tiba-tiba saya menerima satu berita.
-Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam-
antara petikan berita,
-Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion danmewujudkan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion danmewujudkan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
BUKAN SEKADAR ITU,
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabangsa ke negara ini.
Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa.Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
cukuplah dengan berita Malaysia yang cukup menyesakkan nafas ni..
bukan tidak mahu mengambil pusing tentang isu negara..tetapi kepiluan terasa apabila di saat dai'e cuba melebarkan sayap mereka dalam perjuangan dakwah..mengembalikan masyarakat kepada norma-norma kehidupan yang sebenar,pelbagai mehnah terpaksa diterima...
MEMANG BENAR,ekonomi negara berada disaat genting beberapa tahun kebelakangan ini.Namun adakah dengan penubuhan pub mampu menstabilkan kembali taraf ekonomi negara..?
seandainya benar ia mampu menjadikan Malaysia sama taraf dengan negara jiran,Singapura..kemanakah pula hilangnya sensitiviti umat Islam terhadap sumber pendapatan mereka??
Adakah ia boleh dikategorikan sumber yang halal,syubhah atau haram?
KADANG-KALA BERASA PELIK DENGAN MANUSIA ZAMAN INI..
sedar perkara itu haram,tetapi masih melakukannya..
sedar bahawa terdapat kepincangan yang sedang berlaku dalam negara,tapi masih mendiamkan diri..
sedar bahawa masyarakat semakin jauh dari peribadi muslim,namun masih membiarkan masyarakat terkapai-kapai dalam keenakan duniawi..
bukalah mata dan minda,jangan bersikap..ITU BUKAN URUSAN SAYA.
BANGKIT!!
itu URUSAN KAMU..!
bersediakah kamu untuk menjadikan darah daging datang dari sumber yang haram?
ahh..aku bukannya yang bekerja di pub tersebut..
ya..memang kamu tidak bekerja disana..
namun kamu tidak membantahnya..
seolah-olah kamu MEREDHAI penubuhannya..
disaat keuntungan tersebut dicampur -aduk dalam akaun pendapatan kamu..
kamu menggunakannya untuk keluargamu,menyalurkannya ke jalan dakwah..
wujudkahKEBERKATAN didalamnya??
sebab itulah,di saat ini, hati manusia semakin sukar utuk dijinakkan,semakin sukar untuk dibentuk...
Kembalilah,carilah dimana silapnya....
mungkin selama ini,segala harta benda dan pemakanan kita miliki datang dari sumber yang haram...Nauzubillah...
~fikir-fikirkan~
0 comments:
Post a Comment