Alhamdulillah,pagi tadi kira-kira jam 7.15,Allah mengizinkan kami 5 sahabat untuk beriadah bersama di sekitar Tasik PJ...Terasa kenikmatan udara segar yang dipinjamkan Allah,terasa indah nikmat penglihatan kurniaannya membuatkan kami dapat melihat kehijauan alam disebalik kesibukan kota yang sekaligus menenangkan minda seketika..Alhamdulilah,all praises to Allah..
Pagi itu bermulanya episod baru bagi kami,ya..episod pertama bagi 'cerekarama' usrah antara kami bagi permulaan kehidupan semester baru ...terasa rindu dengan kemanisan hidup yang dilingkari oleh sahabat-sahabat yang saling mengingatkan...Perancangan pagi itu hendak membincangkan tajuk AKHLAK ISLAMIYYAH...Yang secara ringkasnya akhlak islamiyah dapat diertikan sebagai akhlak yang bersumberkan ajaran wahyu Allah yang tercantum dalam kitab suci al-Qur’an dan dicontohkan oleh Rasul Muhammad melalui sunnahnya .
Firman Allah s.w.t dalam surah al-anbiya';107
Maksudnya : Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam (manusia dan jin).
FirmanNya lagi dalam surah Al-Ahzab;21
Maksudnya : Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak.
Alhamdulillah,terdapat banyak kemudahan untuk tarbiyyah jasadiyyah kami..tak perlu pergi ke gym,cukup sekadar disini,kami sudah cukup bersyukur dengan nikmat yang ada..Apatah lagi,kami menerima tarbiyah yang diserikan dengan keindahan senyuman sahabat-sahabat...
MasyaAllah,hiba dan sayu hati dengan cinta yang dilimpahkanNya dalam lubb(dasar hati) seorang muslimah ini....
(gambar hiasan-tak sempat ambil gambar)
Bertambah gembira bilamana,setiap pergerakan itu disulami dengan kalimah 'subhanallah,alhamdulillah,la ilaha illallah' menggantikan kebiasaan kita yang mengungkapkan 'one.two.three..'...InsyaAllah,bertambah pahala kami...
Dalam kemeriahan hati kami menerima tarbiyyah,tiba-tiba ada seorang pakcik da makcik menegur...
'bersenam ke ni?"
mungkin pelik dengan penampilan kami..dengan bertudung labuh,t-shirt muslimah,berseluar track,kasut(kasut ke kuliah..(^^,)..)
'ye,pakcik kami bersenam'
memberikan kepastian buatnya..
'oh..ni belajar kat mana..?'
kami pun menyatakan kebenarannya..sempat pakcik dan makcik berdua itu bergurau senda menceriakan pagi kami..Dalam gurauannya membuatkan adakalanya,kami tertawa kecil..
'oo..gelak ye...'
lucu sungguh pak cik ni,tanya dalam keadaan serius..phyco kami kot..tak mengapa,kami dah biasa di physco...tarbiyyah la katakan..
akhirnya setelah hampir 20 minit,kami berborak menjalinkan permulaan ukhuwwah,mereka beri nasihat yang sangat berguna,bermanfat dan peringatan buat kami...
'ni belajar betul-betul..sekarang ni pelajaran penting.sekarang SPM dah macam SRP.diploma macam SPM.degree macam diploma...semuanya deh berlambak kat Malaysia ni..dengan MSU lagi..korang kalau cari kerja,dia tak pandang second class..lagi-lagi second class lower.. silap-silap dia cakap,awak balik dulu,esok saya bagi surat..tup,tup,2 tahun surat tu tak sampai-sampai...belajar betul-betul.Dapatkan first class..boyfriend-boyfriend tak payah fikir,tolak ke tepi..anak pakcik sekarang di Putrajaya,medic angd now specialist...Dia pun tak fikir lagi..ni umur baru 20,dah nak bercouple...'
sambil menjeling ke arah sekumpulan remaja lelaki dibelakangnya..
'ha,tengok tu..apa nak jadi dengan budak lelaki sekarang ni..?kalau awak sendiri tengok..d universiti,boleh dikatakan 100:20 perbezaan mahasiswa dan mahasiswi..di Putrajaya,ratio profesor adalah dalam sepuluh orang, 3 lelaki 7 perempuan..Tak tahulah apa nak jadi akan datang nanti..Chinese,indian berlumba-lumba nak study..silap-silap haribulan kita ni diejek je mereka..'
terlihat nada kekesalan diakhir kalimah pakcik itu..
'mak cik tak risau sangat dengan budak perempun,mereka tekun,cuma makcik risau dengan yang lelaki..'
ternyata kedua-duanya meluahkan apa yang terpendam selama ini..
Bila kami berborak,rupa-rupanya pakcik dan mak cik tu pensyarah..patut pun,mereka risau dengan nasib anak bangsa jika pendidikan itu dipandang sebelah mata...
BANYAK PENGISIAN KAMI DAPAT HARI INI..
rupa-rupanya tajuk akhlak islamiyyah itu bukan sekadar teori sahaja..secara tidak langsung Allah mentarbiyyah kami dengan pertemuan bersama pakcik dan makcik tadi..
Meskipun kami tidak pernah bertemu,tetapi bilamana masing-masing mengikuti akhlak Rasulullah yang saling menghormati,senyuman sebagai penyeri ,tatasusila dijaga rapi..alhamdulilah terasa keterikatan antara kami...
Mungkin banyak lagi input-input tentag akhlak islamiyyah ini belum kami betul-betul fahami..Namun,apa yang pasti..Rasulullah sentiasa dekat di hati.baginda Qudwah hasanah kami,kekasih hati kami....
Firman Allah s.w.t dalam surah al-ahzab;56
Maksudnya : Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, Wahai orang-orang yang beriman kamu berselawat dan mohonlah kesejahteraan ke atas Baginda senantiasa.
Salam.Walaupun tak dapat jumpa makcik n pakcik tu sndiri sbb ade usrah di tmpat len,namun nasihat mereka amat berguna .muhasabah bersama.syukran ats perkongsian. =)
ReplyDeletewsalam..ye,walaupun skjp,tp mndalam mksud both of them...
ReplyDelete