Kebebasan beerti bahawa si hamba bebas dari bergantung dengan sesama makhluk; kekuasaan makhluk tidak berlaku atas dirinya. Tanda adanya kebebasan adalah bahawa seseorang tidak lebih menyukai satu hal daripada hal lainnya dalam hatinya, hingga semua kemungkinan kejadian duniawi ini sama saja baginya.
Harithsah ra mengatakan kepada Rasulullah saw, “Saya telah menjauhi dunia. Batu dan emas yang ada di bumi tidak ada bezanya bagi saya.”
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, “Orang yang datang ke dunia ini dalam keadaan bebas darinya, akan berangkat ke akhirat dalam keadaan bebas pula darinya.”
Ketahuilah bahawa kebebasan diperoleh dari penghambaan sepenuhnya, sebab jika penghambaan seseorang adalah ikhlas demi Allah, maka kebebasannya akan sempurna, bersih dari bergantung dengan selain Allah. Mengenai mereka yang mengkhayalkan bahawa ada waktu di mana seseorang boleh melepaskan ikatan perhambaan dan berpaling dari pembatasan yang tersirat dalam perintah dan larangan Allah, sementara dia dalam keadaan sihat akal, maka itu adalah kemurtadan.
Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan bahawa Allah telah mengajarkan kepada Dawud as, “Jika engkau menjumpai seorang manusia yang mencari-Ku, maka layanilah dia.”
وَٱعۡبُدۡ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأۡتِيَكَ ٱلۡيَقِينُ
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (Al-Hijr: 99)
0 comments:
Post a Comment