KHAS BUAT SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN YG AMAT DISAYANGI..
BILA KATA-KATA TIDAK MAMPU DIUNGKAPKAN,HANYA TINTA MERELAKAN DIRI UNTUK BERBICARA...(video2 ini turut meluahkan kerinduanku)
TULUS DARI HATI SAHABATMU...
Ya Allah, kuatkanlah hati kami..kurniakanlah sahabat sejati sebagai peneman dalam perjuangan hidup di dunia ini... Sebagaimana Nabi Musa a.s yang berdoa kepada ALLAH SWT supaya dikurniakan saudaranya iaitu Harun a.s sebagai peneman untuk memperjuangkan kebenaran dan agar hatinya lebih teguh dan tenang menghadapi dugaan...
Sahabat, Masihkah kau ingat... suatu ketika dulu.. kita pernah bersama.. mengharungi ranjau.. dalam suka dan duka.. susah senang tetap kita bersama.. Sahabat, Ingatkah dikau.. akan bahu sahabatmu ini.. yang padanya engkau tumpahkan airmatamu.. Tika dalam derita.. Tanda kepercayaanmu kepada sahabatmu ini.. Sahabat, Ingatkah lagi.. pada raut wajah ini.. yg sentiasa mengukir senyuman.. sedaya upaya menyembunyikan kesedihan hati sendiri.. semata2 untuk menjadi penghiburmu dikala kau kesedihan..
Sahabat, Ingatkah dikau kepada insan ini.. insan yang tidak mengharapkan balasan.. melainkan sebuah ukhuwah suci.. yang dihiasi rasa kasih sayang dan kejujuranmu.. Tapi, Mengapa keadaan semakin berubah.. Kenapa perhubungan ini semakin renggang.?. Adakah tidak layak bagiku untuk menjadi penghiburmu..? Menjadi pendengar setiamu..? Apakah kenangan yang kita bina selama bertahun-tahun, kini musnah dalam sekelip mata sahaja..?
SEMOGA KEHANGATAN UKHUWWAH INI MASIH DIRASAI...
0 comments:
Post a Comment