Jika dahulu dia seorang yang sangat gusar untuk melangkah mendepani ujian di hadapan mata. Namun hari ini, dia cuba gagahkan kaki. Terus melangkah.
Kerana dia teringat pesan sahabatnya ;
Biar sukar manapun kaki kamu melangkah. Teruskan melangkah. Kerana hidup ini memang Allah takdirkan untuk kita melangkah dan terus melangkah tanpa henti. Biar sakit, biar panas, biar lelah. Kerana hidup ini bukan hentian terakhir, Hidup ini cumalah suatu tanah yang bersedia untuk di gembur. Agar akhirat kelak, kita bisa menuai hasilnya. Berjaya atau tidak lihat sahajalah berapa banyak hasil tuaian yang kita mampu peroleh.
Jalan itu terasa sungguh panjang. Seakan tiada hentinya.
Kadang-kala Sufiyy mengeluh letih. Bukankah itu fitrah manusia? Letih bila kejauhan, mengeluh bila kepenatan.
Namun,Sufiyy tidak putus asa. Dia mahu terus melangkah kerana dia teringat sebuah kisah pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya,
"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".
Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda tersebut dan bertanya, "Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".
Pemuda itu menjawab, "Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".
Sufiyy berkata jauh ke dalam hatinya,
Bersyukurlah..Kerana sungguh sedikit orang yang bersyukur itu.
--------
Bersambung,
0 comments:
Post a Comment