:)

:)

Hindarilah Budaya Perli -Memerli Dalam Berdakwah

by 9:53 PM 0 comments

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
“Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)” 


 


 Sekadar renungan buat diri dan sahabat yang dikasihi Allah...


'kita adalah pendakwah,bukannya penghukum'


mungkin segelintir dari kita ada yang rasa geram dengan sesetengah ragam muslimah yang menutup aurat on-off @ tidak sempurna.Sehinggakan pandang sebelah mata pun kita tak mahu.Apatah lagi bertegur sapa.Janganlah perli dia,kemungkinan hal itu menyebabkan dia 'merajuk' untuk menutup aurat.Tetapi jelaskanlah konsep menutup aurat yang sebenarnya.


Sahabat-sahabat yang diredhai Allah,
Kita perlu ingat bahawa nur hidayah Allah itu hanya milikNya.InsyaAllah muslimah tadi masih dalam proses pentarbiyahan Allah..Kita jangan cepat menghukum dia.kerana Allahlah yang berhak.Akan tetapi,kita doakanlah saudara kita agar dia menerima keindahan hidayahNya..


"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara"


Takkan kita sanggup melihat saudara sendiri dibaham api neraka yang sangat dahsyat azabnya...


Sayangilah saudara-saudara seislam kita,
Dekati mereka,
Nasihati mereka,
Doakan mereka,
Bantulah mereka,
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita..

sufiyy imra'ah

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment