Bismillahirrahmanirrahim..
KES KEDUA
Ke mana hilangnya autoriti sebuah universiti sebagai sebuah pusat keintektualan.?
Terkesan dengan penganjuran sebuah konsert buat Gaza yang diadakan di sebuah dewan utama universiti yang mana tempat yang sama selalu berlakunya istiadat konvokesyen yang diimpikan bagi setiap mahasiswa..
Ianya Melibatkan artis yang (secara kesimpulannya) tidak membawa erti sebenar tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembebasan Gaza dari kecaman Zionis...
Bukankah mahasiswa perlu dididik utuk berfikiran kritikal?Pemikiran yang boleh mencetuskan revolusi kebangkitan mahasiswa bagi kemaslahatan ummah...Pemikiran yang bukan di'copy paste' dari buku-buku rujukan atau lecture notes....Berfikir bersama Islam...
TOLONG.Jangan membantu menyempitkan ruang dan peluang mahasiswa untuk berfikir...
Di sini berlaku perbincangan ilmiah bersama sahabat..
aku:'apa fungsinya mengadakan konsert ini kepada mahasiswa?ianya beri kesedaran tentang keperitan penduduk Gaza?"
sahabat: "yela,kan dapat salurkan sumbangan kewangan buat Gaza.."
betul juga apa yang dikatakannya...salurkan sumbangan ringankan beban...
seperti rancangan BERSAMAMU..'hulurkan tangan ,ringankan beban"
Namun,sebelum persoalan muncul,aku terkesan dengan satu ayat dari penduduk Palastin..
"kami tidak mengharapkan kedatangan msyrkt lain yang hanya membawa kesukaran kepada kami dalam berjuang.Biarlah setiap hari,kami gugur syahid,,namun setiap hari jualah kami melahirkan syuhada'(pejuang jihad) ke dunia"
Persoalannya.sebenarnya apakah yang diperlukan masyarakat Islam yang ditindas disaat ini?
DUIT?MAKANAN?TEMPAT TINGGAL?.....ATAU IKATAN PERSAUDARAAN YANG KUKUH??
umat Islam sebenarnya cukup ramai,tetapi sehingga saat ini,mereka tidak mampu mengalahkan kebatilan,kerana mereka tidak BERSATU HATI.
itulah masalah Umat Islam masa kini..perbalahan demi perbalahan...
baik didalam negara atau di luar negara..
kaum musyrikin bertepuk tangan melihat gelagat kita..
sampai masa,rejim-rejim musyrikin memainkan strateginya..menambahkan lagi rasa permusuhan antara umat Islam..sepertimana yang pernah dialami oleh sahabat-sahabat Rasulullah...dengan satu tujuan..MELIHAT UMAT ISLAM SALING BERMUSUHAN.
Namun,disaat ini...
bilamana kita mula menyedari hakikat putaran roda sedang berlaku..
mulakan langkah pertama anda...
hulurkan salam persaudaraan..hentikan sentimen permusuhan..
INGAT,IKATAN PERSAUDARAAN ITU INDAH BILA IANYA BERMULA DENGAN IKATAN AQIDAH YANG PADU..
0 comments:
Post a Comment