:)

:)

Face the Challenges..

by 12:10 AM 0 comments



Bismillahirrahmanirrahim...


KES PERTAMA
kehadiran ke halaqah(islamic discussion di musolla- seperti usrah) hari ini benar-benar mengganggu neuron-neuron yang sedang giat memainkan fungsinya bagi menyalurkan segala maklumat lecture-lecture notes bagi final paper...

Dasarnya masih dengan topik post sebelum ini,tentang isu MALAYSIA..

kali ini,bukannya pening dengan isu Malaysia,tetapi pening dengan beberapa pendapat yang ada..

"biarlah Malaysia buat pub,menara 100 tingkat,IFF,kita fikir secara positif,bukankah dapat meningkatkan ekonomi negara?"
aku mengangguk,bukan tanda bersetuju..

"kita sekarang ni pun dah tak boleh buat apa-apa.Jadi terima sahajalah.Bukan semua orang dapat hidayah macam kita.Apa yag kita boleh buat sekarang,adalah dengan mendidik anak-anak kita,jadi mu'min yag soleh"

anggukan kedua menyusul,ada yang aku terima,ada yang aku tolak pandangannya..

aku terfikir..."biarlah mereka buat apa mereka suka" bait-baik lirik dari lagu ahli fikir..
wajar ke aku aplikasikan dalam kes ni??

biar je mereka buat perkara yang boleh merosakkan lagi masyarakat? Buka mata, bak kata Maher Zain 'Open Your Eyes' lihat sahaja keadaan berterusan menjadi barah dalam umat Islam terutamanya di Malaysia...
itukah aku sebagai UMAT ISLAM?
itukah aku sebagai SEORANG DAI'E?
itukah aku sebagai MAHASISWA?
itukah aku sebagai KHALIFAH??

adakah iman aku selemah itu? sekadar untuk menjadi pemerhati terbaik?

look here..
aku sebenarnya terkesan dengan ungkapan 'kita didiklah anak kita nanti'..
ada benarnya kata-kata itu..
but,just think rationally...
now,i'm 19 years old..
getting married..dalam 4 atau 5 tahun lagi..
dalam tempoh 5 tahun lagi,kalau aku berpegang dengan phrase 'didik anak kita' sahaja..
apa akan terjadi kepada masyarakat terutamaya golongan remaja dalam jangka waktu tersebut?
dengan bertambahnya pusat-pusat hiburan,konsert-kosert artis yang menjadi candu terhebat ciptaan Zionis.
haruskah aku dengan pemikiran tersebut?
itu baru nak ready utuk kahwin..
belum memiliki zuriat untuk dididik...
untuk zuriat aku membesar menjadi insan yang soleh(insyaAllah)..
mengambil masa dalam 15 tahun..
what will happen to my ikhwan wa akhawat???

AKU TERDUDUK,TERKEDU..

benar..ada pendapat yang menyatakan..
'kita tidak boleh menolak sepenuhnya usaha sedemikian..kita cuba mengISLAMISASIKANNYA.."
ya..aku turut mengagguk..kali ini lebih bersetuju...
Namun,perlukan kebenaran masih bercampur dengan kebatilan?
sejauh mana kita mampu mengislamisasikan sesuatu perkara,kalau kita kebatilan itu mendahului kebatilan..
Pada zaman Rasulullah,sesusah mana pun dakwah dijalankan,Rasulullah tidak pernah mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan..
Persoalannya..kenapa kita tidak mencontohi ketokohan Baginda s.a.w?
adakah kerana telah luput ditelan zaman?
atau kita sendiri yang buta hati dalam menelusuri sirah perjuangan Baginda...?

Ada Al-Quran dan As-sunnah sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah,kita enggan..
pergi kepada hukum yang dibuat manusia...
AKIBATNYA?
masyarakat semakin hari semakin porak peranda,jenayah tidak pernah surut,Islam semakin dihina masyarakat dunia..
~inilah dunia akhir zaman~

itu kes pertama.FULLSTOP.
















sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment