Tenang itu tidak mudah dimiliki |
Dalam tafakur di sajadah, gementar hati terasa apabila kalimah Allah..Ya Latif..membasahi bibir.
“Berbahagialah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.’ (Surah Asy-Syam : 9-10).
Hati yang dahulunya kering, terasa dibasahi dengan titisan hujan. Harapan untuk kembali subur mulai menyinar.
“(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.”
Surah Ar-Ra’d ayat 28
Susah untuk melembutkan hati jua mendidik hati. Kerana “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika dia mengingati Allah, dia pun lari daripadanya. Jika dia lupakan Allah, syaitan akan mengunyah hatinya.” (Hadis riwayat Ibnu Abu Dunya).
Rindunya kepada zikrullah ini. Sewaktu kecil,suka mencari kaset zikrullah Ust Badrul Amin. Tenang jiwa.
---------------------------------------------------
Dalam sujudku,
Ya Allah sampaikan bisikanku kepadanya,
Moga peroleh jawapan dariMu.
Jika salah bisikanku,
hapuskanlah hembusan itu.
Engkau jua pemilik hati.
nice
ReplyDelete