:)
Stesen 3
Mentari mulai menyinar.
Indah. Sufiyy tak pasti ini hari ke berapa sepanjang tempoh pengembaraannya. Sudah 20 hari atau 40 hari? Entah. Sufiyy lupa untuk mengira. Tempoh perjalanan itu tidak penting baginya. Apa yang penting hikmah yang ditemui sepanjang perjalanannya menuju Tuhan.
Hari itu, Sufiyy tersepak batu. Sungguh dia berasa sungguh sakit. Berdarah kakinya dan tiada henti darah itu mengalir. Ketakutan menyelubungi dirinya. Bagaimana boleh dia tersepak batu itu? Sedangkan dia sudah berjalan dengan penuh hati-hati. Sufiyy risau kerana jika dia cedera sukar baginya untuk sembuh segera.
Hari itu dia bermuram durja. Masam wajahnya. Kesedihan menerpa. Lantas, hatinya berdetik,
" Bagaimana boleh aku tersepak batu yang besar di depan mata? Bukankah mudah bagiku untuk mengelaknya? Mengapa harus mencari masalah jika tidak mampu berdepan dengan masalah?"
Tangisan menyelubungi dirinya, Sungguh dia berasa risau. Hanya satu kalimah yang mampu terucap,
"Allah"
"Allahu Robbi"
"Tak tertanggung sakit ini,Ya Allah. Bantulah hambaMu ini Ya Allah"
Seminggu Sufiyy menanggung kesakitan. Hanya alunan Al-Quran penyembuh terbaik. Dalam kesakitan itu,tiba-tiba Sufiyy tersenyum sendiri. Dia baru sedar, cantik rupanya permainan yang Allah berikan padanya. Kerana kesakitan itulah, Sufiyy semakin mengadu harap, mendengar kalam-kalamNya, mendekatkan diri padaNya, merintih dan merayu. Rupa-rupanya Sufiyy jauh dariNya. Itu yang Allah hantarkan permainan ini dalam diri Sufiyy. Biar Sufiyy kembali kepadaNya.
Saban hari Sufiyy mengadu, agar menemui jawapan. Akhirnya..
Hari ini kesakitan itu semakin reda.
Sufiyy seakan-akan mendapat jawapan dariNya. Bagaimana mahu mengubati sakit yang di rasa.
Tersenyum. Sufiyy tersenyum kerana Allah bagi jawapan. Yang penting, Allah beri kekuatan.
"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Persoalannya adalah berani atau tidak untuk mengambil jalan mendepani masalah itu. Jika keputusan yang di ambil tidak memenuhi kemahuan hati ,tidak mengapa. Yang penting usaha. Bukankah Allah menilai usaha? Bukannya hasil. Perjalanan hidup ini masih panjang, biarlah ini menjadi coretan kanvas hidup untuk lebih mengenal diri dan mengenalNya"
-----
Terima kasih batu, keranamu aku lebih mengenal diri. Mencari Robbi.Monolog Sufiyy.
Ertinya: "Wahai sekalian manusia, carilah (dekatilah) Aku sekadar hajat kamu kepada-Ku dan berbuat dosalah kamu sekadar kesabaran kamu tinggal di dalam neraka. Janganlah kamu memandang umur kamu yang masih panjang, rezeki kamu yang sekarang serta dosa-dosa kamu yang tertutupi. Tiap tiap sesuatu pasti binasa, melainkan wajah-Nya (Zat-Nya), Dialah yang berhak menghukum dan kepada-Nya-lah kamu semua dikembalikan."
sufiyy imra'ah
DeveloperCras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.
0 comments:
Post a Comment