik saling mengasihi..akan bahagia FAMILY...

~alangkah indah hidup saling MENGHORMATI,xde la kes 'bunuh' sana sini~


Hari ini,case file aku baru dibuka..hanya mampu,meneliti dua kes sahaja... itu pun sangat menyiksakan...Aku Perlu fikir,mengapa masalah ini timbul sekaligus mencuba untuk mencari solusi yang sewajarnya...Ligat mindaku memaksa neuron-neuron bekerja,sehingga aku tidak sedar,bila saatnya,kelipan mata ini semakin mengerlip perlahan...dan perlahan...Alam sub-concious menguasai diriku...

Terasa nikmat dengan keindahan aturan Allah,disaat dia berfirman,yang bermaksud:

Tidakkah kamu memperhatikan,bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam kedalam siang dan memasukkan siang kedalam malam ..(surah Luqman:29)

Subhanallah,Maha Suci Allah,dalam kerunsingan benak ini..Allah izinkan aku untuk mengizinkan mata ini terlena..Terasa lapang sebentar minda yang semenjak petang memikirkan case file yang berserabut dalam fikiran..Aku tiba-tiba teringat kata-kata seorang ustaz mengenai firman Allah surah Luqman ayat 29,bahawa terjemahan ayat itu antara terjemahan yang paling tepat secara bahasanya...Namun secara tafsirannya,ayat itu menerangkan tentang permulaan sesebuah kehidupan..Bagaimana Allah menjadikan malam itu sebagai suatu tempoh untuk manusia,haiwan dan tumbuhan berehat sebentar..Dan menjadikan siang itu sebagai tempoh untuk mereka bekerja...

Dan ini telah dibuktikan dalam kajian di negara Jepun,dimana mereka telah meletakkan papan iklan yang berlampu di sebuah kawasan tanaman...Beberapa bulan kemudian,didapati tanaman-tanaman mereka tidak mengeluarkan sebarang hasil.. Lantaran tanaman-tanaman tersebuat tidak mendapat sepenuhnya  kegelapan malam yang secara sunnatullahnya sangat  diperlukan bagi tumbuhan-tumbuhan ini melalui proses fotosintesis ataupun secara khususnya  mereka memerlukan reaksi gelap (dark reaction)..

  

Secara umumnya,tumbuhan sangat memerlukan cahaya matahari bagi membantu proses fotosintesis reaksi terang (light reaction)..


Reaksi terang berlaku apabila ada cahaya matahari dan terjadi di bahagian Grana.Pada tahap ini, klrofil di dalam grana menyerap cahaya matahari. Ketika klorofil menyerap engergi foton pada cahaya, elektron akan terlepas ke orbit terluar sehingga terjadi pelepasan elektron. Elektron yang terlepas akan ditangkap oleh unit penangkap elektron yang disebut fotosistem. Proses ini disebut sebagai kepekaan. Akibat pelepasan elektron ini jumlah elektron menjadi tidak stabil. Pada masa yang sama, molekul air terpecah menjadi hidrogen dan oksigen. Elaktron dari air inilah yang digunakan untuk menstabilkan korofil. Pada reaksi terang dihasilkan Oksigen, ATP dan NADPH.
 Sepertimana tubuh kita memiliki satu sistem yang lengkap untuk proses penghadaman,begitu  juga dengan tumbuhan..Light reaction is incomplete without dark reaction.


Reaksi gelap adalah reaksi yang tidak memerlukan cahaya dan terjadi di stroma. ATP dan NADPH yang dihasilkan dalam reaksi terang digunakan lagi untuk mereduksi CO2 menjadi gula (glukosa, maltosa, fruktosa dan amilum. Sebatian inilah yang kemudian diubah menjadi glukosa yang akan digunakan oleh tumbuhan untuk menjalankan aktiviti tubuhnya.
Subhanallah!!..Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kehadrat Illahi...Betapa hanyalah dengan sehelai daun,Allah telah aturkan perjalanan kehidupannya dengan sangat teratur & teliti...Dan tumbuhan itu tidak pernah mengeluh seandainya perjalanan proses hidupnya diganggu oleh manusia..Bahkan ia sentiasa berzikir memuji RabbNya yang agung...

Aku tertunduk,air mataku menitis...

Ya Allah,dugaan ini cukup hebat...Adakalanya aku letih,penat disaat segala yang aku usahakan seakan temui kegagalan..Pernah aku cuba berhenti berfikir tentangnya...Namun Kau lah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Kau tetap mambantu aku bertatih,bangun kembali..meskipun dugaan itu semakin menguji keimananku..Kau datangkan aku seorang insan sebagai wasilahMu untuk mengingatkan aku kembali agar terus tabah menghadapi kehidupan ini..aku menyedari bahawa  'BELAJAR DARIPADA ALAM" membuatkan aku akan semakin kagum,tunduk dengan kekuasaanNya..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

 Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda  bagi orang-orang yang berakal.(Surah Ali Imran: 190)

Allahu Akbar!Ini adalah langkahku..aku akan terus berfiir untuk menyelesaikan case file yang telah terlalu lama berhabuk,biarlah insan lain melihatnya sebagai longgokan file ynag tidak bermakna..Namun bagiku,longgokan-longgokan inilah yang akan mencipta suatu permulaan Anjakan yang bermakna buat umat Islam,jikan diselesaikan kes itu.. 

STOP HERE.
by:Sufiyy imra'ah

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment