:)

:)

Jiwa Kehambaan seorang hamba

by 6:01 PM 0 comments





Bismillahirrahmanirrahim..
"sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah kerana Allah"

Adakah Sukar untuk kita menikmati rasa kehambaan yang sebenar-benarnya...?Kehambaan yang disertai denga perasaan cinta dan takut akan kemurkaanNya...Kehambaan yang sentiasa mengiringi dalam setiap denyut nadi dan hela nafas seorang manusia bergelar hamba..

Sukar sangatkah untuk merasainya?

Pernahkah kita berasa seronok dan tenang ketika 'bertemu' Allah dalam ibadah solat?
Pernahkah kita solat dengan penuh tertib,penuh khusyuk,penuh penghayatan dalam setiap butir zikir-zikir yang diungkapkan..?
Pernahkah kita berasa sedih pada setiap saat kita melakukan dosa..?
Pernahkan kita berasa sedih disaat jiwa mulai cintakan dunia..?
Pernahkah kita tertunduk kecewa dikala hati mula berasa bongkak,angkuh dan riak dengan nikmat kurniaanNya..?
Pernahkah kita terfikir tentang semua ini..atau disaat kamu membaca coretan ini baru kamu menyedarinya..?

Astaghfirullahala'zim...





Sungguh banyak dosa kelalaian,dosa kemaksiatan yang kita lakukan...
Namun,seberapa kerap kita merintih,menyesal dengan segala kelalaian ini..?
Bilakah kali terakhir kita melakukan solat taubat..?
Tidakkah kita berasa malu,disaat inginkan sesuatu hajat,setiap malam kita melakukan solat hajat..
tanpa mendirikan solat taubat...pohon keampunan dariNya...
kita terlalu mengejar kenikmatan tanpa menginsafi kemaksiatan yag membelenggu hati...

Disaat sesuatu urusan itu terasa sukar,,kembalilah hitung dirimu..
hitung dimana silap diri..Mengapa ketenangan tidak menemani diri...
Lihatlah ibadahmu...adakah ia benar-benar ikhlas kerana Allah..
atau sekadar satu rutin harianmu...

Percayalah,walau sesukar manapun ujian yang menimpa diri...
kembalilah sujud kepadaNya....
Terbitkan jiwa kehambaanmu....
Tundukkan nafsumu..
Didiklah hatimu...



"Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..."
(Al-Fajr: 27-30)

Sentiasalah sinari harimu dengan jiwa kehambaan..Dengan jiwa ini,kamu tidak akan pernah terlintas untuk berasa bongkak terhadap nikmat Allah......Bertaubatlah,walau sekecil mana dosa yang kamu lakukan..Kerana ajal tidak pernah mengenal usia..mungkin sesaat selepas ini,ajal menjemputmu...



“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)
Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)



Wahai,saudara seaqidahku...
Allah sangat mencintaiMu...balaslah cintaNya dengan sebenar-benar cinta....
Hidup ini sangat bererti jika kita mendapat keredhaanNya...
Peliharalah agamamu,,peliharalah aqidahmu...
tanpa pegangan yang kukuh,dunia bisa menghancurkanmu...
Sentiasalah menjadikan Al-Quran dan As-sunnah pegangan dalam setiap tindak tandukmu....
Semoga Allah pertemukan kita dalam kenikmatan Syurga buat orang mukmin yang sentiasa mencari cinta dan redhaNya...
Insaflah..hari ini pelbagai bencana alam menimpa umat manusia..
Di negara kita,Allah sudah mulai meunjukkan kemurkaanNya..
puting beliung di Perlis,gempa bumi di Indonesia,Tsunami di Indonesia,
kerana apa..?
kerana maksiat semakin menyelubungi jiwa masyarakat..
masig-masing sudah lupa tujuan mereka diciptakan..

Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.� (QS adz-Dzaariyat : 56)

Salam taubat buat diri dan saudara Islamku yang dikasihi Allah...





sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment